Showing posts with label Sate Kajang Hj Samuri PKNS Shah Alam. Show all posts
Showing posts with label Sate Kajang Hj Samuri PKNS Shah Alam. Show all posts

Monday, May 28, 2012

Jom Pekena Sate Kajang Hj Samuri @ PKNS Shah Alam

Hari ni, memang mood blogging sedang berada ke laut . Datang ofiz, tak ramai manusia pulak tu. Semua cuti ke apa ni. Sunyi dan sepi saya benci. Tengok dalam sistem, ofiz saya hari ada 28 orang bercuti. Jeleznya ;p
So sebab jelez, saya upkan JJCM di elissmie hari ni . Dah la dekat nak lunch kan. So sedang elok lah kiranya kalau lapar kang, lepas ni korang pergi lunch yer :)


Tekak ni tiba-tiba teringin nak makan Sate Kajang Hj Samuri. Tapi tak de lah sampai ke Kajang kami, sebab kan ada cawangannya di PKNS Shah Alam. So kami kesana la malam tu.

Sete Kajang Hj Samuri. 

Buat pesanan di kaunter dan tunggu hidangan sampai. Cepat betul servis diorang ni.
 Kami order 5 cucuk sate setiap jenis iaitu ayam, daging, hati ayam dan perut lembu +
2 roll nasi himpit + teh o ais limau dan nescafe o ais (tidak kelihatan, Total Bill = RM 25 ++)
 Ada jual sate arnab tapi tak order pulak . RM2 tak silap secucuk .Kambing pulak RM 1.80 secucuk. Yang lain RM0.70- RM0.80  secucuk ajer.

Yang berbeza tang kuahnya la, sebab cili asing siap- siap. Bagus utk my Nuha. Banyak dia mintak kuah malam tu sebab tak pedas kan.

 My Nuha and me. Saja pandang tepi suh nama slim..kononnnnn :p

 Dearest hubby , pandang lain atau buat-buat pandang lain :p


Sate Kajang Hj Samuri @ PKNS Shah Alam [lot tepi sekali berhampiran dengan bus stop]
Waktu operasi : 
Mon - Tue:11:00 am - 10:00 pm
Wed:1:00 pm - 2:00 pm, 6:00 pm - 10:00 pm
Thu:12:00 pm - 10:00 pm
Fri - Sun:2:00 pm - 10:00 pm

 Korang mampu makan berapa cucuk sate dalam satu masa?

p/s:

Malam tu me makan 10 cucuk .  Jangan cakap orang naaa :p





 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)