Friday, August 11, 2023

Sambutan Hari Lahir My Nuha & My Nawfa 2023 & Dating Anniversary ke 20


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Jom la kita spill gambar sekitar sambutan hari lahir My first born daughter dan my last born daughter untuk tahun ni. Mula-mula ingat nak buat sambutan weekend. Sebab tak ready lagi nak buat bouquet untuk my Nuha. Sekali my hubby tanya tak nak buat surprise ke. So kita surprisekan lah diri sendiri, siapkan bouquet untuk my Nuha, dan zass pergi kedai kek Ina Azlina Seksyen 7 belikan kek . Sekalikan terus untuk my Nawfa punya. 




Hasil kerastangan saya dan last minute. My nuha dapat airpod tipu-tipu. hahaha

My Nawfa punya hadiah. Tak dan nak gubah yang adik. Masuk terus dalam box dengan hadiah2 dia. 


Sekali kek terpenyek pulak tulisan. Kek tinggi dari kotak ke macam mana tak tahulah. Redha je lah nak. Buat rasa-rasa. Mujurlah sedap juga kek perasa coklat vanilla. Tapi banyak sangat icingnya. Dah tua-tua ni kurang pulak yang jenis banyak-banyak icing kan tapi habis jugak satu slice makan suap-suap dengan my hubby. hahaha. Sekali lah dengan Dating Anniversary kitorang yang ke. Berapa eh sayang? Tahun bila kita bercinta? hahahaha. Bongok kan dua-dua dah hilang ingatan. 2003 lah sayang. Aduhai. Tu pun boleh lupa. Kenal masa nak pergi praktikal kat JPN Pahang dulu.My hubby tolong carikan rumah sewa.Lepas tu hujung-hujung praktikal terjatuh cinta pulak. hahaha. Kisah 20 tahun lepas dah rupanya. Semoga kita saling berkasih sayang sampai syurga yer sayang. I love you much more than you imagine darling :*




Qutaibah telah mengkhabarkan kepada kami daripada Malik daripada 'Abdullah bin Abu Bakr daripada 'Abbad bin Tamim daripada 'Abdullah bin Zaid katanya; bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Antara rumahku dan mimbarku adalah taman daripada taman-taman yang ada di surga."



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)