Thursday, November 16, 2017

Website untuk buat poster Instagram atau Facebook

Sekarang ni macam-macam aplikasi yang ada untuk korang buat poster terutamanya untuk korang post di instagram atau facebook. Tapi yang saya akan kongsikan ni tak perlu download tapi cuma register jer. Tapi versi yang free ni terhad la sikit tapi masih lagi cantik la design sebagai seorang amatur. 

Korang register jer kat sini : https://www.canva.com/



Kalau nak buat poster untuk Instagram atau facebook tu , Klik pada butang Create a design, then korang tengok kat ruangan Social Media Posts tu . Kat situ ada poster mengikut saiz poster instagram atau facebook. 

Dah ada layout yang korang boleh pilih tapi boleh pilih yang ada tulisan FREE.


Kalau tak nak guna layout yang ada korang boleh customize sendiri. Kat sini banyak elements yang korang boleh masukkan. 

Tulisan pun ada pelbagai yang siap design. 

Background pun sama . Kalau tak suka corak boleh guna warna


Kalau nak guna gambar sendiri pun boleh. Klik je pada Uploads

Jom la tengok poster yang saya cuba buat menggunakan website ini :











Korang boleh la cuba sendiri. Lepas ni mesti cantik la poster korang nak post kat facebook atau instagram tu kan?



Daripada Abu Musa al-Asy‘ari RA katanya Aisyah RA telah menunjukkan sehelai selimut dan sehelai kain yang kasar, katanya, “Rasulullah SAW diambil nyawanya dengan memakai pakaian ini.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

5 Comments:

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)