Wednesday, July 18, 2012

Kedai Hiasan Dalaman Rumah Murah @Kaison, KL Festival City

Ahad lepas, kitorang jalan-jalan cuci mata di KL Festival City, selepas makan tengah hari.  Long saya rekomenkan satu kedai hiasan dalaman yang menjual barangan murah macam bunga dan tumbuhan tiruan, bakul, kaca dan pasu porselin, pemegang lilin, jam, bingkai gambar, lukisan minyak, hiasan rumah, bantal dan kusyen,cadar, tirai , permaidani, kertas dinding, mainan, souvenier pun ada. Boleh kata macam-macam ada !Kat situ my Long beli bidai RM19 sahaja. Saya pun nak rembat satu lepas ni nak letak kat grill pintu dapur.Hari tu tak beli sebab tak ingat ukuran.


 
Inilah kedainya.Alamat :
S20 & S21, 2nd Floor, KL Festival City,
Danau Kota, Jalan Genting Klang, 53300, Kuala Lumpur

 Cuba tengok lukisan kat dinding tu. Dah siap frame macam tu RM30 sahaja.


 Sebenarnya saya pun rembat satu, tak menahan tengok buah oren dan limau tu.RM30.
Hubby tak sempat lagi gantungkan kat sebelah meja makan tu :) My Nuha beli puzzle cuma 90¢


Bunga-bunga plastik dia memang menarik tapi huby tak gemar pulak bunga-bunga plastik ni.Lain kali nak beli pasu bunga pulak, boleh letak fresh roses ;p berangan ! hehehe


Korang dah pernah ke masuk kedai ni ? Beli apa?

p/s:

Sandal untuk hari raya boleh dapat kat sini.


Tuesday, July 17, 2012

Koleksi Fridge Magnet Terbaru dan Cek Kedua dari Exabytes

Hari ni hari menunjuk-nunjuk .Nak tunjuk koleksi Fridge Magnet terbaru. Saja nak bikin marah pengumpul FM tegar , Nafiraa :p hahaha. Gelak jahat !


 Ni kawan my hubby yang bagi masa dia bercuti kesini .Pulau Redang, bila lah nak sampai ni. 
Orang tu janji nak pergi, rasanya dalam mimpi jer la :p

Yang dua ni beli masa pergi  Empire Shopping Gallery Subang hari tu.
Tefal pan & motosikal berkuasa besar.


Yang ni kazen my hubby yang kerja kat sana bagi. Hari tu dia balik cuti 2 minggu. 


 Ni beli sendiri :p Bila ntah nak sampai sini . Padahal orang terengganu. Satu pulau kat terengganu tak pernah jejak , kecuali Pulau Kambing. hahaha. Ok, tu bukan pulau :p


Korang ada koleksi Fridge Magnet terbaru ?Cuba tayang, nak terjah :)

p/s:

Cek kedua. 
Terima kasih exabytes sebab sudi panjangkan tempoh pengiklanan di elissmie. com :)


Monday, July 16, 2012

Akhirnya merasa sudah pavlova, pandangan peribadi?

Pandangan peribadi, saya sudah jatuh chenta ! Tapi sayang, tak sempat berjumpa dengan pembuat pavlova ni sebab my hubby dan my Long pergi amik Pavlova yang saya tempah tu tanpa saya.Dah la saya dah janji dah nak peluk-peluk dan cium-cium dengan Irma. Mungkin lain kali kalau ada rezeki :) Satu lagi pavlova percuma kan ada :) 

 Rasa dia tak lah semanis seperti yang saya sangka. Masih boleh diterima oleh tekak saya yang dalam mode tidak berapa suka manis sekarang. Mungkin ada buah-buahan masam jadi pelengkap kepada pavlova ni . Memang balance sungguh rasanya !


 Dah la dapat pavlova, dapat purse coin berisi fridge magnet lagi :)
 

 
 FM dari Isketambola, eh Istanbul Turki  :)


 Bukan tu sahaja, siap poskad lagi :) 


Korang terliur tak dengan pavlova ni ? lalalarikss 

Kalau korang terliur sama ,Tempahlah sekarang :)

Untuk Tempahan :

Hubungi beliau di talian 013-2588230 - Irma.

Pick Up Point : Blok A PV12 Platinum Lake Condo. ( Bangunan My Mydin)
 

*Tunggu di tepi jalan berdekatan dengan Nice Coffee Station atau Klinik Alam Medik* Dari Jalan Genting Klang, jumpa trafik light menuju Jalan Taman Ibu Kota. Depan ada KL FESTIVAL CITY. Ambil kanan. Terus sampai jumpa OLD TOWN WHITE COFFEE belah kiri. Ambil laluan kiri menuju Jalan Langkawi. 100 meter ke hadapan akan jumpa signboard PV12 Platinum Lake Condo. Tadaaaa... ANDA BERJAYA. TUNGGU SAYA DI TEPI JALAN. NANTI SAYA HANTAR KEK TERUS KE KERETA ANDA. :)




Friday, July 13, 2012

Terima kasih Mak Aji bekalkan kami Nasi Lemak hari ni :)

Siapa Mak Aji ? Mestilah bonda kesayangan Niza a.k.a KancilBiru. Hari ni kafetaria ofiz kami tutup sebab pekerja mereka pergi motivasi kat Gambang Resort. Lepas ni harap-harap bermotivasi lah untuk masak yang sedap-sedap buat kami yer.Macam lah diorang baca belog saya .hehehe 


 Tapi maaflah, sebab lapar sangat tadi, bekas ajer yang tinggal untuk tatapan korang ! lalalarikss

Internet tanpa buffer ? Mesti teruja kan? Klik sini laju-laju

Sepanjang hidup saya ni, tak pernah lagi masak Nasi Lemak.Teringin jugak nak buat, mungkin hari Sabtu ni ker? Boleh ker sayang? hehehe :) Terpaksa lah cilok resepi Nasi Lemak dari Cik Mat Gebu ;p




Korang pernah ke masak nasi lemak ? Makan tak kira :p

p/s:



Hari ni saya dapat lagi satu berita gembira ! Menang Pavlova free dari Irma. Rasa macam nak lompat bintang pun ada ! hehehe :)



p/s:
Saham Akhirat - Derma untuk pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
Bank Muamalat Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710
Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]




Thursday, July 12, 2012

Jom dapatkan baju kurung untuk hari raya kat sini

Mari rapat adik-adik, kakak -kakak , abang-abang. Hari ni nak tunjuk barang baik punya ! Korang dah ada ke baju kurung untuk hari raya nanti ?Kalau belum, teruskan membaca sebab korang mesti teruja punya.

Baju kurung pelbagai corak dan warna serta sulaman ada dijual kat Butik Faida ni.   Jom laa kita window shopping online , tak kena bayar pun kan.Cantik-cantik kain dan coraknya. Ikut trend terkini lah senang cerita. Tak perlu bersesak-sesak ditempat awam dan bayar parking segala :)
Promosi Harga Pengenalan sehingga Jumaat 13 Julai 2012 sahaja. Selepas itu, Harga Normal akan dikenakan RM220 FREE POSTAGE. Stok AMAT limited. Kualiti dijamin AMAT memuaskan. Rebutlah peluang keemasan ni ! Kalau nak tengok secara live, korang boleh kunjungi mereka di bazaar sepanjang Ramadhan ini di area Wangsa Maju bermula 22 Julai 2012. 

Baju Kurung Pahang with High Quality Manik
Cotton
Kain Susun Tepi
BKV001
Size S, L

Harga PROMOSI : RM160 FREE POSTAGE
Harga NORMAL : RM220 FREE POSTAGE













Apa lagi ? Kita terjah sekarang !

Menarik tak ? Teruja ? Nak memilikinya ? Apa lagi, klik disini laju-laju untuk membuat pembelian !


Kot-kot lain kali korang nak beli baju kurung ni , dan nak lebih mudah, korang boleh klik pada banner disidebar seperti kat atas ni jugak :)
 
p/s:

Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan diri, blog peribadi  atau blog bisnes serendah  
RM 3/Sebulan disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . 
Kalau beriklan lebih 6 bulan, korang akan dapat satu review yang bernilai RM20 secara PERCUMA.
Tiada Banner? Boleh saya designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sini atau sidebar.


Setelah 5 tahun, pandai lagi ke nak pegang baby?

Setelah 5 tahun, pandai lagi ke nak pegang baby? Itu pertanyaan saya pada my hubby beberapa hari lepas. Perasaan yang sama semasa mengandungkan my Nuha dulu. Maklumlah, saya dari kecil lagi tak pernah pegang budak kecik untuk jaga, tukar lampin dan bagi susu segala itu, apatah lagi mandikan seorang manusia bernama bayi :) Susah betul kalau dilahirkan dengan adik yang lebih kurang sebaya ni yer. Up sekeping gambar nostalgia :p


 Saya dan adik saya.Teman bergaduh, teman ketawa dan teman menangis.

Selama 30 hari berpantang di kampung halaman di Terengganu, my Ma yang mandikan my Nuha. See, dia pun tak yakin dengan saya ok ! hahaha. Masa menginjak usia my Nuha 30 hari, lepas tu baru dia pass baton untuk saya mandikan my Nuha. Masih saya ingat lagi kali pertama saya dirumah ibu mertua selepas sampai dari Shah Alam, seminggu selepas lahirkan my Nuha. Masa tu my Ma dan Abah balik rumah dulu sementara saya tinggal dulu sekejap dirumah mertua,diorang nak bersihkan rumah dulu sebab dah hampir sebulan tinggalkan rumah, jaga saya di Shah Alam sebelum beranak ! Masa tu saya panik gila , yer la. Saya takut my Nuha terberak ke apa. Saya ni dah la nak alih anak dari tangan kanan ke kiri pun suruh mak saya. Dalam hati doa banyak-banyak agar dia tak berak. Tapi budak ni, makin di doa , makin dia berak. hahaha.

 Nasib baik penyelamat saya a.k.a my darling hubby ni ada pengalaman jaga anak-anak buah, so for the first time,my hubby yang basuhkan berak dia. Rasanya tu pertama kali dan terakhir dia basuhkan berak my Nuha kot ! hahahaha. Ok, tipu, ada la 2-3 kali lepas tu bila dah besar ni sebab terpaksa bila isteri tinggalkan diorang pergi outstation ;p Kalau tidak, haraammmmm :p Dia buat dek lagi ada..Ampun bang ! Ampun bang! hahaha

 Seronok jugak ber "baby wearing" yer ! Nostalgia betul. Ni eksyen jer. Saya jarang baby wearing dia, sebab saya mempunyai hubby yang gagah perkasa :) Lagipun berat my Nuha masa tu cecah 8 kilogram tak silap masa dia 6 bulan macam tu. Herot pinggang saya :p Cukuplah 40 minggu 2 hari dalam perut :p


 Sayang , sila la praktis membawa beban dari sekarang yer :) 210 hari lagi untuk bersedia ! hahahaha


 Korang rasa agak-agak saya ni reti tak nak pegang baby lagi ni ? Berdebar mak noks ! hehehe



Bagi yang belum register Milkadeal agar tidak terlepas tawaran yang hebat klik sini laju-laju.


Wednesday, July 11, 2012

Bayaran masuk I-City, RM10 , RM1 sebelum 6 petang !

Sebenarnya ni masa cuti sekolah hari tu ke I-City bawa anak-anak buah my hubby yang datang bercuti kat sini.Tak sangka ada banyak perubahan kat I-City . Dah nampak macam ala-ala Genting pun ada sebab macam taman tema dah.Nak main-main semua dikenakan bayaran. Kira bawak duit jer lah.Boleh nipis poket kalau nak main semua sekali.

Bayaran masuk : 

6.00 pm - 6.00 a.m RM10

6.00 a.m - 6.00 p.m RM 1

Kitorang masuk dalam 9 lebih.So kenalah RM10.


Boleh bayar siap-siap kat mesin disediakan
so tak perlu bersesak-sesak nanti bila semua orang nak keluar.

Harga tiket masuk untuk permainan yang ada :-
  • SnoWalk:
    - Guests aged 12 and above: RM35 per person.
    - Children aged 11 and below: RM30 per person.
  • Outdoor rides: RM5 – RM20.
Sebab datang masa akhir bulan , so kita bergambar sampai lebam jer la yer anak-anak .Dah macam rupa zoo pun ada jugak dah saya tengok i-City ni.Terbang jugak RM5 belikan cekak rambut berlampu untuk my Nuha.Kat situ ramai yang duk jual-jual mainan jenis lampu-lampu ni. Antara kebal tak kebal jer menangkis keinginan anak-anak :p



 Satu ikrar anda mampu membantu selamatkan penyu-penyu comel ini :)





Korang dah pernah datang ke I-City sejak dah jadi macam taman tema ni ?

Juwita ni siapa ?? Apsal saya tak tahu ni ? Korang tahu ker? Klik sini kalau nak tahu !

Boleh baca kat blog Nuha jugak pasal I-City ni [klik sini]


My Nuha | Aku Bukan Chef

Tuesday, July 10, 2012

Baked Beef Ragu @ Kitchen Creatures PJ

Tak habis lagi cerita pasal voucher makan free yang saya dapat masa training ColdFusion kat PJ hari tu. Ni kiranya last la episod jalan-jalan cari makan elissmie di PJ yer :) Lepas ni , kita cari makan area Shah Alam atau Klang jer la. Tak pun Kuala Lumpur ;p Sebut Kuala Lumpur, hujung minggu ni saya nak pergi amik PAVLOVA yang saya tempah dengan Irma tu :)


Sepatutnya pada hari kejadian ni, kami nak makan Subway yang beli satu percuma satu tu kan, tapi punya lah ramai umat manusia yang beratur kat situ, dari pagi membawa ke tengah hari. So, kami cancel la agenda makan di Subway dan memilih tempat makan yang sama pada minggu sebelumnya iaitu, Kitchen Creatures. Bezanya, dulu kena bayar sendiri , tapi kali ni kami ada voucher makan ! 


 Saya order Baked Beef Ragu . Dalam dia ada pasta dan part yang paling best adalah cheese yang dibakar atas tu. Teringat-ingat sampai hari ni. Kuah dia macam kuah spagetti biasa tu cuma, lebih pekat saya rasa.Memang banyak betul portion untuk satu pinggan ni.Padan lah dengan harga RM15.

Dan saya pesan Iced Lemon Tea, RM5.90

p/s:

Memandangkan voucher cuma RM10, so saya kena tambah dalam RM 10 ++ . Save lah sket budget.

Korang pernah ke makan  Baked Beef Ragu ni ?


Alamat :
Kitchen Creatures 
Lot F110, Centre Point,
3 Lebuh Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya
Tel : 03-7729 8039
Email : kitchencreatures@gmail.com





Monday, July 09, 2012

Baju mengandung , perlu ker?

Masa mengandungkan my Nuha dulu, saya memang tak banyak koleksi baju mengandung atau maternity dress ni. Mungkin sebab perut saya tak ketara membesarnya :) Tapi ada lah jugak sebab my Ma bagi dan My Kak Ngah, SIL yang bagi pinjam.Dah dipulangkan bila dia mengandung Rayyan dulu.


Sebab saya rasa perut saya mungkin besar kali ni [bila dicampur lemak tepu sedia ada ] , saya betul-betul teringin nak beli baju mengandung. hahaha. Dan baju mengandung ni saya memang berkenan masa saya mengandungkan my Nuha dulu sebab terbaca dalam Pa & Ma. Iaitu baju mengandung jenis overalls.


 Yang ni jenis kain  cotton.

 Yang ni pulak jenis kain denim.


pic credit to : here and here

 
Antara koleksi baju mengandung yang ada.
Dah label siap-siap kotak tu dengan maternity dress, boleh la basuh nanti :)

Korang ada banyak ke koleksi baju mengandung ?
 Dan korang pernah nampak tak overalls macam kat atas tu ? Sila bagitau yer :)



* updated :overalls dress online - tq rohida :)

Friday, July 06, 2012

Hari ni tekak rasa nak makan pizza ! (dah dapat pizzanya :p)






Jom kawan-kawan ! 


p/s:

Maklumat lanjut : klik sini

* Updated 

Tengah hari tadi, saya dan Ad pergi makan pizza di belakang area ofiz ni ajer. Tak lama sangat menunggu. Saya tengok orang yang duduk sebelum kami tak dapat makanan, tapi saya sudah dapat. Rezeki Mak Yong agaknya :)Servis kat sini memang selalu lambat pun.Siap ada yang keluar macam tu ajer sebab waiter tak datang-datang.

Ingatkan banyak menu yang boleh dipilih untuk set RM8.90 , tapi cuma ada  4 pilihan pizza personal pan dan 2 pilihan sandwich sahaja. Side order boleh pilih 3 jenis, fries , breadstick atau mushroom soup ! Kata 16 pilihan, padahal cuma 6 pilihan utama sahaja !Betul-betul, iklan selalu menipu kita , tak sama seperti iklan kat atas ! {boleh rujuk sini}



Iced Lemon Tea

 Pepperoni Delight.
Apsal Super Supreme tak masuk list personal pan erk??


Fries macam kelakar pulak duk macam ni kan :p Kalau letak mayonis sket, mungkin lebih menarik :p
 Caj mahal-mahal katakan ! ( Komen ala-ala juri masterchef gitu :p)

Jumlah : RM10.80 tak termasuk 6% govt tax dan services charge !

Lokasi Pizza Hut : 

Section 7 Shah Alam
No.1, Lot PT1147 Jalan Plumbum 2 7/2,
Seksyen 7, 40100 Shah Alam. 

Korang dah try ke promosi pizza ni ?



p/s:
Saham Akhirat - Derma untuk pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
Bank Muamalat Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710

Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)