Monday, August 19, 2013

Sewa nebulizer dan pengalaman neb sendiri dirumah

Hari ni baru masuk ofiz. Lemau btol nak masuk kerja sebab hampir 2 minggu bercuti kekdahnya. Tapi 4 hari terakhir bukan bercuti tapi lebih kepada menjadi nurse. hahaha. Anak-anak sakit adalah kifarah dosa-dosa ibu bapa kan? So, mak redha jer lah. 

In medicine, a nebulizer[1] (or nebuliser)[2] is a drug delivery device used to administer medication in the form of a mist inhaled into the lungs. - credit to source


Lepas jumpa paed kat DEMC dia suggest untuk warded kan my Nayla atau pinjam mesin nebulizer sebab my Nayla kena neb setiap 3 jam untuk cairkan kahak dia sebab banyak sangat berkahak. So saya ambil keputusan pinjam jer la mesin nebulizer. Yang ni insuran tak cover. So kena bayar sendiri.


Kos sewaan mesin nebulizer ni RM 40 sehari. So RM 80 untuk dua hari.


Ni lah rupa mesin tu. Masa amik neb tak sempat nak snap sebab susah nak kena handle sorang-sorang kan. Tapi paling syok neb dia masa pukul 1 pagi dan 4 pagi sebab dia tak bangun pun so boleh la neb dia lama-lama sampai habis ubat . Kalau tak 10 minit lah paling lama. Ubat tu 15 minit baru habis. Mesin ni asap dia tak sebanyak mesin yang kat hospital tu pasal kena habiskan ubat tu baru bagus .



Berguna jugak papan hitam ni untuk buat catatan waktu neb untuk nuha dan inhaler untuk my Nuha.
 
My Nuha guna inhaler yang diattach dengan AeroChamber ni setiap 4 jam sekali sebab dia pun ada sket batuk . Since dia eczema doc cakap dia adalah batuk athma jugak. Lepas follow up selepas 2 hari, dua-dua dah semakin ok. Boleh stop neb dan continue makan ubat jer. Hari ni rasa lega sket nak hantar diorang ke taska dan pengasuh.



Jom la layan gambar my Nayla yang dah menginjak ke usia 7 bulan. Sekejap ajer masa berlalu kan.


Sempat timbang berat masa jumpa paed hari tu.  Tangan tu tengah gwiyomi ke dik ? hehehe

Berat Terkini 6.2 kilogram

 Bila ntah nak merangkak ni.

 Bila angkat badan gelongsor ke belakang. Mak mentua cakap, merangkak udang. huhuhu

Senyuman buat semua orang cair...


Tapi tak semua orang boleh amik dia walaupun dia senyum manja..Lama-lama bila kenal baru nak orang.

Paling suka stereng kereta

 Korang pernah ada pengalaman sewa mesin nebulizer dan buat sendiri dirumah? 



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)