Wednesday, April 02, 2014

SmartTAG berwajah baru dan SmartTAG untuk dilelong

Alhamdulillah, akhirnya setelah beberapa bulan merana di lorong Touch N Go , saya kini kembali berada di lorong smartTAG, Life in the fast lane gitu motonya. Memang banyak masa jimat di lorong smartTAG berbanding lorong Touch N Go ni especially kalau tol yang banyak lane smartTAG.
 Disamping mendapat rebate kan. [ Check rebate Touch N Go disini ]

#DGWWWOW is BACK! 

Info dari https://www.touchngo.com.my

SmartTAG is the Malay acronym for “Sistem Membayar Automatik Rangkaian Tol,” or literally means
Automatic Payment System For Toll Network.  p/s: Sistem Membayar ??? kekeke Sistem Pembayaran sepatutnya kan ? SpartTAG :p
SmartTAG price – RM120 per unit (without Touch ‘n Go card).
SmartTAG replacement fee – Free-of-charge replacement within 7 days from date of purchase, free repair within 1 year, a chargeable fee of RM50.00 for repair services and replacement after 1 year. Please keep your receipt as a proof of purchase.



Korang guna SmartTAG atau masih di lorong tunai ? #lesswords@elissmie


Tuesday, April 01, 2014

Astro Byond - Siaran Tidak Keluar Disebabkan Hujan tapi Tak Hujan pun

Ni pertama kali sejak saya pakai Astro Byond ada masalah siaran tak keluar. Ayat yang keluar kat TV cakap mungkin disebabkan hujan tapi tak hujan pun.Pada dekoder tu jam pun tak keluar terus. Ada garis jer keluar. Kalau masalah berterusan katanya kena call customer service Astro. 1300823838


Rupanya kalau call customer service(CS)  Astro, pilih 3 untuk bantuan teknikal, kita kena duk depan TV. CS akan ajar cara-cara untuk baiki masalah kita secara dalam talian. Tapi masalah saya tak settle juga. Mungkin disebabkan kabel katanya. Dia forwardkan aduan saya , dan dalam masa 48 jam katanya aduan saya akan diambil tindakan. Esoknya, tak sampai 48 jam , technician Astro nak datang rumah tapi sebelum pukul 5. Hangen jugak sebab balik kerja dah sah-sah sampai kul 6 kat rumah. So, jumaat , kiranya esoknya pulak saya suh dia datang waktu lunch hour. 



Ni lah technician Astro yang sampai. Dia check apa ntah kat TV kemudian pergi panjat kat dekoder tu. Katanya kabel LNBS yang rosak. Pastikan technician Astro yang datang tu pakai baju biru kata CS Astro tu. 



Dia tukar kabel tu dan siaran pun terus ok. 



Masa saya snap pic technician Astro ni dia cakap kenapa nak kena amik gambar dia. Dia tanya saya tak percaya dia ker . Saya cakap saya blogger. Kalau servis OK, saya bagitau OK. Dan servis yang diberikan pun memang OK dan pantas.

Tiada caj dikenakan seperti yang CS Astro bagitau saya masa saya call sebelum ni. 


Korang pernah ada pengalaman dengan technician ASTRO dan masalah dengan ASTRO BYOND? 




Monday, March 31, 2014

Homestay Singgahsana @ Taman Bukit Bayas Indah, Kuala Terengganu

Hari tu balik ke Kuala Terengganu untuk menghadiri majlis pernikahan dan persandingan sepupu saya dan pasangannya, kitorang bermalam di Homestay Singgahsana. Maklumlah bawa anak-anak puteri lilin saya ni, haruslah mencari homestay yang dilengkapi kemudahan aircond.


Homestay yang saya sewa ni berhampiran rumah makcik saya. Rumah teres setingkat corner lot yang terletak di Taman Bukit Bayas Indah, Kuala Terengganu. Ada dua pilihan samada untuk sewa satu rumah atau satu bilik. Kami sewa bilik dengan kadar sewa RM60 semalam untuk bilik katil queen. Saya sewa dua buah bilik RM60 dan satu lagi bilik dengan 2 katil queen dan 1 katil single. Yang tu RM110 sebilik.

 Ni bilik yang saya sewa untuk kami 4 beranak. 

Yang ni bilik abang saya. Ni katil sebelum kena ligan :p

Cadangan saya buat pemilik homestay agar TV ni tidak lagi digunakan sebab dah banyak kes TV terhempap bayi kan. Hari tu pun my Nayla duk tarik-tarik TV tu, risau betul. Terpaksa tak tengok tv. 

Bilik air yang bersih tapi tak der heater. Nasib baik tak biasa mandi guna heater. 

 Dan yang terpenting sekali, haruslah kemudahan aircond. 

Inilah homestay nya. Yang belah kanan bilik, yang kiri rumah. 

Overall, kami berpuashati menginap disini dengan kemudahan yang selesa dan yang penting anak-anak tidur pun tidak meragam. 

Alamat Homestay : 
 PT 2013 Taman Bukit Bayas Indah, Pasir Panjang, 21100 Kuala Terengganu.

LOKASI : 5 km ke pusat bandar Kuala Terengganu / Pantai Batu Burok,
3 km ke Mydin Mall / Giant,
7 km ke TTC ( Taman Tamadun Islam),
5 km ke tempat Keropok Losong,
7 km ke UiTM K. Terengganu,
3 km ke Kuala Ibai Golf,
4 km ke Masjid Terapung,
berdekatan dengan 7e kedai makan.

MENYEDIAKAN PENGINAPAN RUMAH DAN BILIK
KEMUDAHAN PENGINAPAN RUMAH :

* 3 bilik tidur dan 2 bilik air :  2 bilik dilengkapi 1 katil queen dan 1 bilik dilengkapi 2 katil single
* setiap bilik ada aircond, kipas dan almari pakaian
* TV dan sofa di ruang tamu
* lain-lain kemudahan:  toto, bantal tambahan, tikar sembahyang, penyidai pakaian & sterika
* kemudahan di ruang dapur : peti ais, kettle, periuk nasi elektrik dan pinggan mangkuk.

HARGA : 
1 malam - RM200
2 malam - RM190 semalam
3 malam - RM180 semalam
4 malam ke atas HARGA BOLEH DIRUNDING
KEMUDAHAN PENGINAPAN  BILIK :
* bilik standard No.1 & 2 - 1 katil queen.
* bilik besar (No.3) - 2 katil queen,
* setiap bilik disediakan bilik air, aircond, kipas, TV warna, penyakut pakaian, kerusi rehat, meja kecil, eletrik kettle serta tuala mandi.
*  juga.... toto, tikar sembahyang dan bantal tambahan
Kemudahan di ruang rehat - peti sejuk, periuk nasi, sterika dan pinggan mangkuk.
HARGA :
 bilik standard (no.1 & 2) - 1 malam:  RM60
                             
 bilik besar (no.3) - 1 malam RM110
                 
 HARGA untuk 3 malam keatas boleh dirunding.

PARKING KERETA DISEDIAKAN
CHECK IN : 2.00 PETANG, CHECK OUT : 12.00 TENGAH HARI
SEKIRANYA INGIN MEMBANTALKAN TEMPAHAN SILA BERITAHU TERLEBIH AWAL 
UNTUK TEMPAHAN :
HUBUNGI : 012-9219189 ( NORDIN)
                   : 09-6227080 (KAK NIK)

Sebelum balik haruslah posing dulu :)

 Keluarga besar saya...
Tapi tak cukup korum...

 My happy family :)

My princess and me :) 

#my princess #siblings 

Akhir sekali, tahniah buat pengantin baru. Semoga berbahagia selalu. Lepas dah settle majlis nanti, jemput datang ke rumah pulak yer. Hari tu bakal pengantin demam masa datang hantar kad jemputan, tak selera makan.

Ain & Wa'ie 


gambar cilok kat FB .Credit to photographer of the day. Mahzan Mohd Wedding Photographer.


 Dan satu lagi selamat pengantin baru juga buat sepupu my hubby yang bersanding pada hari yang sama.



Semoga berbahagia selalu. 


Friday, March 28, 2014

Knowledge Explorace @ UiTM Shah Alam

*Awas, Entry ini banyak gambar.

Dah lama betul tak join acara yang kena lari-lari macam ni. Rasanya last masa diploma dulu lah kot.Semalam dalam sejarah jugaklah join Knowledge Explorace sempena event Knowledge Day 2014 @ my ofiz. Punyalah pancit. Hahaha.Yang tak tahan, boleh tahan jauh jugak antara satu checkpoint ke checkpoint tu. 

Banner Event. Ada 10 Checkpoint . Tengok tu. Dah la jauh- jauh. Mau tak pancit. 

Sebelum start, haruslah posing bersama ahli kumpulan.

Ni checkpoint kami yang kedua @ PTAR 2, UiTM .  Dah lama tak masuk library.
Tiru aksi uncle gedek jap..

With KEcrew @ Checkpoint PTAR 2


Cabaran individu  even berkumpulan. Yang pertama ni rai yang kena buat origami. 

 Kami kena bantu decoration untuk bunga sakura yang rai buat tu. 

Belasah jer laa...

Corak batik kekdahnya katanya :p

Inilah hasil tangan keras kitorang...hehehe

Cabaran yang sungguh mencabar sampai terkopak kasut saya yang dah lama terperam kat rak tu.
Pinjam selipar staf PTAR 2. Tak hantar lagi seliparnya..Maaf yer dik..huhuhu..Tak sempat..Mungkin tengah hari ni saya pulangkan yer :) Tapi dengan selipar ni berjaya ke 3 lagi checkpoint yang lain tau. hahahaha


 Ni checkpoint ketiga,. Saya yang kena buat. Just guna software prezie lebih kurang powerpoint untuk siapkan slide presentation. @ Pusat I-Learn , UiTM 

 Ahli kumpulan pun nak posing sekali :)


Ni checkpoint keempat @ ACIS , UiTM. Kena tulis khat by Khairunnisa. Staf baru kitorang ni . Masih single kot :p


Ni checkpoint  kelima @ PTAR 1, UiTM. 

 Ni checkpoint  keenam kat Bilik Pengarah kitorang. Cabaran kena minum air halia pekat. Nasib baik dah biasa minum. So very easy peasy jer la :p
Dah habis..


Posing bersama Pengarah kitorang yang baru, Prof Madya Mohd Zaki Abdullah :)

Ni cabaran ketujuh yang Ad kena cantum lukisan 3D. 


Masa ni semua ahli kumpulan pun tak nampak gambar 3D dalam lukisan ni. Bila kat ofiz,saya try tenung balik baru saya nampak ada dolphin dalam lukisan ni. Bukunya ada banyak lagi lukisan 3D ni. Memang best !Lupa pulak nama bukunya. Bila saya dah tahu saya update yer. 

Posing @ Checkpoint ke 8 , Galeri Tun Razak

Ni cabaran ketujuh. Kena lukis lukisan yang diarahkan. 
Posing @ Checkpoint ke 9,Gesturz, UiTM 
berlatarbelakangkan lukisan oleh Anith Fatin Hazizan .
Tajuk lukisan : Tertulis tak terlihat,senyuman itu masih ada .
 Teknik : Media campuran atas kanvas
Tahun 2012

Ni cabaran terakhir yang tak sempat nak buat kat Arkib UiTM . Kena makan burger dan bagitau apa 8 bahan yang ada dalm burger tu.

Walaupun kumpulan kami dapat saguhati jer tapi kitorang tetap berbangga sebab boleh join event macam ni. Atleast boleh hilangkan stress mengadap coding hari -hari tu. Gambar ambik hadiah tak ada pulak . Dalam kamera sapa ntah semalam. hehehe

Korang pernah join event ala-ala explorace mcm ni  ?



Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]


Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]  


Friday, March 21, 2014

Koleksi Terkini FM dari Johor dan ruang karya anak di rumah

Hari ni nak tunjuk koleksi Fridge Magnet (FM) terbaru yang saya dapat dari kawan my hubby . TQ Afiq. Bukan 1 tapi 3 FM dari Johor. Dulu hubby pergi Johor pun ada belikan saya FM seperti kat sini. Double yeay kat situ. Tapi sejak dua menjak ni banyak FM saya yang rosak gara-gara si kecil sorang tu asyik la duk cabut dan tampal FM mak kat peti tu.Inilah cabaran sebagai FM collector.  Kadang-kadang di lipat-lipatnya FM itu. Nak marah kecil lagi.Tunggu la besar sket. hehehe


Ni lah FM dari Johor tu. Bentuk love lagi tu dengan 3 tempat menarik di Johor iaitu Istana Besar Johor, Dataran Bandaraya Johor Bahru dan Masjid Sultan Abu Bakar, Johor 

Koleksi terkini setakat 21/3/2014

Inilah ruang karya my nuha. Sebelah tepi pintu fridge rumah kami tu. 


Untuk lebih menarik saya belikan FM dari Kaison ni (RM1 setiap satu ) untuk menceriakan ruang karya my nuha ni.

Pasal ruang belajar hari tu, my hubby telah belikan my nuha set kerusi dan meja tulis ni. Kedai yang sama saya beli manequin tu. RM 150. Since tak ada bilik sendiri lagi, my hubby letak jer meja belajar ni kat ruang tamu kat dinding sebelah rak tv kitorang. 


My happy princess :) Dah la tema princess, kena dengan citarasa dia. Hari tu hubby pilih yang set mickey dan minnie mouse tapi dah habis stok pulak. Dah rezeki mak (eh !) dia nak tema princess..hehehe


Korang ada ruang karya dan belajar untuk anak-anak di rumah ? #deco #koleksifridgemagnet




Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]

Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]  

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)