Showing posts with label my nawfa. Show all posts
Showing posts with label my nawfa. Show all posts

Tuesday, September 24, 2019

Sambutan Birthday Nur Nawfa Haniyya Yang Pertama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dah setahun sebulan umur my Nawfa. Tak sangka. Rasa macam baru semalam tulis kat blog pasal Pengalaman Casesarean kali ketiga di Hospital Shah Alam [ boleh baca balik kat sini ] . 

Bulan lepas buat sambutan hari lahir My Nawfa yang pertama untuk kenang-kenangan dia akan datang. Macam ralat pulak kan kalau tak buat macam kakak-kakak dia. Alhamdulillah ada rezeki nak buat even tak dapat jemput ramai .Deco pun simple-simple je .Beli banner Happy Birthday bertemakan Unicorn ni kat GM Klang RM15.90. Nama Nawfa tu pulak satu huruf RM2. Masih tak sempat lagi buang kat cermin tu. hahaha. Cantik pulak kan.Tunggu la situ sampai habis bulan 9. hahaha



Tu konon acah-acah profesional photographer la tu sangkut baju dan amik gambar. Sekali pakai baju lain sebab warna putih macam tak sesuai pulak .Mak Long bagi 2 helai baju macam tu. So masa hari kejadian pakai baju biru.


Bertungkus lumus dengan anak-anak gantung banner. Tangan tak berapa nak berseni gitulah.



Makanan semua mak masak sendiri dibantu my Nuha dan my hubby( tolong buat roti jala) . Menu pun simple je. Nasi putih, gulai ayam , sambal belacan, ulam-ulaman, spaghetti bolognese, tembikai, air sirap selasih , kek , roti jala dan serawa durian. Banyak jugak mak masak rupanya. hahaha


Posing dengan anak dara bongsu sebelum majlis


Comel tak mak dengan anak jadi arnab


Birthday kissess untuk my little princess 


Kemain lagi excited dia ni macam tahu-tahu nak sambut birthday dia kan


Kek dari The Baker's Cottage


Gambar sekeluarga :) 
Susah nak bergambar sekeluarga sekarang kecuali hari raya. huhu


Birthday girl potong kek sendiri 


Mak dengan anak-anak dara mak


Yang ni selit sekali . Ni gambar esoknya 3 beradik


Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir sampai ke dapur makannya..huhuhu

Yang berdiri pun ada hah. Bertabahlah rumah sekangkang kera ni kan. 

Harap korang puas hati la makan air tangan mak yang tak seberapa tu yer




Tiga beradik bersama dengan hadiah hari lahir yang adik dapat. Tapi yang excited 2 kakaknya. Adik tak tahu apa lagi. haha. Terima kasih penyumbang hadiah. Dah datang pun satu rahmat bagi kami, Alhamdulillah. 


Sessi buka hadiah. Tak sempat buka hadiah , boz datang. hahaha. Ingat dah tak ada tetamu. Kami pun baru nak mula makan. Biasa lah, tuan rumah mesti kena makan last. hehe. So join kami makan sekali kira sebagai penutup majlis. Alhamdulillah, all is well :)

Memuliakan Tetamu .
Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda, Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan tetamu yang datang menziarahinya serta mengeratkan silaturrahim dengan semangat persaudaraan Islam. Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah bercakap dengan perkataan yang baik dan manis didengar, atau pun berdiam sahaja dari bercakap perkara yang sia-sia.(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, April 24, 2019

Solid Food Nawfa Yang Pertama & Sudah 8 Bulan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Blog suam-suam kuku ginilah. Tambah pulak menjadi emak di usia ambang 40 an ni. Tak berapa nak terkejar update untuk si bongsu ni. Kali ni nak tulis pasal Solid Food pertama untuk Nawfa. Alhamdulillah , hari ni dah masuk usia 8 bulan . Kiranya dah 3 bulan diperkenalkan solid food. Setakat hari ni Alhamdulillah, mak dia rajin lagi sediakan makanan untuk dia. Tak ada lagi bagi instant food sejak join group Happy Baby Foods Malaysia ni. 

Sama excited juga membaca pasal solid food bila dah dekat 6 bulan tu untuk perkenalkan my Nawfa makan. Yerlah dah 5 tahun tak ada baby kecik. Tak ingat dah nak mula kat mana. hahaha. Apapun beli baby food gear yang paling utama. Beli kat Mr Diy je pun. Jimat budget. Cari yang BPA Free. Banyak je . Tak semestinya kat kedai barangan baby. Nampak tak penjimatan kat situ. hahaha

Sama macam Nayla dulu, pertama bagi epal. Alhamdulillah my Nawfa ni tak pernah menolak dari suapan pertama sampai licin la. Mula-mula perkenalkan dalam 3-4 sudu je bagi rasa-rasa. Ikut juga la 4 day rules tu. Lepas tu tengok macam dah ok semua saya dah campur-campur. Sekarang saya dah bagi sayur+ nasi + protein dan jadikan puree. Mak moden misi kat KK cakap. hahahahaha. Lantak situ . Sayur yang saya perkenalkan sekarang ni bunga kobis, lobak, brokoli . Protein ayam je baru bagi.Lepas ni nak introduce ikan pulak. Buah yang dah diperkenalkan buah epal, pear, buah naga dan pisang. 

Biasa saya buat stok seminggu-seminggu. 3 hari chiller dan selebihnya saya bekukan dan siap-siap panaskan sebelum hantar rumah pengasuh. Tinggal suap je. Masa 6 bulan saya bekalkan satu bekas sehari bubur nasi tu. Sekarang dah 2 bekas. Belah malam saya bagi puree buah pulak. Kiranya sekarang dia dah makan 3 kali sehari. Harap masa cucuk 9 bulan nanti dia dah tak perlu follow up untuk berat badan dah la. Susu pulak dah kurangkan kepada 15 Oz sehari. 

Salah satu contoh jadual makan untuk 6 bulan dari group Happy Baby Food Malaysia


Baby food gear dari Mr DIY



Sedia untuk makan  



Kemain makan tu tangan nak sibuk pegang sekali


Kakak-kakak pun sekali sibuk sebab nak tolong suap adik 


Amboi tangan tu kan..


Nak suap sendiri pulak. hahaha. Tak silap ni puree keledek


Ni start makan bubur nasi dah 


Setiap kali makan memang licin gini lah. Kalau buah naga tu siap tak bagi alih sudu la kekdahnya. huhuhu




p/s:

Ummi saya masak sedap tau !

Daripada Buraidah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang berjalan dalam kelaparan ke masjid, bahawa mereka akan memperolehi cahaya yang  paling sempurna pada hari kiamat”.(Hadith Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Monday, April 08, 2019

Perjalanan Penyusuan Nur Nawfa Haniyya Road To Diploma Done

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah. Usia my Nawfa sudah menginjak ke 7 bulan . Maknanya sudah 1 bulan diperkenalkan dengan solid food. Banyak tertinggal nak tulis pasal si bongsu ni. Maklumlah maknya blogger suam-suam kuku sekarang ni tapi perjalanan penyusuan terakhir ni harus juga diblogkan sebab sudah tak ada peluang untuk mengulanginya selepas ini. 

Alhamdulillah sudah melepasi fasa pertama penyusuan . Bagi group ibu-ibu yang support penyusuan badan tempoh 6 bulan tu adalah diploma . Siap sijil lagi ni hah. Credit to fb Happy Breastfeeding Malaysia. Edited with Canva gitu. Tutorial Canva rujuk sini. 



Dek kegagalan anak pertama dan kedua untuk penyusuan badan sepenuhnya, saya bangkit mencari silap saya dimana-mana. Alhamdulillah Allah permudahkan jalan. Start dari awal mengandung lagi saya sudah amalkan surah Al Hujurat untuk memperbanyakkan susu badan. Memang sekali pam dapat sikit tak sampai oversupply tapi Alhamdulillah Allah cukupkan untuk my Nawfa. Saya memang mengepam kat cubicle je sebab jenis malas nak leceh-leceh ni. Saya pakai nursing cover dan boleh buat kerja sambil-sambil tu. 

Saya guna pam Lacte Duet . Dari awal mengandung dah beli. Sejenis tak boleh beli barang sedebuk macam tu so saya kumpul duit sikit-sikit. Alhamdulillah dekat due dah dapat pamnya. Berbunga-bunga hati tengok pam. Maklumlah sebelum ni guna pam manual dan yang elektrik yang biasa-biasa je. Kali ni sampai RM400 kan. Memang semangat lain macam gitu Allah buatkan rasa tu. Mungkin sebab dah last dan all out. Lepas operation nurse jagakan separuh hari. Bila saya naik wad tu terus saya minta my Nawfa. Itulah titik permulaan penyusuan untuk my Nawfa. Bila my Nawfa terkena prolonged jaundice tu tetap kuatkan semangat yang susu ibu memang terbaik dan hak anak sampailah sembuh kuning sepenuhnya masuk hari ke 56. 



Kelengkapan penyusuan yang saya angkut ke ofiz



Close up sket. Biasanya saya humban pam dan storage botol dalam tu . Beg tu ada 2 compartment. Bahagian atas boleh letak motor pam .

Hasil mengepam kat ofiz

Biasanya hasil lebih kurang sama jer iaitu antara 12-14 Oz


Siap-siap sukat dalam botol 2 Oz. Bagi yang tak cukup memang sambung pam kat rumah tapi jarang sangat lah. Setiap hari saya bekalkan my Nawfa 14Oz yang chiller dan fresh pam pagi tu dalam 3 Oz.Kalau balik kampung baru saya bekukan. Kiranya stok yang beku tu akan digunakan bila balik dari kampung. Begitulah. Memang mengais jugak. Dalam peti beku sekarang ni memang ada 2 botol je. hahaha. Menangis dengar kan tapi Alhamdulillah Allah cukupkan. Lagipun my Nawfa dah start makan. 


Sesi mengepam 3-4 kali sehari kat ofiz 


Kalau ada kursus kat luar, siap-siap mengepam dulu dalam kereta


Sesi pertama mengepam kat rumah pukul 5.30 pagi . Kadang terlajak sampai 6 pagi . Biasa ada je peneman cilik ni. Orang bangun dia bangun. 


Budak yang paling banyak minum susu Ummi


Ummi pun dah menggebu ni nak. Tunggu lepas my Nawfa 2 tahun kena start diet balik. huhuhu


Tengok la beza dia dari 3 bulan lepas. Alhamdulillah berat pun dalam berat yang disyorkan dalam carta. 

 ” Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, perbanyakkanlah susu untuk anakku, dan permudahkanlah perjalanan penyusuanku mengikut syariat yang telah Engkau tetapkan.” Amin.


Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu. Dia lah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata. Dia lah jua Yang Maha Besar, lagi Maha Tinggi (Yang mengatasi segala-segalanya) -Surah Ar-Ad 8-9

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)