Monday, June 29, 2009

Weekend@KLCC

Salam semua!!!
Hari Isnin a.k.a Hari Yang Ceria!! hahaha tetiba ceria gitewh..
Firstly, tq for my dear hubby for very great weekend and special warm TQ to my brother n sis sebab menjayakan misi Ahad kami dengan menjaga Nuha yang baik dan charming tu..hahahaha :P

Kami kemana?
KLCC laa kan..Tapi kemana?Cuba teka!!



Mencari buku-buku ilmiah kah??



Makan-makan kah?




Mencari kasut sukan sajer kah?




Mencari perfume kah?



Mencari baju kah?




Mencari makeup kah?




Mengira tiang pada bumbung Suria KLLC kah??




Membeli barang kemas lip lap lip lap kah???




Atau cuma cucuk duit kat ATM sajer kah??



Sajer nak kasikk efek suspens gitewhh kann..wahahaha..Kami berdua tengok wayang ..wah..feeling2 tadak anak gitewh..macam baru kawen :P muahaha..dah lama gila tak tengok wayang berdua..selalu mesti ada orang follow :P last sekali tengok berdua tahun 2003 kan sayang?masa tengah praktikal kat kuantan..tengok wayang kat megamall..Last tengok wayang lak sebelum beranak hari tu :D



ramai siot yang nak tengok..terpaksa kami duduk 2 row dari depan..lenguh leher..tu kami dah datang awal, kul 9 lebih dah tercongok depan wayang..hahaha..kalah orang jual tiket :P




Pop corn harus ada kan..abaikan my hubby yang poyo :P eleh, malu konon aku jaja muka dier kat blog.hahaha





Kami tengok Transformers:Revenge of the fallen..Kasik 9 1/2 bintang :D Tak sesuwai untuk Nuha sebab sound efek dier kuat siot..seb baik x bawak kann..Untuk review klik kat sini




Sempat lagi beli KFC bucket dan bergambar depan KLCC



p/s: TQ Sayang!!!I love You!! Lenkali kiter tengok wayang lagikkk erk..tapi kalo selalu bankrap la kan...:P

Friday, June 26, 2009

Apa yang lebih nikmat dari berbuka puasa?

Hari ni, Insya Allah aku akan menamatkan puasa tiga hari (1,2,3) di Bulan Rejab..sama dengan pose 900 tahun ko..mak ai..hidup pun tak sampai 90 tahun kot kan...hikss...Alhamdulillah...

So tinggal lagik 12 hari lagik..eh cepat laa pulak kan..alah, 25 hari jer pun tinggalnya..hikss..Wah, dah 13 hari aku puasa yerr..yuhhhu..sonok laa plak kan..tak sabar ni nak cari baju raya..hahaha..last year memang mak aku semer yang buatkan..maklomlah dalam pantang ko! memerap jer kat umah 44 hari tuh...seyes beb! Tahun ni haruslah berganda2 shopping untuk raya gitu kan..balas dendam tahun lepas..lalala..dengan duit suami, of kos..eh, gomen tak nak bagi bonus RAYA ker tahun ni...PM sila take note yer..muahahaha...

Malam tadi berbuka simple jer..aku makan puding roti karamel jer memula tu (yang ingat nak bawak kat AD tapi tertinggal :P -bukan rezeki ko yer AD..lenkali aku buat plak) pastu bersenam-senam dulu kul 9 .30 baru laa makan nasi sekali ngan my hubby...tak sonok laa makan sensorang..macam kurang nikmat gitewhh kan..Aku goreng ayam dan buat sup sayur+sotong..hikss :D simple but i loike :D



Malam ni nak pergi bershopping menghabeskan duit my hubby ker Tesco untuk carik barang dapur..lalala..semalam dapat voucher 7.50..wah..banyak2..hahahaha..ni paling banyak aku penah dapat..:P korang ada? hahaha

p/s: Malam jumaat la katakan...apa laa yang nikmat yer...lalalala...

Thursday, June 25, 2009

Kedai Chomel Giveaway..........


Handmade by Anasfadilah


Hari ni Anasfadilah telah membuat aku teruja untuk menyertai contest "Kedai Chomel Giveaway" walaupun aku tidak laa seperti Tiara yang suka shopping kat Jejusco atau pun seperti Mama Qaisara yang pakai poncho :D hikss..tapi sebab aku nak menang hadiah kan..dah lama tak bershopping bermanja2 di jejusco...dan nak jugak merasai memakai poncho hasil kerja tangan si Dilla ni..sebab aku masih teringat kerja tangan yang kemas yang dier buat untuk aku hari tu ..tak ingat tengok entry kat S.I.N.I..harap leh laa bergaya dengan poncho sambil shopping ke jejusco :D

Jom laa sesaper yang berminat.. Mudah sajork...

Guidelines:




* You must be subscribed to KedaiChomel via email, klik kat S.I.N.I - done

* You must have a blog, and you have to post about this giveaway on it, using the banner above - done
* After posting about the giveaway, come back here and leave a comment with the link to your blog about the post -done
* The comment numbers will be shuffled and a lucky winner will get a Jusco Shopping Voucher, and Chomel Nursing Cover/Poncho

Deadline:

You have until the midnight of July 5th, 2009 to enter this giveaway!!
Prize:

* The winner will win Jusco Shopping Vouchers (included in the voucher booklet are free make over with Shiseido and RM50 Hush Puppies Voucher) and Chomel Nursing Cover/Poncho
* the voucher are valid until 31st July 2009

Good luck everyone :) Klik kat S.I.N.I untuk join ok!!

Merempit....



Semalam, aku diberikan assignment setelah berlaku perbincangan yang muafakat membawa berkat yang sampai bab kematian si suami dan kematian isteri :P tanpa bawak anak mati bersama oleh my hubby untuk bawa kereta ke bengkel yang menyebabkan tiba-tiba gaji aku hari ni tinggal rm200 ): nak pi Tesco pun tak lepas ni...so marilah kiter menggunakan duit suami yer bulan ini :P

Yang part best nyer, akhirnya aku merempit dengan my hubby untuk pi amik keta..dah lama gila tak naik motor..last sekali masa ni Mak ai...setahun yang lalu ko..aku tersenyum sumbing jer atas motor tu..feeling2 baru kapel gitewhh..wakakaka...my hubby lelaki pertama yang aku naik motor tau kalo korang nak tau..baik laa aku kan..hik hik hik...saper lagi nak puji diri sendirik..muahaha..

Pastu belah malam, my hubby pegi isi minyak (assignment ni masih tidak lepas2 :D)tq to my hubby..hikss..sempat gak dier rembat sehelai baju transformer..againnn??? hiksss..



Koleksi kedua, yang ni katanya watak jahat..


Malam tadi aku buat puding karamel tu..lupa nak snap pic plak..guna pic semalam laa yer..



dari pandangan sisi..wajah tidak menggiurkan, tapi rasa..umphh :P


sumber asal sini , aku edit ikut kesedapan rasa aku jer :D credit to her :D

Bahan A:
1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti

Bahan B
5 keping roti gardenia yang dah nak expired tu :P dipotong2 atau dicarik2 saja kalo malas :P
1 tin susu cair F&N aku guna
2 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla


Cara:
1. Memula, panaskan dulu kukusan
2. Pukul telur sampai kembang dan masukkan susu dan gula..Pukul lagi..dan lagi dan lagi..tambah esen vanilla..
3. Susun roti dalam loyang yang ada gula yang telah dicaikan.Then masukkan bancuhan B plak dalam loyang tu.
4. Tutupkan penutup loyang dengan kain, nanti menitis plak air dari tudung kukusan tu
5. Kukuskan selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
7.Malam ni leh laa aku makan buat buka pose..malam tadi makan panas2 tapi tadak feel gituh :P dah laa aku terlupa nak masukkan gula dalam Bahan B tu..tawar jer..seb baik ada lebihan gula merah masa aku buat bubur sumsum kelmarin..so aku siram laa kat puding aku..merecikkkk jugak :D




Ni juadah berbuka malam tadi, eh lupa nak snap ikan singgang :D 13 days to go!! Jiayou! Jiayou!!


p/s:my hubby tak suka dengar soklan "nak makan apa hari ni" kisahnya...huhuhu..suami korang?

Wednesday, June 24, 2009

Kasik laa aku berangan...

Sejak dua menjak dier, aku macam tadak kerja jer kat ofiz..hiks..so kerja aku adalah menambah skill dalam arena photoshop..Inilah hasil penemuan baru aku :P Leh tiru kat sini



Sejak bila aku nikah kat Masjid Purtajaya ni..hihihi


Sesaper yang ada template PSD Majalah Pengantin tu bagi ler kat aku..sharing is caring (: aku nak feeling muka masuk majalah jer..puas google carik font yang sama macam majalah tu tapi nan ado..hikss :P

Hari ni aku berpuasa..14 days to go!!yeayy!



Teringin nak buat mender ni lagikk..Puding roti karamel..malam tadi tengok kat pasar malam, secoet pun dah RM2, baek aku buat sendirik..pueh hati kan :D leh makan bebanyak..Resepi lenkali aku tepek :D

Tuesday, June 23, 2009

Tak perlu berhabes duit buat facial...



Patut laa muka artis kat majalah lawa-lawa erk..Untuk kulit muka yang lebih licin , sila klik di S.I.N.I hikss..selamat mencoba..

Hari ni aku berpuasa...15 days to go! yeeehaa...

Bulan REJAB hampir tiba...Sama-samalah kita ingat mengingati amalan-amalan mulia yang penuh berkat ini.........

BULAN REJAB

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Israk Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s. "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibril a.s. "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

p/s: Rebutlah 5 perkara sebelum dtg 5 perkara

1. Waktu Muda sblm Tua
2. Waktu Sihat sblm Sakit
3. Waktu Lapang sblm Sibuk
4. Waktu Kaya sblm Miskin
5. Waktu Hidup sblm Mati

InsyaAllah.. mudah-mudahan Allah SWT memberkati segala amalan baik kita.

Monday, June 22, 2009

Happy Father's Day

Hari tu aku sambut father's day kat umah jer dengan my hubby dan my baby...celebrate dengan menu berikut :- Tadaa....



Opss..bukan yang ni..ni sambut bday Niza kat Secret Recipe..tak jadi makan sate sebab Sate Kajang Haji Samuri tutup rupanya waktu semayang jemaat :( Terima kasih Niza, tahun depan belanja laa lagikk :D
++Menu ++
Spagetti Meatball (AD)
Burger (Niza)
Lasagne (Aku)
Mocha Whipphed Cream




Tapi kitorang celebrate dengan ini..Durian fresh from Hulu Langat..yeeeha...aku jelez sama Tiara wohhh..skang tidak lagik..hahaha..aku tidak perlu berada di Hulu Langat untuk menikmati durian...dah laa my hubby balik-balik keja jer dier cakap, ni Tiara kirim..mungkin dier pun terpengaruh dengan entry ko hari tu laa :P p/s: Abaikan my hubby yang seksi :D

Sayang, Terima kasih kerana sudi menjadi Abah untuk baby kiter..
Terima kasih kerana selalu menjaga kami berdua..
Terima kasih untuk rasa kasih sayang dan cinta yang tidak berbelah bagi buat kami berdua...
Terima kasih untuk segalanya..
Hanya sayang yang bertakhta di hati ini, dulu dan selamanya...
Tahun pertama father's day my hubby bergelar 'Abah'...
p/s: Hadiah tunggu gaji jer ler yer...hiks..

Tak lupa jua kepada Abah dan Bapa Mertuaku, Abang-abang dan ipar duaiku dan semua Lelaki yang bergelar BAPA.
S.E.L.A.M.A.T H.A.R.I B.A.P.A !!

Friday, June 19, 2009

Farewell Hi-Tea

Semalam, ofiz aku buat plak farewell peringkat ofiz :D utk yang akan berpindah atau bertukar cawangan serta meraikan pasangan yang baru kahwen,naik pangkat dan serap tetap.. Terima kasih kepada penyumbang makan-makan (esp Yang Naik Pangkat, Naik Tetap) dan kelab Prokom (kelab ofiz aku nih ler) laa kan...



++ MENU ++
Mee Kari
Bubur Durian
Roti Jala
Kuih Talam
Kuih Lapis
Buah-buahan




Wajah empunya blog mesti ada...bersama Ad..hehehe


TAHNIAH DAN SELAMAT BERJAYA KEPADA SEMUA!!


p/s: Hari ni ada birthday celebration..lalala.private invitation sajork..hahaha will blog bout it later..daaa

Thursday, June 18, 2009

Oven...

Tengah hari semalam, pegi Senheng kat SA*CC Mall..carikkan hadiah tuk Niza yang akan menamatkan zaman anak daranya :D kuar ngan Ad dan Sue...since Niza request oven, memula mesti laa nak kena survey online dulu dan klik sana sini nak carik best oven dan cukup budget laa kan..hahaha...seb baik masih ada stok :D grab jer terus balik since pewot masing-masing dah lapar kan..kan..kan...



Niza, ni bukan oven yang dimaksudkan yer..ni hadiah hari lahir :D nak bagi esok bleh? lalalalala...


pastu part yang best(sajer nak hangatkan Niza yang kena tinggal), pekena nasi campur +ayam bakar+lala+ulam dan ABC kat Seksyen 2 dulu..hikss..ni kira first time makan kat sini..hari tu tapau ABC jer ngan my hubby :D



ABC d'Bubbles kegemaranku selalu :P




Selamat menjamu mata :D


p/s: Petang ni ada majlis farewell kepada staff yang bakal berpindah @ telah berpindah serta staff yang naik pangkat, cemerlang dan naik tetap (Niza dan Ad antaranya :D )
will update bout it later..ada makan FREE lagikk :)

Wednesday, June 17, 2009

BIRTHDAY @ JUNE

Selamat hari Lahir buat Niza.....Semoga Happy!Happy Selalu!Semoga kamu jadi isteri yang solehah!!Dan belajar rajin-rajin!Cepat2 dapat anak...and warm welcome to the club! (Mak Dara club:D )



p/s: syoknya dapat makan sate kajang dan kek kan ad...nyum nyum

p/s: niza, sorry ar..aku duk teringat bulan Julai jer..apakah?cuti-cuti malaysiakah?
hikss...

Tuesday, June 16, 2009

Nuha tidolahhh...

Malam tadi, aku buat roti sardin gulung as requested by my hubby...simple and easy..sejak dua menjak, rasa mcm kurang berminat nak makan nasi (:P padahal dah makan nasi kat ofiz waktu lunch hour)

Lama tak cerita pasal Nuha kat blog ni..Nuha plak seminggu ni asyik nak tido lewat jerkk..nak main..nak main..nak main..pastu, siap marah-marah lagi kalo orang suh tido...haip! haip! haip!bunyi dier marah aku...sweet jerk aku rasa..hahaha..malam tadi yang kelakar tu, dah tido about 5 minutes, pastu terjaga sebab perasan ada cahaya lampu dari bilik yang my hubby buat jemur baju, dier bleh bangun dan ngintai bilik tu then pegi kat bilik tu slow slow dan tolak pintu..lepas tu dier bleh main plak setengah jam lagikk sebab nampak abah dier sidai baju..aduhai anak...

Hari tu makan kertas, makan kumbang siap bunyi prakk, seb baik panjang umur lagi kumbang tu..terlanggar bucu rak tv...macam-macam karenah ada skang ni...skang ni musim yang mencabar aku rasa...geram tapi sayang..apakah perasaan itu?hahahaha tapi menghiburkan jugak...orang tak sempat nak marah, dier marah dulu sebab dier tahu dier nak kena marah especially kalo dier main surat khabar..hahaha..muka cebik2 kena marah tu tak tahan buat aku gelak...



macam ni rupa kumbang yang nuha geget hari tu :P


Hari tu, aku try buat lagi look like meter..wah..dah equal aku dan my hubby plak..hiks..btol la..muka nuha dah berubah day by day..macam pompuan sket rupanya :D nak2 bila buat pokok kelapa tu...dah nak setahun dah my baby..x sabar nak buat birthday party dier...harap2 dimurahkan rezeki leh jemput ramai sket..doa2 kan yer!!



Aku nak tepek gambar2 Nuha dari dulu sampai skang..banyak dah berubah rupa dier :D





Rasanya tak terlewat aku ucapkan Tahniah buat Ad, yang telah dapat PPTM tetap (dan akan dapat makan Free!Yeay!!) dan kepada Niza yang akan menamatkan zaman anak daranya pada sabtu depan...SERTA bakal membelanja aku dan Ad di hari lahirmu...Yeay!!

TAHNIAH!!




Kad kawen Niza :D

Monday, June 15, 2009

Farewell Lunch & MC

Hari Jumaat tuh, aku MC belah petang,sebab cirit birit:P so tadak la sempat nak tepeks pic makan2 farewell ofiz mate aku yang akan berpindah ke Melaka sebab naik pangkat,Elyani dan sorang nak sambung belajar . Kak Su. Aku bila ntah nak sambung master ni..huhuhu....tunggu anak empat kot :P Layan pic la...malas nak menulis hari ni...



Jumpa doc cepat.Amik ubat berchenta.Pompuan.Dia laa jaga kaunter.Dier laa yang carik ubat.Dier laa bagi ubat.Dah laa ckp 3 biji 2 kali makan.Padahal 2 biji 3 kali makan :P




Aku pegi klinik sebab pil ni x jalan :P, degil yer perut ini...


Sebelum pegi doc, sempat menghadiri farewell lunch!



TQ Elyani for choclate :D yummi!! kalo nak sila berkunjung ke sini !


Aku makan chicken chop + Milo Ais(ubat sakit perut) Tak makan pun, last2 tapau nak tadak saper mkn gak kat umah..bakul sampah laa kekdahnya makan :(

Friday, June 12, 2009

Setelah hampir 2 tahun...

Sahabat-sahabatku : Ag, Yan,Linda,Tina, Carol



p/s: bila lagi aku nak makan nasi minyak korang ni..anak aku dah nak setahun ni weyy


Kalo korang datang rumah aku, korang mesti gelak besar..sebab baru weekend hari tu, dinding rumah aku baru berjaya dengan jayanya dipasang dengan hadiah korang bagi masa aku kawen setelah hampir 2 tahun korang bagi..hahahaha...(siap berhabuk pun :P)



Sila laa percaya.............

Tq pada Anz,kwn my hubby yang sudi datang meminjamkan Bosch ofiz dier untuk mendrill rumah ku yang dindingnya konkrit ni...huhuhuhu..hanya driller jenama Bosch jer mampu menodai dinding suci rumah kami...hahahaha....yang cap ayam ker haram tak lut..hebat bukan?hahaha...

lepas ni, nak pasang gambar-gambar kahwin plak laa..lalalala...nak kena pi carik frame dan cuci gambar laa nampaknya weekend ni..lalalala...



Ni sambungan otromen stadium tu..hahaha Selamat Hari Jumaat..Hari ni ada majlis perpisahan buat Elyani..syoknya ada makan2..will update about that later naaa....

Thursday, June 11, 2009

*Updated Chicken Chop @Home

Petang semalam, blog hopping sana sini carik menu nak masak , tetiba nampak lak western food..ting! Chicken chop.. then texting my hubby cakap "Sayang, malam ni makan western nak? " Then dier reply OK. hihihihi...aku masak spagetti baru tau :P x tahu hujung pangkal cakap OK kan...hikss..tapi wife dier yang satu ni idakklah durjana..

Pastu balik keja, singgah Bintang jap carik black pepper sauce,carrot, mayonis,sosej, button mushrooms dan fries.

Amik Nuha kat umah pengasuh..dier cranky whole the way back...pastu diam..ler tido :P sampai umah pun still x sedar...hihihi..so aktiviti memasak sangat senang dilaksanakan ok..sukaanyaa makkk!! aku kuarkan ayam, siapkan sos black pepper pastu buat coleslaw..berez...

Layan matahari :P

Hubby balik, siapkan ayam then goreng fries dan sosej plak...

Masa untuk makan!!!
Sila jamu mata yer...p/s: maaf bagi yang berpuasa...hahahaha gambar seterusnya mungkin akan menggugat keimanan anda seketika..hahahahahahaha.Kalo tak sanggup, sila tinggalkan entri ini dengan kadar segera dengan mengklik mana-mana iklan nuffnang yang ada..hahaha (siap promo lagik :P)

Tadaa.....................




Black pepper sauce




Ni portion aku :P licin......



Ni adalah my hubby punya...siap suh masak meggi sebagai tambahan untuk dier...namanya Meggi Udang Petai :P a.k.a Meggi AlForfor (nak suh nampak western :P)




Aku guna tepung KFC jer buat ayam ni...rangup, sedap sgt :P




Grape for me :p




Ada ker patut my hubby suh guna ni since kitorang takde knife utk makan chicken chop :P Maklumlah, ni first time makan chicken chop home made kan..ada alasan nak shopping :P


p/s: By request aku tempek laa cara-cara nak buat yer :-


Black Pepper Sauce

Black pepper sauce 1/2 botol gitu
Masukkan air
Buh sos tiram 2-3 sudu
Buh tepung jagung 1 sudu
Buh button mushroom yang sudah dipotong dadu
Perasakan dengan garam dan gula


Ayam KFC

1 paket tepung kentucky jenama ADABI
2 biji telur di pukul sampai kembang
Ayam potong-potong ikut suka dan cucuk-cucuk dengan garfu.Bersihkan dan toskan...
Celupkan potongan ayam ke dalam telur dan golek ke dalam tepung kentucky tu (jangan buh air), then masukkan dalam minyak yang btol2 panas ok...dah masak angkat ler...


Coleslaw
Potong kobis dan carrot halus-halus laa kan...
Pastu sediakan satu biji mangkuk, buh mayonis, gula,garam sket dan perahan lemon atau cuka.Gaul sebatikan sampai dah cair semua.
Then masukkan laa kobis dan carrot tadi..Sekian..selamat mencuba semua!!Senang sajork..cost pun aku rasa less then RM20! :P

Wednesday, June 10, 2009

Hari Menjawab Tag & Tepek Awards...

Lama peram ni, ni baru ada masa nak buat :P Malas + bz kot...hihihi..ampun yer kawan2 ku yang rajin benor meng'etag' dan mengaward ni :D

Datangnya dari Liya a.k.a mama Hannan & Nuha Blognya disini dan Mamazana Blognya disini



Peraturan:
1. Letakkan logo award ini di blog anda.
2. Anugerahkan award ini kepada 10 Blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.
3. Pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui ‘backlink’ dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda.
4. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.
5. Berbagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini.

Aku awardkan plak kepada top 10 pengomen tegar aku :-

1. haslina
2. Ma'am_Chelsea
3. Farah
4. Elyn
5. Queenin Murni
6. ~dARlee zURiS~
7. Nurhayati
8. Ummibatrisya
9. Wafaa
10. Miezaniera

Tq yer sebab selalu drop komen di post aku yang banyak merapu dari ilmu ni...huhuhuhu



My Personal Care Products & The Purse Tag


Ditag oleh Mel a.k.a Mummy Mika yang hensem dan cute...purse aku dibeli di pesta konvo last 2 year tak silap erk...memang fake :P tapi x rosak2...bila nak rosak ni..muahahaha...



Dier suh kuarkan semua...dah kuarkan tu..penat den :D

List of cards:-

kad bank - Affin bank, Bank Islam, BSN, Public Bank
IC- me & nuha
Others- kad nikah, kad SSPN nuha, kad bintang, tesco, kad pelajar Uitm (ada lagik :P), kad lrt (ada lagi :P) dan ada gambar aku ngan my hubby kat CC yang kitorang dating dulu2 :D, blood card ( O type youuu)..



Ni antara personal care yang sempat aku snap pagi tadi..hihihi aku biasa pakai tak kira brand, janji x mahal sangat...murah pun aku pakai..hihihi..korang tengok jer laa sendirikk..

Malas nak tag sesaper...kira selamat ler yer..hiks...


Ni plak bundle nyer tag dari mummy adam..gila banyak..huhuhu....sebab aku peram kan...hikss...padan muka aku ! :O


I Kurus ke Gemuk???


1) Berapa kah berat anda sekarang dan juga ketinggian anda?
65KG (last timbang 2 bulan lepas kot:P, gila2 nyer naik) @ 160cm

2) Berat yang paling tinggi dalam sejarah anda? Usia anda pada masa itu?
73.5KG, 26 tahun.. ms preggieykan Nuha...

3) Apakah makanan sampingan anda untuk memiliki tubuh langsing? dan kejayaan anda dengan makanan tersebut?
seyes, aku dah turun dalam 5-6KG sebab aku makan bihun jer...tak amik nasi...

4) Berat yang paling rendah yang pernah anda dapat ? Usia anda pada ketika itu?
baru lahir...3.4 KG..muahahahaha

5) Anda pernah sertai program pelangsingan? nyata kan kejayaan anda
tidak pernah

6) Apakah diet yang anda ambil untuk memiliki berat anda paling terendah?
kurangkan makan nasi..nasi itu gemuk..gemuk itu nasi..hahahaha

7) Apakah yang menyebabkan berat anda naik mendadak?
masa bercinta ngan my hubby badan makin naik..bagai dipam2..bahagia katakan..dan lepas beranak...makin berselera gitu...

8) Apakah Target anda untuk kurus selepas ini?
50KG...aku rasa my hubby orang yang paling gembira kalo aku kurus..kan sayang kan?sebab bila aku kenal jer my hubby, badan bagai dipam2..hikss..dan dier x penah kot lihat aku dalam berat 50KG..masa kenal dier berat aku dalam 53KG gituh :P

9) Miliki gambar anda dahulu dan kini?


Kurus kan? muahahaha..ni masa degree first sem kat Shah Alam laa kan...masa ni la berat 53Kg jer..huhuhu...2004, 5 years back..huhuhu..




Ni antara gambar yang latest laa..Ni kat BTN hari tu kena pakai baju sekolah..hahaha..gambar ni buat aku nampak slim :P hahaha


Ada lagikkk soklan tag nyer...huhuhuhu

Nama Timangan anda:
==> Eliss ,Mek Eliss (family panggil), Sayang(my hubby jer panggil), ustazah aku panngil aku Suryani :P sopan jer bunyinya..hahaha

Anda seorang yang:
==> peramah, mudah mesra,mudah tersentuh,jiwang

Insan teristimewa??Describekan dia terlalu Istimewa di mata anda:
==> Bagi aku dier memang seorang yang romantik, penyayang,suka amik berat pasal aku atau omputeh cakap caring dan paling aku suka dier manja sangat nak² time dier sakit..Sayang aku ni memang kuat cemburu tapi aku suka tuh sebab aku tahu dier sayang sangat kat aku macam aku sayang kat dier..aku pun kuat cemburu jugak...lebih kurang sama lah..sayang aku ni kalu ada menda²tak puas hati mesti dier cakap straight forward kat aku berbanding aku yang suka simpan dulu :D Tapi aku tahu perangai dier, dier marah tak lama kecuali aku yang lebih²buat hal laa.. Aku tahu dier ni yang paling memahami aku tak kira masa aku susah dan masa aku senang..Dier bleh buat aku macam²..Dier laa pengubat luka, dier laa racun, dier laa penawar..Hanya dier mampu buat aku menangis dikala aku tersenyum dan hanya dier mampu buat aku tersenyum di saat aku menangis...Hanyalah dier..yang bertakhta dhatiku...Ku panjatkan doa pada llahi agar Mohd Hizaami Harun setia bersamaku meniti hari²yang bakal mendatang...Dierlah dihati...Buat selamanya..Eliss Sayang Abang byk sangat..Cium sket sampai bulan :* :* :* :* :*

Lagu kesukaan anda:
==> masa bercinta suka lagu Arjuna Mencari Cinta by Dewa dan lagu Pandangi Langit malam Ini by Jikustik, skang apa sajer yang sedap didengar...

Makanan kesukaan anda:
==> makanan yang sedap dan halal ok :P

Warna kesukaan anda:
==> merah, pink,purple

Tiga benda mesti ada dlm beg anda:
==> hp, purse,charger :P

Kali terakhir masa anda menangis & kenapa:
==>Masa kat BTN, sebab teringat kat my Nuha bila diorang tayangkan pasal perang kat Iraq tu yang baby banyak yang meninggal dan cedera teruk :(

Soklan lagikkk....


1.Bekas kekasih saya adalah : Kau bukan yang pertama tapi kau yang terakhir dan yang paling kucintai sampai akhir hayat ku sayang ..Mohd Hizaami di hati selamanya :D

2.Saya sedang mendengar : kak ema tengah sibuk diskus pasal kedudukan meja dengan Niza...(aku draft kan semalam tag ni :D)

3.Mungkin saya patut : masuk campur apa yang diorang bising2 ni.....dah dah pi buat kerja...hahahaha...

4.Saya suka : Nur Nuha Humayra buat-buat bersin macam malam semalam...hahaha

5.Sahabat-sahabat baik saya : kat ofiz, Niza dan Ad laa teman gossip ku :P

6.Saya tak paham : bahasa :P

7.Saya kehilangan : nenda terchenta...pada hari raya puasa 2002

8.Ramai yang berkata : saya makin gemokkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

9.Makna nama saya : Nor = Cahaya Suryani=rahsia maknanya saya seorang cahaya yang penuh rahsia kah? hihihi nama aku yang tu jer ada makna, yang selebihnya tadak kot..bhs lain ada la :P

10.Cinta itu adalah : Mohd Hizaami..Mohd Hizaami is my cinta hati :P

11.Di suatu tempat, seseorang sedang : mengular...

12.Saya akan cuba : menguruskan badan secepat mungkin..

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud : setia ke akhirnya

14.Telefon bimbit saya : Nokia hadiah hari lahir yang terlewat dari My hubby

15.Bila saya terjaga dari tidur : saya tengok Nuha duk mana, kot2 tertindih :P

16.Saya paling meluat apabila : orang suka berlagak bagus :P

17.Pesta/Parti adalah : makan FREE

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : monyet kecil kat zoo..alaa comelnyaa..kecik jer :P

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : saat bergelar isteri..hahahaha..(eh apsal aku gelak syaitonn :P)

20.Hari ini : saya adalah sedang lapar :P

21.Malam ini saya akan : tido.

22.Esok pula saya akan : kerja..

23.Saya betul2 inginkan : rehat...jom laa sayang pi bercuti.. :(

24.Ketika sy lihat wajah sy di hadapan cermin pagi ini : x sempat nak tengok :P, last week siap pakai tudung terbalik pegi ofiz..ni baru anak sorang :P

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan? : Pusat membeli-belah

26.Makanan Barat atau Jepun? : barat...jepun kurang masak :P

27.Bilik yang terang atau gelap? : dua2 mengikut keadaan..

28.Makanan segera adalah : mcD + kfc

29.Ayat terakhir yang sy katakan pada seseorang? aku tak pose :P

30.Siapa yang sy nak Tag?

Nobody :P

Ni dapat dari teman blogger baru,BeMie

Now I have to follow the rules and the rules are : -

1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.


2) Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.




aku dah lama tak blog hopping ni,so kiter bagi laa kepada semua yang i follow ni :D

Tuesday, June 09, 2009

Berbuka@6.00P.M?

Korang nak tau? aku berbuka puasa kul 6.00 p.m dengan maggie :P semuanya kerna dia..keranaaa diaaaaaaaaa...dia siapa? kawan baik semua kaum perempuan laa... yang menyebabkan aktiviti pembunuhan tidak dapat dijalankan selama beberapa hari :P bagi yang telah sah diijabkabulkan ok hampeh sajorkk...dah laa aku lapar...kira macam tak ikhlas gitu puasa semalam tu pasal tuhan duga aku begitu..chewah...ayat penyedap hati tu namanya... :P
tapi kalo awal sket, bleh laa aku beli nasi ayam ker nasi beriani nasi tomato ker, nasi oren ker nasi dagang ker nasi minyak ker sebelum balik umah kan..ni sampai umah baru tau...huhuhuhu..sedihnyaa makkkkkkkk..sejam lebih jer ok...so bertambahlah bilangan pose gantiku 6 + 10 days to go

Sebagai pengubat hati yang sedih..hari ni aku pertontonkan sebuah kisah masyarakat...yang belum pernah aku revealkan di blog aku sebelum ni..hihihi..

skang kan musim orang kahwin la , tunang laa kan...teringat lak masa aku tunang dulu2...tunang secara mengejut gitu tak macam orang kena denggi..tadak tanda-tanda..hahaha...kena denggi pun ada tanda kan..

berlaku seminggu sejurus selepas hari besar aku iaitu majlis konvo aku degree...sebulan selepas tu ma & abah aku nak pi umrah so dier risau laa kot jadi apa2 kat diorang kan, biasa laa orang tua,kalo nak pi Mekah, kalo bleh nak meninggal kat sana :( so,dier kalo bleh nak aku ada ikatan laa aku ngan my hubby contohnya mai laa risik2 ke tanda2 dulu sebab masa tu pun kitorang dah 3 tahun kapel

seminggu sebelum konvo lak, my hubby eksiden seb baik x apa2 tapi remuk laa keta dan terpaksa naik bas tau pi Shah Alam semata2 nak tengok aku konvo..hikss..tu kisah lain...

tapi mak hubby aku plak cakap nak datang meminang aku terus since kitorang punya keluarga dah memang rapat...aku terus menangis berjujuran air mata (tak tau sedih ker gembira, terkejut pun ada siap aku cakap tak nak lagi dier datang pinang) bangang ker weng ker idak ler aku tau akan diriku ini..orang nak datang pinang pun mujur ma aku cakap...hihihi..setelah di brain storming oleh ma aku, akhirnya aku setuju dilangsungkan majlis pertunangan ku yang hanya dihadiri oleh sedara mara kat trg jer tanpa adik beradik..nama lagi mengejut..x sempat laa diorang nak apply cuti segala..kira sedih jugak..baju tunang aku adalah baju nikah kak long aku...huhuhu...siap pos dengan bas ekspres gitu sebab masa terlalu suntuk...bayangkan, dalam masa seminggu jer persiapannya nak cari barang-barang hantaran dan akhirnya aku selamat jadi tunangan Mohd Hizaami :D Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar...dan aku masih ingat lagi, Mohd Hizaami terkejut tengok aku pada hari tu..sebab muka aku macam opera cina aku rasa..tapi katanya dier terkejut sebab aku nampak cantik :P hahahaha rabun agaknya...ampun sayang..ampun sayang!! tak puji kan meraung plak kan..hahahaha

9.6.2006,(3 tahun yang lepas :) )







Aku ingin menjadi mimpi indah, dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu, yang mungkin bisa kau rindu
Karena, langkah merapuh, tanpa dirimu
Oh karena, hati t’lah letih

Aku ingin menjadi sesuatu, yang s’lalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa ku, selalu memujamu
Tanpamu, sepinya waktu, merantai hati
Oh bayangmu, seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil, rinduku, padamu
Seperti udara yang ku hela kau se-lalu, ada

Hanya dirimu yang bisa, membuatku tenang
Tanpa dirimu aku me-rasa, hilang
dan sepi, dan sepi

Selalu ada, kau selalu ada
Selalu ada, kau selalu ada

Mohd Hizaami Di hati ku selalu kini, dulu dan selama-lamanya :D (p/s: Sila Jangan Muntah :P) sila laa bagi peluang tuk aku berjiwangs karatzz sekali sekala...hari-hari

Monday, June 08, 2009

Transformers

Sabtu

Sabtu, melepak jer kat umah...hari ni my hubby cuti laa kan..sebelum tu, Selamat hari Keputeraan buat sultan kami (chewah , kami toww ) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ...Daulat Tuanku! tq sebab boleh laa hubby ku coti2 malaysia :D

Thari aku masak nasi + Rendang Ayam + Kerabu Mangga..yummy :P
Petang sket, Long ngan Kak Long aku datang umah memeriahkan rumah ku...Nuha as usual, x kenal Ayah Long dan Mak Long dier...huhuhu...lama duduk, baru mesra tapi ngan Ayah Long dier masih segan-segan :p

Belah malam, aku belanja diorang makan kat Padang Jawa..selalu asyik diorang jer belanja kami :P hihihi
Menu Nasi Putih+Ikan Kerapu Masak Stim + Ikan Kerapu Masak Tiga Rasa + Udang Petai +Kangkung Masak belacan+Telur Dadar+Sambal Belacan.

Pergh..kenyang giler...siap bertambah bagai :p

Ahad

Ahad, layan nasi lemak dan teh o yg dibeli :P pehtu, thari siap2 kan Nuha dan diri sendiri, coz Kak Long ajak kitorang pi kenduri kawen kawan diorang kat Bukit Krayong,Klang ..jauh jugak seh...seb baik peta tu btol..hiks...
balik umah membungkam tido :P aku ler tuh...anak nyer sibuk duk main dengan paper bag berkat :P

Belah malam plak, aku buat nasi goreng seafood.Pastu my hubby ajak gi isi minyak..Hari ni dalam sejarah, my hubby ajak pi isi minyak Petronas kerna terpengaruh dengan T-shirt Long aku...chehs..setelah 2 stesyen minyak sekitar shah alam dijelajahi, tapi nan ado, Akhirnya....


Tadaaaaaaaaaaaaaaaaa.......................










Baru ada stok di Petronas lebuhraya perseketuan...hampeh ok!!! :P rela tu pi carik jauh2 :P mujur tak lajak sampai ke Tesco..kalo dak leh shopping :P




DAN Selamat Bertunang kepada sepupuku, sorry x pat balik..welcome to our family !Ni bakal sepupuku :D


LAST BUT NOT LEAST, Selamat Pengantin Baru buat Mahani + Nik Ku Jehe, Zami + pasangannya, asiah +pasangannya,Yana + Lan(junior ku),..Semoga bahagia ke akhir hayat...cepat2 laa dapat anak..hikss :D

eh apsal banyak sangat aku sebut pasal makanan pada entri ni hahhhhh!! yer!! aku puasa...muahahhahahaha...dan aku hanya sahur dengan sebiji muffin :P ingat nak makan nasi goreng, ghupernya dah basi pagi tadi..sedihkan??sila laa sedih..5 + 10 days to go!!! huhuhu..1/2 bulan lagi baru leh raya ni...duhai hati, sabarlah ok!!

Thursday, June 04, 2009

Thank God It's Friday!!

Tak sangka, hari ni dah Jumaat..cepat jugak masa berlalu :P
Semalam.Aku tak masak.Aku pegi Sup Ani Utara.Seksyen 7.Tapau Nasi Putih + Sup Tulang for my dear hubby dan Nasi Ayam (psttt:nasi lebih erkk :P) untuk aku..sekali mak ai, banyak nyer nasi..seksa nak perabes..banyak btol..siap leh suap kat Nuha sekali..hihihi..save masa den x perlu masak..hari ni nak makan aper pulak yer??rasa macam nak makan nasi goreng yang macam kat KB hari tuh macam kat sini...slap slap slap muka sendirik 40 kali..hahahaha...nafsu oh nafsu...


Meh laa kiter mengimbau kisah si jakun yang first time naik kapal besi bersayap ni erk..Gmbar credit to Ad


X kan nak naik kapal terbang semata2 nak pegi buka puasa yer dak...huhuhu..dalam mimpi jer laa..hari ni aku rasa nak makan nasi goreng,aku nak masak sendiri..Hubby sayang, hari ni bleh dak balik awal sket? susah laa kalo sayang tak der nak masak...:( hari ni kiter pegi pasar erkkk...beli lauk pauk yang dah surut ni...balik awal erk..erkk..erk...ok2 kiter bunuh dia malam ni..semalam tertido,tak sempat nak bunuh :P yer lipas tuhh laa...korang ingat bunuh aper ? :p

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)