Tuesday, July 12, 2011

Katanya dia berminat jadi Food Blogger | Advertiser @ Elissmie

Korang masih ingat entry aku Hazman Fadzil, Siapa ni ? Klik sini laju-laju kalo tak ingat. Hazman Fadzil adalah advertiser aku yang kiranya repeat advertiser yang beriklan kat belog aku ni   :) Terima kasih yer kerana berminat beriklan di sini. Insya Allah, aku harap sangat semua advertiser belog aku ni mendapat hits yang baik, nak-nak PR blog aku sekarang sudah jejak PR4. Alhamdulillah.Tak terkenal dimata orang tapi di mata google pun jadi lah yer :)



Hari tu saudara Hazman ada menyinggah di blog aku dengan komennya :-

hazman aka species1980 said... [Reply to comment]

    nanti kalu nak masak2x lagi jemputla saya jadi FOOD TESTER.... sebab saya nak blajar jadi FOOD BLOGGER...EKEKEKEK
    4:46 PM, July 06, 2011

Oh, patutlah aku tengok sekarang blog dia banyak benar entry berbaur makanan :) Kiranya nak jadi Food Blogger, so boleh lah challenge segmen Jalan Jalan Cari Makan di Elissmie kan ?

Jom tengok entry Hazman yang mengenengahkan pasal makanan yang mungkin boleh bagi idea kat aku untuk segmen JJCM di elissmie beserta review pasal makanan yang dimakan tu, tiada tokok tambahnya :)




Sekali imbas tengok macam nasi goreng daging merah biasa jeee


 

Memang lembut rasa dagingnya….boleh diratah begitu saje……



 Asam Pedas MELAKA nie kurang pedas skit yea berbanding ASAM PEDAS
NEGERI SEMBILAN…..tapi SEDAP !!!!




Yang bagusnya rempahnya yang dimasak untuk lauk ayam dan kambing nie
memang sedap rasanya.Tambahan pula lauk kambing tu best sebab saya
makan tak rasa pening kepala…best siot….


Cadangan aku , kalo boleh letak rating pada makanan yang dimakan, harga , kedai dan lokasi. Sebab senang sket kitorang nak pi terjah sama kan :) Lagi satu secara tidak langsung, kira promosi percuma kedai tu la. Pahala jugak tu kan ? Sesuai sangat dengan moto belog Hazman Fadzil,  Ilmu, Amal , Sedekah :)

Nak tengok entry makanan yang lain, korang boleh terjah dengan klik ke sini   Hazman Fadzil atau klik je banner kat bawah ni atau disidebar.



Korang dah terjah belog dia , kalau belum, jom kita pakat terjah laju-laju disini :)


p/s:

Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan diri, blog peribadi  atau blog bisnes serendah  
RM 3/Sebulan dengan belog aku disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . Tiada Banner? Boleh aku designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sini .

p/s:

Seksa gila nak menyiapkan entry advertorial kali ni sebab sambil taip entry sambil lap air liur yang menjejes. Seb baik tak pregnant lagi..hahahaha


Percutian ke Port Dickson @ Tiara Beach Resort

Walaupun ini kira stok entry-entry basi, aku tak kira lah, janji dapat update pasal percutian kami yang secara tiba-tiba bulan lepas. Amik, sebulan baru nak update.hahahaha.

Seminggu sebelum tu,kitorang lepak umah Long aku , then dia cakap kat kitorang jom pergi PD main air. Dia berdua boleh jer nak pergi tapi konsep yang di apply disini "The More The Merrier" so kami bersetuju join diorang. Dah la duit baru nak ada (gaji) minggu nak pergi tu kan. Kira jadi terus lah.Seharian jugak kitorang duk meng"gugel" dan men"call" hotel tapi banyak dah fully booked.


Bila datang ofiz tanya Niza, dia cakap dia sewa dengan private owner Tiara Beach Resort search kat dalam Mudah.Com. , terus aku search dan buat pembayaran deposit jam-jam tu jugak.Excited bebenor namanya tu yer kawan-kawan yang dirahmati Allah sekalian.

Mari lah layan gambar yang ada dalam simpanan aku, mintak ngan Long secoet ajer dibaginya :p


Bilik yang kami sewa adalah studio apartment. Macam ni la sebijik. Ni aku cilok dari mudah.com
Deposit RM50 -  2D1N RM 130 (Weekend)

Wristband - RM30 seorang dewasa untuk petang (Day 1)  dan pagi (Day 2)
My nuha just RM12

Kemudahan yang disediakan :-

2 super single beds + toto+ aircond,kipas+water heater + kettle + TV + mini fridge + basic furniture

Meh tengok bilik setelah dilanyak :p


My nuha tengah menyelongkar apa ntah kat almari tu . Ni rumah siapa dia tanya :p

My love my life my angels...

My Nuha, hubby n me...

Long n Kak Long..Kat almari bawah tu ada mini fridge.


Apa lagi, jom main air..

 Belikan my Nuha pistol air masa hari pertama...

Nak belajar berenang kononnya, haram tak pandai-pandai..buat penat ajer my hubby duk mengajar :p Kena stay lama lagi kot baru pandai...hahahaha.Seronok jugak main air ni. My Nuha lagi la, sampai2 ajer TBR terus ajak main air..kitorang bantai rehat dulu sejam baru turun main air..


Ni kolam dewasa .Kalo nak mandi sini kena pakai swimsuit. My hubby mandi kat sini maklumlah dia kan pandai berenang..


close up kolam renang dewasa..


Stok-stok tak reti berenang, mandi kat sini pulak...Layan ajer lah...Kat situ ada jugak bahagian kanak-kanak, sekejap ajer main kat situ, ada slide dan buai dalam air. Gelungsur besar tu aku tak berani nak try takut lemas..hahahaha


Celup-celup kaki dulu....warm up :p

terjun..hahahaha..

Long aku yang penat melayan nuha sementara aku berenang, eh, berendam...hahahaha


My nuha dengan Long aku..


Ni hari kedua, masa ni dah beli pelampung untuk my Nuha. Aman sket nak berenang, eh, berendam ;p
Kat situ tak der pulak orang jual pelampung.Kitorang beli kat luar. Kesian my nuha, terliur tengok pelampung orang masa first day tu..


Konon nak buat skill baring atas air laa..harammm tak terapung :p
 
p/s: 

Outfit aku hari pertama dan kedua baju sama ajer :p

Korang kalo pergi Port Dickson, suka stay hotel mana ? Makan kat mana?

Tengah hari kami makan disini -   Gerai makan cowboy , mesti cuba punya !!

Monday, July 11, 2011

Transformers Dark of The Moon dah tengok dah :)

Weekend lepas, kitorang pergi Jusco untuk beli tiket wayang. Konon nak amik couple seat macam hari tu. Sekali couple seat dah fully booked. Dan tinggal 6 seat ajer pun yang tinggal. Depan lak tu.Tapi sebab nak tengok jugak kan, kitorang amik jer seat depan tu :p Haruslah kena tengok kan.Jom baca sinopsis dulu.

In 1961, the Ark, a Cybertronian spacecraft carrying an invention capable of ending the war between the Autobots and Decepticons, crash lands on the far side of the moon. The crash is detected on Earth by NASA, and President John F. Kennedy authorizes a mission to put a man on the moon as a cover for investigating the craft. In 1969, the crew of Apollo 11 lands on the Moon to explore the craft.

In the present, the Autobots assist the US military in preventing conflicts around the globe. During a mission to Chernobyl to investigate suspected Alien technology, Optimus Prime finds a fuel cell from the Ark, discovering it had survived its journey from Cybertron. The Autobots are attacked by Shockwave who manages to escape. After learning of the top-secret mission to the moon, the Autobots travel there to explore the Ark. There they discover a comatose Sentinel Prime – former Autobot leader – and his creation, The Pillars, a means of establishing a Space Bridge between two points to teleport matter. After returning to Earth, Optimus uses the energy of his Matrix of Leadership to revive Sentinel Prime.

Selebihnya korang boleh baca kat sini
Trailer boleh tonton kat sini.

Jom la layan gambar kitorang bergdiks dulu sebelum masuk wayang tu :)

Tiket wayang - RM 9 seorang



My nuha n me dengan Giant poster Transformers Dark of The Moon


 Masa mula-mula , dia ajak balik macam hari tu, pastu cakap bising :p Tapi kali ni ok sket my Nuha dalam wayang sebab dia minat robot-robot ni, pengaruh rakan sebaya gitu.Tapi sejam terakhir, dibantainya tidur :p Aman :)

Aku bagi 9/10 bintang la untuk filem ni. Dan filem wajib tonton gitu bagi yang minat Tranformers la... :) Long aku cakap, kalo tengok 3D lagi layan. Kami takut my nuha takut, kang rugi saja jer..Lagipun aku takut aku pulak pening kalo pakai spek 3D. Gila jakuns :p


Korang dah tengok ker Transformers Dark of The Moon ??? Berapa bintang yang korang bagi ??


Thursday, July 07, 2011

Jom beli Kopi Radix...Mai Secawan.... Advertiser @ Elissmie

Korang suka minum kopi ? Aku bukanlah penggemar kopi sangat tapi kalo ada, aku minum lah. Memang dah lama tak minum kopi tapi tahun ni, buang tebiat rasa nak minum kopi ajer.Mungkin aku boleh cuba minum Kopi Radix ni yang terkenal dengan tagline dia "Mai Secawe tu kan " Mai Secawe= Mai Secawan. Ala , iklan kat tv yang mat salleh yang cakap kelantan tu :)


 Harga Pengguna

Semenanjung Malaysia: RM 34
Sabah & Sarawak: RM 36

 Jom kita terjah :-


Kalo korang nak tahu, pelbagai produk telah dikeluarkan menggunakan jenama Radix termasuk restoran HPA seperti Radix Fried Chicken (RFC). Radix adalah satu jenama.Kalo nak tengok list produk yang ada boleh klik sini : http://www.duniaherbahpa.net/produk.asp


Bukan setakat kopi ajer yang korang boleh beli.Macam-macam produk ada ok...Kesihatan diri ada, makanan ada, pendek kata "Macam-macam Ada lah " .Antara yang dijual adalah seperi kat bawah ni :-

bedak-wanita-v2.PNG
Adunan istimewa dengan haruman sitrus, bunga-bungaan dan rempah ratus menimbulkan keceriaan dan keselesaan agar terasa segar, nyaman dan harum.
Kandungan: 80 g

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 6.50
Sabah & Sarawak: RM 8.00




Garam Bukit HPA (keluaran Halagel) adalah garam yang berasal dari kawasan Gunung Himalaya dan berada dalam bentuk asalnya. Ia adalah garam organik yang paling tulen, berkhasiat, paling bersih dan mempunyai struktur geometrik kristal yang amat sempurna.

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia: RM 2.50
Sabah & Sarawak: RM 3.00


Femwash (Feminine Hygienic Wash) (BARU)
Pembersih wanita yang dirumus khas dari khazanah herba hutan negara dikeluarkan di dalam bentuk moden. Gunakan bila-bila masa terutama semasa dalam keadaan haid. Botol foam pump yang kecil senang dibawa di dalam beg tangan ke mana sahaja.

Harga Pengedar S/M:RM10.00 
S/S:RM12.00

Jom pakat terjah sekarang...Aku kata sekarang..sekarang laa wehh...

http://www.DuniaHerbaHPA.net/aqilahnajihah




Nak mudah lagi  Klik Disini Untuk Download E-Katalog Produk HPA versi softcopy (format PDF). Sementara ia masih PERCUMA.


DuniaHerbaHPA adalah Advertiser di elissmie.com Tempoh pengiklanannya adalah selama 10 bulan di  Elissmie.Com dan berharap dia berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan dan mendapat hits yang baik dari belog aku ni :)


p/s : 
Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan diri, blog peribadi  atau blog bisnes serendah   RM 3/Sebulan dengan belog aku disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . Tiada Banner? Boleh aku designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sidebar yer :)
Boleh klik disini laju-laju   


Wednesday, July 06, 2011

Setakat nak makan pancake, tak perlu ke McDonald's :p

Lama dah tak main masak-masak dan publish sini kan. Hari ni nak berkongsi pancake yang aku beli hari tu kat Tesco.Aku lupa siapa dah cakap aku, dia suka sangat makan pancake macam kat McDonald's. Pancake yang aku nak tunjuk ni, ala-ala McDonald's punya lah...



 Brand Nona 
Harga : RM 10 ++
 Perisa : Asal (Ada lagi perisa pilihan yang lain..)


Aku beli  pancake yang dalam kotak ni. Tinggal tambah air, minyak masak dan telur ajer :) 

Arahan pun ada kat kotak kalo laa rasa tak pandai sangat :p

 pic : credit to Gina

Aku cari jugak yang macam Gina beli ni, kot ada kat Malaysia kan. Nan ado :p
 Yang tu kena pergi Australia laa nampaknya..hehehehe. Ker korang pernah jumpa??




Panaskan kuali non stick dan tuang adunan...Balikkan :) Dan sedia untuk diangkat...



Nampak tidak menggiurkan tapi rasa sama ajer :p


Siap ada lebih lagi.. Selepas seminggu still elok lagi aku tengok...



Dan boleh letak jugak adunan ni dalam sandwic maker ok !!
Sapu minyak dulu, then masukkan adunan.
Ni aku main try and error ajer :)



 

Hasilnya , memang memuaskan..Sama macam letak atas kuali tadi :) 
Pastikan lepas sejuk dulu, baru angkat.


p/s: 

Kalo beli kat MCD, 2 pancake tu ala carte  RM5++ kan..

Yang ni aku rasa dalam 20 lebih saiz kecil tu..

Buat sendiri lagi jimat kan ???


Tuesday, July 05, 2011

Gerai makan cowboy , mesti cuba punya !!

Hari ni tak berkesempatan lagi nak cerita pada percutian ke PD tapi masukkan slot jalan jalan cari makan di elissmie dulu yer :) Makan , penting tu nak kena cerita..hehehehe. Ni aku nak tunjuk kedai makan aku terjahi masa kesana hari tu untuk lunch la. Ni kitorang santap bila dah otw balik, dah check out hotel pun.



Ni hah kedainya.Cowboy Place.Watie Beach Cafe.Port Dickson.
Kedai ni terletak kat sebelah  PD Marina World Resort.



Menu dia simple ajer, Nasi Kukus dan Ayam Panggang.Panas-panas beb !!!

Memang ramai orang makan kat sini. Kalo mempunyai tahap kelaparan yang menggila, 
better korang order side order dulu.

Side order kami hari tu, sosej bakar. Terasa berada di alam cowboy....hehehehe
RM 1 sebatang
Makcik yang berpenat lelah membakar ayam :)

Dan berbaloi sungguh menunggu sebab makanan semua sedap :)
Dah la owner dia peramah dan sentiasa tanya dah order ker belum
instead of menyorok tak tentu hala kan :)

Wajah empunya belog mesti ada punya :p


Tu dia makanan sudah sampai...Memang murah la, nasi dengan 1/4 ayam dan sos manis, 
serta sup cuma Rm5++. Gila murah kan..Air semua sama ajer, RM 1 . (Air Kordial Anggur)

Kalo korang kesana, harus try makan tengah hari disini yer :)

8 / 10 bintang :)

Kat sini pun ada disediakan surau untuk solat :)

Nantikan episod jalan-jalan cari makan di elissmie.com di PD lenkali pulak yer :)

p/s:

Terima Kasih KOG :) Sebab tahu kedai ni dari blog KOG :) Tapi skang dah besar dah kedai tu..Cepat betul masa berubah kan ? :)


Monday, July 04, 2011

Teaser ( Tiara Beach Resort Port Dickson )

Masih ingat lagi entry ini . Pandai korang teka. Tiara Beach Resort lah tempatnya kami berpoya-poya 2 minggu yang lepas tapi sampai skang still tak der gambar berjaya diupload ke pc aku ni, so entry pasal tu lambat sket la. Hari ni agak bz sebab jadi bidan terjun untuk testing system baru. Petang ni lak ada taklimat penstrukturan semula ofiz aku..So, tak dapat nak update panjang-panjang...

Ni masa hari pertama kat Tiara Beach Resort Port Dickson .Jom main air !!




Tu jer laa untuk hari  ni  yer :)  Apapun, memang percutian kali ni memang seronok sebab my nuha dah tak takut air sangat macam percutian kami ke Pangkor last year :)

Friday, July 01, 2011

Kelahiran

Kelahiran siapa ? Apapun, terlebih dahulu , Happy Belated Birthday Mommy Lyna :) Semoga bahagia dunia akhirat dan sukses selalu !

Aku - Kelahiran Pertama Perempuan dalam keluarga besarku...

Anakanda - Kelahiran Pertama Perempuan dalam keluarga kecilku...Aku dan suami kekasih hatiku...



Di daerah kecil ini, aku dilahirkan.

p/s: 

Tu pasal aku boleh berbahasa dwi dialek :)
Dialek Terengganu dan Kelantan :p


Di hospital ini, hampir 29 tahun yang lalu, aku dilahirkan...
6.45 pm yang hening, (ok tipu. ).
Aku tak tahu tapi ku tahu dengan penuh jerih perih aku dilahirkan..
Terima kasih, ibuku yang rupawan....

p/s :

Hospital itu masih disitu...


Berbeza pulak dengan anakanda yang dicintai,
lahir disebuah daerah yang penuh hiruk pikuk melatari,
Dilahirkan di daerah ini,
Tulus, mulus dan suci,

p/s:

Anakanda langsung tidak tahu berbahasa dalam dialek terengganu ataupun kelantan...
Dia sudah jadi orang Key LL :p


Hospital ini menjadi saksi suci..
pertemuan pertama ibu dan anakanda yang dikandung 40 minggu 2 hari .
4.42 petang yang damai
2 Ogos 2008 yang dinanti...

p/s: 

Hospital ini sudah berpindah...


Anakanda , kita dari dua era yang berbeza...Punya visi dan cita-cita berbeza...Matlamat harus tetap sama...Bahagia dunia akhirat pastinya...




Aku anak era Wawasan 2020... 

Wawasan 2020  
Satu pandangan jauh
  Bukan impian malah kenyataan  
Bersama kita jayakan



Anakanda anak era 1 Malaysia. 

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia
Satu Malaysia untuk semua


Pesan bonda buat anakanda : 

Anakanda, harungi kehidupan dengan tabah ...

Jangan mudah telagah, 
Jangan suka ambil mudah , 
Jangan dibuai mimpi indah, 
Jangan mudah gelabah, 
Jangan mudah gelisah, 
Jangan pernah lelah,
Jangan bikin amarah, 
Jangan cepat melatah, 
Jangan cepat resah, 
Jangan mudah mengalah,

Anakanda, harungi kehidupan dengan pekerti,

 Hiasi diri dengan akhlak terpuji,
Jika berjanji harus tepati, 
Agar dirimu jadi bererti, 
Agar dirimu sentiasa diingati,
Doaku buatmu selalu mengiringi, 
Itu pasti......
Itu janji Ummi....

Salam kasih sayang :)

Ummi - 4.45 pm di daerah kelahiranmu....


Selamat Hari Lahir buat semua yang menyambutnya bulan ini  !


p/s:



Ini hadiah lahir aku yang terawal tahun ni :) Terima Kasih Sayang :*


“Entry ini ditulis untuk cabaran #1 iPad MySuperKids yang direviu oleh Lennymoriza”


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)