Tuesday, September 03, 2013

Katalog IKEA 2014 , sumber idea dekorasi menarik

Lama dah tak de segmen deko @ elissmie.com ni kan ? Dah tengok Katalog IKEA 2014 ?  Kalau belum, sila la berbuat demikian. Dapatkan  IKEA Katalog 2014 disini ( klik )  ! #makespacebetter .Jom kita tengok idea dekorasi yang menarik dalam katalog IKEA 2014 ni. Saya pilih dekorasi yang paling saya rasa praktikal dari bilik tidur sampai ke ruang dapur semestinya untuk rumah saya jenis teres setingkat. 


Ini cover katalog IKEA 2014. Kalau ada sesiapa nak amikkan untuk saya, email la saya :p

 Idea dekorasi untuk bilik air yang sempit. Tak sangka,idea frame gambar yang post sebelum ini tu boleh cantikkan dan naikkan ruang bilik air dan tak rasa macam berada dalam bilik air pulak yer.



Bila dah ada dua anak perempuan, tak sabar nak tunggu dua-dua besar dan buatkan make over untuk bilik mereka. Idea ni pun menarik sangat. 


 Ini pulak dekorasi untuk ruang dapur yang terhad.  Semua dalam satu, makan kat situ dan boleh duduk-duduk disofa sementara menunggu ikan habis digoreng. Eh, berangan pulak :p


Ni ini pulak untuk ruangan stor atau tempat sidai baju. Nampak kemas pulak macam ni kan.



Saya suka la konsep bilik tidur ikea yang ni. One shelf two room konsep dia. Praktikal untuk rumah yang jenis open dan tak der partition bilik langsung macam rumah studio.


Rasa nak transform ruang tamu macam ni lah. Syok habis sebab dah tak der sofa dan sesuai betul untuk my Nayla bergolek-golek. Ala-ala konsep arabian jugak ni kan?

Yang mana korang rasa idea dekorasi yang paling menarik ? 

p/s:


Ok, kalau nak tengok lebih lagi. Korang tengok la sendiri yer. Dapatkan  IKEA Katalog 2014 disini ( klik ajer sini)  ! #makespacebetter .

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)