Pagi tadi, aku pos ni untuk Danish...Dah besar dah anak buah ku sorang ni..Dah masuk 4 tahun 23/1 ni...kejap jer masa berlalu...ni kira hadiah hari jadi laa...
Aku tengah blog hopping blog Sweet Like Candy tetiba dapat nih..kewl rite?
Dapat dari boz yang aku buat sistem yang menang hari tu laa..jangan jelez... :P Dier baru balik dari event kat Langkawi...syoknya pegi Langkawi, leh maman coklat :P
Aku dah abes baca blog dier..aku ni memang suka baca blog orang agaknya..bila aku nak kenal orang, aku mula baca dari awal hingga abes..dah tebiat :P bukan buang tebiat ok..so, sesiapa yang ada nama dier sebelah I FOLLOW ni, blog korang aku dah khatam ler tewh :P
Nape ntah, lembab jer entri aku hari ni..Oh Isnin rupanya..
Aku baru sudah lunch..tadi aku bengkek jer kat pompuan ni sorang...kalo muka cantik, tak per laa jugak..owh, memang dier cantik..x pun bersembunyi disebalik make up..chehs..jelez :P
Sebelum aku ngan Ad duk makan kat sitewh, ada 2 orang tengah makan kat meja tuh..dier cakap ada 2 orang duduk kat sitewh..then diorang blah, aku ngan Ad pun duduklah..yerlah, Mak Buyung, orang kesian..bila aku memulakan santapan, tetiba datang pompuan ni, pandang2...owh,meja dier..sekali dier 4 orang ghupernya...abes buat muka poyo kat kitorang, ader aku kesyah?Aku dah mintak maaf still buat muka poyo..budak *pplied Scienes..lecturers,plz do teach them a manner..senyum laa sket kan..abes tu ko expect what? aku ngan Ad blah dari sitewh, dan tak abeskan makanan...:P bukan kebuluq pun tak makan kat sitewh laa...dah katernya tadak orang...
aku pun penah gak jadik students, ngan staff kitorang respect jugak..even cleaner..
budak2 skang, memang berlagak nak mampos..kalo dah kerja tak per laa jugak..ni harap duit PTPTN..owh, aku tak buat lagi bayaran bulan JANUARI ni...hehehehe
Ok, Ni aku cilok dari email my hubby...
Malam tadi, masa aku baru nak tidurkan Nuha, tengok berita, President Israel mintak maaf?? what?? dah ramai terkorban, dah ramai jadi balu,dah ramai hilang rumah, dah ramai jadi yatim piatu...Ucapan maaf?giler aper?
Walaupun tak berapa nak berjaya boycott kat Malaysia ni,tapi kiter cubalah..eh, Tesco kiter kena boycott jugak ker?macam mana tuh..pekerja yang keja Malaysian jugak kan?abes, diorang nak bagi anak bini diorang makan macammana? fenen jugak kan?
Anyway, Tahniah laa buat kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu semalam..eh tahniah plak...takziah..
Monday, January 19, 2009
Tiada Maaf Bagimu!!
Nak tag jugak!
Aku asyik blog hopping jer pagi2(biasalah boz tiada..pergi honeymoon :P)..tetiba dapat plak tag lagik satu..baru pasan :D
Dapat award...
1. Copy Badge “2008 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda
Aku renew tag : Copy Badge “2009 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda

tapi aku kan dasar durjana, dah tahun 2009 kan..so aku edit sket...maaf yer empunya bagde..
2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda
Mama Qaisara bagi ni
3.Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang seterusnya
aku nak skip boleh? ...hehehe
-surfing
-YM
-Sametimes
-Blogging
-Blog hopping
-bebeling
-ngumpating
-cooking
-testing
-emailing
ok cukup! Yeay!
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyertakan nama mereka di blog anda (SILA KUTIP AWARD 2009 YANG AKU EDIT HOKAY! )
MEL, JIEY MIEN, NIZA, WAFAA, MUMMY ADAM, LIANA MAJID,RIHANNA, ZURIS, HIDAYAH,RAA
DAN SEMUA LAH DALAM LIST I FOLLOW AKU..hiks..
Tag manjang :P
Pagi2 jawab tag dulu ok...aku memang tak sempat nak blogging weekend hari tuh..malas meh..my hubby jer on laptop aku..nape aku rasa geli bila sebut lappy..maafkan aku..lappy=nappy :P ker tak sama? hahahaha..
I've been tag by Mel and Mummy Adam...
Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog/Facebook note with 16 random things, facts, habits or goals about you. At the end choose 16 people to be tagged, listing their names and why you choose them. Don’t forget to leave them a comment or tag them in your note to read this.
Banyak tu 16...Aku singkatkan jadik 6, bleh?hehehehe...banyak sangat laa 16..biasalah,dasar M..
1) Sebab Aku dilahirkan pada 6HB :D (facts)
2)Aku tak pernah pegang baby, Nuha is my the very first time pegang baby..maksud aku, baby yang panas2 keluar dari perut manusia..hehehe...aku memang takut..semalam aku terdengar dari dalam bilik masa tengah tidurkan Nuha, pasal baby yang patah tangan..aper cer? (facts)
3)Aku pernah kena denda basuh toilet..(random things)
4)Eliss cepat lah ganti poser...Banyak tu..26 Hari..Jiayou! (goals)
5)Hadiah termahal aku pernah dapat adalah laptop Compaq aku tuh :D Tenkiu my dear hubby...(yer,my hubby bukan Datuk K...tak mampu nak beli jam mahal gila ba aliff ba ya itewhh)-baik beli rumah kan :-(
6)habits aku adalah suka gigit kuku..tapi bila dah kawen, hilang plak habit tu..sebab skang my hubby selalu potong kuku aku kot :P
P/s: Aku malas tag sesaper...sape yang rajin sila buat..Jiayou!
Friday, January 16, 2009
Pembelian Online Pertama & Merewang!
Tadi waktu Jumaat, aku pegi SUK...ada appointment dengan YB...hahaha..poyo...tada...
Akhirnya aku dapat jugak parcel yang tersilap anto kesana tu...Boleh Bangunan SAAS ngan Menara SAAS, posmen tu tertukar..hampeh btol..seb baik Niza, dengan baik hatinya menghantar aku kesana..tq dear :P Terima jugak kepada Pn. Bh*gw*nt K*ur kerana menjaga parcel aku dengan baik :)
P/S: Ini adalah pembelian pertamaku melalui Online disini (Kasi Promo sket yer Azlin, bleh kan? :D )..Nak tau isinya..biarlah si kenit tu cuba dulu..hehehehe..nanti aku upload later k!
Lepas tu kitorang berkampung umah Kak Ema..esok , anak dara dier kawen daa..
Layan pic jer la..agenda sebenar kitorang kesana adalah untuk tolong dier sket2..makan Terima Kasih Kak Ema jamu kitorang mee kari dan Muffin Blueberry tu..syedap sangat!!XOXOXOXO :P

Tag oh Tag!
Terbaca entry dari Eina, Mummy Adam...Blog Ni...Kena laa jujur :P katanya...huhuhu since, pasal azam kan, aku rasa azam aku semua orang dah tau, so aku skip part aku...bleh?huhuhu
NYATAKAN 3 AZAM/HARAPAN BARU UNTUK BABY/BAKAL BABY :
1. nak beli banyak baju baru & toys :P
2. nak cucuk additional tu :(
3. nak menjaga kesihatan nuha secara optimum
NYATAKAN 3 AZAM/HARAPAN BARU UNTUK SUAMI TERCINTA :
1. tak nak tinggi suara
2. protes kat blog sahaja
3. menjadi isteri solehah sampai bila2 Insya Allah
NYATAKAN 3 AZAM BARU/HARAPAN UNTUK DIRI SENDIRI :
1.
2.
3.
(Yang ni sila baca entri terdahulu di sini
NYATAKAN 3 AZAM BARU/HARAPAN UNTUK KERJAYA:
1. nak jadik pekerja cemerlang :P (yer, sila muntah)
2. tak nak mengular banyak sangat (sket2 jer ngular)
3. buat kerja cepat2 dan mendapat kepuasan dari pengguna secara maksimum (dahsyat tak?)
SILA uPLoAd 3 kEPINg gAMbAR aNAk aNDA DAN sEkEpING gAMBAr aNDA bERsAMA aNAK yANG tHE lATeST pUnYEr (tAhuN 2009)bagi yang pregnan lom ada baby upload gambar dengan husband k.(WAJIB)* uPlOAd gAmBar yAnG pAlINg aNDA sUKA*
TAG : SEMUA LAA YANG ADA ANAK DAN BAKAL ADA ANAK ! YANG TADAK ANAK, TENGOK JER LA!
Kitorang Menang Gold IID 2009!
Owh....Tak kusangka...Semalam tepat jam bape ntah boz aku SMS cakap Syabas sebab menang Gold Dalam IID 2009 tuh! my hubby cakap , eh, Syabas jer? hahahahaha..hampehs..
Aku rasa macam hampeh jer sistem tu...tapi hebat laa gak menang emas..leh pegi anto ke Geneva lah tu..huhuhu
Ok la..nak pi bfast dulu...adios!
Thursday, January 15, 2009
You Rock Babe!
Award ni dapat dari Hidayah .. tq ya!
***the rules***
.
.
.
1.
Pick 5 Bloggers that you consider as your best blogging buddies and deserves this award for their contribution towards the blogging community, no matter what language.
.
.
.
2.
State the name of the author of each blog as well as a link to each one’s blogs.
.
.
.
.
3.
Each blogger (upon acceptance) of this award should do a post and show the award on their blog and put the name and link to the blog that has given her/him the award.
.
.
.
.
4.
Show these rules…
.
.
.
I dedicated this award to :
1)Cekedot a.k.a Raa (dari jadik reader dah jadik blogger :D) Blog dia
2)Long aku sebab dier punya thema blog kan nak rock...dulu duk terjah blog aku manjang..skang aku bleh terjah blog dier.. Blog dia
3)Wafaa..kira rock jugak laa Blog dia
4)Tiara Ayzan..kira rock jugak laa Blog dia
5)Haslina...kira rock jugak laa Blog dia
Bagi yang tak dapat nama jangan kecik atie...aku bagi semua laa senang sket, aku bagi semua laa yang I follow kat sebelah..aku punya jawapan tag kan...lalalalala
Cinta Ini Membunuhku...
Hari ni sessi melepaskan geram...yer, aku sungguh geram..kepada siapa? siapa saja..
Current mood :Moody bukan Dreamy seperti sebelah..itewh hanyalah lakonan semata2..yer, aku amat moody...
Aku tak jadi pegi singgah mana2 on the way balik terengganu nanti masa CNY..my hubby dengan bijaksananya,setelah aku google hampir separuh hari separuh mati jugak chalet/hotel yang kitorang nak stay malam tuh..
argh..tensen mak...kalo awal cakap tak nak pergi, tadak laa aku kecik hati yang sedia kecik ni, tak kecik ker? aku dah dreamy2 bagai...sekali ko cakap aper?????KITER TERUS BALIK JERLAH.
Ntah apa yang dikejarkan ntah...argh..tensen mak...
Ok, lepas ni, aku tak akan, tak pernah,tak akan sesekali, tak mengidam, tak bermimpi, tak tercakap, tak tersebut, tak terkentut, tak tercium, tak mengadu dan tak akan meminta untuk cuti kemana2...no more honeymoon for me..Azam tahun baru updated : AKU TAK NAK KEMANA2 TAHUN NI KECUALI BALIK TERENGGANU... FULLSTOP!!!!!
Layankan lagu ni...(Lagu ini tiada kena mengena sehidup semati dengan entri ini) ni cuma buat memey ker norman ker abby ker...saper2 lah..janji tiada kaitan dengan aku! Cinta aku tak buat aku kena bunuh tapi aku nak bunuh orang boleh?
D’Masiv - Cinta Ini Membunuhku
kau membuat ku berantakan
kau membuat ku tak karuan
kau membuat ku tak berdaya
kau menolakku acuhkan diriku
bagaimana caranya untuk
meruntuhkan kerasnya hatimu
ku sadari ku tak sempurna
ku tak seperti yang kau inginkan
reff:
kau hancurkan aku dengan sikapmu
tak sadarkah kau telah menyakitiku
lelah hati ini meyakinkanmu
cinta ini membunuhku
bagaimana caranya untuk
meruntuhkan kerasnya hatimu
ku sadari ku tak sempurna
ku tak seperti yang kau inginkan
repeat reff
Lirik lagu D’Masiv - Cinta Ini Membunuhku ini dipersembahkan oleh LirikLaguIndonesia.Net. Kunjungi DownloadLaguIndonesia.Net untuk download MP3 D’Masiv - Cinta Ini Membunuhku.
Wednesday, January 14, 2009
Mari membaca...
Hari ni aku nak berkongsi buku aper yang aku selalu duk baca dan tak miss tetiap bulan..Aku mula beli buku ni, bila tahu aku pregnant...Harga asal=RM6 tapi sebab kawan baik my hubby ada sorang kawan kerja k*r*ngkraf, dapat laa diskaun RM2.hehehe..tapi bulan ni sebab lambat sangat tunggu dier(tak sabar nak kalendar) , my hubby dah belikan untuk aku..yerlah dia tak tahan tengok muncung aku dah panjang sedepa...dah 2 kali pegi rumah kawan dier, majalah still tak dapat2 kan...tensen laa aku...ada 2 kolum yang mencuri tumpuan aku kali ni, iaitu Menabung untuk beli rumah idaman dan Bijak Merancang Percutian...noticed sesuatu tak?? azam aku tahun ni daaa...hehehe....
Aku suggest kat my hubby,nanti time balik raya cina nak tido kuantan atau cherating dulu coz nak pekena ikan bakar kat peramu...(dia macam ok jer...) tapi time tu (24hb ni)-time peak season so mahal laa sket hotelnya..tak kisah laa...janji aku leh honeymoon..hahahaha... lagi satu, x der laa tergopoh2 kelam kabut nak sampai umah aku tuh memalam buta kan...aku sekarang tengah survey2 rate hotel/chalet yang mengikut budget
ps/: aku ingat nak antar gambar Nuha ke majalah tu...malasnya nak cuci gambar...hehehe
Tuesday, January 13, 2009
IID lagik!
so bz laa hari ni...buat2 bz..adios!
Monday, January 12, 2009
IID 2009 (Invention, Innovation, Design) Competition!
Weekend hari tu, sabtu, aku dengan baik hatinya datang buat OT..sajer suka2...lagipun bosan duk rumah kan...yer laa..aku tadak keja nak buat kat rumah......hahahaha...dasar G.M! (Gila Meroyan) Jangan tanya apsal aku kena datang OT(nak kena tampaq silakan) ..ni punya pasal...IID 2009 R & D Competition...nak tau pasal aper..info di sini.
Aku nolong ajer dak niza ni buat sistem, kalo menang kira gempak laa...hehehe..ok, dah pasal kerja..x best :P
Hari Sabtu memang letih laa, sampaikan Nuha (yer dier datang ofiz aku, buat OT
Hari Ahad, kitorang pegi umah kazen aku kat Klang..dier jamu kitorang nasi minyak daging masak merah, ayam gulai dan acar timun..dah macam makan kat kenduri kahwen aku rasa..hehehe...siap ada dessert lagik..Puding buih :D
Hari ni, kitorang kuar kejap teman Niza pi B*nk R*ky*t...Dier nak pinjam ngan Ah Long dier takut, so terpaksa laa pinjam bank..hahahaha....ampun!!!!!!!
Friday, January 09, 2009
Layankan aku berangan ok!
Hari ni kan, pagi2 lagik aku dah pegi cameron highland..wakakaka..tak percaya?
kat situ pun ada jual batik..sesaper yang tak beli batik lagi, silalah...aku pun baru beli sehelai masa raya haji hari tu...tak pakai lagik kat dalam uitm ni..hehehe..malas nak gosok ater...
Weekend ni aku ingat aku nak pi beli sandal baru...nak carik yang flat sket....susah nak dukung nuha kalo x rata ni...hehehe..
Thursday, January 08, 2009
Terpaksa bercuti...
Semalam kan, aku cuti! Yeay! tadak maknanya aku nak amik cuti kalo pengasuh nuha tak antar anak dier pi sekolah tuh..semalam, aku duk rumah membungkam jer tido ngan Nuha..Nuha tido aku tido..Nuha mangun main, aku tido lagi..until laa dier tendang2 terajang ummi dier ni...biasalah, dier poo poo laa tuh..bagus kan?
lappy on jer dari pagi sampai petang, sampai kontang bateri dan off sendirik...huhuhu...tak sempat ater(aku tido kan)...aku just terjah blog orang jer...malas nak update..
Semalam, aku sempat tengok Wanita Hari Ini...dan aku buat lauk yang diorang ajar tuh..Ayam Masak Kashmir...nanti2 aku ajarkan...menu diet tu..tapi semalam, sudah usai makan nasi, aku baru terperasan, aku terlupa snap pic..nanti aku rembat laa pic memana k...hehehe..
Dan hari ni...aku nak bercerita pasal Cinta Bersulam Rinduku...dah 2 minggu kereta aku parking di tempat yang tidak sepatutnya..yer, aku mempunyai parking khas di ofiz aku ni...hahaha..yer, yer aku tipu :P sebenarnya, entah nape kat situ jer aku parking..kiranya kalo kereta aku tadak kat sitewh, menjadi kepelikan laa bagi orang yang perasan..esp, kak ema..ops :P kak ema, suka park sebelah keta aku kan..
ok, berbalik pada Cinta Bersulam Rinduku...Last saturday, my hubby dah bekki...yeay...pintu yang aku gesel ngan orang pun dah selamat dah bekki...depan yang dier langgar of coz laa kan..habis laa RM250.00...
Tuesday, January 06, 2009
Bihun Rebus @ weekend!
Aku kan dah lama tak tepek resepi kat sini...sebab selalu masak simple2 jerk kan...takkan nak ajar cara2 goreng ayam kan..hihihi..
Ni resepi ekspres malas aku semasa my hubby x balik lunch sabtu yang lepas coz pegi bekki Cinta Bersulam Rindu...nanti kiter update pasal tu later naa!
3 ulas bawang putih diketuk2..
Sawi dipotong..
Ayam didadu (rebus dengan halia ketuk, buh garam sket..)
tomato
fish cake
Cara-cara:-
Tumiskan bawang putih sampai naik bau...
Masukkan ayam dengan air rebusan tadi....
Masukkan bihun , sayur , fish cake dan tomato..Buh laa perasa...lada sulah, garam n pak aji kalo nak..kalo buh telur pun sedap nih...
Sheapp..simple bukan? ok...selamat menjamu mata
Monday, January 05, 2009
Danish @ First Day Sekolah!
Rotavirus dan Pnemucocal...
Hari tu, aku telah sebut pasal ni kat azam tahun baru aku kan..ni 2 jenis vaksin yang aku nak dapatkan untuk Nuha tapi still x buat2 lagik.. :(
1) Pneumokokal
Berlaku disebabkan jangkitan kuman pneumokokus atau streptokokus pada organ di dalam tubuh.
Sekiranya jangkitan berlaku pada bahagian atas salur pernafasan yang menyebabkan bakteremia (jangkitan kuman dalam darah), sepsis (keracunan dalam darah), meningitis (jangkitan bakteria dalam membran tulang belakang atau otak) dan pneumonia.
Jika kuman streptokokus merebak dari dalam hidung ke bahagian atas saluran pernafasan, ia menyebabkan pneumonia (radang paru-paru), otitis media akut (radang pada bahagian tengah telinga) dan sinusitis (radang dalam hidung). Jika ia tidak dirawat atau gagal dirawat, penyakit pneumokokal boleh menyebabkan hilang pendengaran, kesukaran belajar, lambat bertutur, lumpuh dan kadangkala maut.
Cara mengesan?
Agak sukar kerana gejalanya seperti demam, berasa seram sejuk dan batuk berbeza mengikut jenis penyakit dan tidak khusus. Lazimnya pengesahan dibuat menerusi ujian rapi seperti x-ray atau ujian makmal.
Gejala (Pelbagai mengikut penyakit):
Bacteremia - gejala demam panas yang tinggi dengan petanda tidak khusus.
Meningitis - demam, sakit kepala yang teruk, loya, muntah, leher yang tegang dan fobia foto (mengelakkan cahaya akibat rasa sakit) di kalangan kanak-kanak lebih dewasa, manakala bayi menunjukkan demam dan tanda tidak khusus yang kerap.
Pneumonia - sawan secara tiba-tiba, sejuk, batuk, deman dan sesak nafas.
Otitis media akut - sakit telinga dan demam.
Sinusitis - demam, selesema dan batuk.
Vaksin PCV7 selamat diberikan kepada bayi baru lahir sehingga berusia 24 bulan
p/s: Melalui pembacaan aku, kos untuk satu suntikan adalah 280 ker 330 per jab...sepatutnya nuha kena amik masa 2 bulan, 4 bulan dan 6 bulan..harap2 time dier 6 bln, aku bleh amik utk dier.. :(
2) Rotavirus
Rotavirus disebarkan menerusi makanan yang dicemari najis. Vaksin rotavirus adalah utk dimakan, bukan utk suntikan. Vaksin rotavirus mengandungi rotavirus yang hidup atau aktif. Vaksin rotavirus sesuai utk bayi dan kanak-kanak di bawah usia 3 tahun bagi mengelak masalah cirit-birit yang teruk yang boleh membawa maut. Kini terdapat 2 pembekal vaksin rotavirus dari luar negara iaitu Rotarix oleh GlaxoSmithKline di UK dan RotaTeq oleh Merck di USA. Kedua-dua vaksin rotavirus ini dikeluarkan sejak 2006. Rotatrix mengandungi hanya satu rotavirus (monovalent) manakala RotaTeq mengandungi 5 jenis rotavirus berlainan (5 serotypes). Vaksin Rotarix diberi 2 kali iaitu pada usia 2 dan 4 bulan. Vaksin RotaTeq diberi 3 kali iaitu pada usia 2, 4 dan 6 bulan. Ok, maklumat tambahan boleh didapati di sini dan sana ->> credit to sini
Present For My Hubby!!
Weekend hari tu, sempat laa pegi beli spec seperti yang di request oleh birthday boy ni...dah laa siap cakap lagik kat tokey tu, budget RM 300.00 jer..poyo punya bini..hiks...seb baik dier cancel rayban...kalo dak abes ribu riban..wakakakaka...aku jer layak mintak hadiah ribu riban dengan dier, bley??wahhhhhhhh...sila jelez...
Dan aku telah request untuk belikan dier kek, bleh?? aku punya suka laa..duit aku..lalalala..dah lama tak makan kek ok..since dekat Pl*aza Ala*m Sen*tral tadak ler Secret Recipe, so Bees pun buleh laa...malas plak nak menapak ke SACC semata2 nak makan kek...aku nak belikan dier sebijik, dier cakap banyak sangat, so aku belikan dier 4 slices...leh try semua! bijak kan??
Friday, January 02, 2009
Happy Birthday My Dear Hubby!
Wednesday, December 31, 2008
Bz nyer aku hari ni...
Pas training....
training...
chehs..
x sempat makan...
x sempat update blog..
aku blog malam ni la..daaa....
Tuesday, December 30, 2008
Mohd Azam Baru@2009!!!
Wah..dah nak berlabuh dah tirai 2008....apa jadik dengan azam tahun 2008 you'll?? aku nyer azam? ada ker azam nyer yer?? meh kiter intai entri sebelum ni, kot2 ada...owhh..ada rupanya (:
yang aku strike tu dah terbuat laa tuh...Azam 2008 (klik kat sini)1) Nak jadi isteri yang tidak terlalu sensitif -->ok dah! tapi lepas kena lempang kat my hubby...pang!!!!!!(dier ckp nak lempang tapi tak lempang lagikk :P )2) Nak belajar bawak keta (ms balik raya hari tu aku dah belajar pulas2 stereng kat kawasan kampung aku, tu pun my hubby ckp aku macam nak kait buah bila pegang stereng..stereng lock punya hubby :))..) --> Alhamdulillah , dah pandai bawak keta tapi masih tidak berani pegi mana2 selain, pegi umah pengasuh - ofiz - balik umah :) seyes, tak tipu..3) Nak simpan duit banyak sket dlm tabung haji..aku rasa baru ada 3 rat jer dlm tuh..hahahahahahaha.. -->>Alhamdulillah, dah buat potongan gaji, so tak termissed laa kan saving...
4) Nak bayar PTPTpu tak missed tetiap bulan(sungguh morni kan?-KERAjaan patut bangga dpt rakyat mcm aku) -->> ni masih termissed...oppss!!
5) Nak bayar segala hutang piutang seperti TATI n Yayasan..duit maklang sekali.. -->duit maklang ada lagi separuh tak bayar..masih tertangguh bayaran :P6)Nak beli laptop so kena menabung laa banyak sket -->> Alhamdulillah, my hubby dah belikan sempena dating anniversary yang kebetulan sama date dengan hari nuha dilahirkan :) kewl rite??
Ok...tahun 2009 dah bakal menjelma..aper azam aku tahun ni??rasanya tidak terlalu awal kan, coz tahun baru islam dah menjelma...tahun baru tak islam tinggal 2 hari lagikkk..dan kenalah sedia duit rat2..coz,
tahun baru + 1= birthday my hubby...berkongsi tarikh dengan kak linda dan kak mimi jua :) tahun lepas aku bagik Olympus 7.1MP Digital Camera - FE-210 ...
tahun ni dier request memula tuh, RC..biasalah kan orang tua berjiwa muda :P remote control car jer..seb baik bukan mintak heli RC :P
pastu kensel...
Pastu mintak rayban....ok lah tue...pastu kensel lagik...dah geram dah sket ni...mintak spek yang anti silau plak..ok laa..aku bagi tuh la...tup tup...malam tadi, dier cakap dier tak tahu nak aper plak bday kali ni...huh!! ni nak kena ni...aku tak bagi kang baru tau :P dasar fompuan jual ikan...'selfish'
biorlah dier fikir pepuas aper yang dier nak..aku bagi dateline sampai 1.1.2009...wakakaka..siap ada dateline bagai :P sebab dier delayed kan hadiah bday aku selama, ermm..3 bulan kan? aku bagi hadiah dier on Mac, bley ker yang??muahahaha...
owh, dah merepek niyang rapik jauh ni... citer balik pasal Mohd Azam aku 2009 .Ini azam aku:-(sharing is caring! )
1) Harap aku sentiasa menjadi isteri yang tidak melawan cakap...i'll try bit harder...sungguh, kadang2 aku tak sengaja cakap tinggi ngan my hubby, since aku rabun tak pakai spek kan, kadang2 orang tersalah anggap ingat aku lawan cakap..ada jer alasan...btol ker kalo rabun,deria dengar tu kurang? :) cuba try bagi yang rabun, buka spek dan bercakap dengan kawan sebelah kalo ada...kalo takder, cakap ngan tiang :P ni teori cikgu fizik aku , btol la wey :P
2)Jadik ibu yang mithali...nak bf Nuha sepenuhnya waktu malam dan pada hari cuti sampai Nuha dah 2 tahun...skang, kadang2 kalo malas2, aku bagi botol lagik :( sheann Nuha...skang dah laa dier suka geget 'tuh' :P
3)Nak dapatkan jugak Pnemucocal dan rotavirus untuk Nuha...since my hubby macam layan tak layan (yeay, aku bukan pemujuk yang berjaya...tu psal aku tak berjaya jadik penjual insurans :P dier ckp sebab additional jer..susah aku nak yakinkan dier yang pentingnya suntikan ni..aku nak kumpul duit sendirik laaa...)
4)Aku harap keja tak banyak mengular... :P boz, sila bagi saya banyak keja..hiks :P
5)Bayar segala hutang piutang yang ado..
6)Nak beli rumah..so kenalah menabung banyak sket tahun ni...
7)updated * aku nak gi honeymoon...owh plz...................
Banyak laa plak azamnya kan... :)
TAG
ok lah, apa azam anda tahun ni??
saya tag semua!! lalalalalalalalala.....plz link back to me jika dah sudah letak azam di blog masing2!!!Selamat berazam...renung renungkan ;)
Monday, December 29, 2008
Selamat Menyambut Awal Muharram 1430 Hijrah
First, Selamat Menyambut Awal Muharram 1430 Hijrah..korang baca tak doa akhir tahun dan awal tahun tu? aku nengok kat tv3, aku aminkan ajer..
Semalam, aku pegi Tes*co..mak aiii..banyak giler babi beli barang..sampai 300++..beli babi pun tak mahal macam ni aku rasa...eh, yer ker? Yang pasti , list tu penting...memang aku follow list tuh..tadak tokok tambah..eh ada, coklat Tesc*o brand..hiks.. salahkan saya ;)
dah laa siap cashier tu tegur, kuar macam air yer kak? huhuhu..
Hari ni, duk umah layan Nuha jer...tak kemana2..boringkan? yer boring...my hubby dari kul 4 dah kuar..senyap2 masa aku tido, bley? tanak ajak aku ler tuh....x per2..sabarkan sajer...sekali sekala dier nak beronggeng ngan kwan2 dier..kiter biarkan sajork...
esok, nak pegi umah bestfren my hubby..wife dier baru selamat melahirkan cahaya mata kedua!tu sajer rasanya aktiviti aku sepanjang cuti ni..baik pegi ofiz plak rasanya sambung keja...huhuhuhu...
Friday, December 26, 2008
Chikungunya......
1. Apa itu Penyakit Chikungunya?
Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.
2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?
Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.
3. Adakah ia berjangkit?
Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.
4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?
Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.
5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?
· Demam panas mengejut
· Sakit teruk pada sendi
· Ruam pada badan
· Sakit kepala
Seorang pesakit boleh demam dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).
Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.
6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?
Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.
7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?
Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.
8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?
Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.
9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya
· Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.
· Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.
· Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.
10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?
Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.
SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
ish...semua tanda ada kat my hubby...cuma takder ruam jer...malam ni nak paksa dier gi klinik la...susahnya dah tua ni, budak2 aku usung jer masuk lam keta :(
Kelahiran......
ABC anyone??
Hari ni hari jumaat...
Hari rehat yang panjang...
Suasana ofiz-sunyi sheallll..ramai yang bercuti...Aku masuk dalam sistem (gigih tuh), tengok-tengok, ada 60 orang yang bercuti kat bahagian aku...dah laa staff seratus lebih jer...nape aku tak cuti erk??
Yer, banyak keja...tu pasal minggu ni aku tak rancak update blog ni..huhuhu..nuha pun kena tempias :D blog dier pun x sempat nak update..
Semalam duk umah separuh hari, then kuar pi umah kwn aku kat Klang...my hubby plak x berapa nak sihat...tetiba jer lemah sendi..pehtu duk ckp pasal chikungunya tu...woih..simpang seh...
Tadi lepas sejam di Bank Islam coz teman niza membolehkan dier cucuk duit tabung haji dier yang tak seberapa tu (wah, mati kena bunuh :P) di lebih 500 lokasi seluruh Malaysia :), kitorang pegi ber 'ABC' laa..di port mana lagik kalo tak Seksyen 2...(wafaa, sila jelez..muehehehe :P) lama x pekena ikan keli bakar...lazatnya hingga menjilat jari (jari orang sebelah) ..gambar lupa nak snap..biasalah tengah lapar.. pelahap
ade la plak gambor nyer.. credit sini
Tuesday, December 23, 2008
Wanita jadi pekak selepas dicium rakus!!!
Izinkan aku copy paste..untuk menampakkan aku update hari ni..so bz mahh....
BEIJING: Seorang wanita di selatan China pekak sebelah telinga apabila teman lelakinya yang 'rakus' menciumnya terlalu kuat, sehingga menyebabkan gegendang telinganya pecah, lapor media tempatan.
Wanita berusia lewat 20-an itu dikejarkan ke sebuah hospital di bandaraya Zhuhai di selatan Guangdong dan disahkan pekak telinga kiri selepas ciuman itu.
Doktor yang melakukan rawatan berkata ciuman menyebabkan tekanan kuat di dalam mulut wanita itu mengakibatkan gegendang telinganya terkeluar dan pecah. Beliau berkata dengan rawatan sempurna pendengaran wanita itu dijangka dapat dipulihkan dalam tempoh dua hingga tiga bulan.
p/s: To all pengantin baru & lama, nak cium tak per..jangan rakus2 sangat bley??muahahahaha....yang blom kawen, pokakkan tingo, butokan mato jo!
Credit to Berita Harian
Monday, December 22, 2008
Award laa fulakkkk!
Award aku dah amik dah...dah tepek kat sebelah ni...tapi lupa nak jawab tag...lalalala...
The rules..
1. Write 10 things that BRIGHTEN UR DAY.
2. Put the award logo on ur blog.
3. Add the link of this person who gave u dis award. ->> Mel..
4. Nominate at least 5 person.
5. Leave message to the nominees.
10 Things that Brighten My Day
1.Bila Nuha mangun2 dengan senyuman....pagi yang ceria! lalalala..
2.Bila my hubby peluk dan cium lama2 banyak2 pagi2 time salam sebelum pergi keja...
3.Bila Nuha x meragam bila nak tido...
4.Bila saya bleh blogging dan blog hopping
5.Bila ada orang tinggalkan komen pada blog saya (silent reader...beranikanlah diri anda to put jejak)
6.Bila saya dapat siapkan semua kerja rumah
7.Lagi best,bila ada orang tolong buat kerja rumah (my hubby ler mangsanya yer dak?) nanti bila Nuha besar sket bleh laa tolong ummi kan...
8.Kalo orang bagi present..walaupun kecik dan murah..aku bahagia...so bagilah aku hadiah...hari ni hari tak jadi aku, bleh? nak hadiah...lalalalala
9.Bila dapat call dari my hubby...
10.Kalo dapat pegi honeymoon...again??? wakakakakaka...nak sangat laa tuh..sian aku kan?
Sy nak bagi award ni kat : (Sila amik kat tepi yer, award yang aku tulis yang Mel bagi ni....)
1)Niza
2)Tiara
3)Wafaa
4)Jiey Mien
5)UmmiBatrisya
Romantikkah lagik?
Btol ker bila dah kawen kiter jadik tak romantik? Aku rasa, masa awal2 kawen still romantik lagik...masa tu jalan pimpin tangan lagik....makan suap2 lagik...tapi bila dah ada baby, aku baru rasa mood untuk beromantik tu sudah tiada...romantik atas katil jerla kan... kenapakah?adakah bila kiter dah ada baby,kiter terlalu sibuk dengan baby..aku masih lagi ingin beromantik...mungkin, my hubby tak perasan...dier dah jarang nak pegang tangan aku bila berjalan..yer laa..dier duk sibuk dukung Nuha....
Aku ngan my hubby x pernah lagi nak gi honeymoon...bila tengok orang lain pegi honeymoon, rasa seronok plak...bukan x mampu pun..cuma masa seringkali mencemburui kami...kenapa la plak entri aku emo plak hari ni??biasalah kan..isnin...waktu untuk upkan mood..hehehe..
Aku sebenarnya nak cakap , aku nak gi honeymoon...untuk meromantikkan diri...bleh??? sayang, jom laa pegi honeymoon.....kalo tadak hadiah anniversary pun x per laa tahun depan, nak gi honeymoon jer...plzzzzzz..paling cikai gi PD jer pun x per....Cameron pun orait..Langkawi ker best gak..x pun, cherating pun cukuplah....Dengan harapan my hubby baca laa entri aku kali ni....
dan persoalannya untuk hari ni: Sape nak jaga Nuha ni sementara aku nak gi honeymoon? kalo tadak saper nak jaga, terpaksa laa honeymoon bertiga...lalalalalala...huhuhuhu
Ni aku baru nak jawab lagik satu tag yang terbengkalai...Datangnya dari empunya blog ini lagik...
Ni masa mula2 pregnant..masa tu baru 3 bulan kot...semalam lalu kat zoo negara, ckp kat Nuha, kiter penah datang sini dulu tapi masa tu Nuha dalam perut ummi lagikk..lawak ar..mcm laa Nuha faham...agaknya tu laa dier tak takut air my hubby ckp...sebab dah kena rendam...
Friday, December 19, 2008
sendiri aku benci....
malam ni , my hubby OT...bosan duk sorang2..lambatnya pagi :(
my baby pun dah tido...
aku pun nak tido dulu!
nite!
Agak2 la, kalo aku bersara, ada tak orang nak raikan aku???
Meraikan persaraan Ketua Bahagian aku ler..Pn Hjh Mardziah...aku siap jadik MC yang poyo...hehehe..dah ler tadak mic kan..terpaksa menggunakan suara jantan sekejap..muehehehe...ad, sila jangan jelez..muehehehe...
Aku bersara, Insya Allah pada 6 September 2040...hehehehehe...58 tahun time tuh...agaknya masa tu dah pindah UiTM kat terengganu laa kot...ker berenti keja..jadik cikgu..muehehehe...
Hati rungsing.....
Selalu orang sebut fikiran kan rungsing?(btol ker ejaan ni)..mcm pelik plak.. Aku hati rungsing...atau biasa orang sebut tak sedap hati...malam tadi, aku mimpi ngeri ..bangunan runtuh depan aku...tapi aku tak tahu plak area mana...siap dalam mimpi tu aku cakap, aku rasa tak sedap hati dah seminggu tapi tak cakap kat orang, rupanya ada bangunan runtuh depan aku... Mimpinya macam ni : memula aku lepak ngan Ad kat satu bangunan ni, pastu aku nampak tanah merekah, aku ajak ad beredar dari tempat tu (tapi makyong ni degil x nak beredar, nak duk kat tepi longkang bangunan tu), pehtu saper ntah suh kitorang cepat2 beredar dari situ..aku tarik tangan ad keseberang jalan, tiba2, prappppp, tanah merekah dan menyebabkan bangunan tuh runtuh..aku nampak ada sorang tercedera, hancur weh kepala dier...) ishhh..ngeri sheall...then alarm clock aku berbunyikk...bangun mandi...
tu laa hari ni, aku mempunyai kekuatan untuk menyuarakan ketidaksedapan hati..jika sesuatu yang buruk berlaku, so aku nak mintak maaf banyak2..if anything happen to me la kan... (nauzubillahiminzalik) , atleast ada kenangan untuk korang (bley macam tu?)..dan maafkan aku atas segala yang aku ada buat salah...sesaper yang hutang aku (Sila jelaskan)hahahahaha.. dan kalo aku ada hutang korang, sila mintak ngan my hubby atau Long aku (bleh gitewh???)
Thursday, December 18, 2008
Hadiah dari my hubby!
What?? again?? Hadiah??Wah...sila jangan jelez...wakakaka...
Hari ni adalah hari bercerita
ingat weekend hari tuh tapi weekend hari tu ada hal