Wednesday, September 12, 2012

Mee Kari Ketam , KL @ Shah Alam, sedap ker ?

Dah sebulan rasanya tak up episod jalan-jalan cari makan di elissmie. Maklumlah, bulan puasa makrukh hukumnya tayang gambar sedap-sedap kan. So better avoid, baru dapat pahala ( chewah macam ustajah pilihan ) . Akhirnya sampai jugak kami kesini. Mee Kari Ketam , Kuala Lumpur.


Padahal selalu sangat dah makan kat area sini tapi selalu saya datang mesti ramai orang . Last week, hari Ahad lepas, setelah seharian berpenat lelah mengemas rumah sebab buat rumah terbuka hari sebelumnya, hubby ajak keluar minum petang. Kalau tak memang saya rasa saya nak tidur ajer sebab awal pagi dah bangun kemas apa yang patut sebab malam tu memang tak larat nak kemas :) Lokasi Mee Kari Ketam , KL adalah berdekatan dengan UNISEL dan lebih tepat lagi food court Seksyen 7, belakang bangunan Hakim lama.Bawah kedai ni ada D'Arab Cafe bagi sesiapa yang berminat nak makan nasi arab.

Sabar menunggu makanan. Masa kami sampai, just ada dua pelanggan ajer. So cepatlah dapat makan :) Servis kiranya baik lah.Hari tu lepas hujan, tu pasal tak ramai orang agaknya.

Decoration , simple and nice :) Meja kayu dan bangku kayu.

Eh, sampai tertidur pulak :p


Menu air ada kat dinding :p


Harga makanan cilok dari belog Eyriqazz :)
Mungkin ini kedai kegemaran Eyriqazz sekeluarga (atau ada share? ) sebab selalu sangat datang pekena Mee Kari Ketam KL ni.

Kaunter pembayaran dan tempat menyediakan makanan sekali.

Ni mangkuk my hubby. 
Yang kami pilih ni adalah Menu Mee Kari Ketam + Ketam Biasa ( RM 8 )

Ni saya punya . Menu sama ajer kami pilih :) Saya mintak limau untuk diperah dalam kari ni untuk lebih umpphh. Hahaha. Suka-suka hati ajer alter makanan orang. Ampunkan saya chef Mee Kari Ketam ! Nanti korang datang , mintak la limau yer, baru terangkat :p

Ni saiz ketam bila diletakkan dalam pinggan. Overall memang sedap lah, kecuali tekak saya ni memang suka masam-masam dalam kuah karinya. Harga pun berpatutan dengan ketam yang dia bagi tu dan rasa kari tu memang meresap ke dalam ketam tu.Aduhai, tulis pun bikin meleleh air liur :p


Korang dah pernah makan ke  Mee Kari Ketam , KL @ Shah Alam ni ?


Restoran Mee Ketam No. 11, Kompleks Anjung 7, Jalan Zirkon B 7/B Seksyen 7, Shah Alam,Selangor. Buka 12:30tgh - 10:00mlm (Isnin CUTI) 
Hubungi :Encik Ubai: 019-2496054 / 0192346388 / 0175653556 

Tuesday, September 11, 2012

Saman Sempena Balik Beraya , korang ada ?

Hari ni terbaca pasal entry Saman POLIS ! POL: 257 dan POL 170A kat blog Shakiddo, terus tergerak hati nak cek saman kat > MyEG Services – www.myeg.com.my .


Memang register kat situ dan pernah buat bayaran saman online kat situ.Sekali masuk JPJ, Alhamdulillah lega. Tapi bila masuk PDRM, jantung dah lain macam ni, sah-sah ada saman ni. Ha amik kau, siap dua lagi ! Macam mana email tak masuk pulak notify yang ada saman. Dah la konsep sekarang adalah "The more you delay, the more you pay".

Ada 2 saman dalam rekod dan dua-dua hubby yang bawak. Hari ni dah bayar satu saman secara online , yang satu lagi tu tunggu diskaun la :p hahaha. Bayar secara online kena caj RM2.



 Siap ada gambar bagai tu kat dalam MyEG Services.Masa ni my hubby yang bawa, sebelum sampai Bentong ni , saya bawa sampai ke Temerloh. Sabar jer la.Mentang-mentang jalan lengang waktu on the way balik KL hari tu :p Tak pasal-pasal kena saman speeding.hahahaha


Korang ada saman sempena Balik Beraya , 
cer check cer check  ? :)


Monday, September 10, 2012

Rumah Terbuka Raya cum Housewarming, maaf tak dapat jemput semua..

Minggu ni giliran saya buat rumah terbuka. Tahun ni tercapai jugak nak buat makan-makan sempena hari raya di rumah baru sebab tahun lepas masih dalam proses lagi bila bulan Syawal dan tragedi Syawal pulak time tu, memang tak buat pun jamuan raya sebab tengah berpantang. Kali ni tak celebrate birthday di hospital macam tahun lepas, tapi ajak hubby makan di Restoren pujaan hati kami sekeluarga iaitu, Shid Seafood, Padang Jawa. Terima kasih kepada adik cashier yang rajin baca belog akak yang tak seberapa ni dan bagi diskaun malam tu. Tak sangka akak :) Malu pun ada..Rasa nak sorok muka:) Akak selalu puji sebab servis memang terbaik , kalau tak akak kutuk punya ! hahahaha


Ok , berbalik pada majlis rumah terbuka rumah saya. Maaf tak dapat undang semua. Maklumlah rumah pun bersaiz mini :) Lagipun tengah mengandung ni macam tak larat sangat, nasib baik ada Kak Long saya yang banyak tolong. Kalau tak, entah dapat makan ke tidak. Malam sebelum majlis dah ready bahan-bahan , tinggal lebur ajer esoknya. Jom intai-intai menu dulu :)

Ayam Masak Merah + Nasi Putih (Tak snap :p)


Sambal Belacan Mempelam Muda


Acar mentah timun dan lobak merah

Nasi himpit ni rebus sendiri tapi sate dan kuah kacang tempah siap-siap dengan Sate kajang Samuri @ PKNS Shah Alam


Menu istimewa, Laksa Lemak Putih Terengganu

Ni beli siap-siap kat pasar seksyen 6, Shah Alam

Ulam-ulaman yang ada :) Nampak belacan yang dipotong-potong kecil tu, ada berani ?

Ni semua makanan lah kiranya... Penuh jugak satu meja :)

 My little helper, sedang susun sudu dan garfu.

 Tetamu pertama yang hadir , Aida dan suami. Terima kasih :)

 Ni kak ray dan adiknya :) tetamu kedua..

Blogger frenz yang hadir, Rumiza.

Elyani sekeluarga
 My second big boss, en husain sekeluarga tapi tak tersnap pulak satu family.

 Antara kawan my hubby yang hadir.

Lepas tu, kamera dah tak sempat nak pegang sebab tetamu datang berganti-ganti gitu. Terima kasih kepada semua yang hadir. Last tetamu yang balik adalah pukul 10.45 malam.Saya harap semua berpuas hati dengan layanan dan makanan yang disediakan. Harap-harap tak der yang sakit perut.hehehe


 My Nuha sempat jugak tiup lilin hari jadinya. Berapa kali nak sambut ntah.hehehehe

 Kek Angry Bird kini boleh didapati di King's Confectionary  tau :) Yang macam ni RM 65 sekilo tapi ada voucher jadi RM55 ajer.

Terima kasih kepada semua yang bagi hadiah hari lahir kat my Nuha. Tak tahu dah siapa yang bagi hadiahnya. Bila tanya dia , dia cakap auntie lain. Auntie biasa tu jiran sebelah rumah. Aduhai...Pening kepala den :p

Yang ni dia suka sangat , sebab buku warna princess dan siap ada sticker.  Eb ker yang bagi ni ??Eb, nanti share gambar yer :)

Ni baju yang dia suka jugak, hari ni siap pakai pergi taska,tak sempat nak basuh dah :)
Ni siapa bagi yer ? Tak perasan langsung siapa yang bagi !



 Tahun ni korang buat tak rumah terbuka raya ?





Thursday, September 06, 2012

Scan 17 Minggu,Pedih Hulu Hati dan 30 Tahun Hari ni

Masuk minggu ni jer, saya dah start-start sakit hulu hati. Rasanya masa mengandungkan nuha dulu, hujung-hujung baru kena. Bila checkup hari Selasa lepas, terus tanya doktor then doktor cakap setiap kehamilan memang berbeza.So, kira normal la kalau kena awal ker lewat ker. Ada terbaca jugak pasal pedih hulu hati sebelum jumpa doktor.Pedih Ulu Hati Semasa Hamil. Banyak rupanya kena pantang makan .Masam-masam manis-manis tak boleh.Pedas tak boleh, berempah tak boleh, panas tak boleh. Habis apa nya yang boleh? Rebus-rebus jer laa nampaknya yer :p Banyak betul dugaan mengandung kali ni.


 Jom la tengok gambar scan. Masa ni baby tidur. Kenapa la asyik tidur jer dik ;p Tapi ada jugak gerak manja-manja gitu. Masih tak rasa pergerakan kat perut.Kecik lagi doktor kata.baru 197 gram.

Baby Alhamdulillah memang mengikut usianya (17 wks)  tapi berat saya tidak berganjak. Magis sungguh ! Mungkin penangan muntah semasa berpuasa hari tu dan tak boleh nak telan banyak makanan masa berbuka Berat saya maintain 71.5 KG.

Gaviscon adalah selamat untuk ibu hamil. Alhamdulillah, sejak ada ahli bomba dalam tekak (iklan gaviscon)  , dah tak pedih hulu hati even hari ni makan nasi himpit, kuah lodeh dan kuah kacang yang super pedas.


 Punya besar vitamin yang saya dapat kali ni . Yang ni doktor cakap sekali dengan fish oil. Nak termuntah makan sebab besar sangat saiznya ;p

Bil kali ni RM463.04. Menangis kalau kena bayar sendiri ! 
Kali ni mahal sket dari biasa sebab kena buat ujian darah !

Hari ni adalah birthday saya yang ke 30 tahun. Wow dah masuk 3 series. Terima kasih Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar sebab antara yang paling awal wish birthday saya sebelum my hubby  ( tapi saya tak ingat pun sebab mamai :p ). Tapi Dato' saya tak kecik hati sebab saya tahu, hanya agent dari sistem yang dibangunkan oleh Puan Niza kancilbiru yang hantar bukan Dato'. hahahaha


Siapa birthday sama dengan saya hari ni angkat tangan ?Ada cadangan hadiah menarik untuk saya tak ? 

p/s:

Saya cuma minta hadiah romantic dinner di fraser hill ajer dari hubby, entah jadi kenyataan atau khayalan :p



Wednesday, September 05, 2012

Air mineral botol yang paling mahal pernah beli?

Semalam ada rutin bulanan di DEMC macam biasa. Tu cerita esok la. Hari ni malas nak cerita panjang-panjang just nak tayang air mineral yang saya beli di myNews.com @ DEMC semalam. Sebab dahaga sangat, masuk-masuk terus cari air mineral. Amik satu botol letak kat kaunter.



 Ni la rupa air mineral tu. Air mineral jenama evian (500ml). Dari pergunungan Alps gitu katanya. (ada tulis kat botol ;p) Cuba teka berapa harganya ?? Skroll down :)




-














-

















-
















-














-




-


















-
















-
















-














-













-

RM5.70 tau ! hahahaha

Korang pernah beli air mineral jenama ni dengan harga lagi mahal atau jenama lain yang mahal lagi ?

p/s:

Sebenarnya cashier tu dah cakap, "Kak,  air mineral ni mahal, RM 5.70 "  tapi segan pulak nak letak balik kan dah ambil.hahahaha . Lagipun satu tu jer jenama air mineral yang ada kat situ ! Pandai yer korang !

p/s: 

Edisi Less Words di elissmie.com :p




Tuesday, September 04, 2012

Kat mana korang selalu kitar semula?

Hari tu kemain banyak paper lama kat rumah. Dari menyemak , baik la dikitar semula. Selalu hubby jual kat lori jual suratkhabar lama, bateri lama pin pin depan rumah tapi minggu tu laju pulak dia gerak sampai tak sempat nak panggil. Pastu tak lalu lagi sekali.Last-last kitorang ternampak tempat kitar semula amal berhadapan simpang masuk rumah kitorang tu. Kalau jual pun dapat berapa sen lah sangat .Dah la kira pakai jengkal jer :p 



 Inilah tempat kitar semula untuk amal tu. Macam-macam boleh disumbangkan. 
Telefon 03-3373 6094 kalau nak menyumbang sama.





My hubby tengah masukkan segala mak nenek paper lama dalam tempat tu.

 Peace tak sempat :p

Semoga paper lama tu selamat dikitar semula :)

Rupanya tempat kitar semula amal ni di sumbangkan oleh Kedutaan Jepun ! Hebat btol !

Korang kitar semula kat mana pulak selalunya ??



Monday, September 03, 2012

Protege Cilik Uncle Gedek !

Sejak dah pandai amik gambar sendiri ni, My Nuha bukan saja pandai amik gambar orang tapi dah pandai camwhore macam Uncle Gedek . Jom kita layan aksi my Nuha .Macam -macam gelagat anak yang menghiburkan hati ni. Yang ni saya pilih-pilih gambar dia antara yang terbaik lah. Sket punya banyak gambar dia amik muka sendiri dalam kamera digital saya tu yang saya tak perasan pun sebelum ni. Sabar jer lah !


Bulatnya mata :)

Ni pose ala-ala ayu lah konon :p

Style apa pun tak tahu la :p

Aksi Cekudal ker macam ni ? :p

Ni mungkin amik dari atas :p

Ni gaya anak-anak remaja zaman skang agaknya , tak habis dengan muncung ! :p

p/s: 

Agak-agak protoge cilik ni ni boleh lawan Eyriqazz tak seperti entry Protege Uncle Gedek dan Percubaan Kali ke 2 Protege Uncle Gedek ???

My Nuha | Aku Bukan Chef

Thursday, August 30, 2012

Duit raya anak, korang buat apa? My Nuha request iPAD ;p

Hari ni baru dapat bersiaran kembali. Semalam MC, selsema dan tak larat badan. Ok, berbalik tajuk asal.Tiap tahun memang selalu berhutang duit raya dengan my Nuha. Tapi tahun ni, Alhamdulillah, tak guna satu sen pun duit dia. Hahaha. My Ma cakap tak per pinjam, tapi kena la bayar balik ! Memandangkan hari lahir dia bulan ni, maka kami menunaikan janji kami nak belikan dia iPAD. Tapi bukan iPAD yang betul pun, sebut jer iPAD tapi kami beli Android Tablet ajer. Budak-budak mana reti lagi jenama ni kan.hahaha.


Sebahagian duit raya my Nuha yang akan disimpan di SSPN.
 Cer teka berapa?

Ahad lepas kami kesini. Plaza Low Yatt lah mana lagi ! Lama gila tak kesini. Last tak silap masa couple dengan my Hubby beli kamera digital pertama jenama BenQ , tahun 2005 kot ! Macam tak berubah sangat tempatnya , yang berubah cuma teknologi ajer :)

Pilihan kami di kedai ni, Kedai Komputer S/B( Lau Kiat Seng ),  Lot 2-K015. (Second floor , sebelah kanan eskalator)

Harus posing dulu sebelum membuat pembayaran. Hahaha

Pelbagai pilihan tablet android yang ada, dari serendah RM299 (sebelum nego) 


Jenama CellTech yang menjadi pilihan hati dan menepati ciri-ciri yang kami nak dan offer paling menarik bagi kami yang penting bawah RM500 .Yang lebih, macam kat atas tu :p

Ada kamera depan (2.0 MP)  dan belakang (0.3 MP) , RAM 1G DDR 111 dan 16GB memory.
 Operating System: Android 4.0.3 Ice Cream Sandwich
Display: 7.0 inch
Package Content: USB cable ,Charger, Earphone, HDMI Cable
Free: Screen Protector, Tablet stand, Stylus Touch Pen, 7 inch soft case dan game software
Warranty : 1 Year



Keyboard tu untuk memudahkan Umminya pinjam buat blogging.
Yang tu kalau beli asing RM50, tapi sebab beli tablet tu dapatlah RM30 ajer.
Total : RM480.00

Lepas dah dapat , tak sabar dah nak main tu. Anak-anak zaman sekarang !
Bila ntah berpeluang tengok drama korea @  maduu.com kat tablet my Nuha ni.

p/s:

Semalam MC tak hantar dia ke taska, kemain lama dia main. Saya pinjam sekejap masa dia tengah tidur, bangun-bangun dia marah sebab katanya nanti habis bateri ! Kedekut btol. My hubby nak main pun marah !
Yer la, duit dia :p keh keh keh

Korang pulak duit raya anak buat apa? Pinjam tak? hahaha



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)