Programmer by day & Lifestyle Bloggger

makhluk tuhan paling gojes atas muka bumi sedang gigih tulis komen. Terima kasih :)

Tuesday, February 01, 2011

Baby & Me Shopping Style Contest

Korang suka shopping?? Apa style korang tiap kali pergi shopping ? Hari ni aku nak join contest dari Nia seperti kat sini http://unlistedone.blogspot.com/2011/01/baby-me-shopping-style-contest.html

Baby & Me

Since aku tadak gambar kat tempat shopping berdua dengan my nuha, so terpaksa lah aku gabungkan gambar aku dengan anak aku. Aci tak nia?? hehehe.Aci tak aci tak kira..hahahaha


Nama Anda: Eliss
Nama Kanak-Kanak & Umur: Nur Nuha Humayra 2 Tahun 5 Bulan 4 minggu 2 hari
Hubungan dengan Kanak-Kanak: Ibu & Anak

Kiranya style aku seperti diterangkan dibawah lah melalui kombinasi gambar-gambar berikut :-



Aku - Tudung bawal, Blouse lengan panjang, seluar slack/jeans , selipar tapak rata. Ringkas gitu sebab nak tawaf satu pasaraya nak shopping :)

My Nuha - T-shirt , Seluar jeans, hair clips dan kasut. Senang dia nak berlari dan melasak dalam pasaraya  :p

Sini aku nak sertakan sekali TIPS - Bagaimana anda dapat bershopping dan melayan kerenah anak dalam masa yang sama.

1) Letak anak dalam troli barang dan bagi mainan kegemaran dia yang anda jumpa di dalam pasaraya .Masa dia bawah 1 tahun dulu boleh lah kan, so cara ni valid sampai umur anak kurang 1 tahun.

 Bila dah nak masuk 1 tahun keatas, dia dah tak suka duduk dalam troli, so kena guna teknik lain pulak :-

2) Bagi dia tolak troli bersama-sama dengan kita tapi dengan pengawasan kita lah.Jangan sampai terkena kaki comel dia pulak troli tu.Sakittt :p


3) Bagi anak-anak kita amik barang-barang yang ingin kita beli. So dia akan seronok dan tak bosan bila bershopping. Selalu aku bagi my Nuha amik susu dia. Dia pun dah kenal, bila sampai part susu tu, dia akan angkat susu dia masuk troli :)

4) Ajar anak-anak tentang barang-barang yang ada dalam pasaraya. Kalo lalu kat bahagian buah-buahan tu, banyak yang boleh kita ajar tentang buah-buahan kan. Dan my Nuha paling pantang nampak anggur, terpaksa lah kena beli sekali disebalik mengajar tu :p Tu lah bahana bila dah tahu nama buah :p

Kalo korang ada tips yang lain nak dikongsikan, silakanlah :)



Baby & Me Shopping Style Contest
dianjurkan oleh 
Dengan hadiah-hadiah menarik daripada
Photobucket
Photobucket




Tarikh Tutup : 7th Februari,2011@11.59pm.

p.s: 
Hari ni bertolak balik ke Terengganu. Doakan kami selamat sampai sana dan balik sini balik yer..

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

5 Comments:

  1. good luck

    ai tak buat lagi
    takde idea la.. huhu

    ReplyDelete
  2. wah gaya Nuha nak gi shopping sama dgn anak2 Knur gi shopping.

    ReplyDelete
  3. dia mintak buah xpe lagi.
    kalo yg mahal2...tak naya?

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)