Showing posts with label JJCM KL. Show all posts
Showing posts with label JJCM KL. Show all posts

Monday, April 07, 2014

Mak Alang Ikan Bakar @ Jalan Bellamy , Istana Negara , Kuala Lumpur ,

Semalam, makan tengah hari yang di taja oleh my Long and Kak Long. Terima kasih yer korang . Mula-mula ingat nak lunch kat Restoran Bandariya Ayam Kampung ,Jalan Tun H.S Lee sekali tutup pulak operasinya Ahad tu. Meneruskan misi pencarian makan tengah hari di Jalan Bellamy yang terkenal dengan Medan Ikan Bakar.Gerai yang biasa akak saya pergi tutup pulak iaitu Kedai Kak Jat, Ikan Bakar Gerai No 3. So kami cuba Mak Lang Ikan Bakar.



Lupa pulak nak snap masa makanan baru sampai. Lapar sangat sebab pukul 2 lebih tak lunch lagi. hihihi
Kakak saya kata dah tak banyak pilihan ikan sebab dah lewat. Menu tengah hari nasi putih, ikan siakap bakar, ikan pari bakar dan sotong bakar serta ulam-ulaman. Memang sedap ! Kerang bakar kat situ  teringin nak cuba tapi dah banyak pulak lauknya. 

Ikan Siakap Bakar antara menu  yang kami order.


Dah kenyang . Makan siap bertambah - tambah . Untuk menikmati nasi dengan ikan bakar secara maksimum, datang dengan perut lapar.. hehehe . 


 Harus bergambar setelah perut pun kenyang :) 




Gerai Mak Alang ,Ikan Bakar & Nasi Campur
Medan Ikan Bakar Jalan Bellamy, KL
GPS Coordinates: N3 07.835 E101 41.686


Korang pernah cuba makan ikan bakar di Jalan Bellamy ni ? Gerai mana yang korang cuba ? Review sket :)
#elissmie #jjcm #jjcmkl

p/s: 


Eyriqazz pun pernah makan di sini di Kedai Kak Jat, Gerai No 3. Boleh baca reviewnya disini http://www.eyriqazz.com/2013/11/ikan-bakar-jalan-bellamy-istana-negara.html



Wednesday, February 05, 2014

Nasi Padang @ Sari Ratu Restaurant, Desa Pandan , Kuala Lumpur.

Selagi sistem untuk negara ni tak siap, selagi ni lah hati tak tenteram. Nak mengadap blog pun tak kuasa mak. Hari ni gagah jugak update sebab saya sayang sponsor saya yang merelip-relip kat sidebar tu. hahaha. Dah tengah hari apa kata kita up pasal jalan jalan cari makan @ elissmie kan. Bukan jauh sangat pun. Kat KL sana ajer.Ni adalah sambutan ulangtahun untuk my Long (26.1 ) dan hubby terchenta ( 2.1) .

Kali ni nak cuba nasi padang. Authentic Nasi Padang katanya kan. Sari Ratu Restaurant. Masa sampai tu tak ramai orang sebab hari cuti kan. Saya pergi hari sabtu lepas. Kalau hari biasa memang penuh kawasan ni dan susah nak parking Long saya cakap. Kami boleh parking betul-betul depan kedai gitu kan. 

Saya memang dah pernah makan nasi padang ni sebab kat area ofiz hubby ada banyak kedai minang. Selalu la dia tapau lauk dari kedai minang. Sari Ratu ni saya memang selalu tengok kat Subang Parade tapi tak pernah pun masuk. Jom layan gambar . 


Yang Diraikan...My beloved hubby


My beloved Long

 Posing-posing sebelum makan :)


Nasi putih RM 1.80 sepinggan ( tambah RM1.50 ) 
Gulai Kikil  RM 20 Urat lembu ni )
Dendeng Batakok  RM 14 
Ikan Nila Goreng (ikan talapia ) RM20
Sambal Hijau RM3.50
Sayur RM 4.00
Air Teh Ais/Nescafe Ais RM4
Air Teh O Ais RM 3.50
Air Mineral RM2
 Ice Teler RM8

Total Burst : RM 111.50 termasuk service charge 5% dan gov tax 6%


Ni hah ikan talapia dia. Digoreng rangup. Penyedap dia sambal kicap kat tepi tu. 


 Ni lah rupa Ice teler tu. macam abc tapi yang ni siap ada kelapa,nangka, avokado dan sago. 

 Dah kenyang !! :)

Pandangan saya biasa-biasa sahaja rasanya seperti kedai-kedai minang biasa. Cuma tempat ni nampak eksklusif. Artis dan selebriti selalu datang Long saya cakap. Masa saya tengah makan Boy Iman masuk. Tapi buat tak tahu ajer..hehehe. Sekali sekala boleh lah menjamu disini sebab bagi saya agak mahal.  

 Ni tempat ambil lauk. Kena pergi pilih sendiri nak lauk apa. 

Ni ruang makan bahagian dalam ( Berhawa dingin ) Kat luar restoren pun ada jugak tempat makan . 




Korang pernah ke cuba makan nasi padang ni ? 




Sari Ratu Restaurant
No 26-28, Jalan 4/76C,Desa Pandan,
55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-9285 8811


Tuesday, October 29, 2013

Supper @Melting Pot,Concorde Inn,KLIA

Ni edisi jjcm@elissmie.com. Sebenarnya kami kesini sebab nak jumpa kazen my hubby dan keluarga yang akan bertolak balik ke Qatar.Setahun 4 bulan diorang tak balik.Hari tu masa kat terengganu tak sempat jumpa.Ada jugak rezeki nak jumpa.Kalau tak tahu la bila boleh jumpa balik. Jom la layan gambar kitorang kat situ.

                           
My hubby dan kazen dia

      Saya dan isteri dan anak-anak kazen my hubby

Saya minum teh o ais ajer.Dah la cair gila.mamak tengok menangis ni.RM7.

Concorde Inn Kuala Lumpur International Airport
Jalan KLIA 1/60, KLIA, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel:  +603-8783 3118     Fax: +603-8783 1211


Sempat beli fridge magnet kat situ.Tapi mahal btol la seketul.RM 12.90.Yang saya beli kat situ yang Muzium Negara tu.Yang lain-lain tu saya dapat minggu lepas.Sarawak dari Azhar,masa konvo my nuha tu ngecek MBSB yang buka booth kat situ dan satu lagi Cherating lupa nak tayang hari tu.


 Koleksi terkini fm setakat 29/10/2013

Tuesday, December 04, 2012

Makanan Cina Muslim @ Hj Sharin Low Setapak

Selepas amik Durian Crepe dan Pavlova dari Irma , kitorang macam biasa lah. Harus JJCM . Kali ni JJCM @ elissmie, singgah makan di Restoren Hj Sharin Low Setapak.Ingat nak pergi uptown Danau Kota lepas tu, tapi cuaca tidak mengizinkan.Hujan pulak. Jom la jamu mata :)
Sebelum tu tayang wajah-wajah pemakan dan tukang belanja terlebih dahulu.


Terima kasih Kak Long dan Long :) Ini Long, bukan Ah Long :p


Us :*
My beloved dotter :*


 Saya yang bagai dipam-pam ...Berapa la berat terkini ni..alahai..

Jom tengok menu pulak yer..


Antara menu yang ada.



Sup Sayur Campur RM8


Model Roasted Duck :p


Roasted Duck RM 13


Squid Salted Egg - Highly recommended...

Kerapu Kukus Nyonya - Rasa dia ala-ala asam pedas melaka

Total : RM130 ++ ( Termasuk Nasi putih 4 + Nasi Goreng Cina dan 5 jenis air) 


Nak sejuk, boleh makan kat belah sini..Ada aircond

Kitorang makan kat sini ajer, bawah kipas :p


Korang suka makan apa kalau masakan cina ni ?

p/s:

Masih teringat- ingat Squid Salted Egg tu..


Restoran Hj Sharin Low Setapak
Alamat : No. 6, 8/23E, TAMAN DANAU KOTA, OFF JLN KLANG GENTING, 53300 SETAPAK, KL TEL:03-4142 6995. 
Twitter:HjSharinLow
Tel : 03 - 4142 6995
Email : mniche07@streamyx.com


My Nuha | Aku Bukan Chef

Tuesday, November 27, 2012

Hubby mengidam durian crepe, saya mengidam pavlova dan Pai Tee

Orang lain yang mengandung, orang lain yang mengidam . Layankan jer la dia yer. Bagi hubby peluang nak mengidam jugak. Mesti dia baca entry Eyriqazz pasal Durian Crepe ni Durian Crepe Gebu dan Sedap. Semalam cakap kat saya suh order durian crepe dengan Irma. Hari ni, saya masuk jer blog irma, sekali terpandang entry baru Tempahan Durian Crepe Sudah Dibuka. Memang fenomena jugak Durian Crepe skang ni kan. Tak pasti la irma guna resepi apa, adakah guna resepi 5 jenis tepung ?




Buat semua penggemar durian. Tempahan sudah dibuka.Pengambilan hari SELASA 27 Nov 2012 bermula pukul 3 petang hingga 10 malam atau JUMAAT 30 Nov 2012 pukul 12 tengahari hingga 10 malam.[ korang nak order, klik sini] Sedihnya, ingat nak amik hari Sabtu ni tapi cuma sampai jumaat sahaja bukanya.




Pavlova yang saya menang hari tu pun, dan irma janji nak buatkan 2 layer tu, tak terambil-ambil lagi ni. Dah terliur sangat dah ni. Minggu depan family day ofiz pulak kat Bukit Merah Laketown Resort ! Bila la nak merasa pavlova free ni asyik tertunda-tunda ajer :( Pandangan Peribadi Pavlova Irma boleh baca kat sini.



Dan Pai Tee, yang ni saya makan 2 minggu lepas dengan mantan boz Ida , di TCRS Tesco Shah Alam. Rasa nak makan lagi :p

Korang rasa nak mengidam sama ker ? hahahaha. lariksss..



Thursday, July 19, 2012

Ayam Penyet AP, KL Festival City dan Review Eyriqazz

Ok, kali ni jauh sket jalan jalan cari makan di elissmie. Kat KL lah pulak kan.Sebenarnya kami semua lunch di Restoren Ayam Penyet AP sebelum cuci mata di Kiason [entry semalam].Tapi malam sebelum tu, my SIL, Kak Long belanja dinner kat Rosdet Tomyam Kampung Baru [tak der gambar sebab semua kebulur, teringat betul Kerabu Kaki Ayam dia ] .



Lukisan di dinding ni mencuri tumpuan . Sumolah? Versi perempuan gamaknya :p Atau kes berebut suami ? keh keh keh

Antara minuman yang ada disini.

 Wajah pemakan sekalian.


 My Nuha mula-mula nak bihun sup, sekali bila sampai nasi, nak nasi pulak.
 Bakso yang kami order tu kongsi makan sket-sket sorang . RM5.90


My Long makan Nasi Putih + Ikan Kembong Bakar (macam rentung jer ;p ) RM8
Pandan Special Layer Tea RM 4.50. Air sebelah tu hubby punya Cappucinno Ice Blended RM6.00

Kak Long makan Nasi Putih + Ikan Lele Penyet RM 7. 
Hazelnut Coffee RM3.90
Kongsi Sup Ekor RM9.50 tapi sup ekor dia kurang kick macam kat Wong Solo ;p


 Saya pulak Nasi Putih + AP Ayam Penyet RM8.50
Lychee Shake RM 4.50
Bagi saya ayamnya lembut dan sambal jugak pedas tak seperti saya cuba di Seksyen 9 dulu yang tak berapa nak pedas sangat .Tapi kalau tak de sambal dia, tawar pulak ayamnya.
Tapi sayur la kurang puas hati sebab bagi kobis mentah (kalu celur tak per jugak)  instead of salad kan :p

 Hubby makan Nasi putih + Bebek Bengil. Bebek = Itik ;p RM11.90
Sedap katanya.


Total : RM87.65


Review dari Eyriqazz ni hubby yang snap :)

Korang dah pernah try ker Ayam Penyet AP ni ?

Alamat :
AYAM PENYET AP
LOT G37 KL FESTIVAL CITY
67 JALAN TAMAN IBU KOTA
TAMAN DANAU KOTA, SETAPAK
KL
Tel : 03-4131 3585


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)