Thursday, July 18, 2013

Baju raya tahun ini, tema peach . Korang pulak?

Tahun lepas tema kami anak beranak adalah turquoise .Tahun ni selepas ditimbang tara, mesyuarat memutuskan untuk memilih warna tema peach sebagai warna tema raya 2013. Tahun ni saya nak pakai kurung biasa ajer kot dan nak nak plain ajer.



Yang ni mahal sangat harganya RM 400 tapi kalau beli direct dari Jakel rasanya boleh murah sket kan . 




Tapi peplum warna peach pun cantik-cantik jugak kan tapi untuk saya rasanya kurang sesuai lah ;p


credit to here


Untuk anak-anak saya nak cari yang berbunga sket . Tak mo la plain plain untuk lebih ceria kan. Kalau boleh adik dan kakak nak sedondon kan . Alahai mesti sweet kan :)

credit to here



Untuk my hubby lak,  Sayang , jom kita beli baju melayu aaron aziz ni. hahaha. Tengok kat banner jakel tu katanya harga serendah RM89.00 dan percuma sampin songket tapi tengok sampin yang Aaron Aziz pakai tu rasanya ribu-ribu harganya tengok kat jakel hari tu :p yang percuma sampin songket tu tak tahu la yang mana kan.

credit to here

Korang dah shopping ker untuk hari raya ?


p/s:

Shopping-shopping jugak tapi masih ada orang kat malaysia ni yang tak makan tau

Sedeqah/ Imfak / Waqaf / Zakat / Fidyah untuk fakir miskin Kudat Sabah
Bank in kepada : Tuan Haji Md Idris Haji Abdullah  Maybank Berhad 164 098 445 317
Ustaz ni adalah Pegawai Hal Ehwal Islam UiTM. Dia kata kalau boleh derma RM100 sebab itu jumlah yang dia nak bagi setiap keluarga ( 100 keluarga semuanya) tapi kalau RM1 pun dia terima jer..
email beliau sekiranya sudah memasukkan wang dan cakap untuk tujuan apa ( Sedeqah/ Imfak / Waqaf / Zakat / Fidyah ) mewakilkan beliau. email  : idris962@salam.uitm.edu.my

Macam mana anak korang boleh ubah korang, cerita kat sini dan menang hadiah :) #DrypersMY

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)