Tuesday, August 28, 2012

Gambar Raya 2012 , sedondon tak ?

Tahun ni giliran beraya dirumah MIL dan FIL kat Paka. Ala tak sampai setengah jam pun dari rumah my Ma & Abah.Harus jugak ada giliran kan. Alhamdulillah,tahun ni berpeluang solat Hari Raya di Masjid Jamek Paka.Tapi tak semeriah tahun lepas, sebab hari tu kat masjid kampung saya kan so secara tidak langsung dapat jumpa kawan-kawan lama. Kat sini, tak kenal siapa pun! Dah la ramai kawan-kawan yang tak der rumah raya tahun ni. Terbantut nak menziarahi kawan-kawan.Tunggu tahun depan pulak lah jawabnya :)

Jom laa layan gambar kami pada pagi hari raya. Masa ni dah lepas solat hari raya dah lah. Masih di rumah MIL dan FIL.Baru perasan yang tak amik gambar raya pun dengan parents masing-masing ! Haisshhh..Juadah hari raya pun memang tak tersnap. Tapi our fav Nasi Dagang harus ada la my MIL dan SIL yang buatkan.

Hampir sedondon jugak warna baju raya kami kan :p 

 Peace tak boleh tinggal. Pengaruh Ummi rakan sebaya btol :p

Haruslah ada gambar feeling-feeling macam baru kawen jugak  :p

Bersama 2 orang kakak ipar dan anak-anak buah my hubby.

My close friend, Ana datang beraya kat rumah my MIL .

 Memang masuk dalam blog :p

 Ni sorang lagi my close friend, Cha bersama her twin baby. Syok, betul keluar sepasang lelaki perempuan ni. Anak yang sulong tua setahun dari Nuha. 5 tahun baru dapat adik, sekali dapat dua :) My Nuha siap bisik kat saya suh bawak balik sorang ! Suka-suka hati dia :)

Korang beraya di rumah mertua atau rumah ibu bapa sendiri tahun ni ? Ada ker yang tak balik beraya?


p/s:

Perjalanan pulang raya memang tidak jam, Alhamdulillah.Datang sini hari Khamis lepas pun Alhamdulillah jalan tak jam jugak ! Kena balik dan pulang awal dari orang lain untuk elak jam !


Pertama kali berbuka di lebuhraya @ Karak :) Sempat drive thru @ Mc Donald's Gombak sebelum tuh.

p/s:



 Sudah menjadi pengguna SmartTag. Terima kasih sekali lagi yer Naim !
Hari ni tak perlu berjam lagi di lorong touch n go !


Friday, August 17, 2012

E- Kad Raya buat semua reader dari Elissmie


Salam Aidil Fitri  buat semua reader di elissmie.com . Maafkan salah silap sepanjang bertahun-tahun berblogging ni . Kot ada entry yang menyentap perasan, haraplah diampuni. Segala kelemahan dan kekurangan tu datangnya dari saya sendiri .Mungkin ni entry melekat sampai habis raya gamaknya :p


Korang ada tak e-kad raya buat saya ni ?? 
Letak link kat sini yer :) 

Ada lagi ker yang kerja hari ni??

Dah tengok ker kisah Erra tu ??Erra Fazira berkongsi tentang memori bersama-sama arwah ayahnya yang menyentuh hati. #AstroRaya

p/s:

Seorang lagi rakan bloger, JEJAI perlukan bantuan semua( Lung Cancer Stage 4) , boleh baca entry INI dan INI.
 
Azhar Bin Ramli a.k.a Jejai (Maybank A/C No : 164351079691)
Mazliana Binti Othman (Maybank A/C No : 164089741562)








Beli tupperware untuk biskut raya dengan harga istimewa, boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam sebelum pulang berhari raya . [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton untuk hari raya , klik sini. [ klik laju-laju]



My Nuha | Aku Bukan Chef

Thursday, August 16, 2012

Cek Nuffnang Ke Sepuluh & Selipar Raya Ibu Mengandung

Alhamdulillah, rezeki nak raya namanya ni. Boleh laa buat bayar kuih raya :p

 Akhirnya, ni ajer selipar yang menjadi dambaan hati. Kan dah kukata, mesti hitam atau brown ajer menjadi dambaan hatiku...

p/s:




Beli selipar ni kat BATA ajer, RM30 :) Harap boleh bertahan sampai beranak ! hahaha

Cek Nuffnang korang dah sampai ke?Selipar raya dambaan hati dah dapat ?

 p/s:

Ni kira edisi Less Words di Elissmie.com

p/s:

Mungkin saya berada di bumi Terengganu semasa entry ini di publish :) Tak tahulah rajin ke tak nak berblogging kat Terengganu nanti. Kalau ada, adalah ;p
 
  

Wednesday, August 15, 2012

Bayar zakat fitrah di kaunter pandu lalu (drive thru) ?

Korang dah bayar ke zakar fitrah ? Waktu paling afdal adalah sebelum sembahyang hari raya.Bagi orang yang disekitar Putrajaya syok la sebab siap ada kaunter pandu lalu (drive thru) macam nak beli makanan kat McDonald's ajer kekdahnya.




MASJID Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya menjadi masjid pertama di Malaysia memperkenalkan kaunter bayar zakat pandu lalu.Ia bertujuan memudahkan dan mempercepatkan orang ramai melakukan urusan pembayaran zakat fitrah.Kaunter pandu lalu itu dibuka setiap hari dari 9 pagi sehingga 5.30 petang kecuali pada hari Jumaat. sumber

Saya pun dah jugak. Hubby yang bayarkan. Selangor memang kadar rata zakat fitrahnya, 
so RM7 lah sekepala. Tahun depan bertambah ahli keluarga Insya Allah :) 
Sunat kalau bayar zakat fitrah di sepanjang Ramadhan.



Masa tengah shopping kat AEON Bukit Raja hari tu , ada jugak dibuka kaunter pembayaran zakat fitrah sehingga 18 Ogos 2012 dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

Bagi area Selangor ni, kaunter sementara juga dibuka di pusat-pusat membeli belah terpilih yang lain jugak seperti  di Centrepoint, Klang,  Mydin Plaza MPK Klang, Giant Sek. 13, Shah Alam, Kompleks PKNS, Shah Alam; Plaza Masalam, Shah Alam; SACC Mall, Shah Alam dan Terminal LCCT, Sepang.


Korang selalu bayar zakat fitrah kat mana?




Tuesday, August 14, 2012

Bila suami pulak shopping sekali sekala...

My hubby memang jarang sangat shopping tapi saya yang paksa dia shopping. Yerlah nak raya kan, tak kan nak pakai baju bundle jer :p Ampunkan hamba penunggu gua ! Lalalarikss.. Malam tadi , my Ma nak beli handbag dan kasut untuk hari raya lah kiranya. Rela tu datang sini tanpa handbag semata-mata nak beli handbag baru. Pandai betul taktik dia, padahal satu almari handbag dia kat kampung. Nanti saya amik gambar yer. Memang my Ma ni kelemahan dia adalah kasut dan handbag :) Sampai sekarang pun memang agak susah la dia nak pakai kasut tak bertumit dan handbag memang silih berganti .Orang kelate cakap "Jangok" ! Suka bergaya gitu lah kiranya maksud dia.Nasib baik tak menurun kat saya, selamat hubby saya !


Tayang handbag baru my Ma , Ruccini. Ada less 20%.

Ok, berbalik pada cerita my hubby pulak.Masa saya dan my Ma tawaf dalam Aeon Bandar Baru Klang tu, dia cakap nak pergi Butik Levi's  nak beli seluar katanya. Masa saya lalu kat sebelah kedai tu pun, dia duk asyik dan masyuknya memilih seluar. Tak perasan dah isteri lalu kat sebelah.Lepas dia siap shopping, dia datang tayang bil kat saya. Dah la saya cakap saya nak belanja dia.

Pitam !!Rupanya dia beli seluar Levi's.


Ni lah seluarnya...Selalu seluar bundle jer kan tapi nak raya katakan, beli yang ori punya. 
Yerlah, hasil penat lelah dia kerja jugak kan :)
Sekali sekala memanjakan diri sendiri, selalu isteri dan anaknya :p

RM 299. Sekali sekala dia belanja, kalah saya ! hahahaha 

Lepas tu saya tengok dia duk try baju T-shirt Renoma pulak. Warna purple. I loike. Pengaruh UiTM dihatiku darahku mengalir gitu kekdahnya..hahahaha. Lepas tu alang-alang ada diskaun 70 % , saya suruh amik dua helai so hijau menjadi dambaan. Yang ni saya betul-betul belanja. Yang bil atas tu , tak jadi belanja.hahahaha.Keji tak ? Tak sampai seratus dua helai, save budget mak ! hahahaha

 

Suami korang pulak, kalau shopping sekali sekala , banyak ke habis? Para suami dan teruna tang tang, what say you ?




Monday, August 13, 2012

Tudung Raya 3 Layer Labuh di Galeri Tudung dan Selendang,Qaseh

Saya sebenarnya dah give up seharian cari tudung 3 layer tapi tak ada yang berkenan di hati dan mengikut piawaian. Piawaian saya adalah melepasi dada.Bukan nak jadi ostajah pun tapi sayangkan suami tak nak dia masuk neraka .Kata sayangkan. Insya Allah. Yerlah, ustazah cakap yang paling ramai dalam neraka, golongan wanita kan.Makanya kenalah beringat-ingat. Nauzubillahiminzalik.


Tapi memang kesian betul kepada yang nak cari tudung 3 layer yang dah siap tapi melepasi dada.Saya ronda diseluruh kiosk dalam Giant Seksyen 13 yang sebesar-besar alam tu, jawapan mereka memang tak ada buat untuk saiz yang besar .Ada satu kedai sahaja yang saya jumpa, tu pun dengan pilihan warna hitam saja. Nampak sangat didikriminasikan oleh tudung designer ! Rasa nak ajer baca ayat kat bawah ni kat mereka tu.

 “Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain jilbab ke dada mereka...” (An-Nur: 31)
Tapi semalam, akhirnya tuhan telah pertemukan saya di sebuah kedai menjual Selendang & Tudung , Qaseh yang memang kasihkan pembeli mereka yang ingin melabuhkan tudung ke dadanya. Kat situ memang ada lah pilihan 3 layer dan corak -corak yang cantik dan buat saya tertarik. Mula-mula memang nak terjah Pearl Haya, mak aih kemain ramai orang sebab saya tengok promosi mereka gempak jugak. Intai-intai macam tu jer la tapi tak lalu nak masuk.

 Inilah signage kedainya..

 Inilah tudung 3 layer yang saya maksudkan. Ala-ala fareeda lah kan . Dah la stokis fareeda Shah Alam kehabisan stok, suh pi Bangi memang tak la kan. Tapi sayang tak matching pulak dengan baju raya saya. Kak Long dan my Ma lah yang untung dapat yang ni. Yang macam ni RM65, selepas diskaun RM55.

 So hati saya terpaut pulak pada yang ini. Boleh la matchkan dengan baju kurung raya saya since baju kurung raya saya kosong , pilihan corak berbunga ni kira ok lah kan. Lagipun dah malas nak menapak ke kedai lain. Kami duduk dalam kedai tu almost 2 hours. Nasib baik kami pergi tanpa suami ! hahahaha

 Model tudung saya tidak berbayar :p Yang ni pun sama, RM65. Selepas diskaun RM55.

Ada lagi printed punya selain bunga tadi. Yang ni macam cat yang disembur :p
Harga yang ditawarkan memang mampu milik bagi saya dan tidak melampau.Selendang RM10 pun ada dijual !

Yang dua layer pun ada. Saiz XXL pun ada tau ! Pilihan warna pun menarik dan bukan kusam ! 
Kat situ pun boleh tambah batu pada tudung dengan kos tampal percuma. Kos batu ajer perlu bayar.

Cermin memang wajib ada dalam kedai tudung !

 Mereka boleh dihubungi seperti kat bawah ni.

Nizam : 019 455 3812
Yati :019 455 3802
Email : galeriqaseh@gmail.com

 Cawangan lain yang ada..

 Alamat :

No 4G , jalan Plumbum Q7, Seksyen 7 , Shah Alam Selangor
( Kawasan bersebelahan Fareeda dan Pearl Haya )
Masuk lorong berhadapan dengan kedai Ayam Penyet Wong Solo


Korang dah beli ke tudung raya idaman hati ?Suami pulak, rajin ke nak menunggu isteri korang beli tudung raya ??

p/s:

Semalam ada ramai lelaki kat depan kedai ni dengan muka cencurut.hahahaha. Panjang sedepa muncung !


 p/s: 

Dah tukar duit raya.





Friday, August 10, 2012

Baby Melambai Masa Scan 12 Minggu dan Ubat Tahan Muntah

Sabtu lepas, saya ada checkup bulanan di DE*MC Specialist. Bolehlah bawak my Nuha sekali so boleh la dia tengok adik dia. Dia memang seronok la bila dengar nak pergi tengok adik.Pesan kat dia, nanti Nuha bye-bye lah kat baby dalam perut Ummi. Dia kata nanti Nuha bye-bye :)


Sampai-sampai giliran saya dalam 5 nombor gitu. Intai-intai jugak kot-kot terjumpa Amar Dejavu di Kinabalu macam hari tu, tapi hampa.kah kah kah .Lepas tu tiba giliran saya. Tak sabar dah sebenarnya nak tengok perkembangan baby.Berat saya turun lagi  71.5 Kg.


Masa mula-mula scan doktor Ma*zita cakap, my baby tidur ni diam ajer. Tapi bila dia nak ukur kepala tu, tiba-tiba tangan baby macam melambai-lambai gitu. Tergelak kami tengok :) My Nuha pun sengih-sengih bila saya cakap dia bye-bye kakak dia.Balik rumah tak habis-habis cerita kat Abah dia.Dia dengar kot pesanan untuk kakak dia tadi sebelum kakak dia sempat lambai kat dia :)


Bil kali ni RM 291.80. Fully covered, Alhamdulillah.


Baru berkesempatan minta ubat tahan muntah seperti yang disarankan oleh Doktor Ziyyad hari tu. Veloxin nama dia. Kena amik 10 minit sebelum makan sahur. Memang tak muntah dah tapi semalam lupa makan ubat. habis termuntah semua ! Kiranya masih morning sickness. Kalau mengandung my Nuha dulu masuk 5 bulan baru ok ! Harap-harap cepat lah pergi morning sickness ni.


Korang pernah ada pengalaman menarik masa scan masa mengandung dulu ? Kongsilah :)





Beli tupperware untuk biskut raya dengan harga istimewa, boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam sebelum pulang berhari raya . [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton untuk hari raya , klik sini. [ klik laju-laju]

Thursday, August 09, 2012

Kad Raya Pertama dan Sampul Duit Raya :)

Setiap tahun pasti dapat kad raya. Tahun ni pun sama :) Jom kita tengok kad raya pertama yang saya dapat. Tak pernah jemu hantar kad raya kepada saya setiap tahun tapi tak pulak saya membalasnya, cuma saya balas terima kasih ajer dalam hati :)

Mesti korang dah boleh agak kan ?Warga UiTM Shah Alam confirm dapat :p

Dari big boz kami lah kan, siapa lagi :) Terima kasih Dato' VC & Datin.

Sempat lagi nak support Malaysia untuk Olimpik , klik sini :)

Semua pengomen tegar dah dapat ke kad raya dari saya ?

Tak sangka terima balasan dari salah sorang pengomen tegar, tinie dari blog BukanSayaDisini .
Terima kasih daun keladi :)

Uitm jugak siap bagi sampul raya sekali.[Bonus dah masuk hari ni ;p]
 Design macam lebih kurang ajer dari tahun lepas.

p/s:

Tahun ni saya suruh ajer Kak Long saya tukar duit raya untuk saya. Jimat masa eh :) 
Tak kuasa dah nak tukar duit raya macam tahun lepas :p

 
 Yang ni dapat sebab shopping baju raya untuk saya di Butik Peace. Siapa nak cari baju kurung moden/ biasa/ kebaya/ jubag dengan harga patut dari saiz XS sampai ke XXXXXXL sila lah terjah kat sini. Pasti tidak mengecewakan :)

PEACE Collections,
Lot 168, 1st Floor, Plaza Alam Sentral, Jalan Majlis, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel/Fax: +60 (03)-5512 3859


Cawangan lain : klik sini

Wednesday, August 08, 2012

Jam Raya cum Hadiah Birthday In Advance :)



Jam Raya cum Jam Birthday In Advance , terima kasih my dear hubby. 

p/s: 

Masuk ni dah 2 jam saya hilang di ofiz. 

p/s: 

Lama gila tak pakai jam digital, last dulu masa sekolah rendah kot :p 
Tapi hati berkenan betul yang ini.


Korang pernah ke dapat hadiah birthday awal sebulan ? 

 p/s:

6.9 birthday saya sebenarnya..chewahh..bajet orang nak bagi hadiah !


 
 p/s: 

Ole-ole dari Makkah, Terima kasih boz !

p/s:

Another Edisi  Less Words di elissmie.com


My Nuha | Aku Bukan Chef

Tuesday, August 07, 2012

Jahit baju raya sendiri guna Mini Sewing Machine?



 Baju raya dah siap jahit. Alhamdulillah :) Ok, tipu tak jahit, beli yang ready made ajer.
 Abaikan kami yang buta warna.
 Tiga-tiga lain tema warna. Lantak ! hahaha

Baju raya korang jahit sendiri atau beli yang ready made?

Semalam, hari terakhir lah agaknya kami shopping untuk hari raya iaitu berakhir di Aeon, Bandar Baru Klang. Baju lain beli di Plaza Alam Sentral hari sebelumnya.


Sebenarnya, ma dan abah saya ada kat sini. Diorang akan pulang bersama kitorang sebelum hari raya nanti. Gembira betul saya rasa berpuasa kali ni sebab dapat berbuka dan bersahur bersama mereka ! Diorang nak balik Ahad ni, tapi alang-alang rabu depan ni jer pun kami balik, so diorang jadi stay lama kat sini. Alhamdulillah :) Boleh la saya merasa makanan yang teringin contohnya bubur lambuk ! Ok, dah merasa semalam. hehehe. Hari ni request ayam percik air tangan bonda pulak :) Jangan jelez !


Dan malam tadi, saya sebenarnya belajar menjahit dengan ma saya. Ok fine, saya memang tidak pernah tahu menggunakan mesin jahit , maklumlah dulu orang amik ERT , sekolah saya tak der, yang ada cuma Elektrik & Elektronik ajer. A tau ! Abaikan model tidak berbayar kat tepi tu. Terkial-kial jugak saya pertama kali cuba ni.Nasib baik ma saya ada.


Oh, lupa nak cakap.Lepas terbaca entry dari KB,  Mini Sewing Machine , saya terliur jugak nak beli satu tapi tak sangka pun sebenarnya mesin ni sama dengan mesin jahit biasa tu.Dulu pernah belajar dengan my ma  tapi masa tu kaki saya langsung tak bergerak untuk tekan pedal . So sekarang dah bawak kereta ni kan, boleh dah tekan pedal tu. So, kesimpulannya, jika ingin belajar menjahit, belajar lah bawak kereta dahulu ! hahahaha. Tapi kalau tak reti sangat, tekan jer butang kat tepi tu kalau malas pijak pedal. Tapi tak thrill lah !

p/s: 

Saya punya RM29 sahaja sebab dapat kupon percuma RM40. 
Register kat sini, kalau nak tawaran yang hebat-hebat macam saya tau! 
Beli barangan di milkAdeal memang tak pernah mengecewakan !


Semalam try buat felt handphone casing . 
Ok sila abaikan line yang senget sebab saya budak baru belajar.

Korang reti menjahit ?


Friday, August 03, 2012

Korang pernah beli kasut di Zalora ?

Saya tertarik nak tengok website Zalora ni sebab iklan kat TV tu. My Nuha setiap kali delivery man tu menjerit balik selepas perempuan yang tengok kasut tu menjerit, mesti tanya kenapa dia menjerit macam tu ? Lucu pulak tengok delivery man tu ;p Kuasa iklan kan ?

Bila dah belek sana-belek sini, aduhai .Berkenan btol lah saya dengan kasut-kasut dalam tu. Jom kita jamu mata dengan pilihan saya :) Harga pun ada yang bawah RM50 dan nak yang mahal lagi memang ada lah, sebab macam-macam brand ada.


RM49.90 
 Sebab mengandung kan tak boleh la nak pakai heels kan, wedges tak per ker ? ;p


RM59.90 -
Kasut ni mengingatkan saya kat cerita Korea I Do, I Do :) Sebab ada riben kat belakang tu :)




 RM99.00

Saya memang suka style yang macam ni tapi heels memang tak boleh la pakai masa mengandung.

 RM45.90 
Yang ni pun macam berkenan ajer. Harga pun ok. Ringkas ajer. Saya memang suka warna hitam dan brown. 

 RM198.90
Tak pernah ada boots :) Boots ni mengingatkan saya kat lecturer kat UiTM Dungun dulu, Miss Mazni :) 



RM157.90
Boots panjang ni pun stylo habis lah :) Kalau pakai skirt pendek, match pulak dengan boots ni, sesuai sangat kan :)


Korang pernah ke beli kasut secara online ?

psst :

rupanya website ni banyak dapat feedback negatif, boleh baca komen bawah-bawah pada entry ni  
http://inibelogsaya.blogspot.com/2012/04/zalora-malaysia.html

p/s: 

Saya belum pernah cuba lagi. Siapa yang pernah membeli belah kat sini, boleh laa sharekan :)

 Kalau korang nak jamu mata boleh lah layari website ni, Zalora. Bukan setakat kasut ajer ada, nak shopping baju raya, beg raya, semua ada lah kiranya :) Semua pun ada, lelaki ke perempuan ker, kanak-kanak pun ada. Tinggal pilih dan bayar ajer, dah la ada Free Delivery, Cash On Delivery lagi !

p/s:
Saham Akhirat - Derma untuk pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
Bank Muamalat Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710
Ibu tunggal ini memerlukan sumbangan anda [boleh baca kisahnya disini dan disini
Maybank Acc No :164034266923 
Nama : Haryani Binti Mat Hussin
Lebih lanjut : 
http://aliaharyanie.blogspot.com

Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)