Showing posts with label juadah. Show all posts
Showing posts with label juadah. Show all posts

Thursday, July 20, 2017

Rendang Ayam Kampung , Nasi Himpit dan Sup Tulang Kambing Russell Taylors PC

Assalamualaikum. Kalau yang follow IG mak tu, sila la bertabah. Macam budak baru boleh jalan kan, asyik nak berjalan la. Tapi saya ni baru beli PC. Asyik la nak masak guna PC. Bukan personal computer. hahaha. Tapi pressure cooker tu. Siapa yang terlepas review saya sebelum ni, boleh la baca kat sini , Review Pressure Cooker Russell Taylors . PC marhaen ajer bukan PC idaman rakyat jelata. 

Kali ni saya cuba buat Rendang Ayam Kampung & Sup Tulang Kambing. Nasi himpit tu, saya buat eksperimen sekali lagi tapi menggunakan nasi himpit mini pulak . Jom la kita tengok macam mana nak guna PC ni . Sebenarnya , kebanyakan resepi ni saya cedok dari noxxa atau Philips. Korang boleh rujuk blog http://sajiandapurbonda.blogspot.my (noxxa) atau http://cookingwithmarinamustafa.blogspot.my ( Chef Marina yang selalu demo untuk philips) . 

Resepi Rendang Ayam Kampung @ Pressure Cooker Russell Taylors  by Eliss

Bahan - bahan:
1 ekor ayam kampung
1 kotak santan
2 sudu besar kerisik
2 batang serai - diketuk
2 helai daun kunyit - dihiris halus
5 helai daun limau purut - dihiris halus
2 keping asam gelugor
3 ketul gula melaka kecil
Gula/Garam secukup rasa
4 sudu besar cili boh

Bahan-bahan dikisar:

10 biji bawang merah
1 labu bawang putih
3 inci  gram lengkuas
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas
Air secukupnya

Cara-cara:  

1. Onkan PC dan tekan bake P10 , masukkan bahan kisar sampai garing, masukkan cili boh. Kemudian masukkan  ayam sampai nampak ayam tu kecut. Masukkan santan separuh kotak. ( penutup terbuka) 
2. Tutup penutup periuk. Tekan Keep Warm/Off  then tekan Chicken (default P15) . 
3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , jangan lupa keluarkan pressure tu , masa ni boleh masukkan kerisik, garam, gula, asam keping, santan separuh kotak dan hirisan daun kunyit dan daun limau purut. 
4. Dengan penutup pc terbuka, kalau kuah masih cair, tekan bake P10 dan sampai kuah tinggal banyak mana yang kita kehendaki. 

Tapi memang lembut macam ayam daging pulak. Rasa kena beli ayam pencen kot . Saya suka kalu rendang macam keras-keras sket. hahaha. Terpulang pada cita rasa masing-masing kot atau mungkin kena adjust suhu tu. 


Resepi Sup Tulang Kambing @ Pressure Cooker Russell Taylors  by Eliss

Bahan - bahan:
Tulang kambing 
Air secukupnya
Garam secukupnya
Daun Sup 
Batang saderi
Kentang
Halia 
Sup bunjut

Bahan-bahan tumis :
Bunga Lawang
Cengkih
Kayu Manis
Buah pelaga 
Bawang merah dihiris
Bawang putih dihirs

Cara-cara : 
1. Onkan PC masukkan tulang, air sampai paras full , halia dan sup bunjut. 
2. Tutup penutup periuk. Tekan Beans Tendon (default P30) . 
3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , jangan lupa keluarkan pressure tu , masa ni boleh masukkan garam, sup bunjut, kentang dan batang saderi. 
4. Tutup kembali penutup PC, dan tekan bake P10. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , jangan lupa keluarkan pressure tu ,masukkan bahan tumis yang sudah ditumis di atas dapur gas.

* Saya kalau sup tulang atau daging , bahan tumis akan masuk akhir sekali. Jika ingin tumis masa awal tu, masa on PC tu , tekan bake dan masukkan minyak dan tumis bahan tumis ( penutup PC terbuka)  

Daging lembut gila dan memang tertanggal dari tulang tu. Yang ni gambar dalam pc tak sempat nak amik. Ni dah transfer ke periuk sebab nak guna buat rendang pulak lepas tu. Memang habis-habisan digunakan hari tu kecuali nasi guna dapur gas, sebab rendang malas nak transfer dah. 


Nasi Himpit @ Pressure Cooker Russell Taylors  by Eliss

Bahan-bahan :

12 ketul ketupat mini adabi

Cara-cara : 

1. Onkan PC masukkan ketupat dan air sampai menutup nasi himpit yang dimasukkan
2. Tutup penutup periuk. Tekan Steam ( P20 by default) 
3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , jangan lupa keluarkan pressure tu , keluarkan dan tunggu sejuk baru dipotong. 

 

 

Gambar makanan atas meja secara dekat dah tak sempat nak snap. Yang ni pun boleh la yer. hahaha
Lunch Sup Tulang & Rendang Ayam . Belah malam, makan nasi himpit dengan rendang ayam tu pulak. Lain kali saya kongsikan resepi lain pulak yer :)  Tak sangka mendapat sambutan saya punya review, hari-hari ada yang bertanya cara gunanya.In sya Allah, yang mana saya mampu jawab saya jawab yer. Boleh buat group PC  Russell Taylors lepas ni :) 

Macam mana? Ada rasa tak nak beli pressure cooker ? 
Jom beli ! Memasak itu mudah dan menyeronokkan bukan, tambah-tambah ada pressure cooker . hahaha. larikss..#jommasakelissmie






Wednesday, July 05, 2017

Review Pressure Cooker Russell Taylors

Bagi sesiapa yang dah beli Pressure Cooker Russell Taylors , jemput join group fb ini untuk bertukar-tukar resepi, bertanyakan masalah dan cadangan yer  : Russell Taylors Official (Malaysia)Hari ni saya nak review pasal Pressure Cooker (PC) jenama Russell Taylors yang saya baru beli kat Lazada ni. Tak mampu mak nak beli noxxa. Sila jangan kecam sis yer. hahaha. Tapi yang saya punya ni , sekali tengok macam Philips Pressure Cooker pun ada. Mati mak kena kecam. Saya beli sebab periuk nasi saya sudah almarhum. Tiba-tiba je tak menyala lampu dia. Hari sebelum tu lagi dah tunjuk tanda nak almarhum. Hampir 10 tahun je mampu berkhidmat. Merasa la mak beli pressure cooker nak. 

Kenapa pressure cooker? Alang-alang nak beli kan, baik beli yang elok terus. 10 tahun tak pernah beli periuk nasi kan. Yang sebelum ni pun hadiah kahwin kot. hahaha. Nasib my hubby ada budget nak beli helmet yang tak beli beli lagi tu. Apapun terima kasih my hubby sebab katanya ni hadiah hari lahir untuk tahun ni :) Nanti birthday sayang , eliss belanja helmet yer. hahaha. Sebenarnya terliur yang Raa punya jenama ewant tapi warna merah mahal sket dari yang Russell Taylors ni. Jimatkan la duit laki RM25. hahaha


Russell Taylors 6L Electric Pressure Cooker PC-60, stainless steel pot. Saya beli sebelum raya. Sempat la merasa guna sebelum balik beraya hari tu . Yang ni termasuk pos RM205. 


Jenama ewant yang Raa punya tapi dia beli masa tu RM 168.00 Dengan Voucher. Tu pasal saya tak jadi beli. Yang ni jadi RM 230.88


Jenama Philips, jangan kecam sis. hahaha


Hari pertama guna semestinya untuk masak nasi. Nasi lembek. Kah kah kah
Rupanya PC ni memang tak boleh letak air banyak. Letak air 1 ruas jari jer. Maklumlah mak ajar letak air 2 ruas jari kan. Siapa masih masak nasi sukat air guna jari tu kita geng .  hahaha. Tekan rice, P12 by default.


Sukatan air yang diperlukan



Merasa lah jugak masak nasi secara konvensional beberapa hari. Nasib mak ni bekas pandu puteri dan puteri islam. Skill memasak nasi tanpa periuk nasi elektrik masih ada. Nasib tak hangit oooiii..


 Panel PC Russell Taylors . Comel kan dari noxxa? hahaha. mati mak kena kecam


Cara release pressure, tolak valve ke exhaust . Untuk mulakan masak tolak ke seal yer. Kalau tak dia bunyi hissing. hahaha. Masa mula-mula guna hairan juga kenapa bunyi bising PC ni. Rupanya lupa nak halakan valve ke seal.



Nasi himpit dalam Russell Taylors PC in the house
Nasi Himpit yang 2 ketul besar ni 50 minit. Saya rasa saya silap setting.

Resepi Nasi Himpit Segera @ Pressure Cooker Russell Taylors

1. Masukkan nasi himpit dan air sampai tenggelam nasi himpit
2. Tutup penutup PC dan halakan valve ke Seal/Close/ X
3. Tekan Beans/Tendon dan tekan pressure select (+) jadikan P50
3.Halakan valve ke exhaust/Open/Awan bila keluar bb

 ( Updated : Resepi Nasi Himpit Segera mini disini )


 Resepi Sup Kaki Ayam @ Pressure Cooker Russell Taylors 

1. Tekan pada fungsi bake ( yang ni kalau noxxa dia panggil stir fry) tumiskan bawang dan rempah 4 sekawan. Dah garing, masukkan air , sup bunjut dan kaki ayam. Masa tumis ni tak tutup periuk lagi.
2. Lepas dah masukkan kaki ayam dan air tu baru tutup periuk.Halakan valve ke seal/Close/ X
3. Tekan Keep Warm/OFF dan tekan pada Soup P35
4.Halakan valve ke exhaust/Open/Awan bila keluar bb
5. Buka penutup.
6. Tekan Bake 10 minit dan masukkan garam dan daun sup. Bila keluar bb dah masak la tu.






Resepi Sup Kaki Ayam @ Pressure Cooker Russell Taylors  

1. Tumis dulu guna fungsi Bake sampai brown,masukkan air dan kaki ayam. Tutupkan penutup.Halakan valve ke seal/Close/ X.
2. Tekan Keep Warm/OFF dan tekan then tekan Soup. Tekan pressure select (+) jadikan P35
3.Halakan valve ke exhaust/Open/Awan bila keluar bb.  Buka penutup dan tekan bake P5 dan tambah bahan perasa.

Resepi Ayam Percik @ Pressure Cooker Russell Taylors

1. Tekan pada fungsi bake 10 minit dan masukkan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap dengan garam dan kunyit. Dah garing masukkan air secawan.
2. Tutupkan penutup PC.Halakan valve ke seal/Close/ X. Tekan Keep Warm/OFF then tekan Chicken. By default P15
3. Halakan valve ke exhaust/Open/Awan bila keluar bb

Selebihnya saya panggang pulak atas tefal pan untuk siram kuah percik. Saya nak masak nasi pulak lepas tu kelam kabut. Boleh cuba resepi ayam percik bonda

Yang belah kanan sebelum disiram kuah percik keluar dari PC. Yang tepi dia selepas disiram.
Memang lembut ayamnya. 

Yang ni kredit kepada Nora Norudin yang share review pada website lazada untuk produk Russell Taylors ni. Saya belum cuba lagi . Ingat nak merendang jugak ni. Tapi nak cari ayam kampung atau ayam pencen dulu . hehehe. So dibawah saya olah dari resepi kat atas.

Sup Tulang  @ Pressure Cooker Russell Taylors

1. Tumis dulu guna fungsi bake P10 sampai brown,masukkan air dan tulang.Tutupkan penutup.Halakan valve ke seal/Close/ X.
2. Tekan Keep Warm/OFF then tekan Beans Tendon. Tekan butang tambah jadi 40 minit
3. Halakan valve ke exhaust/Open/Awan bila keluar bb. Buka penutup dan tekan bake P5 dan tambah bahan perasa.


Rendang  @ Pressure Cooker Russell Taylors

1. Tumis dulu guna fungsi bake P10  sampai brown.Tutupkan penutup PC.Halakan valve ke seal/Close/ X.
2. Tekan Keep Warm/OFF kemudian tekan Beans Tendon. Tekan pressure select (+) jadikan P35
3. Halakan valve ke exhaust/Open/Awan bila keluar bb.
Kalau kuah masih cair, tekan bake balik dan sampai kuah tinggal sedikit.

Update : Rendang Ayam Kampung by Eliss


Bubur Pulut Hitam  @ Pressure Cooker Russell Taylors

1. Tutupkan penutup PC.Halakan valve ke seal/Close/ X.Tekan pada fungsi rice
2. Halakan valve ke exhaust/Open/Awan bila keluar bb. Buka penutup PC.
3. Tekan bake dan masukkan santan.

Apapun, saya bagi 5 bintang untuk Pressure Cooker Russell Taylors  ni. 

Korang dah ada pressure cooker ? Jom masak ! Memasak itu mudah dan menyeronokkan bukan, tambah-tambah ada pressure cooker . hahaha. larikss..#jommasakelissmie







Friday, April 14, 2017

Puding Sekelip Mata Inspired by Chef Hanieliza

Semalam saya berbuka puasa dengan Puding Sekelip Mata Chef Hanieliza .Sebenarnya memang lama dah tahu pasal kewujudan resepi ni sebab dulu Niza pernah kongsikan resepi ni kat blog kancilbiru yang dah arwah tu. Dah ada orang Jepun pakai domain tu Niza weh. hahaha. Buku yang dimaksudkan adalah Buku 1 Hari 1 Resepi. Saya olah sket resepi saya ikut apa bahan yang saya ada. Bab olah resepi tu serah pada saya. hahaha. Janji sedap kat tekak saya kan.





Credit : http://inibelogyuyue.blogspot.my/2012/11/resepi-puding-sekelip-mata.html

Resepi Puding Sekelip Mata Inspired by Chef Hanieliza

Bahan-bahan :

15 biji agar-agar sumi

1 tin susu cair (400ml)

250 ml peel fresh orange

1 bekas yogurt 140 g perisa blueberry


Cara- cara :

1. Di dalam mangkuk hidang, campurkan susu cair, yogurt dan jus oren. Kacau rata.

2 . Keluarkan agar-agar sumi dari bekasnya dan masukkan ke dalam mangkuk hidang.

3. Sejukkan sebentar dan hidangkan.



Memasak itu mudah nak menyeronokkan bukan ? Selamat mencuba !! #jommasakelissmie

Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Al Baqarah (2) : 261)




Monday, April 10, 2017

Apam Tepung Beras

Saya ni memang suka makan apam. Dah banyak kali percubaan buat apam tapi asyik gagal saja dan tak menepati piawai tekak. Hari tu try pulak buat apam beras. Alhamdulillah menjadi dan siap boleh bawa untuk kawan-kawan kat ofiz. Saya perap agak lama jugak dari pukul 11 malam, pukul 5 pagi baru bangun kukus. hahaha. Kali kedua buat saya peram dalam dua jam, hasilnya tak segebu yang saya perap lama. 

Resepi Apam Tepung Beras

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan A

2 cawan nasi sejuk
2 1/2 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir.

Bahan-bahan B

2 cawan tepung beras,
2 cawan tepung gandum,
2 sudu teh yis mauripan dan
Pewarna

Cara Penyediaan:

Blend nasi dan air sehingga hancur . Kemudian masukkan gula. Blend lagi.
Campurkan bahan B ke dalam bekas dan masukkan bahan A yang telah blend tadi. Gaul rata.
Perap adunan selama 3 jam atau lebih.
Masukkan pewarna yang digemari. Biar seketika.Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
Masuk ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit.
Boleh di makan bersama kelapa parut kukus jika suka

Jumlah kuih apam : 35 biji

Kalau nak buat separuh, kurangkan bahan jadi secawan.






 




Memasak itu mudah nak menyeronokkan bukan ? Selamat mencuba !! #jommasakelissmie

Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, pada suatu ketika kami sedang dalam perjalanan bersama-sama rombongan Nabi SAW, tiba-tiba datanglah seorang lelaki di atas kenderaan, maka ia menoleh pandangannya ke kanan dan ke kiri, kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang mempunyai kenderaan yang melebihi dari keperluan sendiri hendaklah bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai kenderaan dan sesiapa yang mempunyai lebihan bekalan makanan hendaklah ia bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai apa-apa bekalan makanan. Selanjutnya Junjungan menyebut berbagai-bagai harta benda hingga kami ketahui bahawasanya tidak ada hak bagi sesiapa daripada kami kadar yang lebih daripada keperluan.
(Riwayat Muslim) 

Monday, February 20, 2017

Resepi Ikan Celup Tepung, Abuk-abuk dan Cek Mek Oh Cek Mek

Lama dah tak main masak-masak dalam blog ni kan. Maklumlah blog macam-macam ada ni. Ikut mana sempat jer saya nak update apa. So hari ni Jom Masak @ elissmie nak share resepi yang korang boleh google ajer tapi jadi dengan tak jadi jer lah. hahaha. Yang ni saya buat confirm menjadi dan sedap kat anak tekak saya , my hubby dan anak-anak. So saya share kat sini untuk guidelines saya kalau nak buat lain kali . 

Weekend hari tu,  kalau follow IG saya [elissmie]  mesti nampak ada 2 masakan yang saya kongsikan iaitu  Ikan Celup Tepung dan Kuih  Abuk-abuk . Resepi pertama, Ikan Celup Tepung la. Tak Terengganu lah kalau resepi ikan celup tepung pun tak reti nak buat. Ok. Memang tak reti. Sebelum ni memang tak pernah buat sendiri. Terus la telefon my ma tanyakan resepi . Telefon di hujung jari. Google memang banyak tapi yang ni yang saya makan dari kecik kan. So memang sedap untuk citarasa saya. 

Resepi Ikan Celup Tepung



2 cawan tepung beras ( 7-8 ekor ikan sederhana) 
1 biji telur
1 sudu kunyit
1 sudu air kapur
2 sudu garam
Air secukupnya ( Yang ni main agak-agak . Kalau bancuhan tu melekat kat sudu, maknanya dah ok la tu, kalau tercair tambah tepung beras balik )

Cara-cara: 

Masukkan telur, kunyit dan garam di dalam tepung beras. Masukkan air. Bila dah sebati masukkan air kapur. Air kapur membuatkan adunan jadi berwarna merah. Jangan terkejut pulak.  Lepas tu celup la ikan, dah melekat elok tu kira lepas lah tu. Goreng dengan api yang sederhana. Sos kerepok lekor pulak buat cicah. [ Resepi kat entry ini

Yang kedua pulak Resepi Abuk - Abuk. Biasanya saya beli ajer kuih ni yang ada di jual kat kawasan rumah saya tapi dah lama makcik tu tak letak kuih tu. Bila saya google, tak la susah mana nak membuatnya. Kebetulan Ad pulak ada bagi daun pisang, memang sesuai sangat la kuih tu. 

 Resepi Abuk-abuk



2 cawan sagu
1 cawan kelapa
2 sudu garam
Gula melaka secukupnya
Daun pisang yang dilayurkan 

Cara-cara :-

Rendam sagu sampai kembang dan toskan airnya. Lepas tu gaul sagu tersebut dengan kelapa parut yang dicampur dengan garam. Hiriskan gula melaka. Bentukkan kon dengan daun pisang, lapisan pertama masukkan sagu yang digaul kelapa tadi , kemudian masukkan gula melaka dan tutupkan dengan sagu yang digaul kelapa tadi sekali lagi. Kemudian kukuskan lebih kurang 15 minit. 

Dan resepi terakhir, adalah Cek Mek Oh Cek Mek. Sebenarnya kat kafe ofiz ni ada jer jual kuih Cek Mek . Tapi dah berapa bulan dia tak hantar Cek Mek ni kat kafe ni. Memang sedap Cek Mek dia dan sampai beberapa kali percubaan pun masih tak dapat rasa Cek Mek yang saya nak tu. Tak tahu la kat mana silapnya. Cek Mek dia garing kat luar dan sedap ajer.Memang terasa ubinya. Rahsia garing tu yang saya tak dapat rungkaikan lagi sampai sekarang. hahaha. Kot sapa tahu, boleh la share yer. 

Resepi Cek Mek




4 biji keledek 
Tepung gandum secukupnya
Gula

Cara-cara : 

Rebus keledek sehingga empuk. Toskan airnya. Kemudian, lenyek keledek tersebut. Masukkan gandum sedikit demi sedikit . Jangan banyak sangat nanti keras pulak. Bila dah boleh uli kiranya, dah tak perlu tambah gandum lagi. Bentukkan , dan masukkan gula satu sudu. Dan tutup kembali adunan. Sedia untuk digoreng.

Memasak itu mudah nak menyeronokkan bukan ? Selamat mencuba !! #jommasakelissmie

"Jika kalian bersyukur maka akan Aku tambahkan nikmatKu untuk kalian." (Qs. Ibrahim 7)

Wednesday, June 29, 2016

Sambal Terung Ili Sulaiman Channel AFC

Assalamualaikum. Dah penghujung ramadhan dah. Paling risau minggu ni sebab server email saya akan dihujani kad-kad raya versi elektronik baik dari orang perseorangan dan jabatan yang syok sendiri siap video bagai.haha.Ampun. Maklumlah nak bercuti panjang hari raya nanti lebih kurang 10 hari.  Semoga kamu baik-baik sahaja wahai server.

Ok dah la pasal kerja. Bosan kan. Kita cerita pasal makanan berbuka puasa lagi bagus. haha. Jangan kecam saya update pasal makan. Kalau tak boleh makan, memang tak mengadap handphone atau pc kan. Saya kan memang suka tengok channel AFC ( Asian Food Channel) kat Astro tuh. Hari tu tengok lah Ili Sulaiman ni ajar masak Sambal Terung , tapi dia sebut Aubergine Sambal lah kan. Terliur sangat terus buat untuk berbuka semalam. My hubby cakap tak pedas. haha. Tu pasal lah saya 
buat. Saya bukan tahan pedas macam dia kan. Tapi dia makan jer. 

Resepi Sambal Terung 

Bahan-bahan:-

2 batang terung dipanggang sehingga kulit menjadi kehitaman. Buang kulitnya .
1 biji limau nipis
Minyak untuk menumis

Bahan-untuk ditumbuk :

2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
4 biji cili padi atau lebih kalau suka peada
4 biji cili merah 

Cara-cara: 

Buang kulit terung yang dipanggang tadi tapi kalau ikut ili dia masukkan dalam mangkuk dan tutup untuk senang buang kulit. Saya rasa senang jer buang kulit dia. Lepas tu hancurkan terung tu tadi dengan garfu. 

Tumiskan bahan-bahan tumbuk dan masukkan gula dan garam kemudian  angkat. Masukkan ke dalam mangkuk dan gaul bersama dengan terung yang dah dilenyek tadi. Perah asam limau. Boleh tambah lagi garam atau gula mengikut kesesuaian rasa korang . 



Ili punya version - credit http://www.asianfoodchannel.com/recipes/aubergine-sambal



Ini versi saya, tak nak kalah ..hahaha


Saya panggang terus jer atas dapur pun boleh. 

Memasak itu mudah nak menyeronokkan bukan ? Selamat mencuba !! #jommasakelissmie


Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda : “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau diajak bermusuhan, maka hendak ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”.(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Friday, June 17, 2016

Puding Raja, Kerabu Sarang dan Murtabak Raja untuk berbuka

Salam 12 Ramadhan. Dah masuk 12 hari kita berpuasa. Yer ker. hahaha #mohonterasa bagi yang tak cukup. Hari ni baru free sket so boleh lah mengupdate blog. Nak tayang juadah sepanjang berbuka yang kita suka, boleh? #jangankecamsaya ok ! 



Resepi Puding Raja

Bahan bahan:
10 biji pisang lemak manis digoreng dengan minyak 
1 cawan biji gajus - disangai
Jala emas
Buah prune dibelah dua
Buah ceri hijau

Untuk Kuah Kastard:
1 tin susu cair
2 sudu tepung kastard
1/2 tin air
1 cawan gula
Daun pandan
Esen vanilla

Resepi Jala Mas
credit : http://saduranrasa.blogspot.my/2012/01/puding-raja-royale-pudding.html
video : https://www.youtube.com/watch?v=6njP4Ab2kT4
Bahan-bahan

    30biji telur ayam – diambil kuning sahaja 
    800g gula halus
    3 helai daun pandan
    8 cawan air 
    Daun pisang untuk dibuat corong

 Cara memasak
Tapis kuning telur dan pukul sedikit.
Masak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih. Tapis dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air tersebut mendidih dan berbuih halus, uraikan atau pusing keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut.
Angkat dan tuskan.
Kiraikan urai emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang satay atau garfu.
Hidangkan.

Nota
    Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas 


Cara nak makan : 

Susun pisang goreng di lapisan paling bawah.Atasnya taburkan jala emas, buah prune,ceri dan biji gajus, kemudian tuangkan sos kastard. Sedap makan sejuk-sejuk tau. Jala Emas tu adalah pemberian Ad dan Am dari Kelantan tau :) Puding raja ni memang terkenal di negeri Pahang . Kiranya makanan raja-raja pahang. OK  bai. Nak feeling raja kejap :p


Goreng jangan terlalu lama sebab nanti lembik sangat


Bahan-bahan hiasan :) Masam-masam manis bergabung dalam mulut. 


Patutlah mahal kalau membelinya . Kos hiasan pun dah mahal kan. 
Pisang saya beli dalam RM5 untuk 20 biji. 

Yang ni pulak kerabu sarang atau kerabu sare ( rumpai laut) yang my hubby beli kat Hulu Langat


Rasa kat atas tidak menepati selera, so saya modified ikut style mak saya. hehehe. Barulah sedap :) 



Yang ni pulak Murtabak Raja Zairah dari Kota Bharu beli dengan Kak Yat :) Sekali hadap jer habis. Memang sedap :)

Korang suka berbuka menu apa ?

Daripada Abu Hurairah RA lagi bahawa Rasulullah SAW bersabda : “ Allah ‘Azza wa Jalla  berfirman dalam hadith qudsi, aku sangat mengasihi hamba-hambaku yang bersegera berbuka puasa”. (Hadith Riwayat at-Tirmizi katanya hadith ini hadith hasan)

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)