Monday, October 01, 2012

Ulek Beach Resort, Dungun , indah khabar dari rupa?

Hari ni baru berkesempatan nak update pasal tempat tidur saya dan kawan-kawan yang menyertai IID Terengganu 2012 tu. Kami bermalam satu malam sahaja kat resort ni tapi pada awalnya diorang bercadang nak balik keesokan pagi tapi driver kata larat ajer nak balik petang tu jugak, so diorang decide balik terus.


 Ada banyak jugak tempat yang boleh nak stay kalau ke Dungun ni. Sebelum ni ada kawan pernah stay kat Mayangsari Resort Dungun tapi kat situ tempat semacam tidak terjaga kata mereka dan macam haunted sket.hahaha.So, mereka decide cuba resort lain. Akhirnya mereka memilih Ulek Beach Resort, Dungun untuk tempat beradu kami kat situ. 1 KM ajer dari UiTM Dungun dan sebelah ajer dengan Dungun Golf and Country Club.


Masa check in adalah dari pukul 3.00 petang  dan check out pukul 12.00 tengah hari tapi kitorang awal-awal pagi lagi dah check out. Check in pulak dalam pukul 5 sebab pergi setup dan register booth dulu kat UiTM Dungun.

Deko yang menarik di area menunggu sementara nak uruskan check in

Kat sini tempat breakfast keesokan harinya. 
Dah lupa nak snap esoknya, sebab teruja dapat makan nasi dagang even tak sehebat my MIL punya masakan :p

Kat sini ada banyak barangan yang klasik, ada gong , tembikar , tampi,
 apa ntah lagi kat belakang tu :p

Nak makan mengadap laut boleh duduk kat sini :) 

Jom masuk bilik pulak !

 Bilik kami


Ni bilik Puan Azima, depan bilik kami.


Saya dan Niz, berkongsi bilik , so kami amik bilik Standard Twin Room. Semalam dalam RM200++
 ( termasuk breakfast. Kalau bawak anak bawah 12 tahun, free of charge kalau guna tilam sedia ada ). 
Kat dalam website kata ada wifi tapi tak der pun bila masuk dalam bilik ;p

Teman sebilik, Niz :)

 
 Unik jugak tingkap dia sebab guna kayu berfungsi macam blind tu.

 Toilet satu jer tak puas hati sebab tak der hos . Style mancut macam toilet KLCC ;p

Fasiliti yang disediakan :  TV ada channel Astro tapi terhad , telephone tak nampak pulak kat mana :p Barangan berharga boleh simpan dengan selamat sebab ada Safety Deposit Box. Ada aircond tapi kalau tak der pun tak per sebab malam memang sejuk sampai kena tutup aircodn.Ada Hot Tub, Iron, Desk, Wooden / Parquet floor, Wardrobe/Closet, Shower, Hairdryer, Free toiletries, Toilet, Bathroom, Tea/Coffee Maker,  Electric Kettle, Alarm Clock, Towels.

Jom kita jenguk-jenguk kawasan kat luar bilik pulak.



Memang bersih dan terjaga kawasannya. 


Kalau tak der air, boleh mandi kat Perigi Mak Ngah :)


Tak pun boleh terjun ajer kat sini. Tak berkesempatan pun nak main air. 
Sebab petang keluar cari keropok lekor kononnya.

Titi Kak Long.


Kalau tak pernah duduk rumah kampung, gini la gayanya :)

Ni berhadapan dengan swimming pool tadi, boleh request berbeku tu kat sini kot.

Overall, servis kat sini memuaskan hati. Bukan indah khabar dari rupa. Biasalah kalau nak booking, kita biasa baca review dan tengok website mereka dulu. Makanan breakfast pun sedap tapi makan malam kena makan kat luar sebab kat sini tak disediakan makan malam. Kalau ada transport tak der hal sebab banyak kedai makan kat area sini. Yang susahnya kami la sebab datang dengan bas.hahahaha. Nak makan kat tepi-tepi pantai ( konon cari celup tepung dan keropok lekor) jauh nak kena menapak. Ada satu gerai dalam 5 minit berjalan, tapi western food pulak :p

Korang pernah stay di mana kalau bercuti kat Terengganu ?

22 Comments:

  1. biasa2 wifi mest kt ruang menunggu je..mcm cherengin hills..dlm bilik xde..huhu

    sy kerap lalu je sini kak eliss..nk masuk cam xde sebab..umah dekat giler babas jek..tp kalo sponsor..sebelah umah pon pergi..wakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak eliss pun sama ler. free kan, mesti nak tido :p

      Delete
  2. ok jugak resort ni..
    saya masa ke KT, mesti makan ikan celup tepung Pok Nong tu..hehehehehe

    nasi dagang makan kat Tgnu mmg best kan, lain macam yg kita beli kat KL

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. memang lain rasa. tak pernah try lagi celup tepung pok nong tu sebab lama tak ke KT.

      Delete
  3. tempat ni cantik gak..biasa la baru lagi.iera pernah menginap kat sutra beach resort,setiu.waktu tu pergi sebab family day yang campany husband.Memang syok dan cantik tp bagi iera barang2 dan bangunannya cam dah tak ok.mungkin pihak pengurusan baru nk buat baik pulih agaknyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin resort ni masih baru dan terjaga tu jadi cantik :)

      Delete
  4. canteknye~ best jugak sesekali berehat2 di tepi pantai kan~ walaupon hakikatnye dekat jer ngan rumah sendirik~ kekeke

    ReplyDelete
  5. Saya pernah menginap dekat Ulek ni beberapa kali setiap kali hantar adik ke Uitm Dungun. Ibu pun memang puas hati tido dekat sini sebab bath tub dia sedikit best.. Toilet pun rasanya besar dan selesa.

    ReplyDelete
  6. nmpk sgt2 cantek....
    kalo eliss dh kater ok... ok la kan? leh try sok :)

    ReplyDelete
  7. bilik tuh nampak menarik...pasti view kat sano cantek kan...

    ReplyDelete
  8. Dah lama sangat tak pi Ganu. Baca pasal tempat penginapan kat blog kawan2 lagi jelas dari baca review agoda2 & lain2 tu :D

    ReplyDelete
  9. cantik tempatnya..ala-ala kampung...fuhh,bila nak terjah ni?

    ReplyDelete
  10. wow!! ada perigi mak ngah... saper yang berkemban situ yea..? hehehehe

    ReplyDelete
  11. dah lama tk ke Trengganu. masa kecik2 dulu selalu pergi Rantau Abg.

    ReplyDelete
  12. selalu lalu depan ulek time nak pergi kelas.. tak pernah pulak tengok dalam ulek macam mana

    ReplyDelete
  13. Pernah stay dkt resort nie 3 tahun lepas..memang tenang..pengunjung pun tak ramai..masa tu breakfast not provided..

    ReplyDelete
  14. Pernah pergi hujung thn lepas...bilik saya berhantu..semlman jer g pastu..awal pg dh check out...

    ReplyDelete
  15. Hari ini pada 29/08/2020,aku bergeges mencari penginapan Dan akhirnya hanya akhirnya dpat juga di Mayang Sari Terengganu. Begini KISAH kami... Sebenarnya kami baru pulang dari Pulau Redang bersama Bonda Dan Adik Serta keluarga aku yang berhajat berehat di Terengganu sebelum pulang ke Klang. Memandangkan musim cuti sekolah Dan Hari Kemerdekaan pada 31/08/2020 ini. Kebanyakkan penginapan di Terengganu penuh. Penat juga aku survay Dan akhirnya Ada 1 bilik kosong di Mayang Sari Terengganu. Aku mohon Dan pujuk nak 2 bilik. Akhirnya Aku berjaya mendapat penginapan Setelah dimaklumkan Ada 2 bilik terkahir utk Aku. Dan, bergeraklah kami dari Merang ke Dungun Terengganu. Smapai je di Mayang Sari Aku dilayan dengan baik Dan terdapat seorang lelkai saparuh unit sedang bertanyakan kekosongan di aitu. Yg peliknya, lelaki itu tka booking online pun Dan APA yg yg aku dengar ayat yg yang sama terdapat bilik terkahir juga. Lelaki tu Terus booking 2 bilik Dan saru lagi utk kawan datonya..seperti yg Aku dengar.
    Akhirnya, sampai Masa aku di kuanter Pula. Terus kau bertanya pada lelaki kaunter tersebut. Tuan kata, bilik penuh d saya YG terakhir..dengan ringkas dia menjwwab, memang Ada bilik standby...laaaa ..
    Selesai bayaran Dan dapat kunci, aku Dan keluarga yg lain , Terus mencari makanan di kawasan penginapan.

    Dan Setelah selesai makan, Aku check in bilik no 3 dalu.maeuk je , perasaan Terus mood down lepas lihat kawasan sekeliling Dan bilik tersebut. Tengok kolam renag pun tak semangat!. Terus ke kaunter semula Dan batalkan niat utk stay disini. Tanpa perbalahan, kaunter kata Oak Dan Terus pulangkan duit bayaran tadi...serma sejuk he tempat tu.

    Dalam perjalanan balik, baru dapat tahu seramnya tempat no..wallhuaklam

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)