Showing posts with label my nayla. Show all posts
Showing posts with label my nayla. Show all posts

Tuesday, December 15, 2015

Pengalaman menaiki komuter dengan anak-anak dan sepetang di Putra Mall

Musim cuti sekolah ni memang tak ada pergi jalan mana-mana. Hari tu balik Terengganu sebab anak buah my hubby nikah. Tu pun tak update lagi. So hujung minggu lepas, bawak anak-anak naik Komuter pergi KL rumah Long. Lagipun dah lama janji dengan my Nuha nak bawa naik Komuter. Sejak kejadian dia nak turun setiap stesen, dah tak pernah dah bawak dia naik Komuter. hahaha. 5 tahun lepas dah kot. Dia memang paling seronok tak sabar tunggu hari Sabtu. 

Beli tiket dulu. My Nayla free sebab 2 tahun kebawah. My Nuha cuma separuh harga. Dari Stesen Padang Jawa- Sentul. RM13 untuk tiga beranak.

Wefie dulu seround

Me and my beloved hubby pulak selfie

Mak dan anak-anak mak yang tersayang. Tengok my Nayla tu kemain menjeling

My princesses..

Tak tahulah apa perasaan dia ni. Tapi sepanjang jalan Ok jer. 

Bila tanya adik nak naik lagi ke tak komuter , nasib baik dia nak naik. Bukan macam kapalterbang. Terus tak mo naik dah. hahaha. Mak baru nak ajak pergi hanimum obersea nak :p 

Haruslah berposing depan Komuter bila dah selamat sampai ke destinasi. 

Bawah ni selit sekali la, pergi jalan-jalan kat Putra Mall keesokan harinya. Dulu masa belajar, ni la tempat lepak setiap kali nak naik bas kat Hentian Putra. Pergi lambat-lambat kang, terlepas bas pulak. So datang awal lepak-lepak dulu dalam Putra Mall. Sejak Sunway amik alih ni memang dah lain dalam dia. Dah tak cam. hehehe . Macam-macam ada kat dalam tu dan yang paling best haruslah Daiso dan Kaison . 

Dengan patung pun nak bergambar dorang ni. My Nayla siap pegang tangan patung dengan muka nakal tu yang tak tahan . hahaha. Masa ni mak tengah pilih legging untuk dia. Ada sales RM10. Baju sekolah tu pun RM10 sehelai. Apa ntah nama kedainya. Opening sales katanya.

Tiru gaya patung pulak. Macam-macam akal dorang berdua ni. 

Dah pakai legging. Ayah Long yang belikan baju tu, memula tak nak pakai sebab takut..hahahaha

Depan dekorasi krismas kat Putra Mall tu

Nasib tak kena cukai kat my Nuha. Pantang nampak kedai buku.

Kebetulan ada Yuna tengah buat persembahan kat situ. Layan la sekejap lepas tu pergi makan dan naik komuter balik kat Hentian Komuter Sentul. 

Korang ada pengalaman bawa anak-anak naik komuter ?


Alhamdulillah, perjalanan ok dan anak-anak behave sepanjang perjalanan dari Padang Jawa ke Sentul yang mengambil masa kira-kira sejam. Nasib baik naik komuter ke Batu Caves so tak perlu tukar train dan dapat tempat duduk dari mula-mula naik. Kalau berdiri jenuh jugak dengan anak-anak kan. Perjalanan balik pun ok, tak ramai orang sangat pun dan dapat duduk jugak. Lepas ni boleh repeat lagi naik tren, kita try naik LRT pulak yer. 

Wednesday, November 25, 2015

Homemade Playdough (Plastisin) Yang Sangat Mudah Tanpa Cream of Tartar dan idea Playdough 3D

Musim cuti sekolah dah skang ni kan. So hari minggu boleh buat aktiviti main plastisin dengan anak-anak. Biasanya saya jumpa orang share resepi playdough (atau plastisin) yang ada tambah cream of tartar kan. Ni saya guna resepi buat playdough tanpa guna cream of tartar. Tengok bahan semua ada dalam almari, so marilah kita main playdough buatan sendiri hari ni. Selalu beli ajer, hari tu mak terlebih rajin dan geram tengok dua beradik tu duk berebut plastisin yang entah jumpa kat mana tu, tu pasal terus google buat playdough sendiri tu. Rupanya resepi yang saya guna tu tak perlu panaskan atas api pun boleh. Tapi hari tu saya panaskan dalam kuali. 

Bahan-bahan :

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan garam
2 sudu besar minyak masak
1 cawan air
Pewarna makanan ( atau kalau tak ada sangat boleh guna sirap)

Cara-caranya :

1. Masukkan air, minyak masak dan pewarna dalam mangkuk.
2. Kemudian masukkan garam dan minyak masak.
3. Kacau sebati sampai doh licin dan lembut.
4. Bahagikan adunan mengikut pewarna yang korang ada. Masukkan pewarna.
4. Gaul pewarna dengan doh sampai sebati. Simpan dlm bekas kedap udara, atau beg ziplock dan simpan dalam peti sejuk untuk lebih tahan lama. Hari tu, simpan kat luar pun dah ok tak keras pun. 


Doh yang merah tu cuba jaya sebab ada pewarna kuning je dalam peti ais.Sekali yang tu pulak paling cantik bila masukkan sirap tu.hahaha

Selalu budak berdua main tu mesti buat donut ker,karipap ker, kuih la senang cerita.Playdough berasaskan makanan. Maklumlah mak tak kreatif nak menguli kan. Bawah ni idea untuk korang buat untuk playdough versi 3D gitu kan.Seronok jugak main playdough ni.Dulu mak main masa tadika jer. So boleh la lepas gian. hahahaha







credit https://www.pinterest.com/oliadolia/play-dough/
  http://innerchildfun.com/2011/02/play-dough-bakery.html


Korang pernah buat plastisin atau playdough sendiri ? 



Tuesday, November 17, 2015

Bawa anak kenali haiwan @ ENR Pets Shop, Bukit Raja , Klang

Ingat nak bawa anak-anak ke Zoo Negara nak kenal-kenal haiwan tapi malas lah pulak .Dulu , masa tinggal di Shah Alam, selalu jugak bawa my Nuha ke Aquatorium @ Akuarium , Shah Alam.Bersebelahan jer dengan Wet World tu .Skang ntah ada ke tidak tak pulak saya pasti. Lama gila kot tak pergi situ. Tapi kat situ dapat tengok ikan jer lah. 

Kat kawasan rumah saya ni ada satu petshop yang ala-ala mini zoo dah iaitu  ENR Pets Shop. Memang berbaloi nak bawa anak-anak mengenali haiwan walaupun tak banyak tapi pelbagai jugak la binatang yang ada. Lagipun sekangkang anak kera jer dari rumah saya. Biasa kami pergi beli makanan kucing kat situ. Dah la tak de bayaran yang dikenakan. Mak kan cheapskate. hahaha

Ada burung Ostrich atau burung unta yang otaknya lagi kecil dari matanya tu :p 
Kat padang belakang tu diorang ada bela kuda. Sebelah dengan taman permainan.

Ada rusa..Timorensis Deer katanya. Anak rusa nani baru tumbuh ekor, apa dosa kami lalu tidak tegur. Eh ternyanyi pulak. Tengok kemain dua-beradik ni posing. Kalau bawa ke zoo negara tak tahulah tahap posing dua beradik ni. Tu pasal mak tak bawak gi zoo tu.hahahaha

Yang ni pulak kucing hutan. Serval Cat dia tulis.Dah macam anak harimau bintang dah sekali tengok.Gambar seterusnya ni cilok dari Fb ENR Pets Shop. Tak kuasa nak bergambar dengan semua binatang.hahaha

Ni Bennett Wallaby. Tapi masa pergi hari tu rasa macam dah tak ada.

Yang ni Umbrella Cockatoo. Ada jugak jual makanan kucing dan sebagainya lah kat situ yang mana berkaitan dengan pet kan. Bekas makanan dan sebagainya.

Ni baby landak kot :p Kecik-kecik comel jer rasa macam nak lambung lambung ..hahaha

Yang ni Prairie Dog. Nampak macam tupai tanah kan tapi yang ni anjing yang halal disentuh :p hahaha


Spesis burung kakak tua gigi tinggal dua ni memang banyak lah kat kedai ni. Macam -macam warna macam-macam saiz ada. Korang pergi la sendiri tengok. 

Sangkar pun ada jual kat situ. 


No.7, Jln Inang 5, 
Off Jln Haji Sirat, 
Bandar Bukit Raja, 
Klang Selangor.
Sebelah balai polis Bandar Bukit Raja.
Buka setiap hari.
10am - 8pm. 
012-6655 285 / 013-262 6969
Menerima pembayaran melalui kredit kad & debit kad.
Penghantaran boleh di uruskan
Facebook :  https://www.facebook.com/ENR-Pets-Farm-1390828534499752/

Korang pernah bawa anak-anak ke zoo negara atau kedai haiwan peliharaan atau petshop ni ?

Monday, November 09, 2015

Kolam Renang @ Kompleks Sukan Negara Shah Alam Panasonic

Hari ni ramai ker kerja? Saya terpaksa cuti sebab pengasuh Nayla bercuti. 2 minggu lepas, hari Sabtu berlangsung sukan anjuran ofiz saya antara rumah. Sebab kaki bangku tak masuk pun apa-apa sukan. Datang bagi semangat jerlah kat rumah sukan. Haruslah Delta Fly High katanya, rumah hijau. Dengan anak-anak sekali mak angkut dan pakaikan baju hijau. Acara yang dipertandingkan adalah bola tampar, bola jaring, ping pong dan badminton. Layan gambar yang saya amik dihari kejadian.

Pasukan Charlie dan Pasukan Delta sedang warm up untuk bola tampar

Pasukan Charlie memang sorak habis-habisan memang gamat satu kompleks sukan

Yang ni pertandingan bola tampar antara pasukan Bravo dan pasukan Alpha

Pheewwittt Kak Ila..hahaha


Yang ni bola tampar antara Alpha dan Delta

Uncle Naim Nuha cakap.. Haippp..tak leh sokong uncle Naim sebab dia pasukan Alpha..hahaha

Akhirnya keputusan mengikut rumah Charlie no.1, bravo  2, alpha 3 dan kami no 4. Tak kisah janji semua happy kan.

My Nuha dan Nayla yang kepanasan dah dan tak sabar nak main kolam. Sebenarnya tu jer tujuan asal dorang berdua ni. Bukan nak tengok sukan sangat pun. hahaha. Ni pun terpaksa tunggu sebab kolam dibuka jam 11 pagi untuk sesi kedua. Sessi pertama buka jam 8 pagi - 10.30 pagi

Dah dekat pukul 11 pagi, terus beratur kat kaunter beli tiket. 

 
Hanya pakaian renang yang dibenarkan untuk masuk kolam yer  

Mak pun kena beli tiket even nak meneman tepi kolam tengok whatsapp jer pun. Mak tak pakai swimming suit yer, jangan duk fikir bukan-bukan..hahahaha 
Ada 2 kolam yang ada, satu dewasa dan satu kanak-kanak. Masa sessi pertama ramai orang dalam kolam sebab ada kelas renang sekali kat situ. Tak sempat nak tanya, kelas dah habis masa kitorang masuk tu. Ingat nak daftar my Nuha kelas berenang. Lain kali la nak kita tanya.

My Nuha , Atia dan Adam. Seronok diorang dapat mandi kolam. Last mandi kolam , masa kat Sabah hari tu lah. 

 
Seronok sangat lah tu..Mana pulak budak bertuah sorang lagi yer??

Ni hah..Takut mandi kolam. Kalau mak tak terjun sekali, tak ada nyer dia nak masuk. Nasib baik bawah 2 tahun free nak ! Kalau tak mak perambat ko masuk kolam sekali. Tak nak mandi sebab adik dah mandi kat toilet kat rumah katanya..sabar jer lah
Bila kakak mandi kat shower nak pulak mandi sekali lagi. Dia ni memang pantang tengok orang mandi.hahaha 
Dulu masa kat Sabah paksa masuk laut baru ok , kalau tak nak duk darat jer..huhuhu

My Nuha dan Atia , posing lepas dah salin baju 

Sekejap jer dapat mandi sekali sebab Ad ada hal pulak petang tu. Lain kali kita repeat mandi kolam pulak yer.

Peta lokasi
Lot No 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21, Shah Alam ( berhadapan dengan KPJ Shah Alam)

Harga yang dikenakan untuk kolam renang

RenangHari BiasaRM3 / 2.5 Jam (Dewasa)
RM2 / 2.5 Jam (Kanak-Kanak bawah 2 tahun)
Hari CutiRM4 / 2.5 Jam (Dewasa)
RM3 / 2.5 Jam  (Kanak-Kanak bawah 2 tahun)

Korang pernah datang kompleks sukan ni??


Wednesday, June 24, 2015

Pencarian Stroller Payung atau Lipat Secara Online

Hari ni saya survey stroller payung atau stroller lipat . Nampak nau tengah free kan. Pagi tadi ada demo sistem, sekali ada user baca blog saya lah. Malu tutup muka. Hahaha. Boleh la drop komen satu atau dua yer yang berkenaan tu. Lambai-lambai sket :p Favourite online shopping haruslah Lazada, dah la Milkadeal bagi pulangan wang tunai pulak kan bila shopping kat Lazada. Klik kat sini kalau korang kaki shopping online tu. Terus dapat RM2 bila register. Mana pergi stroller kami yang gedabak sampaikan bonet Swift pun tak muat tu? Sebenarnya awal tahun hari tu, kemas-kemas barang kat bilik belakang dan tengok stroller tu memang dah lama tak guna. 

Sejak ada my Nayla memang tak guna stroller sebab dia kecik jer kan. So guna carrier jer. Stroller tu bagi kat jiran sebelah yang baru beranak. Settle. Tapi sejak dua menjak ni my Nayla asyik la berdukung , jadi tension pulak mak. Dah la nak berdukung dengan mak saja ni. Anak mak sangat. Nak tak nak kena beli jugak segera untuk cari baju raya nanti sebab mak tak nak dukung dia. hahaha. Puasa baru 7 hari dah fikir siap nak cari baju raya. hahaha. Entah sempat ke tidak kan.

Jom tengok pilihan yang ada kat Lazada ni yang korang boleh pilih. Tapi stroller payung atau lipat ni tak sesuai la untuk baby. Toddler boleh lah macam my Nayla yang ala-ala petite ni. Bila nak naik berat ni dik. Hari tu timbang tak sampai lagi 10 KG.Kakak setahun 10 KG. hahaha


1) My Dear Baby Buggy Stroller 17004 - RM 148 . Yang ni sesuai sampai 15KG.Berat stroller 5 KG.


2) Sweet Cherry SC310 Rainbow Buggy Stroller  - RM 97.00 . Yang ni sesuai untuk 1- 2 tahun. Berat stroller 4.2 KG.



3) My Dear Buggy Stroller 17090 - RM 129. Berat stroller 5 KG. Yang ni sesuai untuk 1- 2 tahun.



4)Sweet Heart Paris BG601A Stroller Buggy  - RM 95.Berat stroller 6 KG. Yang ni sesuai untuk 1- 2 tahun.



Sebenarnya saya dah beli yang paling last tu.  Dalam 7-8 hari lagi sampai la katanya. Saya pilih COD. So kalau tak sampai, tak le larat sangat. Tu yang best beli kat Lazada ni. Ada 3 pilihan warna sebenarnya.Saya pilih warna oren .So kalau ada anak lelaki nanti, In Sya Allah boleh la guna kan . hehehe. Pelaburan jangka panjang konon. Padahal yang murah ajer. Entah sempat ker tidak adik nak merasa tu . Harapan mak , agar dia nak la duduk dalam stroller ni. Sebab hari tu masa nak bagi stroller kat jiran, cuba letak dia dalam tu, kemain dia seronok . hahaha.Kesian tak merasa dia naik stroller.
p.s: 
Ni stroller yang lama. Jenama Sweet Cherry. SR 1 ker apa ntah nama dia. Sila jangan beli. Bulky sangat. Dah la berat.hahaha


Korang ada pengalaman guna stroller payung ni ? Cepat rosak ke tidak yer sebenarnya ? 

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)