Wednesday, September 09, 2015

Birthday Celebration @ KFC, Setia Alam

Ahad lepas hari lahir saya yang ke 23. Hahaha. Ok 23 lah sangat. My Nuha dan my hubby surprise kan saya keluar pergi beli kek petang tu. Tapi sebenarnya anak dara dia tu mana pandai nak simpan rahsia. Dia pergi cakap dengan anak jiran sebelah nak keluar nak beli barang kat Ummi nak buat surprise. hahaha. Masa tu saya kat bilik air. Dah terdengar lah perbualan. Bila saya cakap saya dah terdengar perbualan dia, siap cakap suruh rahsiakan dari Abah pulak.hahahaha.Dia tak tau mak dia keji siap bagitau satu dunia.

Klik kat sini kalau korang kaki shopping online tu. Terus dapat RM2 bila register. Shopping pun dapat cashback pulak tu.


Terima kasih sayang belikan kek.

Potong kek dengan anak-anak ajer.

Jom potong kek ramai-ramai pulak :) 


Belah malam pulak atas permintaan anak-anak, angkut diorang ke KFC kat Setia Alam.

Dia ni bersungguh-sungguh nak gi KFC tapi makannya seketul jer pun ayam . 

Orang lain berketul-ketul dia cukup seketul dengan air milo. Save budget bapak ! hahaha

My cinta hati dan benih cinta yang pertama

Bersama my Nayla 

Bersama-sama 2 princess kesayangan.

Apa hadiah hari lahir tahun ni yer ? Masih dalam pertimbangan. hahaha

p/s:
Noxxa ke? hahahaha. Tiada Noxxa , Pressure Cooker Philips pun berguna :p

Thursday, August 27, 2015

Jatuh cinta dengan Instant Shawl 2 Muka pulak !

Hari tu dah jatuh cinta dengan Naelofar Hijab Chic N Basic  . Skang dah jatuh cinta dengan Instant Shawl 2 Muka pulak. Memang senang betul la pakai Instant Shawl 2 muka ni atau Double loop ni. Setakat ni dah ada 4 helai . Gila malas nak pakai tudung bawal skang ni. Sebab saya ni alergik dengan keronsang. Kerongsang baru saya pulak pin dia panjang sket so asyik la terbuka tudung saya. Kerongsang lama hantar balik kat kedai emas sebab patah pin dia untuk baiki. Hari raya haji ni pulak la baru dapat gamaknya. 


Jom la saya tayang koleksi tudung dua muka saya yang super senang nak pakai dan tak perlu pin pun sebenarnya tapi saya saja pakai untuk lebih kemas.


Ni instant shawl yang pertama. Yang ni beli dengan ofiz mate jugak. Kain crepe.Masa ni la jatuh cinta kali pertama dengan Instant Shawl 2 Muka ni. Senang tak perlu lilit-lilit kan cuma sarung jer ke muka dua kali gitu :)

Yang ni yang kedua. Masa tu ada jualan kat bawah ofiz. Terus beli satu lagi. 

Masa hari raya hari tu pun saya memilih untuk mengenakan tudung Instant Shawl dua muka jenis crepe jugak. 

Yang ni gambar hari ini. Sebenarnya tudung ni asalnya adalah semi instant jenis cotton tapi saya dah alter jadikan dua muka. Senang ajer caranya. Boleh follow Tutorial Cara Jahit Tudung Dua Muka kat sini. 
Kalau semi instant lagi senang sebab cuma perlu jahit satu bahagian lagi jer kat bahagian pipi tu. 


Gambar semalam. Yang ni koleksi terbaru yang saya ada jenis kain chiffon macam Naelofar Hijab Chic N Basic. Bergambar di ofiz baru :) Yang ni kawan ofiz saya jual. Kalau berminat jangan segan dan silu contact kawan saya yer :)


Material: chiffon gorgette

Price : RM25.00 sehelai beli 3 RM70.00
Add RM6.00 for postage untuk semenanjung
Add RM7.00 for postage sabah serawak

PM/Whatsapp: 016 - 2120 969

Korang dah ada ke koleksi Instant Shawl 2 Muka??



Monday, August 24, 2015

Sambutan Hari Lahir @ Nandos, Plaza Shah Alam

Akhirnya minggu lepas, pakatan hari jadi yang pertama untuk tahun ni terlaksana. Kali ini, Ida belanja kat Nandos, Plaza Shah Alam. Suasana kat Nandos, Plaza Shah Alam ni memang kurang pencahayaan. Boleh la konon-konon makan candlelight lunch :p Ada ker istilah macam tu? hahaha. Belasah.

Kaunter bar kat depan pintu masuk

Ruang makan


Bergambar dengan tukang belanja :) Terima kasih Ida


Bergambar dengan tukang makan pulak :)


Bersama Ida dan Kak ema pulak

Ad dan Kak Ema

Botol sos Nandos pun nak enterframe acaner??Sos yang rata-rata masam-masam pedas.


Lemon minttea


Rindunya pada daun mint . Lama sudah tak bersua.Lemon dan mint , detox ku yang sempurna :p
Ntah berapa ratus kalori yang dibazirkan. Hahaha

Terima kasih Ida belanja kami makan kali ni. Next, my turn. Makan kat mana yer kita ??Any recommendations??


Plaza Shah Alam
Telephone:
(03) 5511 1655
Fax:
(03) 5511 2655

Address:
Lot G9, Ground Floor, Plaza Shah Alam, No.2, Jln Tengku Ampuan Zabedah E9/E, Seksyen 9,40100 Shah Alam, Selangor.

Opening hours:

Mon: 10.00am-10.00pm
Tue: 10.00am-10.00pm
Wed: 10.00am-10.00pm
Thu: 10.00am-10.00pm
Fri: 10.00am-10.00pm
Sat: 10.00am-10.00pm
Sun:10.00am-10.00pm

Wednesday, August 19, 2015

SuaRaya InfoTech 2015

Kalau tahun lepas, deko hari raya berdasarkan rumah sukan tapi kali ni setelah rombakan kabinet, ops, rumah sukan telah pun ditukar menjadi kampeni. Kampeni baru saya, Delta dengan motto Delta Fly High. Hah gitu. Tahun ni terlibat jugak dalam aktiviti dekorasi kampeni. Tahun ni semua kampeni hebat-hebat belaka dekorasinya.Jom lah kita tengok disebalik persiapan dan kesudahan SuaRaya InfoTech 2015 atau majlis jamuan raya lah sebenarnya yer peringkat pejabat kitorang.Jabatan punya minggu sebelum tu.

Hari sebelumnya kitorang buat preparation dulu.Jom layan gambar-gambar sekitar persiapan kitorang.

Ukiran ni saya yang tekapkan. Jenuh jugak menekapnya. Tapi bab tebuk serah kat orang lain. hahaha

Ini yang asal..

Hasilnya...Tadda... 

Yang ni untuk gantung kat syiling. 

Yang ni untuk gantung kat syiling jugak rambu ba rambu ramba ni lekat bawah polisterin yang atas ni


Hasilnya...Tadda...


Haruslah tayang muka mak yang bersungguh deko konon ! hahaha. Gunting aku mana pah..tak dijumpai lagi ni :p


Jom kita tengok hasil dekorasi untuk jamuan raya kali ini.Ada 4 kampeni kesemuanya. Kampeni kitorang dapat tempat kedua. Ok lah dari tahun lepas rumah saya tempat keempat :p
Kampeni Bravo - Tempat Pertama


Kampeni Delta - Tempat Kedua



Kampeni Alpha - Tempat Ketiga


Kampeni Charlie - Tempat Keempat

 Semasa sesi penjurian...


Semasa sesi dekorasi..
 
Jom la layan gambar mak berposing bersama kawan-kawan kat ofiz di booth yang ada :)

 Haruslah posing solo dekat booth kampeni sendiri :)

Bersama Ad di kampeni Bravo

 Dah ada photobooth, moh la bergambar sampai lebam kan..

 Ad dengan prop misai :) Abang misai..hahaha

 Mak pun nak tumpang jugak bergambar di photobooth..bergambar sampai lebam..hahaha

 Hadiah yang dimenangi. Tak merasa lagi ni..huhuhu

Posing kat kampeni Alpha
Kak ema pun datang jugak jadi juri pertandingan booth tercantik. Terima kasih la tak bagi Delta menang..hahaha

Posing kat kampeni Alpha sekali lagi
Posisi lain di kampeni Alpha jugak 
Dengan ida pulak, kawan senegeri terengganu nanana...terengganu kiter...
Dengan bekas pesara ofiz ku :)

The Charlie's Angel UiTM  gitu katanya..Tak cukup sorang lagi !
Ops..saya dah tak der dalam gambar sebab tukang amik gambar ni..hehehe

Ok . Sampai jumpa lagi tahun depan in sya Allah :)

Sambutan raya ofiz korang happening ke tak macam ni ?


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)