Friday, April 13, 2012

Jom pekena Kari Kepala Ikan @ Restoren Kari Kepala Ikan E & O

Hari ni edisi jalan - jalan cari makan di elissmie, bawak korang ke Kuala Lumpur. Tu jer la areanya kan :p Sekitar Lembah klang dan sekitarnya. Ni aktiviti hari Rabu cuti sempena Pertabalan Agong tu kan. Malam tu dah pekena masakan bonda sebab Long baru balik dari Terengganu. Terima kasih Ayahbonda untuk percik ayam dan ikan itu :)


Long belanja kitorang makan kat  Restoren Kari Kepala Ikan E & O tengah hari tu sempena dapat bonus :) phewittt :) 


JJCM dah lama sampai sini :p Masa ni kurus lagi Tengku Maria yer :)


 Main Dish - Kari Kepala Ikan lah kan. Yang ni sederhana - RM55
Harga Kecil RM38, Besar RM88

Sayur kobis sos tiram


Sotong Goreng Tepung. Yes, bukan cekodok sotong ;p


 Sambal belacan wajib ado

Semoga murah rezeki korang :)

My Nuha gembira lah sebab part yang dia suka makan jadi besar iaitu MATA IKAN :p

Me & My Nuha . Sempat my Nuha enterframe :p

 My dearest hubby



Total RM105.00 termasuk air + papadom + Ayam goreng untuk my Nuha tidak kelihatan ;p

p/s:



Restoran Kari Kepala Ikan E & O Sdn. Bhd.
Address: No. 40 Jalan Sibu 8, Taman Wahyu, Batu 6, Jalan Ipoh, Batu Caves, Selangor, 68100
 Phone number: +60 (0)3 6257-8615
Map : LINK

 Korang suka tak makan kari kepala ikan ? Sila recommend kat mana ok ! Boleh me terjah :)


p/s:

Saham Akhirat - Derma untuk pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
Bank Muamalat Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710

Nak beli tupperware dengan harga istimewa , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]







Thursday, April 12, 2012

Korang pernah jual Barang Ajaib ?


p/s:

Masyuk tu, RM4K. Seminggu . Tapi ada orang tampal kertas pulak atas nombor telefon tu. 

Korang ada? :p


Barang apa yang Ajaib sangat tu yer ?

Edisi Less Words di elissmie.com :p




Tuesday, April 10, 2012

Jabatan baru dan makan-makan, sinonim kan?

Ini sebenarnya event secara tidak formal di ofiz , lebih tepat jabatan baru me. Nak bagi staff bergabung tenaga dan bergaul mesra iatu dengan mengadakan jamuan makan-makan, tapi secara potluck :) Me tokey air sahaja pada hari berkenaan. Siapa berminat nak beli Teh Cap General seperti pada entry ini, sila book yer, bulan 5 Insya Allah me akan pulang ke kampung@Terengganu .RM11 sekotak.Tidak termasuk pos :p

Jom kita tengok barisan makanan yang ada :)

Air kotak dan Air Teh O Cap General (tidak kelihatan)

 Agar-agar santan by Ros. Lama dah tak buat ni :p

 Puding Roti Bakar by Zalina

 Puding Talam Cendol by Ad & Niza . Ni kakak Kak Ros yang buat.


 Nasi lemak by En Gazairi


Karipap by En Husain 


Ada lagi gambar makanan tak tersnap :p

 Kek Birthday untuk meraikan ofiz mate yang lahir Januari-Mac

Yang diraikan staff perempuan

 

Staff lelaki, sorang jaa, ketua jabatan kami En Husain



Susah jugak nak pose ala uncle Gedek dan berbackgroundkan makanan yer :p , kan Niza Puan KB :)

p/s:

Selamat bercuti kawan-kawan semua :) Tak sabar nak pergi rumah Long me petang ni , nak tengok kiriman dari kampung halaman ;p



 p/s:

Jabatan korang ada tak buat makan-makan ? Lalalariksss ;p


Monday, April 09, 2012

Lipstik Maybelline RM6.23 sahaja? | Lipstik ada expired date tak?

Hari Jumaat lepas, belah malam me ke Tesco sebab nak dapatkan voucher RM10 ;p Punya lah badigol sood, beli RM5 juta pun, dapat RM10 jugak. Normally me belanja bulanan @ Tesco dalam RM400++ .Patutnya dapat RM40 la voucher kan. Tak, RM10 jugak. Dalam SMS tu tulis, belanja RM100 dan keatas dapat voucher RM10. Ingat RM10 untuk setiap RM100. Tipah tertipu.Dah la cashier tu siap bayar asing-asing setiap seratus. Harapan palsu semata-mata ok ! 




Last-last dapat sekeping jer. Seb baik expired date adalah setahun

 


Jalan-jalan pusing-pusing, tawaf-tawaf terpandang lipstik Maybelline RM6.23.
 ColorSensational Windsor Rose.



Tengok Mfg date 032011. 6HO66
Mungkin ni dah dekat nak expired kot. Belasah jer lah.Sebab murah kan :p


Bukti pembayaran :p

Untuk kepastian tentang produk Maybelline, terus tanya Beauty Advisor @ Maybelline gitu.

What Is The Shelf Life/Expiration Date of A Product?


Our products have been tested to have at least a 3-year shelf life after manufacturing if unopened and stored at normal room temperature, during which they will retain their integrity and perform as expected. The lot code determines when a product was manufactured. Lot codes are located on the primary package--stamped onto the primary container, on the label, or embossed in the crimped end of tubes.

Our lot codes may be in one of two formats:


Format 1 consists of 2 letters and 3 numbers (ex: HG123). The second letter determines the year of manufacture and the numbers indicate the day of the year (1-365 days). Example: HG123 indicates the product was manufactured in 2010 on the 123rd day.

To determine the year your product was produced, use the following list:

D - 2007
E - 2008
F - 2009
G - 2010
H - 2011
J - 2012 

Format 2 consists of a 2-digit number followed by a letter and 3 characters (ex: 18G123). The letter following the 2 digit number indicates the year (see above list). The character after the year indicates the month. Example: 18G123 indicates the product was manufactured in 2010 in January.

To determine the month your product was produced use this list:

1-9 January - September
O - October
   N - November
   D - December

p/s: 
 


Kiranya , lambat lagi la lipstik RM6.23 me nak expired  sebab dibuat pada 2011 dalam bulan Oktober gitu. 3 tahun tu tahan :) Boleh la me pakai sampai Oktober 2014 . Tu pun kalau tak kena korek dengan my Nuha.


Korang pernah check ke expired date lipstik korang?

p/s:



Anyway, Tahniah Aaron Aziz menang Anugerah Bintang Popular 2011 :)

Friday, April 06, 2012

Idea kreatif dalam bercucuk tanam, semua pun boleh :)

Lama kan tak ada segmen deko bersama elissmie. Hari ni kita nak deko outdoor , iaitu dalam bercucuk tanam pulak lah.Alhamdulillah, kebun kecik me dah segar bugar. Lupa nak amik gambar. Kalau perasan entry semalam, me ada beli pokok cili tapi my hubby tak sempat lagi nak tanam.Tunggu hujung minggu ni lah. Tu pun kalau dia rajin.Cili kampung RM10 beli kat carrefour Klang.


Jom  tengok cara yang kreatif dalam bercucuk tanam :-


Yang ni adalah pic yang me tangkap sendiri kat area ofiz lama me kat PJ dulu. 
Gila kreatif kan, tanam dalam toilet bowl . Mungkin  taukey toilet bowl :p



Yang ni dah lama dah Abah me buat kat rumah me kat kampung. Tanam pokok dalam tayar.Siap Abah cat lagi tayar tu dengan corak-corak.Even kat sekolah me dulu pun Abah buat siap dapat sekolah terindah dalam taman sekolah luar bandar zaman 90 an dulu tak silap.

Yang ni memang save budget ni. Dalam kasut pun jadi yer :)



Siapa yang ada stroller lama tu, dari buang memang sesuai tanam pokok kan :) 




Segar betul nampak sawinya dalam kereta tolak tu yer.

Kalau tiada pasu, tin pun berguna kan :)



Kalaulah rumah flat kat Malaysia buat macam ni , kan hijau bumi kita kan :p

 Idea yang ni memang me paling suka sekali :)

Update :  close up sket gambar yg me suka tu

 pic credit to : here , here , here , here , here



 Yang mana korang rasa paling menarik ?

p/s:

Saham Akhirat - Derma untuk pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
Bank Muamalat Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710

Nak beli tupperware dengan harga istimewa , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]


Thursday, April 05, 2012

Korang guna filter air tak kat rumah?

As salam semua.Korang guna filter air tak kat rumah? Kalau ikutkan, air dari loji sebenarnya amatlah bersih tapi bila dah lalu paip yang lama maka air bertukar menjadi air karat ( my hubby kan kerja loji pembersihan air :p) .Sejak pindah ni, memang kitorang bercadang nak pasang filter lah sebab bila masak air tu memang jelas nampak kuning tu kan. Dah berapa banyak dah air karat masuk dalam perut ni. Dulu duk menyewa pun memang nampak air tu berkarat . Masa tu tawakal ajer lah :p


Last week,  ada company Blondal ( yang bangunan ada bear atas tu kat batu 3 tu ) datang kat rumah offer filter air ni kan untuk percubaan seminggu gitu. Kalau tak nak , dia akan angkut balik lah filternya ni.Dia sambung terus kat paip utama tu.



Semalam diorang datang nak amik balik la filternya. Since me nak beli terus filternya, so dia tak jadi nak amik la. Filter dia ni namanya Blondal HydroGuard.


Korang tengok beza air yang gambar atas dan bawah. Makin lama guna makin tinggi la kekaratannya. Ini baru seminggu.

Yang menarik pasal produk ni, ianya dah disahkan oleh SIRIM dan mendapat pengesahan HALAL gitu dari JAKIM. Lagi satu, kalau nak basuh tak perlu susah-susah angkut tong tu, just pusing ajer suis/tombol ke apa nama dia tu, then dia keluar la segala air hitam berkarat tu . Then pusingkan balik ke kedudukan asal.Air tu kalau tak nak membazir buat lah jirus pokok. Lagi satu, kalau korang nak pindah mana-mana diorang boleh angkut dan pasangkan sebab diorang ada rangkaian seluruh Malaysia (40 tahun ok syarikat ni dah beroperasi, no wonder la kan)


 Bila dah setuju, diorang fotostat ic dan tandatangan perjanjian lah. Since me amik bayar bulan-bulan selama 18 bulan, so bayaran deposit RM500. Kalau makin pendek, makin rendah deposit dia.Bulan-bulan kena bayar RM100++. Bulanan tu tak yah susah-susah nak bank in ke haper sebab collector akan pungut dari depan rumah saja kan. Menarik kan ? Kalau ada kad kredit pun, zero interest katanya.

Nanti diorang akan datang balik bawa tin kosong dah akan isi barang-barang dalam dia depan mata kitorang sebab nak bagi percaya lah betul ker dia punya lapisan dalam tong tu seperti yang disebutkan tu. Semalam tak leh nak pasang sebab technician dia tak der.




 p/s:

Punyalah bagus servisnya, mesin fotostat pun diangkut kemana-mana ;p

p/s:

So sesiapa nak cuba, dipersilakan contact me elissmie[at] gmail [dot] com , untuk me bagi no contactnya yer :)

Korang guna filter jenama apa kat rumah?

Wall sticker, mana nak cari? RM 18 sahaja, biasa RM50.Dapatkan disini 


Wednesday, April 04, 2012

Pemenang cute cable tie, sila bagi alamat plz :)

Pemenang bulan April untuk contest Lim Tayar dah keluar .Pemenangnya Rakesh Joshua Daniel -siap Like sekali entry me :p Terima kasih. Pemenang dapat hampir 1000 likes :) Jauh sangat dengan me setakat semalam, 41 likes . Apapun terima kasih kepada semua penge "LIKE" gambar tayar me seperti entry ini. 






Terima kasih semua !!



Sebagai token of appreciation, terima lah hadiah yang tidak seberapa ini (4 jer kelihatan :p, satu lagi pun bear tu jugak ) :-

Kiraan dari kiri  ke kanan, then turun bawah yer  :)

p.s : 

Maaf terlewat umum sebab semalam baru dapat hadiahnya tu :)

Terima kasih mr random.org yang membuat pemilihan :)


Jeng jeng jeng...

 -


_


_


_




_


_





1) Hisyamudin Fadzil


2) Fadzil Musnin


3) Shamroslee Hassan

4) Astina Abu Bakar


5) Zareena Heeney


Sila emailkan nama, alamat dan no hp ke elissmie [at] gmail [dot] com.




My Nuha | Aku Bukan Chef

Dulu, nickname mIRC saya cutegal..konon cute lah :p, nickname korang apa?

Lama betul dah me meninggalkan dunia chatting ni. Me start chatting masa form 4 guna mIRC. Kira-kira 14 tahun lalu lah gitu. Channel yang me selalu masuk adalah #terengganu dan #dungun #uitm #uitmdungun. Kadang-kadang terlepas jugak ke #bangsar #kampung #kl banyak lagi la . Gila weh nostalgia :p Server tak silap webserver.Tak pun dalnet. Lupa dah.Memang betul-betul fenomena lah masa tu me rasa.Sampai bil internet melambung lah :p Masa tu kat rumah me pakai dial up tu. Dah la asyik dc ajer.




Paling best bila dapat OP channel la (ada @ kat depan nickname) sebab boleh kick orang yang tak suka gitu.Kekdahnya. Dan boleh buat macam channel ini ana yang punya lah kan.Ramai betul kawan-kawan yang me dapat melalui mIRC ni. Even dengan my hubby pun me chatting jugak lepas dah kenal tu.Nostalgia :)  Rupanya masih ada yang bermIRC yer, korang boleh download kat sini kalau nak try. Tapi bertujuan untuk download anime dan mp3 bukan mengayat awek atau blind date :p

Me dah tak aktif lepas dah ada YM kan. Maklumlah lepas dah ada boyfriend, orang lain dah tak pandang gitu . Baik chatting dengan insan yang tersayang gitu lah kekdahnya.

Apa nickname korang? Channel masa korang selalu lepak?ASL plz ;p


p/s: 

Petang karang, me umum pemenang cute cable tie yer . 5 pemenang yer , bukan 3...Tunggu....


Tuesday, April 03, 2012

Takluk Hati Pasangan, korang dah berjaya ker ?

Semasa di Bengkel Kerja Kecemerlangan InfoTech, fasilitator sepanjang program adalah staf UiTM, iaitu Prof Madya Haji Mohd Nor Mamat . Banyak pengisian yang diajar. Antara yang terkesan dihati adalah hal-hal yang berkaitan dengan fitrah lelaki dan perempuan lah yang selama ni macam tak berapa kita nak kenali lah. So, bila dah tahu fitrah lelaki dan perempuan, boleh pulak kita aplikasinya dalam organisasi. Senang rupanya boz nak buat anak buah suka kat dia atau membencinya :) Dan begitulah sebaliknya. Pendekatan tu yang penting . 


 Secara ringkasnya perbezaan dia macam ni :-


Dan kualiti profetik (role model kita : Nabi Muhammad S.A.W)  amatlah penting. Even barat pun memuji kehebatan Nabi kita.Pengalaman baru jugak, Qiyammulail atas tar pukul 5 pagi. Prof cakap, kat mana-mana pun boleh solat dan tak semestinya dalam surau atau masjid.



Antara amalan Nabi Muhammad yang sunat tapi baginya adalah wajib :-

1) Bersugi
2) Korban
3)Solat Witir
4) Solat Dhuha 



Group discussion "Pengkropatan InfoTech? . Relevankah? "


71 yang hadir

 Tuan punya blog dengan pose uncle Gedek ;p


Jauh sangat signboardnya. Close up sket. Tu kiri, Cameron Highlands,jom sayang :p
 Masih banyak bangunan klasik disini. Kalau pelihara, bagus ni..

Dan yang paling best,  berpeluang jugak mendapatkan karya terbaru Prof Madya Haji Mohd Nor Mamat yang bertajuk Takluk Hati Pasangan.Dan yang best dah la dapat harga RM15 sahaja dan siap ada tandatangan penulis lagi :p Me baru jer baca 2 bab. Banyak cerita dalam buku tu. Yang biasa terjadi dalam kehidupan kita suami isteri ni. Kiranya buku ni ditulis dari permasalahan orang cerita kat dia lah dan bagaimana dia nak ajar kita takluk hati pasangan lah kiranya contoh macam ni :-

“Ustaz, saya nak tanya pendapat ustaz, kenapa lelaki ego sangat? Kenapa lelaki tak ada perasaan? Kenapa lelaki panas baran? Kenapa lelaki suka sakitkan hati kita? Kenapa lelaki tak kisahkan masalah kita, anak-anak dan keluarga? Kenapa bla bla bla... Kenapa? Kenapa?” - sumber
p/s: 

Jawapan dia korang boleh baca sendiri :p



 Tengah menandatangani buku Ad


Eliss, Semoga berbahagia. Hujan dan Ribut Biasanya Penghujungnya Nyaman & Pelangi


Antara kandungan yang menarik dalam buku tersebut :

• Elaklah Jadi Derhaka
• Bahagia Itu Milik Kita
• Beramal dan Berdoalah
• Sayang, Hormatlah Sikit
• Abang, Romantiklah Sikit
• Pilihlah Jalan Kebahagiaan
• Air Bah, Pantai Kan Berubah
• Pengaruhi Minda, Takluki Hati
• Hargai Fitrah Hubungan Indah
• Bahagia @ Derita, Kunci di Tangan Kita


 Prof Madya Haji Mohd Nor Mamat

p/s:

Awak nak letak mana gambar ni. Bloglah  ustaz :p (Ad jawab)

Kalau korang nak beli, boleh dapatkan disini secara online.
Tapi kalau korang nak jugak buku Takluk Hati Pasangan edisi bertandatangan penulis, boleh bank in bayaran ke CIMB 12220000077104 RM20.00/ naskhah (termasuk pos), mesejkan alamat penghantaran . Info lengkap : klik sini


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)