Wednesday, December 12, 2012

Pernah ke tengok orang utan ? | Orang Utan Island @ Bukit Merah

Ni sebenarnya hari terakhir di Bukit Merah. Lawatan ke Orang Utan Island ( Pulau Orang Utan) . 10 minit ajer nak sampai ke sana dengan menaiki boat yang disediakan. Harga tiket dan waktu perjalanan boleh refer kat bawah.Kitorang pergi free ajer sebab dapat tiket kombo free iaitu waterpark, ecopark dan orang utan island.Ni kali ketiga kot saya tengok orang utan secara live. Mula-mula tengok kat Zoo Negara, pastu Zoo Taiping.


Korang dah try ke Pizza Cheesy 7 Pops Tempura Prawn ni ? Jom klik sini untuk sama-sama terliur..hahaha

Kitorang sebenarnya, hari mula-mula sampai lagi dah ronda area jeti tu . 


Ni tempat menunggu boat ke Orang Utan Island tu.


My Nuha sempat menge'pow' abah dia kat kedai souvenier :p

Ni boat yang akan bawak kitorang ke Orang Utan Island tu.

Nak bagi makan itik pun boleh, RM 1 sepaket makanan boleh beli kat kaunter.

 Hari kejadian :)


Us :*


Bersiap sedia untuk berlepas

 Kami kat dalam boat. Nuha sebut boots :p

Yang naik boat ni kebanyakan staf ofiz saya

Kak Ema dan cucunya

 

 
Ad dan Adam
 
 Saya dan Nuha


 
Nuha dan Atia

 

view tasik sepanjang perjalanan

 
Selamat sampai di Pulau Orang Utan

Jom selamatkan orang utan !
 
Sama-sama :)

Bila sampai, kami diberi penerangan serba sedikit pasal orang utan ni oleh pegawai yang bertugas.Katanya,orang utan ni, ada 97% ciri yang sama dengan manusia cuma tiada kotak suara ajer tapi dia boleh buat pelbagai jenis bunyi. Lupa lak berapa. Tapi salah satu bunyi yang dia mampu buat adalah bunyi harimau untuk menakutkan mangsa. Dia boleh hidup dengan monyet. Tapi kalau cimpanzi tak boleh, sebab cimpanzi makan daging. Habis monyet tu nanti. Dan orang utan pun datang period ok selama 3-5 hari dan keluar melalui air kencing so tak perlu pakai pad macam kita. hahaha :p

Orang utan yang lahir kat sini siap ada sijil kelahiran lagi


closed up sket

Meet them, save them 
 

Ni kat dalam hutan dah ni. Bukan orang utan yang kena kurung tapi kita yang kena kurung :p

Yang ni kira orang utan yang paling hebat kat dalam pulau ni sebab dia ada piring kat pipi tu. Untuk menarik si betina. Dia dapat bila menang dalam pertarungan gitu lah kekdahnya dengan jantan yang lain, disebabkan hormon tu yang ada piring kat pipi tu.

 
Yang biasa macam ni, tak der piring pipi. Yang ni apa ntah namanya Aaron ker :p
Ada Adam,  Aaron, Carlos  yang jantan tu, apa ntah nama betina lupa lak.


Nampak tu, monyet duk menumpang makanan si orang utan
 Kat situ siap ada bilik ICU untuk orang utan

 Ni orang utan yang muda lagi tapi atas 4 tahun

Kalau bawah 4 tahun, diorang kena masuk taska dulu :) Comel :p

 Kat situ pun ada banyak pokok herba yang ditanam
. Semuanya subur gitu. Yang ni Tongkat Ali :p

Korang pernah ke tengok orang utan secara live ?


Park Hours / Ticket Prices

Daily Hours of Operation Opening Times
Daily
Ferry trips
9:00am-5:00pm
Every 45 min

Ticket Prices Normal Rate
Adult
Child
Child (below 90cm)
Senior Citizen & Disabled (Malaysian Only)
RM28.00
RM25.00
Free
RM13.00

Checkout the Orang Utan Island Foundations's website : www.orangutanisland.org.my


Giveaway @ elissmie.com
Korang nak tak FM dari Bukit Merah ?Mr Random akan pilih seorang peserta bertuah ! 

Cuma perlu komen pada entry ini atau entry  Dr Robiah K.Hamzah & Sehari di Bukit Merah Waterpark  [ dikira 2 cabutan ] dan masukkan sekali saya nak Fridge Magnet dari Bukit Merah Lake Town Resort !
Tarikh Tutup : 13 Disember 2012 sebelum jam 12.00 malam

My Nuha | Aku Bukan Chef

Monday, December 10, 2012

LakeTown Hotel @ Bukit Merah Resort & Pemenang FM Bukit Merah

Kitorang gerak dari Shah Alam dalam pukul 8.45 pagi. Ada 4 bas yang bawak kami kesana. Kitorang naik bas yang pertama. Tak kuasa dah nak menunggu lama-lama kekdahnya. Berenti 2 kali kat hentian untuk breakfast dan lunch. Akhirnya, hampir pukul 3, kitorang dah sampai di Bukit Merah Resort. Kitorang check in kat LakeTown Hotel.



Saya dan my Nuha yang excited dapat naik bas.


Tablet teman sepanjang jalan :)


 Hubby tengah melayan perasaan kot :p


Inilah bilik kitorang.Superior Room.Harga dari RM230 semalam. Kemudahan yang ada sama macam diiklankan kat website diorang la. Air conditioning + Hot and Cold Shower + Television + IDD Telephone + Mini Fridge + Queen Bed + Coffee and Tea Making Facilities.


Toilet pun bersih tapi air dia slow sket.Mungkin sebab bilik kitorang tingkat 3 kot.

 Hair dryer pun ada . 
Iron kena request dari diorang tapi kena pulangkan dalam masa setengah jam


TV masih zaman dinosour . Ada mini fridge sekali.


Yang berbeza, ada satu lagi single bed dan siap ada pulled out bed kat bawah dia.


Dan ada meja makan.  

Overall, bilik kat laketown hotel ni selesa untuk kitorang stay sepanjang berada kat sini. 


Harus ronda-ronda sekitar amik gambar dulu.Hari pertama tak buat apa lagi. Dengar taklimat program ajer dan malam kang ada ceramah. Next entry la yang tu yer :p



My Nuha. 


Ada banyak kemudahan disediakan kat sini.

 Nak urut-urut badan pun boleh. ATM dan kedai souvenier pun banyak.
 Food court pun ada. Harga pun tak der la mencekik sangat. 

 
Dengan signage pun nak bergambar :p


Saya @ 31 Weeks , Laketown Hotel, Bukit Merah Resort


Korang pernah ke bercuti di Bukit Merah Resort ni ?

Pemenang FM Bukit Merah [Entry ini ]


Jawapan : RM 106.71

Tiada tekaan yang tepat , so yang paling hampir adalah RM 109 [ beza RM 2.29]

Kepada  pemenang bertuah ini , Sila emailkan nama, alamat dan no hp ke elissmie [at] gmail [dot] com. dan pilihan FM yang dikehendaki.

Bukit Merah Laketown Resort
Operated by Bukit Merah Resort Sdn Bhd (Co. No. 390047-M)
Jalan Bukit Merah,
34400 Semanggol,
Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Website : http://www.bukitmerahresort.com.my
Tel : 605-890 8888
Fax : 605-890 8000
Email : sales@bmlaketown.com.my
Resv : reserv@bmlaketown.com.my



Thursday, December 06, 2012

Facial Treatment kat rumah ? | Facial Pore Cleanser @ Blackhead Remover

Korang selalu ke buat facial treatment kat rumah ? Saya selalu jugak, tapi sejak dua menjak ni , malas gila. Muka pun berminyak sakan.Tapi paling malas sangat pun mesti cuci muka bila balik kerja.Rajin sket pakailah facial mask yang beli kat SASA hari tu.Tak abes-abes lagi. 


Hubby pun kesian, dah lama saya tak buat facial treatment untuk dia. Lagipun dengan perut yang sudah maju ke depan ni, nak duduk bersila tu macam sendat sangat. Nanti la lepas beranak kita buka balik spa untuk facial treatment kat rumah yer sayang .hahaha

Macam mana saya buat facial treatment kat rumah ? 
 
 1. Saya amik semangkuk air panas, dan stimkan muka( sambil pegang towel keliling muka)  biar pori-pori muka tu terbuka , nanti senang nak keluarkan segala white head dan black head kat muka tu.



2. Saya guna facial tool jenis besi ni untuk buang segala white head dan black head. Memang sakit sket , tapi bila buat tu, semua keluar kan, rasa puas hati betul. Hubby pun suka sangat la, memang lama kalau saya buat kat muka dia. Sampai boleh tertidur . Baik punya servis kan !


3. Lepas dah siap tu, saya cuci muka dengan cleanser dan sapukan moisturizer. Sekarang saya masih gunakan produk Garnier.

Korang pernah ke buat facial treatment kat rumah ?




Hari tu, sebenarnya, saya ada beli tool untuk buang blackhead ni yang guna bateri, cuma RM 28 tapi saya beli percuma sebab guna kupon milkadeal :) Lepas ni, boleh la hubby buat sendiri .hahaha. Nanti saya review, mana lagi efektif penggunaannya. Tak sabar pulak nak tunggu barang sampai !




Untuk yang berada di sekitar penang, boleh dapatkan servis diatas.
 Adik ipar saya ni , korang yang berminat boleh PM dia yer :)
Facebook : Daisy Rania 

 p.s:

Untuk dapatkan ole-ole dari Bukit Merah, boleh buat tekaan pada entry ini [ klik sini


Wednesday, December 05, 2012

Cek Nuffnang Ke 11 , 12 BE On Going dan Pizza Hut - Cheesy 7 POPS

Alhamdulillah. Ada jugak rezeki blogging bulan ni walau tak banyak mana. Boleh la tampung yang mana perlu kan.Penantian sudah berakhir. Sket punya lama request, bulan ni baru dapat. Tu la, lain kali kena request sebelum 1 hb la tau.Tak pasal-pasal tumbuh janggut. hahahaha




 Payment advice dah di email. Nanti muncul la cek dengan amaun ini atas meja.Biasa RM 100++ ajer, saya tak sabar nak tekan cash out. hahaha. Orang lain ribu-ribu baru tekan cash out. Blog picisan macam ni jer la kan.

Cuba teka berapa?

p/s:
Tekaan yang tepat atau paling paling hampir akan menerima ole-ole dari Bukit Merah Lake Town Resort ! Mungkin Fridge Magnet :) Tekaan Sekali Sahaja. Dah terteka banyak jawapan, jawapan pertama dikira sebagai jawapan yer :)

Tarikh Tutup : 10 Disember 2012 sebelum jam 12.00 malam

 

Terima kasih Nuffnang, i love you more :p 





p/s:

Tetiba rasa nak makan Pizza Hut - Cheesy 7 POPS.

Tuesday, December 04, 2012

Makanan Cina Muslim @ Hj Sharin Low Setapak

Selepas amik Durian Crepe dan Pavlova dari Irma , kitorang macam biasa lah. Harus JJCM . Kali ni JJCM @ elissmie, singgah makan di Restoren Hj Sharin Low Setapak.Ingat nak pergi uptown Danau Kota lepas tu, tapi cuaca tidak mengizinkan.Hujan pulak. Jom la jamu mata :)
Sebelum tu tayang wajah-wajah pemakan dan tukang belanja terlebih dahulu.


Terima kasih Kak Long dan Long :) Ini Long, bukan Ah Long :p


Us :*
My beloved dotter :*


 Saya yang bagai dipam-pam ...Berapa la berat terkini ni..alahai..

Jom tengok menu pulak yer..


Antara menu yang ada.



Sup Sayur Campur RM8


Model Roasted Duck :p


Roasted Duck RM 13


Squid Salted Egg - Highly recommended...

Kerapu Kukus Nyonya - Rasa dia ala-ala asam pedas melaka

Total : RM130 ++ ( Termasuk Nasi putih 4 + Nasi Goreng Cina dan 5 jenis air) 


Nak sejuk, boleh makan kat belah sini..Ada aircond

Kitorang makan kat sini ajer, bawah kipas :p


Korang suka makan apa kalau masakan cina ni ?

p/s:

Masih teringat- ingat Squid Salted Egg tu..


Restoran Hj Sharin Low Setapak
Alamat : No. 6, 8/23E, TAMAN DANAU KOTA, OFF JLN KLANG GENTING, 53300 SETAPAK, KL TEL:03-4142 6995. 
Twitter:HjSharinLow
Tel : 03 - 4142 6995
Email : mniche07@streamyx.com


My Nuha | Aku Bukan Chef

Monday, December 03, 2012

Durian Crepe dan Pavlova 2 Layer, tertunailah hasrat di hati

Hujung minggu lepas, tertunailah hasrat di hati sebab dapat merasa Durian Crepe dan Pavlova 2 layer oleh Irma :) Rasa tak sabar-sabar dah nak makan pavlova yang saya idamkan dan Durian Crepe yang diidamkan oleh my hubby :)


Tayang gambar kami berdua dulu ( Saya @ 30 Weeks) , sebelum gambar makanan yang menggiurkan keluar .Ini kali pertama kami jumpa, sebab masa amik pavlova yang tempah dulu, hubby dan Long saya yang pergi amik tanpa saya, kes kena tinggal. keh keh keh. Akhirnya bertemu jugak kita yer :)

Pavlova yang saya menang cabutan bertuah di blog irma :)
Harga : 850g RM45 - 1kg RM65
Tempahan : Klik sini

Pandangan dari tepi :p Menjejez air liur bila tengok.

Pandangan dari atas. Tinggal suku ajer lagi dalam peti ais, tak sabar nak balik makan lagi.

Ini durian crepe yang hubby mengidam tu. Beli 2 paket @ RM20.
Tempahan : Klik sini 

Durian crepe setelah dipotong dua . Aduhai gebunya...Kulit dia pun tak macam ketayap.Bila baca kat blog, resepinya menggunakan 7 jenis tepung. Rasanya pun ada iras-iras Durian Crepe yang pernah saya cuba dulu yang dibeli oleh Cik Nor masa tahun 2010 dulu kat Sumptuous Desserts @ The Gardens, Midvalley .Memang boleh beli la :) Recommended !

Korang terliur dak ? terliur dak ? lalalalariksss....

p/s:



Terima kasih AnakPerak, bagi key chain dari Singapore ni :)



My Nuha | Aku Bukan Chef

Sunday, December 02, 2012

Pembiayaan Peribadi – i BANK Kuwait Finance House Khas Untuk Kakitangan Awam Seluruh Malaysia

Korang pernah buat pinjaman peribadi ? Selalu korang buat pinjaman peribadi kat mana? Apa kata korang cuba buat pinjaman peribadi dengan Kuwait Finance House. Untuk pengetahuan korang Kuwait Finance House Malaysia (KFH)  adalah bank yang menawarkan perbankan Islam.  KFH menawarkan produk-produk perbankan yang berlandaskan syariah tau. 

Jom kita tengok promosi terkini dari KFH ni :  Pembiayaan Peribadi – i BANK Kuwait Finance House Khas Untuk Kakitangan Awam Seluruh Malaysia


KEISTIMEWAAN:
  • Pembiayaan Sehingga RM 200,000 Tanpa Penjamin
  • Kadar TETAP 3.99% (FLAT RATE)
  • Payout 97%
  • Maksima tempoh sehingga 20 tahun
  • Potongan lebih 60% boleh memohon (overlap)
  • Bayaran Balik Menerusi Potongan Biro Angkasa
  • Semua Kakitangan Kerajaan Persekutuan,PDRM,Kerajaan Negeri,Majlis,Lembaga,Yayasan Negeri,Badan Berkanun Layak Memohon
  • Permohonan Seluruh Negara (1 Malaysia)
  • Berjawatan TETAP dan berkhidmat 1 tahun ke Atas shj layak memohon
  • Blacklist layak Memohon



Sebahagian Jadual Pembiayaan Peribadi KFH [klik untuk besarkan] - untuk salinan lengkap boleh berhubung terus dengan Liana yer :)

Kenapa korang perlu buat pinjaman peribadi dengan Kuwait Finance House ?

Pertama :Anda tidak perlu bayar komisen kepada agen

Anda tidak perlu ke bank utk memohon pinjaman ini. Anda hanya perlu menelefon pegawai pemasaran yg dilantik oleh pihak coshare utk menguruskan permohonan anda. Lagipun, anda tidak perlu menggunakan wang pinjaman anda utk membayar komisen kepada pegawai pemasaran ini. Perkhidmatan pegawai pemasaran ini ialah PERCUMA. Sekiranya anda meminjam RM 100K, jumlah yg anda perolehi di tangan juga RM 100K !

Kedua :Anda tak perlu bayar process fee

Tahukah anda ? sekiranya anda membayar process fee sebanyak RM 5,000 utk permohonan pinjaman selama 20 tahun dgn kadar 3.98% setahun, anda sebenarnya membayar process fee sebanyak RM 8,980
Pembiayaan peribadi Kuwait finance house tidak dikenakan sebarang process fee..Sekiranya anda pinjam RM100K, jumlah yg anda perolehi di tangan juga RM100K !

Ketiga :Anda tak perlu bayar deposit 1 @ 2 bulan

Walaupun pengambilan deposit 2 maka loan anda akan tamat 2 bulan lebih awal tetapi ianya memberi kesan sekiranya settlement anda utk pinjaman terdahulu tinggi. Kuwait finance house memberi anda 100% payout !

Keempat :Anda tidak perlu bayar interest utk insuran + duti setem

Tahukah anda, insuran yg anda bayar utk pinjaman peribadi anda dikenakan interest ? Sekiranya anda membayar insuran + duti setem sebanyak RM 2,000 utk permohonan pinjaman selama 20 tahun dgn kadar 3.98% setahun, anda sebenarnya membayar insuran + duti setem sebanyak RM 3,592
Kuwait finance house menggunakan konsep di mana kos insuran + duti setem dibayar secara bulanan tanpa interest !

Sebagai pelanggan yg bijak, anda bolehlah menjadikan Kuwait finance house (Coshare) sebagai pilihan UTAMA pembiayaan peribadi anda.
 
BAGAIMANA MEMOHON?


Korang cuma perlu SMS maklumat berikut


1) Gaji Kasar
2)Jumlah Potongan (dalam payslip) 
3) No IC 


kepada  Liana 013-217 8186

Untuk maklumat lanjut , sila contact : 


Call/SMS 013-217 8186
Email: personalloankl [at] gmail [dot] com


Apa lagi ? Kita terjah sekarang ! 


Kot-kot lain kali korang tiba-tiba nak buat Pembiayaan Peribadi dengan KFH ni, dan nak lebih mudah, korang boleh klik pada banner di sidebar seperti kat atas ni jugak :)
 
* This is sticky note entry. Sila skroll kebawah untuk entry yang terbaru  :) Advertise here?  

Friday, November 30, 2012

Pulut Durian Musang King dan anak sepupu made in Japan

Hari -hari lalu gerai durian, sampai bau durian pun boleh masuk dalam kereta. Bila tengok entry Kak Yanmie pasal Pulut Durian hari tu, terus rasa teringin nak makan. Pengaruh rakan blogger betul namanya ni . Pantang orang up entry pasal makanan, terus teringin nak makan. 


Pastu cakap la dengan hubby, minta dia belikan durian sebiji sebab teringin sangat nak makan pulut durian. Tapi dia buat dek jer. Hampagas btol.Yer la, dia memang tak suka makan pulut durian kan.Sekali balik rumah esoknya, semerbak bau durian. Rupanya dia belikan durian Musang King lagi Angkut dari ofiz dia kat Langat pulak , terharu mak :)


So malam tadi,merasalah makan pulut durian. [ Resepi boleh klik sini]. 
Sorang-sorang ajer makan, puas hati.Lepas tu nuha pulak mintak sket :p Dia pun hantu pulut .


Untuk mengelakkan panas badan, jangan lupa minum air dari kulit durian yer . Alhamdulillah, malam tadi dapat tidur lena walaupun makan durian 6 ulas. hahaha

Korang pernah ke makan pulut durian ?


Muhammad Yazid Yuuki - Anak sepupu baru 
D.O.B 21 11 2012 @ Hospital Kawagoe-shi, Saitama, Japan
Tahniah Mie & Yati , dah lengkap sepasang :)


 Pemanggang ajaib untuk dimiliki dan katalog tupperware terbaru sudah keluar , klik sini laju-laju untuk pembelian dengan harga ISTIMEWA [ klik sini]
Kereta comot sebab musim hujan ? Terjah Tip Top Auto Spa Seksyen 7 sekarang . [ klik sini]
Baju kurung dan kain pasang pelbagai pilihan, terjah Cotton-Purple. [ klik sini]


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)