Programmer by day & Lifestyle Bloggger

makhluk tuhan paling gojes atas muka bumi sedang gigih tulis komen. Terima kasih :)

Wednesday, December 31, 2008

Bz nyer aku hari ni...

Pas training....
training...
chehs..
x sempat makan...
x sempat update blog..
aku blog malam ni la..daaa....

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, December 30, 2008

Mohd Azam Baru@2009!!!

Wah..dah nak berlabuh dah tirai 2008....apa jadik dengan azam tahun 2008 you'll?? aku nyer azam? ada ker azam nyer yer?? meh kiter intai entri sebelum ni, kot2 ada...owhh..ada rupanya (:
yang aku strike tu dah terbuat laa tuh...Azam 2008 (klik kat sini)

1) Nak jadi isteri yang tidak terlalu sensitif -->ok dah! tapi lepas kena lempang kat my hubby...pang!!!!!!(dier ckp nak lempang tapi tak lempang lagikk :P )
2) Nak belajar bawak keta (ms balik raya hari tu aku dah belajar pulas2 stereng kat kawasan kampung aku, tu pun my hubby ckp aku macam nak kait buah bila pegang stereng..stereng lock punya hubby :))..) --> Alhamdulillah , dah pandai bawak keta tapi masih tidak berani pegi mana2 selain, pegi umah pengasuh - ofiz - balik umah :) seyes, tak tipu..
3) Nak simpan duit banyak sket dlm tabung haji..aku rasa baru ada 3 rat jer dlm tuh..hahahahahahaha.. -->>Alhamdulillah, dah buat potongan gaji, so tak termissed laa kan saving...
4) Nak bayar PTPTpu tak missed tetiap bulan(sungguh morni kan?-KERAjaan patut bangga dpt rakyat mcm aku) -->> ni masih termissed...oppss!!
5) Nak bayar segala hutang piutang seperti TATI n Yayasan..duit maklang sekali.. -->duit maklang ada lagi separuh tak bayar..masih tertangguh bayaran :P
6)Nak beli laptop so kena menabung laa banyak sket -->> Alhamdulillah, my hubby dah belikan sempena dating anniversary yang kebetulan sama date dengan hari nuha dilahirkan :) kewl rite??

Ok...tahun 2009 dah bakal menjelma..aper azam aku tahun ni??rasanya tidak terlalu awal kan, coz tahun baru islam dah menjelma...tahun baru tak islam tinggal 2 hari lagikkk..dan kenalah sedia duit rat2..coz,
tahun baru + 1= birthday my hubby...berkongsi tarikh dengan kak linda dan kak mimi jua :) tahun lepas aku bagik Olympus 7.1MP Digital Camera - FE-210 ...
tahun ni dier request memula tuh, RC..biasalah kan orang tua berjiwa muda :P remote control car jer..seb baik bukan mintak heli RC :P
pastu kensel...
Pastu mintak rayban....ok lah tue...pastu kensel lagik...dah geram dah sket ni...mintak spek yang anti silau plak..ok laa..aku bagi tuh la...tup tup...malam tadi, dier cakap dier tak tahu nak aper plak bday kali ni...huh!! ni nak kena ni...aku tak bagi kang baru tau :P dasar fompuan jual ikan...'selfish'
biorlah dier fikir pepuas aper yang dier nak..aku bagi dateline sampai 1.1.2009...wakakaka..siap ada dateline bagai :P sebab dier delayed kan hadiah bday aku selama, ermm..3 bulan kan? aku bagi hadiah dier on Mac, bley ker yang??muahahaha...

owh, dah merepek niyang rapik jauh ni... citer balik pasal Mohd Azam aku 2009 .Ini azam aku:-(sharing is caring! )

1) Harap aku sentiasa menjadi isteri yang tidak melawan cakap...i'll try bit harder...sungguh, kadang2 aku tak sengaja cakap tinggi ngan my hubby, since aku rabun tak pakai spek kan, kadang2 orang tersalah anggap ingat aku lawan cakap..ada jer alasan...btol ker kalo rabun,deria dengar tu kurang? :) cuba try bagi yang rabun, buka spek dan bercakap dengan kawan sebelah kalo ada...kalo takder, cakap ngan tiang :P ni teori cikgu fizik aku , btol la wey :P
2)Jadik ibu yang mithali...nak bf Nuha sepenuhnya waktu malam dan pada hari cuti sampai Nuha dah 2 tahun...skang, kadang2 kalo malas2, aku bagi botol lagik :( sheann Nuha...skang dah laa dier suka geget 'tuh' :P
3)Nak dapatkan jugak Pnemucocal dan rotavirus untuk Nuha...since my hubby macam layan tak layan (yeay, aku bukan pemujuk yang berjaya...tu psal aku tak berjaya jadik penjual insurans :P dier ckp sebab additional jer..susah aku nak yakinkan dier yang pentingnya suntikan ni..aku nak kumpul duit sendirik laaa...)
4)Aku harap keja tak banyak mengular... :P boz, sila bagi saya banyak keja..hiks :P
5)Bayar segala hutang piutang yang ado..
6)Nak beli rumah..so kenalah menabung banyak sket tahun ni...
7)updated * aku nak gi honeymoon...owh plz...................
Banyak laa plak azamnya kan... :)
TAG
ok lah, apa azam anda tahun ni??
saya tag semua!! lalalalalalalalala.....plz link back to me jika dah sudah letak azam di blog masing2!!!Selamat berazam...renung renungkan ;)

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Monday, December 29, 2008

Selamat Menyambut Awal Muharram 1430 Hijrah

First, Selamat Menyambut Awal Muharram 1430 Hijrah..korang baca tak doa akhir tahun dan awal tahun tu? aku nengok kat tv3, aku aminkan ajer..
Semalam, aku pegi Tes*co..mak aiii..banyak giler babi beli barang..sampai 300++..beli babi pun tak mahal macam ni aku rasa...eh, yer ker? Yang pasti , list tu penting...memang aku follow list tuh..tadak tokok tambah..eh ada, coklat Tesc*o brand..hiks.. salahkan saya ;)
dah laa siap cashier tu tegur, kuar macam air yer kak? huhuhu..
Hari ni, duk umah layan Nuha jer...tak kemana2..boringkan? yer boring...my hubby dari kul 4 dah kuar..senyap2 masa aku tido, bley? tanak ajak aku ler tuh....x per2..sabarkan sajer...sekali sekala dier nak beronggeng ngan kwan2 dier..kiter biarkan sajork...
esok, nak pegi umah bestfren my hubby..wife dier baru selamat melahirkan cahaya mata kedua!tu sajer rasanya aktiviti aku sepanjang cuti ni..baik pegi ofiz plak rasanya sambung keja...huhuhuhu...

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, December 26, 2008

Chikungunya......

1. Apa itu Penyakit Chikungunya?

Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.

2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?

Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.

3. Adakah ia berjangkit?

Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.

4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?

Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.

5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?

· Demam panas mengejut

· Sakit teruk pada sendi

· Ruam pada badan

· Sakit kepala

Seorang pesakit boleh demam dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).

Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?

Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.

7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?

Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.

8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?

Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya

· Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.

· Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.

· Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.

10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?

Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.


SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

ish...semua tanda ada kat my hubby...cuma takder ruam jer...malam ni nak paksa dier gi klinik la...susahnya dah tua ni, budak2 aku usung jer masuk lam keta :(

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Kelahiran......

Tahniah kepada Aween, sebab dah bergelar mama kepada Muhammad Haziq Akmal bin Khairul...

TAHNIAH!

p/s: masa ni aku dah peknen..hehehe..dan masa hari ni jugak laa, aku try makan nasi setelah sekian lama x leh makan nasi(alahan peknen)...rupanya bb nak makin nasi orang kawen :P
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

ABC anyone??

Hari ni hari jumaat...
Hari rehat yang panjang...
Suasana ofiz-sunyi sheallll..ramai yang bercuti...Aku masuk dalam sistem (gigih tuh), tengok-tengok, ada 60 orang yang bercuti kat bahagian aku...dah laa staff seratus lebih jer...nape aku tak cuti erk??
Yer, banyak keja...tu pasal minggu ni aku tak rancak update blog ni..huhuhu..nuha pun kena tempias :D blog dier pun x sempat nak update..
Semalam duk umah separuh hari, then kuar pi umah kwn aku kat Klang...my hubby plak x berapa nak sihat...tetiba jer lemah sendi..pehtu duk ckp pasal chikungunya tu...woih..simpang seh...

Tadi lepas sejam di Bank Islam coz teman niza membolehkan dier cucuk duit tabung haji dier yang tak seberapa tu (wah, mati kena bunuh :P) di lebih 500 lokasi seluruh Malaysia :), kitorang pegi ber 'ABC' laa..di port mana lagik kalo tak Seksyen 2...(wafaa, sila jelez..muehehehe :P) lama x pekena ikan keli bakar...lazatnya hingga menjilat jari (jari orang sebelah) ..gambar lupa nak snap..biasalah tengah lapar.. pelahap


ade la plak gambor nyer.. credit sini
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, December 23, 2008

Wanita jadi pekak selepas dicium rakus!!!

Izinkan aku copy paste..untuk menampakkan aku update hari ni..so bz mahh....


BEIJING: Seorang wanita di selatan China pekak sebelah telinga apabila teman lelakinya yang 'rakus' menciumnya terlalu kuat, sehingga menyebabkan gegendang telinganya pecah, lapor media tempatan.

Wanita berusia lewat 20-an itu dikejarkan ke sebuah hospital di bandaraya Zhuhai di selatan Guangdong dan disahkan pekak telinga kiri selepas ciuman itu.

Doktor yang melakukan rawatan berkata ciuman menyebabkan tekanan kuat di dalam mulut wanita itu mengakibatkan gegendang telinganya terkeluar dan pecah. Beliau berkata dengan rawatan sempurna pendengaran wanita itu dijangka dapat dipulihkan dalam tempoh dua hingga tiga bulan.

p/s: To all pengantin baru & lama, nak cium tak per..jangan rakus2 sangat bley??muahahahaha....yang blom kawen, pokakkan tingo, butokan mato jo!

Credit to Berita Harian

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Monday, December 22, 2008

Award laa fulakkkk!

Award aku dah amik dah...dah tepek kat sebelah ni...tapi lupa nak jawab tag...lalalala...

The rules..
1. Write 10 things that BRIGHTEN UR DAY.
2. Put the award logo on ur blog.
3. Add the link of this person who gave u dis award. ->> Mel..
4. Nominate at least 5 person.
5. Leave message to the nominees.

10 Things that Brighten My Day

1.Bila Nuha mangun2 dengan senyuman....pagi yang ceria! lalalala..
2.Bila my hubby peluk dan cium lama2 banyak2 pagi2 time salam sebelum pergi keja...
3.Bila Nuha x meragam bila nak tido...
4.Bila saya bleh blogging dan blog hopping
5.Bila ada orang tinggalkan komen pada blog saya (silent reader...beranikanlah diri anda to put jejak)
6.Bila saya dapat siapkan semua kerja rumah
7.Lagi best,bila ada orang tolong buat kerja rumah (my hubby ler mangsanya yer dak?) nanti bila Nuha besar sket bleh laa tolong ummi kan...
8.Kalo orang bagi present..walaupun kecik dan murah..aku bahagia...so bagilah aku hadiah...hari ni hari tak jadi aku, bleh? nak hadiah...lalalalala
9.Bila dapat call dari my hubby...
10.Kalo dapat pegi honeymoon...again??? wakakakakaka...nak sangat laa tuh..sian aku kan?

Sy nak bagi award ni kat : (Sila amik kat tepi yer, award yang aku tulis yang Mel bagi ni....)
1)Niza
2)Tiara
3)Wafaa
4)Jiey Mien
5)UmmiBatrisya


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Romantikkah lagik?

Btol ker bila dah kawen kiter jadik tak romantik? Aku rasa, masa awal2 kawen still romantik lagik...masa tu jalan pimpin tangan lagik....makan suap2 lagik...tapi bila dah ada baby, aku baru rasa mood untuk beromantik tu sudah tiada...romantik atas katil jerla kan... kenapakah?adakah bila kiter dah ada baby,kiter terlalu sibuk dengan baby..aku masih lagi ingin beromantik...mungkin, my hubby tak perasan...dier dah jarang nak pegang tangan aku bila berjalan..yer laa..dier duk sibuk dukung Nuha....
Aku ngan my hubby x pernah lagi nak gi honeymoon...bila tengok orang lain pegi honeymoon, rasa seronok plak...bukan x mampu pun..cuma masa seringkali mencemburui kami...kenapa la plak entri aku emo plak hari ni??biasalah kan..isnin...waktu untuk upkan mood..hehehe..

Aku sebenarnya nak cakap , aku nak gi honeymoon...untuk meromantikkan diri...bleh??? sayang, jom laa pegi honeymoon.....kalo tadak hadiah anniversary pun x per laa tahun depan, nak gi honeymoon jer...plzzzzzz..paling cikai gi PD jer pun x per....Cameron pun orait..Langkawi ker best gak..x pun, cherating pun cukuplah....Dengan harapan my hubby baca laa entri aku kali ni....

dan persoalannya untuk hari ni: Sape nak jaga Nuha ni sementara aku nak gi honeymoon? kalo tadak saper nak jaga, terpaksa laa honeymoon bertiga...lalalalalala...huhuhuhu

Ni aku baru nak jawab lagik satu tag yang terbengkalai...Datangnya dari empunya blog ini lagik...



Ni masa mula2 pregnant..masa tu baru 3 bulan kot...semalam lalu kat zoo negara, ckp kat Nuha, kiter penah datang sini dulu tapi masa tu Nuha dalam perut ummi lagikk..lawak ar..mcm laa Nuha faham...agaknya tu laa dier tak takut air my hubby ckp...sebab dah kena rendam...
Ni gambar sehari sebelum kena belah perut dan meninggalkan parut kekal selamanya lahirkan Nuha..
1. Berat b4 pregnant -63 Kg
2. B4 deliver -73.5 Kg
3. Lepas pantang -61 Kg
4. My fav food ms pregnant -kek gula hangus, eskrim,air soya jenama drinho,(segala kuih yang kaler gelap2 kot)
5. Bersalin kat De*MC with c-sect (blom abes bayar tuh..potongan gaji my hubby :P) tunggu abes bayar laa kot untuk next baby..muehehehe...
6. Gambor seperti diatas ler!!

Sape yg sy nak tag??? All mommies yang belum buat tag ni lagik laa yer...jangan segan, jangan malu...bila dah jawab tag ni sila laa tinggalkan jejak ok!Bagi yang silent reader tuh, kat fotopages ker mana2 ker bleh aper jawab tag ni..hehehehe...kantoi!
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, December 19, 2008

sendiri aku benci....

malam ni , my hubby OT...bosan duk sorang2..lambatnya pagi :(
my baby pun dah tido...
aku pun nak tido dulu!
nite!

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Agak2 la, kalo aku bersara, ada tak orang nak raikan aku???

Venue: Anggerik International Cafe, Hotel UiTM Shah Alam
Time: 12.00 p.m
Menu: Chicken Chop + Mango juice

Meraikan persaraan Ketua Bahagian aku ler..Pn Hjh Mardziah...aku siap jadik MC yang poyo...hehehe..dah ler tadak mic kan..terpaksa menggunakan suara jantan sekejap..muehehehe...ad, sila jangan jelez..muehehehe...

Aku bersara, Insya Allah pada 6 September 2040...hehehehehe...58 tahun time tuh...agaknya masa tu dah pindah UiTM kat terengganu laa kot...ker berenti keja..jadik cikgu..muehehehe...
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Hati rungsing.....

Selalu orang sebut fikiran kan rungsing?(btol ker ejaan ni)..mcm pelik plak.. Aku hati rungsing...atau biasa orang sebut tak sedap hati...malam tadi, aku mimpi ngeri ..bangunan runtuh depan aku...tapi aku tak tahu plak area mana...siap dalam mimpi tu aku cakap, aku rasa tak sedap hati dah seminggu tapi tak cakap kat orang, rupanya ada bangunan runtuh depan aku... Mimpinya macam ni : memula aku lepak ngan Ad kat satu bangunan ni, pastu aku nampak tanah merekah, aku ajak ad beredar dari tempat tu (tapi makyong ni degil x nak beredar, nak duk kat tepi longkang bangunan tu), pehtu saper ntah suh kitorang cepat2 beredar dari situ..aku tarik tangan ad keseberang jalan, tiba2, prappppp, tanah merekah dan menyebabkan bangunan tuh runtuh..aku nampak ada sorang tercedera, hancur weh kepala dier...) ishhh..ngeri sheall...then alarm clock aku berbunyikk...bangun mandi...

tu laa hari ni, aku mempunyai kekuatan untuk menyuarakan ketidaksedapan hati..jika sesuatu yang buruk berlaku, so aku nak mintak maaf banyak2..if anything happen to me la kan... (nauzubillahiminzalik) , atleast ada kenangan untuk korang (bley macam tu?)..dan maafkan aku atas segala yang aku ada buat salah...sesaper yang hutang aku (Sila jelaskan)hahahahaha.. dan kalo aku ada hutang korang, sila mintak ngan my hubby atau Long aku (bleh gitewh???)

p/s: sesape nak jadik ummi Nuha, sila ngorat my hubby (tu pun kalo aku dah innalillah laa...kalo skang, aku ketuk ngan tukul besi kepala hangpa!ada berani???
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, December 18, 2008

Hadiah dari my hubby!

What?? again?? Hadiah??Wah...sila jangan jelez...wakakaka...














tadaaa......................



Hari ni adalah hari bercerita bergosip dan mengumpat tentang my hubby...dah lama tak tulis citer pasal dier kan lately...asyik citer pasal aku jer..ni adalah Cinta Bersulam Rinduku....  cuba korang fokuskan kat bahagian bawak tuh? see...the part yang remuk tuh...wakakaka...ni adalah hadiah dari my hubby buat Cinta Bersulam Rinduku...bukan hadiah untuk aku k! masa tu sehari sebelum akikah nuha, dier, my abah n my long pegi amik ikan kat mana ntah yang my abah tempah untuk kenduri tu...masa sampai tempat tu, dier bleh pi langgar batu penanda sempadan....dan my FIL telah bagi RM200(ker dah abes ? :P) untuk bekki tapi sampai skang tak bekki2 lagik..bleh ker macam tuh? orang lain yang langgar, orang lain yang bayar...aper kes??sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua...hahaha...durjana punya istri...se'bangap' aku pun calar2 manja jer aku buat kat Cinta Bersulam Rinduku....hehehehe..
ingat weekend hari tuh tapi weekend hari tu ada hal perang damai sket so duk umah jer laa..

Oh tidakkkkkkkkkkk, x sanggup nak tengok Cinta Bersulam Rinduku yang remuk!!!!!!!(kata Nuha :P)
My hubby kunun2 tanak gambar dier masuk blog aku, padahal dah banyak jer aku tepek kat dalam ni..hehehe..meh kiter tepek lebey banyak lagik...ni time dier pegi Johor hari tuh...aku bluetooth butuh ke hp aku...haruslah wallpaper gambar my hubby kan...tapi skang dah tukar..taruk gambar ni plak...
 btol ker nampak dier makin berisi??bekas girlpren dier ckp hari tu.....dulu masa kenal dier, dier adalah tidak berisi sangat....
see...kurus kan??hati perempuan ku cair masa tuh...wakakaka..pengakuan berani ni...skang pun cair lagik..matilah mak kena kutuk... :P ni pic pertama dier bagi kat aku masa berchenta dulu..ape kes gambar pegang tombol pintu tu?? :P
oh, ni pun salah satu peberet pic aku...sebab slim lagik :P dulu selalu pakai sedondon ngan dier tapi skang jarang dah pakai sedondon..apakah? :( raya tahun depan, x kira..aku nak sedondon jugak...(pose pun x ganti lagik :P dah fikir pasal raya tahun depan...)
sedondon jugak kan?? :D  tiga2 kaler koko...
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, December 17, 2008

Tag lagik...

Baru perasan kena tag...

1) Do you think you're hot?

Oh tidak...hot chocolate i loike!

2) upload your favourite picture of you?


3) Why do you like that picture?
sebab hari tu aku bergelar isteri orang...

4) When was the last time you ate pizza?
raya pose yang lepas, adikku ni yang belanja...panaskan guna microwave ma yang dihadiahkan oleh Ngah aku..hihihi

adikku eg, dengan ucapan: wey, mung mari nak tengok rtw jer? anak sedara mu ni mu tok sir tengok ko? durjana punya pasksu!

5) The last song you listened to?
Five for fighting-Superman (lagu ni keudara bila aku blog hopping ke blog dia ni)

6) What are doing right now besides this?
update sistem..

7) What name would you prefer besides yours?

Nur Nuha Humayra...hehehehe.. my baby..

8)Tag 5 people to this


1)Niza

2)Wafaa


3)Tiara Ayzan

4)Mel

5)Haslina


8)Who is Number 1?
teman seperngumpatan...teman tapi mesra..wakakaka..

9)Number 3 is having relatioship with?

ngan beckham...

10)Say something about number 5
kenal diruang siber..belum pernah berjumpa...seorang lecturer ni..

11)How about number 4?
Kenal melalui ruang siber jua..mommy to Miqail Rifqi...biasalah new mommy...aku selalu blog hopping for new mommy for tips n experience ...

12)Who is number 2?
ni kwan dak niza...dier pun new mommy...dah jumpa 2 kali ...bila nak ber 'ABC' lagik??
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Weekend@MCD

Lepas siap2 potong rambut tuh, my hubby ajak pegi MCD.Dier memang tunggu sangat la prosperity burger feberet dier tuh…kalo ada prosperity foldover lagik laa dier suka…aku suka twister fries..nape ler nak kena nunggu CNY baru nak ada semer tuh…ampehs sajer..nengok Nuha tuh, pelik jer bila kitorang letak dier tepi patung mekdi tuh..hehehehe…


My hubby kalo beli fast food mesti tapau..entah laa naper..x penah ler nak duk manja2 kat dalam mekdi tu...lepas bayar amik makanan terus blah...aku rasa sebab senang dier nak merokok selepas makan.. :P
Tengok budak yang tengah tengok ummi abah dier tengah melantak sakan...sayu jer muka...nak bf laa tuh..hehehe..


Dan malam tu jugak, aku telah buat sesuatu kepada Nuha..lepas aku sudah makan tuh, dier merengek kejap, aku angkat laa dier, nak bf kan dier...aku tak perasan tangan dier terpeleot...my hubby nampak.....aduhai..meraung laa my baby...sedih sangat suara...memang sakit sangat laa tuh..bila my hubby urut sket2, dier dah diam...aku menangis jam2 tuh jugak takut jadik aper2 kat tangan dier..risau sepanjang malam...esoknya dier langsung tak nak meniarap bila mangun tido..selalu mesti meniarap..aku menangis lagik...maafkan ummi sayang sebab cuai sangat....maybe dier rasa sakit lagik...seharian aku x bleh nak concentrate masa training...lunch hour call baby sitter, tanya condition dier, dier cakap, tak der apa2..Nuha ok jer...dier dah mula meniarap...Alhamdulillah....baru aku dapat bernafas..petang tu, aku balik training terus bawak dier balik, letak kat lantai, terus dier meniarap....hah..lega...kalo jadik apa2 kat Nuha, aku rasa aku tak dapat maafkan diri aku...
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

RM 18 untuk 'jantan'kan aku…

Yer, aku sudah potong pendek rambut ku..my hubby sudah tidak tahan mengutip rambut ku dilantai..aku perasan Nuha dah kurang sebut ABU tapi my hair is still everywhere…
Huhuhu..gambar yang pakai tudung kecik tu, sebelum aku potong rambut..aku pakai sebab x nak rambut gugur jatuh kelantai...my hubby cakap macam makcik jual akar kayu...hampeh...memula pegi kat Sek E% tapi tutup laa plak..kat situ dekat sket ngan umah aku kan…pastu terpaksa laa pegi PKNS..dulu masa bercinta, aku lalu jer salon tuh..tak penah potong rambut kat salon semenjak aku dah berusia ni..kiranya ni first time laa..dah laa uniseksual.. seb baik tadak jantan yang masuk potong rambut….punya laa lama..setengah jam lebih kot..potong kasi pendek pun lama…bukan rebonding pun..huhu..kalolah jonathan yang potong kan best...lalalalala...bestnya kalo dapat pegi salon dier dan suh dier potongkan untuk aku..

 Dah la hensem hensem lagik laa my hubby kan :P

lepas potong tuh, aku snap pic rambut yang tertinggal di salon tuh..Malaysia....pelik jer minah tu tengok aku… :P ada aku kesyah?rambut aku aper??dah bape lama bela tuh..sayang weh....aku rasa last trim sket2 masa pregnant 7 bulan hari tu, tu pun abang ipar aku trimkan :D sian my baby, sampai tertido2 tunggu aku potong rambut…pasal Nuha laa ni…jadik jantan ummi..lama giler tak potong rambut sampai pendek ni…huhuhuhu…lepas kapel ngan my hubby kot , terus simpan rambut panjang..ala, zaman berchenta….ayat biasa ‘saya suka perempuan rambut panjang’, bila dah kawen, mula laa rimas..rambut kena muka laa, rambut termasuk dalam mulut laa…long aku kater…bukan aku…huhuhuhu memandangkan ko baca blog aku yer long (secara silent reader..so aku kutuk secara terang :P) lalaalalala...
Owh, Nuha masih mengenali umminya walaupun dah potong rambut pendek, balik jer terus nak bf..baru nak suh abah dier bf kan...hahahaha....lalalala..

 Lebih kurang macam ni laa rambut aku setelah dipotong..tapi kaler tadak laa macam ni...huhuhu...
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Heavennya dapat masuk ofiz!

Setelah sekian lama tidak aktif blogging secara harian (chewah :P), selepas ini, nantikan kemunculan aku diruang siber dengan lebih aktif..korang tau, bagai nak giler duk dalam lab kat Glob*l Kn*wledge tuh everyday dari 8 a.m to 5 p.m dengar encik trainer mengajar..bayangkan 2 minggu lebih tu..nak update blog pun tak sempat,email pun curik2 baca(especially mata ngantuk tahap cipanzi).. terleka sket,bila encik trainer tanya soklan mula la gelabah beruk! dah laa x reti ckp melayu..orang sengapoh jer..dier duk syebuk belajar bahasa melayu ngan kitorang...hihi..apapun syok jugak x masuk ofiz..x payah buat keja (padahal banyak keja..banyak ker? :P)
so hari ni, mulalah aktiviti menyetel kerja yang kutinggalkan lebih kurang sebulan erk x masuk ofiz..huhuhu..dan tak lupa tag yang banyak tertunda...wakakaka..Hari ni akan banyak entri..so sila jangan muntah!!ini blog aku what!!!!!

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, December 12, 2008

My New Hp

Beberapa hari yang lepas, my hubby duk syebuk jer tanya aku, kalo aku nak tepon, nak tepon aper, brand aper...bila aku tanya dier nak belikan aku ker? dier kater, sajer tanya...ke nak surprise kat aku? aku cakap kalo nak beli tepon, aku nak pilih sendirik...lalalala....hehehe...Hari rabu lepas, dier bawak aku pegi kedai telefon dan suh aku pilih..budget RM1K katanya kat tokey kedai tuh...Aku request yang nipis,simple, bleh snap pic (ada kamera la kan), dan bleh bluetooth butuh..since aku memang giler bergambar dan asyik meminjam kamera my hubby kann...Lepas ni aku x perlu dah pinjam dier punya kamera...hihihihi..

Tokey kedai tuh bagi aku empat pilihan...My hubby berkenan yang slide tu tapi aku nak yang nipis, lagipun aku nampak yang slide tu hampir 1K.aku bukan laa durjana sangat kan...kalo aku durjana, aku amik yang riban-riban..wakakakaka...HTC ker kan....Aku tanya dier, ni hadiah sempena aper? Dier kater, ni hadiah harijadi aku...muashhh...tenkiu so much sayang! Ingat dah takder hadiah harijadi tahun ni...walaupun lambat sangat2, tapi better late than tader lasung kan??muehehehe

Lama tak tepek gambar Nuha kat sini, mementang laa dier dah ada dedicated blog..Ni aku amik guna kamera Hp ni...bleh tahan gak kualiti dier...

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, December 10, 2008

Masih dikampung!

Hari ni, aku baru berkesempatan nak update blog...Skang masih lagi dikampung...dirumah MIL..semalam, majlis akikah Nuha berjalan lancar...Alhamdulillah..akan diupdate di blog Nuha...terima kasih kepada semua yang hadir bergotong-royong masak masak, menyumbangkan gula (banyak giler gula ni :P) ,tolong tengok, makan sajer dan yang menjayakan majlis terutama semasa time selawat dan marhaban dan potong rambut Nuha(yer, rambut Nuha sudah caca marba...hihihi..) rasanya petang ni, abah ku akan cukur semua sebab nak suh tumbuh sekata tapi my MIL macam tak setuju jer...will wait n see....
Dan semalam juga, menghadiri majlis kahwin kwn perempuan(skema sheall ayat)my hubby bekas gf dier laa weyyy seyes, aku sakit hati jugak masa dapat tahu yang aku akan ke majlis tu...tapi bila dah sampai, aku berlagak cool...dan gembira sebab dier dah kawen....Selamat Pengantin Baru laa wakkkk...Semoga bahagia ke akhir hayat....berawak-awak plak tuh awak yer...aper kes aku PMS plak nih??:P.
To Zaiful dan pasangan, Selamat Pengantin Baru..Semoga bahagia ke akhir hayat...(ni aku dapat tahu dari abah aku coz dier pegi majlis sambut menantu tu...sori lah tak pat pegi...kalo dier baca blog aku lah..hehehe)
Esok, aku bertolak balik SA..alahai...baru jer sekejap rasanya berada dikampung...dah nak balik pulak..ntah bila laa nak balik pulak...tahun depan laa plak kan...

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Saturday, December 06, 2008

Aper ker hal ni yob?

Isk...
Aku baru sudah basuh baju(washing machine), siap jemur,siap packing baju..
tup...blackout....cis..............
Esok balik kampung!
X cukup bateri...need to go...shean my baby....sure panas ni.....
Selamat Hari Raya Aidil Adha in advance!

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, December 04, 2008

Tersangatlah 'Anugerah Pekerja Cemerlang'

Semalam, balik jer dari training, terus jer pegi ofiz..kena siapkan Laporan Penilaian Prestasi..hampeh..kalo dapat Anugerah Pekerja Cemerlang tahun depan berbaloi gak..huhuhu..bosan laa buat mender sama setiap tahun...dah laa nak kena submit jumaat ni..Datok seri, tak leh ker buat borang online? Unit Dokumen Elektronik tu bleh buatkan laa datuk(unit aku laa tuh...hahahahaha)! senang sket tok, x payah aku nak kena duk sampai maghrib kat ofiz..dah laa mata rabun tok..malam2 bawak keta..nanti eksiden saper yang susah? datok jugak..eh silap, my hubby..datok tadak kena mengena dalam ini cerita...berchenta laa plak nak siapkan borang online plak yer tok..bukan semua orang reti komputer yer tok..yerla, yerla..aku siapkan laa ni...nanti aku antar...petang ni nampaknya kena pegi ofiz lagi laa..bosan...
Dah laa balik2 terus masak...seb baik my hubby jenis yang bleh terima apa yang isteri masak..dan dier kater lauk aku malam tadi , garam tak rata....bila aku makan ok jer?? ker deria rasa ku dah mengong sejak dua menjak ni??oh...aperkah ini petanda??petanda urat putus banyak..dah laa sekarang aku mengalami masalah nyanyuk! ader sesaper lepas beranak mengalami masalah yang serupa??kadang2 lupa nak pakai baju bleh?..lalalalala :P
Oh, sebelum terlupa, Tahniah buat Kak Su, my previous boz, dapat Anugerah Pekerja Cemerlang 2007 you'all! (tadi terlupa tulis..kan aku cakap, aku skang memang pelupa syaitonnnnnnnnnnnnn)

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, December 03, 2008

Betul ker bosan???

Ada orang cakap, kalo hari-hari buat mender sama kiter akan rasa bosan..yer ker??aku hari-hari buat mender sama, x plak rasa bosan...bangun pagi, mandi wajib,solat,tengok Nuha, tukar pampers, bagi susu, kejut my hubby, salam peluk cium my hubby , angkut Nuha pegi umah pengasuh, pegi ofiz...kerja..lalalala..kerja...mengular, amik Nuha umah pengasuh, balik umah, masak, susukan Nuha,tidokan Nuha, buat kerja rumah, dikerjakan, dan tido..bangun tengah2 malam susukan Nuha.X pulak rasa bosan...hari-hari macam tuh..dah 2 bulan macam tu...sebelum ni sebelum ada Nuha pun, rutin aku hari-hari pun sama la kan..mari kiter tengok....
bangun pagi, mandi wajib,solat,tengok Nuha, tukar pampers, bagi susu, kejut my hubby, salam peluk cium my hubby , angkut Nuha pegi umah pengasuh, pegi ofiz...kerja..lalalala..kerja...mengular, amik Nuha umah pengasuh, balik umah, masak, susukan Nuha,tidokan Nuha(my hubby), buat kerja rumah, dikerjakan, dan tido..bangun tengah2 malam susukan Nuha.
owh, baru perasan...sebelum ini tido aku tak terganggu...hehehehe..tu jer laa bezanya kan..tapi tadak plak aku mengantuk sangat2 kan..bila dah biasa tu dan buat hari-hari, kiter dah bleh adapt dengan mender tuh...
owh,tetiba rasa rindu kat my baby my hubby...
Ok,nak sambung training..c ya!
Hari ni nak makan MCd..bosan jugak hari2 makan roti boom!owh..pandai plak bosan!

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, December 02, 2008

Tag tentang 7 perkara

Kena Tag dari sini , new blogger frewn...

7 ciri wanita/lelaki idaman anda
1.Sedap mata memandang
2.X merokok
3.X tinggal semayang
4.Hormat ibubapaku dan ibubapa nyer sendirik
5.Rajin
6.Penyayang
7.Romantik

Ok, semua kriteria(except no2) ada pada my hubby :P..bila laa dier nak berenti merokok..lalalalalala..dah puas membebel wey!

7 Lelaki yang pernah anda minati sepanjang hidup

1.My hubby :P Keanu Reeve
2.Mohd Hizaami
3.Sky Matrix
4.Dr_chronic
5.Mr_Matrix
6.Mie
7.Pak Su Mie

p/s: cover line ker ni??muehehehehe...semua diatas adalah my hubby..kang my hubby ckp dier minat Angelina Jolie plak kan...baik x yah buat ni..muehehehe :P

7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati

1.Jantung berdegup kencang
2.Control cun (muehehe :P)
3.X bleh duk diam (serba tak kena) ish, senget tak tudung ni, lipstick ni comot tak..
4.Sopan santun
5.Tahan kentut
6.Gelak cover syaitonnnnnnn
7.Makan sket

Kalo tanya my hubby, dier kater aku tak hipokrit depan dier..yer ker..huhuhu

7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda

1.Cameron Highlands
2.Genting Highlands
3.Mekah Baitullah (Insya Allah, tengah berusaha..)
4.Bali
5.Australia
6.Pulau Kapas (konon nak gi honeymoon..sampai sudah ko x pegi)
7.Cherating (ni pun sama...konon nak gi honeymoon..)

Jom sayang honeymoon!!!!saper nak jaga Nuha angkat tangan? Ko diam!

7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda

1.Kawasaki ZXR kan sayang? hihihi bila ntah pat beli ni, house come first kan sayang kan??
2.Rim sport
3.Car accessories (Spoiler dan skirt untuk Cinta Bersulam Rindu..)
4.TV plasma (ker aku yang nak? :P)
5.ipod
6.RC
7.Sayang nak aper erk semalam?? :P

7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda

1.Pandangi Langit Malam Ini (Lagu masa bercinta ok!)
2.Dewa-semualahh..hehehe..especially Arjuna mencari cinta!(Lagu masa bercinta jugak!)
3.Matahariku by Agnes Monica
4.Tepuk amai2
5.Bob the builder... (yes we can fix it :P )
6.Seploh budak itam (ops!)
7.Negaraku..

Tag 7 rakan yang anda mahu mereka buat PERIHAL 7 ini

1.Niza :P
2.Wafaa
3.Tiara Ayzan
4.Haslina
5.Mel
6.Kak Di a.k.a Apple Green
7.Pak Lah

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Sunday, November 30, 2008

Denda oh denda...

Minggu ni duk umah jer layan Nuha my hubby. Minggu ni tiada aktiviti shopping untuk Nuha aku.Oh, sebenarnya aku ke Gua*rdian Cente Po*int Damansar*a tuh untuk beli lipstick(lama giler x beli lipstick :D), termometer(tq Ayzan for suggestion, yearh, i found it just RM11++ :P), dan eyeshadow....
Hari sabtu, my hubby request buat Nasi ayam...lama dah tak buat, (away from memasak bout 2 months :D ) so my nasi a bit terlembik...hihihi..dan masin...(aku rasa tak masin pun :P ) biasalah kan, pengomen tegarku tuh my hubby lerr, x kan Nuha plak...kalo x komen, katanya nanti tadak improvement...silakan komen...lama2 aku rasa makin masin nasi ayam ku :D

lipstik ku....satu jer laa...bukan semua...kalo aku kaya pun, giler aper beli semua yer...mengaku jer laa ko tidak berkemampuan :Pcredit to sini p/s:kalo amik pic lipstick aku malam2 buter ni, my hubby gelak syaiton plak kan, baik aku curik jer gambar kat internet.
Hari tu masa on the way pi hantar Nuha kat umah pengasuh, aku biasa pasang radio Hot F*M...Hari tu topik dier pasal Denda yang paling teruk anda pernah kena...Huhuhu...Ni antara denda yang aku ingat laa masa sekolah dulu...aku tak nakal, tapi selalu kena denda...chehss...
  • Jemur panas(sebab tak ingat sifir), ni cikgu zaid laa ni...sian aku..5*5 aku ingat laa...aper ntah pekdahnya hafal2 sifir ni...huargh huargh huargh
  • Basuh toilet(sebab tak datang sekolah kena chicken pox )ustazah X(nama dirahsiakan) siap kena marah dengan abah aku lagik..maafkan daku ustazah...
  • Kena ketuk ketampi 100 x (gila kangkang jalan lepas kena denda, seyes sakit peha aku seh, sebab kantoi gi tengok tv malam prep..giler..saper ntah ajak aku ni..citer aper malam tu pun aku dah tak ingat)Ni kena denda ngan puan warden asrama.
  • Kena rotan kat tapak kaki dengar Sir Helmi sebab tak siapkan kerja rumah english...chehs..
Rasanya tu jer laa aku denda yang aku kena sepanjang sekolah..kalo tak silap la...oh ada satu lagik, tapi bukan denda laa, cikgu panggil depan kelas,then aku kena baca surat kat depan kelas (dalam surat tu aku mencar*ut)..sebab ada budak laki ni, tulis love letter kat aku, tapi aku balas dengan surat tu..babik ler saper yang bagi surat tu kat cikgu...huhuhu..tapi sampai sudah aku renung jer surat tuh..nak jer aku ceritakan hal sebenar kat cikgu H*jar tuh..tapi aku masih ada sifat dua puluh belas kasihan lagik..setahun aku tak tegur budak lelaki tuh..kekeke..msa tu darjah 4..hahahahahahahahahaha...
Hah, dan denda terbaru,aku kena denda ngan my hubby coz calarkan keta dier, kena bagi syiling yang aku simpan kat dier..chehs :P..ok la..cukuplah update aku untuk seminggu..tag belum terjawab..x cukup material..
Minggu ni aku still ada kurus kursus di Cen*tre Point Da*mansara lagik......wey, muak laa asyik makan kat Bana*na leaf tuh, ada saper tau kedai lain x yang serve malay food kat area sitewh??huhuhu..but i love his roti boom! kebabo...
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, November 28, 2008

UiTM Menang AKPM!


Yuhuuuu!
Menang beb!
X sesia aku kena buat banyak documentation untuk unit aku (mungkin 0.0001% daripada sumbangan aku ler kot..hehhehe)
Dan tak sesia niza kemas meja aku ngan ad sepanjang ketiadaan kitorang..hahaha..tu aku bagi 0.0001% jugak laa kredit untuk niza, bleh??
Aku tak sempat lagi nak update lelebih..trainer datang plak dah..ok la..nanti aku terjah blog korang dan jawab tag2 yang ada untuk aku weekend ni..dah 2 tag terbengkalai from my new blogger fren..chiow!!

p/s: Eh datok seri, dah menang tu, lu fikir laa sendiri (nabil kater bukan aku)

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, November 25, 2008

Aku pekerja yang cemerlang cemerkap

Malam baru aku dapat memulakan aktiviti waktu senggang mengular aku kat ofiz..kat tempat training tu, Gl**al K*nowledge tu memang ada internet konekconnection tapi sebab 'Aku pekerja yang cemerlang', gemilang dan terbilang, makanya aku tak sempat nak update blog mengular.Kelas aku tiga orang jer...so tak bleh tak concentrate sangat..tetiba kang encik trainer sebut nama aku time aku duk sibuk blogging, mau nganga...huhuhu...
Leceh laa skang ni, uitm plak tengah konvo..selalu tak dapat parking(yang biasa)..mcm shealll then kena pegi tempat training sendiri since all our drivers(mamposs laa berlagak) sibuk angkut orang nak konvo...huhuhu..
2 minggu aku tak akan masuk ofiz...aku rindu nak masuk ofiz(mampos lagi)...
Niza, are u ok then without us??huhuhuhu..we miss u...ahaks..(mampos lagi..giler menipu)..
pstt,sini ada secret recepi?anyone?

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Pemberitahuan

Aku ada traning SQL Server 2005 kat Centrepoint Damansara sampai next week!
Sesaper nak belanja aku..silakan....

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, November 21, 2008

Ferrero rocher bleh ker yang?

Sayang,
Eliss mintak maaf sangattttttttttttttttttttttttttttttttttt....(nada sedih sangat ni )
Hari ni eliss calarkan Cinta Bersulam Rindu sayang lagik dan keta orang lain sekali lagi...(Maaf kepada pemilik kancil warna biru,sila bunuh datang tuntut ganti rugi dengan saya :P )
Nape laa bangang sangat pegi parking macam tuh...dah laa selekoh..susah dowh nak lalu..kang aku ni kurang expert..ingat semua orang expert ke nak lalu simpang macam tu??hehehe..
Eliss janji takkan cuai lagi..btol, eliss dah baca doa masa kuar rumah tadi...suh tuhan lindungi Nuha semasa dalam jagaan pengasuh (Ops lupa nak doa suh keta dalam keadaan selamat sentiasa!) Sila salahkan saya..
Ingat dah berakhir dah episod calar balar ni setelah hampir setahun bawak keta ni...rupanya tak jugak..nasib ko la Cinta Bersulam Rinduku....
p/s: nak balik kurus macam ni Cinta Bersulam Rinduku macam baru beli balik..Ni masa awal2 my hubby beli Cinta Bersulam Rindu tu pasal berkilat semacam...

p/s:baru aku perasan dah 2 kali aku letak gambar ni dalam blog..sheet..(yer, aku kurang bergambar dengan kereta tuh, tengok gambar kat profile, nampak secebis :P)
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, November 20, 2008

Double Happinest!

Memula sekali aku nak ucapkan
SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT
MA & JOE

yang selamat dinikahkan pada 26/10/2008.

p/s: sorry laa maa sebab baru buat entri ni, asyik lupa jer nak amik pic mu dalam frenster tu..kat ofiz aku dier block laa wey frenster...ampehss btol!wey, aku memang x sangka kalian berdua ni!hehehehe...rindu kat tempat melepak kiter kat paka dulu kan...disitu jua, cintaku berputik..jiwang lak... :P



dan juga selamat hari lahir yang ke sama ngan aku ..hehehehe..pada 28/10/2008...moga panjang umur, murah rezeki dan dapat baby!Jadi isteri mithali tu..moga kekal bahagia ke akhir hayat...


p/s: ni pun aku curik gambar mu yang kat frenster.. :D
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Breast-cancer-awareness (Tag)

Kena tag kat sini .

Let's help spreading the breast cancer awareness. Thank you!


Here is the tag rules:


1. Put the logo in your blog. Done

2. Add a link to the person who shared it with you. Done

3. Nominate at least 7 other blogs.

4. Leave a message for your nominee on their blog.


The Nominees are.......

*Sesaper yang masuk secara sengaja atau tidak sengaja... :D
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Hari ni aku pegi dating!

Suspen jer kan baca tajuk blog aku hari ni..Aku kuar dating ngan my hubby ler..lepas antar Nuha, then my hubby drop aku kat ofiz untuk aku punch card, and kuar pekena teh tarik ngan roti canai kat kedai mamak..hehehe..lama tak kuar berdua macam ni...sejak dapat Nuha kot kitorang x penah laa kuar berdua..dulu pun masa kat kampung, sayang nak tinggal Nuha umah MIL atau umah ma..so angkut la kesana kemari..hehehe...so Nuha dah sampai pasar, tes*co, gian*t,bin*tang, dan mana2 jer la..hehehe..and tadi aku tapau nasi goreng kampung for lunch (aku sedang menikmatinya ni :P) since boz away pegi meeting, ad & niza pegi o/station kat Johor (hopefully ada sobenier k! :D ) .Sian aku tau korang!Terkulat2 kat ofiz...
ok la..nak makan dulu!
Owh Skang ada konvo kat UiTM, parking mcm sheall seb baik hr ni my hubby antar..lalalalala...sebab dier nak kena pegi amik pegawai Do*SH..tak kan nak bawak naik motor kan..hehehe..esok kena datang awal laa ni!huhuhuhu...


Tak kampung sangat..mana kangkung ni???Anyway,Selamat menjamu selera mata !
dan
Selamat berkonvoi bagi semua pelajar uitm! Tahniah dan syabas!!!! inspektor shahab!
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, November 19, 2008

Happy Belated Birthday Mak Buyung!



Happy Belated Birthday Mak Buyung!
On
16/11/2008


Venue:KFC
Date:7/11/2008
Semoga baby lahir dengan mudah dan selamat dan comel2 macam kalian berdua(AD+AM)
Semoga murah rezeki..
Tenkiu AD sebab belanja kami! Lenkali bleh belanja lagi...(waklu..sila sambung!)


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Rezeki sabtu!


Fokuskan pada pinggan spageti tuh...muehehehehe..aku buat ker?? tadak maknanya makan sorang2 nak buat spageti...tenkiu to my lovely boz , Ida for the yummilicious spageti..lenkali, masak bagi ler lagik...muahahahahaha...
p/s: weekend hr tu x leh nak update blog, berukbandk asyik buat hal jer..nape ni encik celcom??tukar kang...tukar kang (nada mengugut)!
Tadi aku sudah bayar bil beruk tuh!

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Blackout pulak dah!

Semalam dan kelmarin dah ler pegi Training kat IBM pasal Lotus KonektionConnection..So gian laa nak browsing since kat sana tadak kabel network..network ada, kabel jer tadak..bersungguh laa plak kan kalo aku siap2 bawak kabel pegi sana..nanti training kemana, aku kemana..Hari ni bleh plak blackout dikala aku keboringan tuh..hampeh..tadak laa boring sangat cuma nak ler update kan..gian nak menulis..
Semalam ngan kelmarin, kitorang dibelanja oleh IBM , makan kat TGI Friday dan satu lagi kat KURA(restoren jepun) @One World Hotel..aku tawakkal kepada Allah sahaja sebab dah la dua-dua serve arak aku nampak..huhuhu..tau laa pork free kan..tapi diorang tahu tak halal tu aper ker benda?huhuhu..aku dah laa first time makan sushi mushi ni...huhuhu.owh, aku nak termuntah masa diorang serve macam kicap tuh..yang nak cicah tuh laa..tapi bila makan ok jerk..abes banyak jugak aku makan...tapi x leh nak melayan sangat sebab migrain aku tiba2 lak makin sakit..


tapi aku bagi 10 bintang laa layanan diorang..cepat jer..nak balik, sampai kan cheff yang tengah duk gulung shushi pun ucap terima kasih...

Semalam balik jer dari training, amik Nuha, bfkan dier, masak untuk my hubby then aku tido jer all nite long..sian Nuha..aku x pat layan sangat...tengah high laa katakan..my hubby pun makan sorang2..aku memang x leh bangun langsung, pening yang hamat..mandi dan makan pun tak ok...my hubby picit pun dah tak leh jalan..bangun pagi ni pun masih terasa sakit..kronik btol migrain aku..dah lama tak kena..sepanjang mengandung rasanya ada sekali kot, pastu tak migrain2..huhuhu..ni kira migrain aku balas dendam laa.
terima kasih to my hubby (kalo dier baca blog aku kan, since dah ada berukbroadband kat umah), tolong jaga anak dan basuh baju dan jemur baju...Terima kasih! Muash2..hehehe
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, November 18, 2008

Pemberitahuan

Aku tiada hari semalam sampai hari ini..
Ada Training Lotus Connection kat Plaza IBM kat sebelah TV3 nuh...
Esok laa aku update segala mak datok yer!
Daaaaaaaaa...

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, November 14, 2008

Plz don't disturb!

Hari ni aku bz,semalam pun bz,
er..buat2 bz..
Sekian..

govtvorker.jpg
more animals

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, November 12, 2008

Terima Kasih Semua Penyumbang Hadiah!


Walaupun agak lapuk kan, tapi hadiah2 ni aku dapat lepas sebulan bday aku,so kira x lapuk sangat laa aku nak thank u them for the present...Bday aku kan 6.9 (masa tu aku masih dalam pantang! )

TERIMA KASIH!!
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, November 11, 2008

Testimonial: Rahsia kembali dara! (Entri x bleh blah!)

Hari ni network kat ofiz macam bangang jer..uiks..i need my celcom 'beruk'band here!
Esok aku nak bawak 'beruk' peliharaan aku tuh datang ofiz..aku bleh
berlagak dengan niza ngan ad..wakakakakaka...kang x pasal2 orang lain mengular,
aku kena wak keja lak kan..muehehe..

Psst!
Nak tahu ker tak rahsia 'anak dara' aku?
-Warning: Entri seterusnya sesuai untuk tatapan bagi yang sudah berkahwin tiada dara sahaja
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-

-

-

-

-
-

Aku mengamalkan 2 produk DCL iatu Bidadari dan QShe..Aku telah diperkenalkan dengan produk ini oleh ma aku ler..dier paksa aku wey....aku makan sajer..free lak tuh kan...


Bidadari
Source:Sini


Harga: RM53.00

Bidadari adalah minuman berfungsi untuk kesihatan, kecantikan dan kebahagiaan suami isteri dikomposisikan dengan bahan semulajadi.

Kandungan
Madu asli
Sireh
Akar serapat
Kacip fatimah
Kurma
Manjakani
Serai
Jarum mas
Asam jawa
Herba-herba terpilih

Keistimewaan
Membantu masalah keputihan
Membantu mengatasi masalah senggugut.
Membina rahim.
Mengecutkan rahim (bagi wanita lepas bersalin)
Menyegarkan & menyempitkan otot faraj.
Meningkatkan sistem kemutan
Menambah kolegen dalam badan.
Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah
Menyegar, menegang dan mengindahkan payudara.
Membekalkan tenaga segera.
Membantu merawat luka dalam perut dan pembedahan.

Q~She


Source:sini
Harga:RM 68.00

Q~She Diadun dari LOBATA (pueraria mirifica) gred terpilih, berkesan bagi meningkatkan dan membaikpulih kadar hormon estrogen yang berfungsi mengaktifkan kolagen bawah kulit yang mana hasilnya anda akan lihat dan rasai setiap hari.
  1. Menegangkan dan menghaluskan struktur kulit.
  2. Menegangkan payudara dan menghasilkan potongan badan yang menarik
p/s: Sesiapa yang berminat nak beli, aku bleh bagi murah laa sket dari harga kat botol tu dan amik untung laa sket2..hahahaha..nak lawan niza nampak! tapi bagi yang berada di Shah Alam sajer..self collect only!wakaka!Sila tinggalkan komen!Aku bukan independent distributorbuta tau!Aku cuma nak tolong! Aku bukan along. Aku Cik Su or Mak Su ajer...


Tobak, aku x nak makan dah tapi my hubby sungguh gembira kerana aku sudah jadik anak dara balik..chehs..
dia suh aku teruskan...dah 2 hari aku x makan yer kawan2...sila jangan gitau sama my hubby..hari ni aku dah kena start balik makan la...sebab semalam dah tak anak dara..wakakakakakakaa..
yer yer..sudah dengan bantuan..bantuan aper?lu fikir laa sendirik...

Malam tadi Nuha begitu sporting sekali..bagi chance untuk ummi dan abah dier feeling2 honeymoon gitewhh..awal2 lagi dah tido..huhuhu..yang kelakarnya dier merengek masa ngan abah dier,nampak jer abah dier terus nak dukung, pastu abah dier letak jer marah2 abah dier,tapi menguap2 jer aku nengok..
then aku suh my hubby pegi mandi (setelah aku masak,mandi dan solat siap2 dulu :D),
aku suh my hubby letak atas tilam...letak jer terus dier tido..aku x sempat nak buat apa2..lawak tol laa..
tu tahap mengantuk yang hamat laa tuh..syok kalo macam tu hari2..bagus anak ummi!sekali sekala aku tengok nafas dier..cuak gak, tido macam aku..spesis tido mati!huhuhu
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Monday, November 10, 2008

Yer..sudah..sudah..100 hari..

Semalam dan kelmarin, aktiviti aku dirumah bersama Nuha..Nuha dah pandai meniarap...what such a big progress for her..gembira macam anak dapat No 1 kat sekolah..perasaan itewh..hanya yang bergelar ibu bapa jer faham..Nuha dicium berkali2..macam tak percaya sajer..babyku sudah pandai meniarap..sayang anak ummi!tu baru anak pandai meniarap, bagaimanalah perasaan seorang ibu bapa nengok anak dier masuk Universiti, jadik orang bijak pandai..Fuh..tuh bangga bangga bangga bangga bangga bangga bangga yang amatlah aku rasa...
My hubby pegi servis kereta hari Ahad...Habis Rm 90 ++ jer tukar minyak gear..Next tukar 90113 KM.Skang baru 60113 KM...semalam my hubby sempat belikan Nuha 2 helai baju..huhuhu..dah jadik macam aku dah my hubby..ketagih nak belikan baju untuk Nuha..umminyer?tadak..dier beli plastik untuk dier 2 kotak 3*2..wtf!lu fikirlah sendirik..

-entri seterusnya aku warning...jangan baca..aku dah strike kan...

-

-

-

-

-
-

-

-

-

-

-
-

-
-

-
p/s:yer..sudah 100 hari..seyes..sakit..lebih sakit dari 1st nite...ketat lebih dari anak dara katanya..huhuhu..nak tau, yang 'dier' macam baru, tak buang lagi plastik :P
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, November 07, 2008

Kingston 8GB

Bagi yang berada disekitar shah alam,sila kunjungi blog ini untuk dapatkan pen drive serendah RM55.Tak perlu ke low yatt..hehehehe..Aku dah beli satu for my hubby..menyampah i tau..hari tu dah bagi car mp3 player..sekali nak plak pen drive lain :P aku ikutkan saja..isteri mee tali durjana laa katakan...


Biru ada...

Pink pun ada, tapi nampak macam purple jer :P Aku belikan yang ini untuk my hubby..man using pink! :P credits to niza for both pics.

Ok dah2..cukup bab iklan..hehehe..Hari ni aku nak makan KFC..lalala..ada orang nak belanja..sebab nak celebr8 bday dier yang lambat lagi pun nak menjelma..celebration in advance laa kesnya..mau nyer tak belanja awal2 lagi dah bagi hadiah.hehehe.. aku nak makan aper erk?huhuhu....
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, November 06, 2008

Aku dah dekat 100 hari wey!!!!!!

Dah dekat 100 hari aku melahirkan Nuha 'berpuasa tuh' yer..tinggal 4 hari..kejap jer rasa....macam baru jer semalam panas2 lahirkan Nuha..panas2 tu macam goreng pisang laa panas2 :P Skang dah pandai senyum 'gelekek' (trg's slanga) bila orang mengagah esp her abah lerw.. **Warning:Entri seterusnya berbaur rumahtangga 18sxrated sket, so kalo yang x kawen tu, jangan laa kater aku x warning lak kan..Aku skang masih tercari2 lagi the best solution untuk merancang keluarga..Doc Z*amri hari tu ckp, paling cepat 2 tahun baru luka dalaman tu leh sembuh (dah laa aku x pegi consult ngan dier last month coz malas ditambah aku dah cucuk Nuha kat kampung hari tu :P, Maaf ya doc, aku kensel appt itewh tanpa pengetahuan mu :D ) diorang pun lupa pasal tadak pun SMS dari De*MC remind bout that apptnmnt. Ni aku duk google psl kaedah merancang keluarga sambil buat keja aku buat keja gak la, korang ingat aku blogging dan googling 24/7 ka?
Baca yang aku jumpa!
Dicedok dari sini

Credit to RatuHati.Com..

Matlamat perancangan keluarga adalah untuk memastikan setiap kehamilan dirancang dan dikehendaki.
"Institusi keluarga adalah unit sosial yang penting dalam masyarakat. Sungguhpun Islam menggalakkan lelaki dan wanita berkahwin dengan tujuan mendapatkan zuriat, tetapi kualiti hidup perlu dititikberatkan.
"Perancangan keluarga boleh diamalkan dengan persetujuan suami dan isteri"
- Dr. Mohammad Akram Laldin, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kehamilan Perlu Dirancang, Kosmo

Nota Ibu Kaki :Hari tu, when i ask my hubby psal implan dan cerita yang one fren of mine punya fren(faham x?kwn kepada kawan aku lerr), implan dier hilang dlm badan(doc ckp maybe x pat peknen pasni) and lagi sorang gems gumuk (bagi aku x ler gems sangat pun :P ) lepas pakai implan..My hubby macam terkejut gak ..macam berisiko la kan pakai implan ni .my hubby cakap kalo pakai kondom pun x per..gila aper 2 tahun kena pakai kondom..Teknik pengunduran pun x sesuwai laa..Undur2 lekat jugak Nuha yang tembam tuh.

Kaedah Implan
Kaedah implan adalah kaedah sementara yang paling berkesan setakat ini dalam mencegah kehamilan, keberkesanannya muncul seawal 24 jam pertama pemakaiannya dan kesuburan juga kembali kepada asal dalam tempoh 24 jam ia ditanggalkan.

Pemakaiannya mudah, tidak memerlukan anda berjumpa doktor berulang kali kecuali untuk menanggalkannya dan tidak perlu khuatir mengenai kehamilan.

Bagaimanapun, ia mahal (sekitar RM400 tidak termasuk caj pemakaian) dan mungkin kurang kos efektif bagi penggunaan satu hingga dua tahun memandangkan ia adalah untuk penggunaan tiga tahun. Ia juga boleh menyebabkan gangguan haid (sedikit saja atau tiada langsung).- Dr Adilah Ahmat, Kaedah Sesuai Rancnag Keluarga, Harian Metro

Nota Ibu Kaki : And my fren cakap pakai implan kat PP*UM kosnya adalah RM250...kalo klinik swasta jer RM400++ tuh..Kalo buat kat klinik desa kampung aku, implan kena beli sendirik, tapi doc situ bleh pakaikan untuk aku..tapi sakitkah?huhuhu..ngeri plaks aku rasa...

Kaedah Pil Perancang
source : sini

Kaedah-kaedah pencegah kehamilan merupakan satu keperluan penting bagi merancang saiz dan masa yang tepat untuk mendapatkan anak. Ini adalah penting terutama bagi mereka yang baru bersalin atau mempunyai masalah kesihatan mengandung untuk mengelak dari mengandung. Salah satu cara mencegah kehamilan adalah dengan pengambilan pil perancang keluarga "kontraseptif". Pil perangcang keluarga digalakkan hanya untuk wanita yang berusia bawah 35 tahun, berkahwin, telahpun mempunyai anak, dan telahpun menjalani pemeriksaan doktor. Selain itu, mereka yang mengambil pil perancang keluarga perlu berjumpa doktor selepas 6 bulan pertama dan setiap setahun selepas itu untuk pemeriksaan
Waktu yang sesuai untuk mengambil pil merancang keluarga adalah

  • hari kelima haid.
  • Ibu yang mengalami keguguran boleh mula memakan pil selepas mendapatkan nasihat doktor.
  • Ibu yang menyusukan anak digalakkan untuk menggunakan cara mencegah kehamilan yang lain untuk mengelakkan gangguan kepada penyususan.
Pil perancang keluarga bertindak dengan menghalang ovari daripada membebaskan telur setiap bulan, oleh itu menghalang persenyawaan (mengandung) daripada berlaku. Sekiranya digunakan dengan tepat dan berkekalan, pil perancang keluarga mampu mencegah kehamilan sehingga 99.5% keberkesanan. Hampir semua wanita boleh menggunakan pil perancang keluarga kecuali mereka yang mempunyai keadaan seperti berikut :-

  • Disahkan atau disyaki mengandung.
  • Mengidap penyakit hati "liver disease"
  • Mengidap barah buah dada.
  • Mengidap sakit jantung.
  • Mengidap keadaan salur darah bengkak "varicose veins"
  • Mengidap pendarahan tidak normal "abnormal bleeding"
  • Mengidap darah tinggi.
  • Mengidap sawan "epilepsy"
  • Mengidap kencing manis.
  • Mengidap sakit kepala migrain
Cara penggunaan pil perancang keluarga.

Setiap pil mengandungi 21 pil. Cara pengambilan pil yang betul adalah :-

  • Mengambil sebiji pil setiap hari pada masa yang sama selama 21 hari berturut-turut.
  • Mula mengambil pil pada hari kelima haid.
  • Berhenti untuk tempoh 7 hari sebelum mula dengan paket pil perancang keluarga yang baru.
Sekiranya terlupa.

Sekiranya terlupa untuk memakan pil, makanlah pil apabila teringat tetapi tidak selepas 12 jam. Sekiranya anda terlupa memakan dua atau lebih pil, anda perlu mengambil langkah berikut :-

  • Sekiranya terdapat pendarahan, berhenti mengambil pil dan mula dengan paket baru pada hari kelima haid.
  • Sekiranya tiada pendarahan, teruskan mengambil pil seperti biasa, tetapi anda perlu menggunakan kaedah pencegah kehamilan yang lain sebagai langkah berjaga-jaga.
Terrdapat dua jenis pil perancang keluarga yang berada di pasaran iaitu :-

  • Pil yang yang mengandungi hormon-hormon estrogen dan progestin.
  • Pil yang mengandungi hanya hormon progestin.

Pil yang yang mengandungi gabungan hormon-hormon estrogen dan progestin.

Pil kontraseptif dalam bentuk gabungan hormon yang diambil secara oral ini dikatakan dapat mencegah penyakit inflamasi pelvik dan kanser ovari serta endometrial. Pil kontraseptif ini selamat bagi kebanyakan wanita kecuali mereka yang merokok atau mempunyai sejarah keluarga yang berpenyakit jantung. Pil kontraseptif ini juga tidak sesuai untuk wanita-wanita yang mempunyai sejarah penyakit kanser payu dara atau endometrial dan darah beku.
Antara kesan sampingan pil kontraseptif yang boleh dilihat ialah mual, sakit kepala, peningkatan berat badan, sakit pada bahagian payu dara, pendarahan antara haid, dan masalah tekanan. Kesan sampingan ini hanyalah sementara. Dapatkan nasihat doktor sekiranya ia berkekalan atau anda berasa bimbang tengang kesan sampingannya.

Pil yang mengandungi hanya hormon progestin.

Pil kontraseptif yang hanya mempunyai hormon progestin sesuai untuk wanita yang menyusukan anak serta mereka yang tidak boleh mengambil hormon estrogen disebabkan sakit kepala atau darah tinggi akibat estrogen. Pil yang hanya mengandungi progestin akan menyebabkan perubahan haid, peningkatan berat badan dan sakit pada bahagian payu dara. Kesan sampingan ini hanyalah sementara. Dapatkan nasihat doktor sekiranya ia berkekalan atau anda berasa bimbang tentang kesan sampingannya. Dianggarkan hanya 0.5 peratus (1 dalam 200) wanita akan hamil jika pil diambil secara konsisten dan betul.
Penggunaan pil perancang dengan betul dapat memastikan anda dapat merancang keluarga anda dengan betul. Penggunaan pil perancang mempunyai kadar 99.5% kejayaan. Keburukan penggunaan pil perancang adalah :-

  • Tidak sesuai dengan sesetengah wanita. Terdapat masalah alahan atau penyakit.
  • Kadang-kala terdapat gangguan pada kitaran haid.
  • Tidak berkesan sekiranya terlupa memakan pil perancang setiap hari.
Bagi wanita yang ingin mengandung, mereka hanya perlu berhenti mengambil pil dan mereka akan subur seperti sediakala.

Kesan pengambilan pil perancang keluarga
Pada masa kini, tiada kajian yang diketahui dapat membuktikan kesan buruk pengambilan pil perancang keluarga seperti kanser. Bagaimanapun pil perancang keluarga telah terbukti berkesan untuk :-

  • Menghalang masalah kekurangan zat besi "anaemia"
  • Menghalang ketumbuhan "cysts" dalam ovari
  • Menghalang masalah radang pelviks
Bagi wanita yang tidak sesuai menggunakan pil perancang, masih terdapat cara-cara lain bagi mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang. Anda perlu berbincang dengan doktor agar dapat memastikan kaedah yang digunakan bersesuaian dengan diri anda.

Pil perancang bukan saja mencegah kehamilan, tetapi turut ada manfaat lain seperti haid lebih ringan, tetap dan kurang senggugut; mengurangkan risiko pembentukan sista ovari, kanser ovari dan uterus; mengurangkan penyakit keradangan pelvik, meningkatkan ketumpatan tulang serta memperbaiki tekstur kulit. Cuma masalahnya ialah kepatuhan pada jadual pengambilan kerana ia perlu dimakan setiap hari. - Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Premitha Damodaran, Harian Metro.

Nota Ibu Kaki:Owh, kena laa aku pegi jumpa doc pasal pil perancang ni..aku ada migrain ghupernya, so teknik ni x sesuwai laa.. Ada banyak lagi teknik sebenarnya yer kawan2..yang IUD tu kan, my BIL cakap , macam ada mender geget 'tu' bird dier kalo pakai tuh...Alhamdulillah, lepas buang mender yang geget dier tuh (geget dier almost 8 years), lekat la sorang lagi...next year, dapat lagi laa anak sedara sorang lagi..lalalalala
Ada cadangan x? sila tinggalkan nasihat makrifat kat aku weh..aku buntu sehhhhhhhhhhhhhhh!
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, November 05, 2008

Waffles anyone?

Memandangkan dah nak masuk waktu tengah hari, aku teringat laa semalam aku snap pic dua keping makhluk bernama waffles ni..lalalalala..lambatnya kul 1..aku suka choc+blueberry or strawberry..

Abaikan meja ku yang semak..fokuskan kepada 2 keping waffles tu ok?(lapar seh tu psal 2 keping) *Promo- kalo 2 flava Rm2.50 tapi 1 flava Rm2 sekeping..Dapatkannya sekarang bagi yang duk makan kat kafe Me*nara SA*AS tuh..
Aku mula berkecimpung dalam bidang waffles ni, (chehs-makan jer laa bukan reti buat pon), masa aku makan kat A&W Dungun yang eskrim tu..la ni dah lama aku tak pi A & W (kat dungun tu dah di'delete'dah :P) Kat mana lagi yang tinggal erk? Tak silap aku kat KLCC masih ada lagik kan?..mak ai, x kan semata2 nak makan A&W nyer waffles aku nak kena pi sana?ada lagi ker jual tu?aku makan dulu masa Form 1..huhuhuhu..ni aku cilok gmbar saper2 ntah..credit to him..
Ni waffles eskrim yang A&W tuh...terliur nyer..seb baik x peknen dah...
Ni aku jumpa kat my resepi, cam biasa copy paste ajor masuk sini...credit lagik to AlongRoz.Senang jer ghupernya..tapi nak kena beli laa electric waffle maker tu pulak..muehehehe...
Bahan-bahan ( 3 set x 5 keping )
  • 2 biji Telur -ada
  • 3/4 cwn Susu segar -ada
  • 2 tbsp Minyak sayur (minyak sayur ni cammana erk? minyak biasa tak leh ker?minyak sapi ker? :P)
  • 1 cwn Tepung -ada
  • 1 1/2 tsp Baking powder -ada
  • 1 1/2 tsp Gula -ada
  • 1/2 tsp Garam -ada
Cara-cara

  1. Panaskan electric waffle maker. (owh, yang ni tadak..aku kena pi carik ni ..lalalalala)
  2. Pukul telur sehingga berbuih sedikit. Campurkan susu & kesemua bahan2 lain. Campurkan sehingga sebati.
  3. Tuangkan ke dlm waffle maker & tutup sehingga masak (waffle maker ada mcm2 brand, jadi ikut arahan memasak spt tertera dlm manual waffle maker anda). Tips - jgn tuang adunan terlalu sedikit nanti tak nampak pattern ataupun jika terlalu byk adunan, ia akan melempah & bentuk pun kurang menarik.
  4. Hidangkan dgn topping kegemaran anda seperti madu, maple syrup, ice cream atau jem.
p/s: sesaper yang tau berapa rega electric waffle maker tu sila ar cakap kat aku, atau kalo korang ada, aku pinjam leh tak?muehehehehe..bukan nak makan selalu kan... sharing is caring what! wakluuuuuuuuuu (niza berkata didalam hati)
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, November 04, 2008

Rembat orang punya!

Hari ni aku terdengar tajuk ni kat radio H*ot FM nih..Ni mesti kena mengena ngan kes Norman Abby lerw tewh..macam aku x tau..ada ke patut dier kater, pompuan laa suka rembat orang punya selalunya..helloww, kalo lelaki x merenyam manakan pompuan leh tergdiks2 ok..emo lak tetiba :P Pokok pangkalnya hati...Tapi kalo ikutkan hati, mati...macam mana tuh?Aku berdoa berdoa berdoa berdoa berdoa berdoa berdoa berdoa agar perkahwinan aku ngan my dear hubby kekal bahagia aman damai holiday Inn damai resort hingga ke akhir hayat..Kalo bleh,jika diizinkan Allah, aku ingin jadik bidadari syurga buat my hubby di alam sana..Amin...
Semalam dapat email ini, best untuk dikongsi...

Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..
Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak….
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami.."offer" lah pada suami,
Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Monday, November 03, 2008

Congratulations Nani & Yoe!

Tahniah kepada Cikgu Nani & Yoe Atas Kelahiran Cahaya Mata Kedua...
Gender: Boy
Date:2 November 2008
Time:10.14 a.m
Nur Alya Raihanah sudah dapat adik!hoorey!
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Yer beg aku besar tapi aku suka!

Semalam, dalam kul 5 lebey cam tu, kitorang pegi Tesco..my hubby volunteer dasar x nak tolak troli :P nak dukung Nuha..As usual, Nuha love to be with her abah..dah pandai tengok orang..dan kalo stop mesti bunyi2 mulut nak suh abah dier jalan2..so my hubby tengok2 barang kejap2 jer laa..Aku sempat gak sambar romper for Nuha dan shelf untuk baju Nuha.X sempat lagi nak simpan baju dier coz malam tadi dier x mo tido..penat duk melayan..last2 again, 'naked'kan dier dan letak dalam buai..perangai saper laa x suka pakai baju time tido ni... bukan aku k!salahkan bapak dier..

Ni yang aku beli semalam, ada sales lagi..save budget..Dan aku sudah beli beg..besarkan?ok, aku suka, korang x suka ada aku kesyah?aiman pun x kesyah..

Korang rasa baper lama aku mampu bertahan ngan beg ni?hehehehe..no more handbag for me..yang ini sajork..senang weekend ku, semer barang Nuha leh duk dalam beg ni...
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Sunday, November 02, 2008

Kurma Ayam in da house!

Hari ni, aku mangun agak lewat sket la..x der la lewat sangat..Kul 9 lebih..then Nuha mangun nak susu..bagi susu kat dier, then mandikan dier..pastu dier tido..bleh laa aku mandi dan masak plak..Hari ni aku masak kurma ayam....tapi jangan ckp my hubby, aku tak guna santan tapi guna susu cair..hehehe..santan abes la...malas nak kejutkan my hubby pegi beli coz malam tadi sampai kul 4 dier tak tido duk surfing..kes tak bleh tido laa tuh..hari ni ingat nak kuar beli shelf untuk baju Nuha,carpet(yer aku tak jadi beli tikar buluh tuh coz my ma ckp,lama2 mender tu jadik berhabuk n not good for Nuha :( , then nak beli bag untuk aku...ok la..aku nak makan thari plak..chow!

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, October 31, 2008

Beraya dirumah Ida!

Hari ni kitorang pegi beraya umah Ida(walau raya dah lepas,raya zulkaedah plak kekdahnya kan :P), kiranya house warming laa jugek kan...Ni first time laa kitorang melepak dirumah boz kitorang :D Thank You to my boz for delicious yummy yummy Nasi Bukhara yang dibeli dikedai Encik Sy*ed kat sek 3 tuh...so pasni aku nak ajak my hubby lak try nasi ni, ker aku jer yang baru first time? huhuhu


Weekend ni, aku ingat nak carik beg yang aku leh sumbat sumer barang dalam tuh, kiranya multi purpose bag laa..Leh letak payung, botol susu, diapers dan barang2 maks..Ada cadangan?seksa ok bawak beg Nokia tetiap hari (paper beg Nokia yer cik kiah :P)jatuh stendek maks..chehs..macam laa stendeks sangat...matilah.... Aku dah simpan carlo rino aku dalam almari..x sesuai ok nak bawakkk....tali pendek, susah nak pegang dan mengelek budak..i need yang panjang talinya, senang sangkut kat bahu...

 My carlo rino...dalam kenangan..chehss..macam mati jer bunyinya..

 
Yang ni ok ker?
 
Sayang, yang ni bleh? nanti abang gadai bulu, sure bleh beli ni..setakat coach apa ler sangat kan!
Ok laa..aku dah nak balik..sambung weekend..kalo sempat la..x pun isnin ni jer la..hehehe...
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)