Tuesday, November 25, 2025

Lunch Pakatan Hari Lahirku Yang Tertunda @ Locca Eco Ardence, Setia Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Akhirnya setelah beberapa minggu tertunda dari September, terpaksa sambut birthday bulan Oktober pulak. Yang Oktober, Kak Ema pun tertunda jugak la ni. Haha. Busy masing-masing pun especially Ida lah. Tapi entry throwback je la mampu kan. hahaha

Kali ni kita pergi makan kat Eco Ardence lagi. Last year ke P&C Kitchen, kali kita try Locca lah pulak . Tak pernah lagi sampai Locca ni. 


Bergambar depan signbord Locca Eco Ardence dulu


Bergambar depan signbord Locca Eco Ardence dulu


Gambar tunjuk birthday girl guna AI sebab gambar asal rosak. haha


Ruang makan dia sama la besar dengan Makan Heritage Eco Ardence dan ada ruang makan juga tingkat atas











Jom tengok makanan pulak. 


Fragrant Rice with Ayam Masak Lemak Cili Padi . Yang ni Ida punya RM19.80


Bolognese Beef Spaghetti with Beef Meatballs. Yang ni Ad punya. Paling last dapat.  RM 23.80


Roasted Rempah Whole Chicken Leg. Yang ni saya dan Kak Ema makan . Saya bagi 4/5 bintang .
 Rm 23.80

credt pic https://www.locca.my/menu.html

Gambar makanan yang diambil hilang tanpa jejak. hahaha



Diakhiri dengan Biscoff Cheese Cake with Caramel. Too sweet bagi saya yang sudah manis ini. Hahaha. RM 15

Jumpa lagi untuk Oktober babe, Kak Ema untuk Lunch Pakatan Hari Lahirku Yang Tertunda seterusnya. 





Monday, November 24, 2025

Sambutan Hari Lahirku & Kak Sal With Gegirls BTP


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bulan September. Mestilah birthday yours truly. Tahun ni double celebration dengan Kak Sal. Senang sekali jalan je kan. Dan kali terakhir la kot sebab tahun depan dah tak nak teruskan dah. haha. 


Ex Gegirls BOICT, nama baru BTP , missing Kak Mai


Saya dan Kak Sal


Dengan hadiah yang diterima


Tq Meeda untuk bouquet duit dan brooch 



Nak main suap-suap kek 


Mata segaris la bila senyum lebih gini 


alaa ala manja kalih


Dah puas duduk berdiri pulak


Terlena pulak. haha


Tq Ziera


Tq Kak Sal, kerusi camping yang kita duduk tu


Tq Kak Ina, kuali nya


Tq Yanie, towel ,mandian dan chocolate


Tq Kak Mai Tupperwarenya


Tq Ad begnya


Tq Rai mouse & chocolate



Tq Kak Yatt 



Terima kasih semua sepanjang kutu birthday sehingga tahun ni




Thursday, September 04, 2025

Prompt Viral pada Google Gemini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

Korang pernah guna Gemini ? Sebenarnya ia adalah produk dari Google. Ala-ala chatgpt la sebenarnya . Tapi sekarang tengah viral sebab diorang boleh generate gambar kita ke bentuk patung . Kalau guna prompt ni kat Chatgpt memang tak dapat lah. Maybe isu privacy dia. Dulu masa raya viral prompt kat Chatgpt yang tukar jadi Studio Ghibli (anime) kan. Yang tu pun ramai buat. Dan banyak yang tak jadi jugak. haha...Ni pun sama jugak kat Gemini. Ada yang tak jadi. 

Gemini ialah nama model AI generasi baharu daripada Google . 

Macam ni prompt dia yang perlu korang copy 


Using the model, create a 1/7 scale commercialized figurine of the characters in the picture, in a realistic style, in a real environment. The figurine is placed on a computer desk. The figurine has a round transparent acrylic base, with no text on the base. The content on the computer screen is the Zbrush modeling process of this figurine. Next to the computer screen is a BANDAI-style toy packaging box printed with the original artwork. The packaging features two-dimensional flat illustrations.



Pergi gemini.google.com then paste prompt tu kat ruangan Ask Gemini tu dan tekan enter. 

Hasilnya.....


Mokhtar's clan , missing Long & kak Long


my husbaby and me


Ma & my family 


Long dan Kak Long


Zaman sebelum kahwin 


Zaman my husbaby sebelum kahwin 


Langit bukan selalu cerah......




#gegirlboict

Dah kenapa atas acrylic base tu hilang sorang


#gengbiniorang

Dah kenapa dalam computer  acrylic base dia sampai 3 dan saya hilang. Kejam dunia ini. hahahaha


Cuba korang cuba pulak?





Wednesday, August 27, 2025

Sambutan Hari Lahir Nuha & Nawfa 2025 | 22th Dating Anniversary

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Entry throwback je lah. Jom la kita spill gambar sekitar sambutan hari lahir my first born daughter dan my last born daughter untuk tahun ni. Tahun ni nampaknya korang sambut berdua lagi. Sebab dah tanya Nawfa, dia nak sambut cepat ke sambut lambat. Dia kata nak sambut awal. Ok la. Nuha pun tak nak sambut lewat jugak. huhu



Ok Birthday Nuha dulu 8 Ogos 2025





Birthday Nawfa pulak 24 Ogos 2025




With Abah & Nayla




With Ummi & Nayla



Nuha, Nawfa dan Milky




Kek yang dipilih oleh Nuha , Kek Tiramisu by Azlina Ina ( Red House Bakery) 




Datang beli basikal untuk hari lahir in advance


Bukan yang disukai. haha


Tadda , basikal yang disukai warna merah

RM 180


Dengan basikal pilihan hati


Yang ni tak reti lagi bawak basikal



Kena praktis basikal mak dulu sebelum boleh beli basikal sendiri






                                     




Untuk mr husbaby, Happiest 22th Dating Anniversary. Love you more than anything in the world wide world lillahitaala. Semoga kita berkasih sayang sampai syurga. 




 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)