Friday, February 03, 2012

Kesalahan Trafik Paling Biasa Di Musim Perayaan | Guna Lorong Kecemasan

Hari ni hari terakhir kerja minggu ni. Hari ni mungkin ramai yang balik kampung atau memang dah ada kat kampung agaknya kan ? Maklumlah lebih kurang CNY hari tu jugak panjang cutinya. [Me duduk ajer diam-diam kat rumah cuti ni ;p ] Hari tu kami sekeluarga pulang ke Terengganu hari Sabtu. Keluar masa tu dalam pukul 3 petang tak silap. Pukul 11 malam baru sampai di rumah my MIL.Gila lama duk dalam kereta.


Hampir tidak bergerak !


Dalam melayani trafik jam tu, me snap lah gambar kan. Nak tunjuk kat korang betapa ramainya umat manusia nak balik beraya cina :p Tapi yang tak cina ni pun tumpang sekaki lah. . Kalau deepavali 2 hari pun rasanya ramai jugak yang melayu ni sibuk sekali nak balik kampung kan? Kata 1 Malaysia. 

Ni nak tunjuk kat korang gambar-gambar pesalah trafik Paling Biasa Di Musim Perayaan iaitu dengan selamba kodoknya menggunakan Lorong Kecemasan. Kalaulah betul-betul kecemasan sedang berlaku, what say you?

Bukan 1 atau 2 malah berpuluh-puluh kenderaan . Tak kuasa me nak amik semua. Ni me amik dalam lebih kurang 15 minit jer kot. Yang berlaku depan mata me. Yang belakang mata tak tahu lah kan. Bila ada polis mulalah nak masuk balik ke laluan biasa. Tu yang buatkan makin jam teruk tu. Haishhhh !


 1) Proton Iswara

2) Toyota Camry kot

 3) Exora eh? Entah



4) Si Kancil pun, bukan Kancilbiru yer :)


5) BMW eh?

6) Proton Waja



7) Toyota Hilux


8) MPV apa ntah..


9) Toyota Camry jugak kot




10) Lori tanker pun ?


11) Proton Wira

p/s:

Tu antara 11 pelaku pesalah trafik . Yang me tak snap dan tak sempat snap pun banyak lagi tau.


Korang pernah guna ke Lorong Kecemasan untuk memotong ??


Selamat menyambut Maulidur Rasul - Mari mengimarahkan masjid kita !!

Nabi selawat 1000 kali sehari, korang ?

p/s:
Saham Akhirat - Derma untuk pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
Bank Muamalat Jkuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710


Jam Dinding untuk wall deco ini boleh didapati di sini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)