Monday, April 10, 2023

ProServe Dinobatkan Tempat Ketiga Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2022

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni nak cerita macam mana boleh terlibat dengan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2022. Untuk sampai ke Peringkat UiTM kena saring dulu kat peringkat jabatan, dari jabatan ke peringkat zon tengah pulak barulah kami berjaya ke peringkat UiTM. Banyak air mata dan keringat yang tumpah sepanjang perjalanan yang tidak mudah ni. Chewah. Dengan nak kena prepare dokumen setebal kasut tumit tinggi 5 inci tu lagi. Terima kasih kepada boss kerana mengheret saya ke dunia KIK setelah percubaan masuk KIK beberapa tahun lepas tidak berjaya. Ni pun sebab big boss yang 'paksa'. Dari keterpaksaan sehingga dinobatkan Pembentang Wanita Terbaik Peringkat Zon Tengah 2022. Dokumen tu tak payah cerita lah banyak mana nak kena betulkan. Jumpa pakar ni, tukar macam ni, jumpa pakar ni, tukar macam tu pulak. Adeh. Memang yang betul-betul berminat je boleh tahan buat dokumen ni. Terima kasih kepada semua pakar rujuk KIK yang hebat di UiTM. Hats off !!

Perjalanan KIK saya bermula di peringkat jabatan terlebih dahulu . Yang ni memang saya tak ada sumbangan langsung sebab masa dokumen disiapkan saya sedang cuti kuarantin di Terengganu. Masa pembentangan tu Abah saya baru dapat keluar wad setelah 21 hari di Hospital Dungun akibat Covid 19. 
Saya cuma terlibat masa hari pembentangan sahaja.Sempat saya call Abah untuk doakan saya dan dia buat solat hajat. Memang macam tulah Abah. Semua tinggal kenangan je. Hanya doa Ma sahaja yang tinggal sekarang.  Mini Konvensyen KIK Peringkat Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur (PPII) berlangsung pada 8-9 Disember 2021 .Masa hari penyampaian hadiah tu , Abah baru hampir seminggu kembali ke pangkuan Ilahi. Mungkin berkat doa Arwah Abah jua kami dinobatkan : 

Johan
Anugerah Emas
Anugerah Inovasi ICT Terbaik
Anugerah Penjimatan Kos Terbaik
Anugerah Fasilitator Terbaik
Hari Pembentangan Peringkat Jabatan PPII with PNC yang banyak support kami 

Di Majlis Penyampaian Hadiah Mini Konvensyen KIK PPII







Setelah Johan kami dapat ke Peringkat Zon Tengah pulak. Masa menang Peringkat Zon tu macam tak percaya jugak. Masa tu join live dekat facebook masa hari pengumuman keputusan tu, saya balik Terengganu dan ada di rumah my Ma dan dengar sekali dengan my ma. Berkat doa my ma lah. Terus Johan KIK Peringkat Zon Tengah 2022 dan Pembentang Wanita Terbaik  Peringkat Zon Tengah 2022 . Memang kejam yer sebab kami tak menang sebarang kategori dan menang Johan je. Memang ingat tak menang langsung dah la. Untuk peringkat zon dapat Anugerah Emas dan Fasilitator Terbaik jugak. 


Hari Pembentangan Peringkat Zon Tengah 2022 yang bersiaran secara online so tak nervous lah sangat sebab tak nampak penonton




Seterusnya, hari yang ditungggu-tunggu telah sampai ke kemuncaknya iaitu Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2022 yang berlangsung pada Oktober 2022 di UiTM Seri Iskandar Perak dimana buat kali pertamanya berpisah dengan my Nawfa. Gitulah budak lahir zaman Covid 19, tak pernah merasa mak nak outstation. Nanti nak ke Sabah pulak lepas raya. Eh. hahaha


Giliran pembetangan 

Hari Pembentangan dengan Baju Korporat KIK kami. Lucu jugak kisah ni, order biru dapat purple kekdahnya. Tapi fav  colour saya. Macam sabotaj team. hahaha. Tq jugak En Faiz yang merealisasikan baju kami walau last minute. 

Tq Haidir sponsor kasut putih. 


Untuk Pembentangan kami siap ada supporters lagi satu bas datang support dengan banner dan sepanduk siap. hahaha. Tq korang. Siap boss buat live streaming lagi sebab Puan PNC dan Pengarah tak dapat datang pada hari pembentangan tu. Mereka memang dah tempah baju KIK kami lagi tu.

Geng Kasut Putih


Up satu lagi. Menarik kan. 


Malam Dinner KIK UiTM 2022 bersama dengan Queen of The Night


Dayang istana bersama Tun Teja . hahaha

Akhirnya untuk Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2022 kami berjaya mendapat :  

Tempat Ketiga
Penarafan Emas
Fasilitator Terbaik
Pembentang Lelaki Terbaik
Tq korang team ProServe. Kalau tak ada kerjasama antara kita memang kejayaan ini tak datang bergolek dan ianya bukan satu kerja mudah. Namun, perjalanan KIK saya berakhir disini. Terima kasih untuk memori indah bersama team hampir setahun ( 2021 -2022) . I'm proud to be a part of team dan terpaksa mengundurkan diri sampai disini sahaja. Semoga yang baik-baik sahaja buat team ProServe. Nanti kalau ada kat UiTM Sabah ke Sarawak ke, jangan lupa ajak jadi supporter. hahahahaha


Barangsiapa mencari rezeki halal untuk menjaga diri daripada meminta-minta, dan dengan tujuan memenuhi nafkah keluarga, serta supaya dapat membantu tetangganya, nescaya dia akan datang pada hari Kiamat dengan wajahnya yang berseri-seri seperti bulan di malam purnama.”

Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (9890) dan
al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiyyin (3465)


0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)