Showing posts with label doa amalan semasa mengandung. Show all posts
Showing posts with label doa amalan semasa mengandung. Show all posts

Monday, June 18, 2012

Mengidam masam-masam pulak dah, apa tandanya?

Dulu masa mengandungkan my Nuha, hari-hari nak makan manis-manis.Nasib baik tak kena kencing manis walaupun tiap-tiap bulan kena minum air gula sebab diabetes family history gitu kekdahnya. Dari arwah nenek kepada my Abah ada diabetes. So sebagai langkah jaga-jaga gitu la kan.Dah la saya ni anak perempuan, orang kata kebarangkalian lagi tinggi. Wallahualam.Kena refer doctor blogger balik, Daddy Ziyyad atau DrHanie  :) Sila jawab yer doc2 !

Kalau baca-baca balik, entry saya yang lepas berkaitan dengan Tips Untuk Dapatkan Anak Lelaki , katanya kena banyaknya makan masam-masam dan seafood. Seafood memang all time favourite dan masam-masam, hurm, suka jugak tapi sekarang ni makin menjadi-jadi .

Last week, tanya my hubby dia nak makan apa, dia cakap dia nak makan mee segera ajer. Senang kerja mak, sebab masa tu saya teringin nak makan lauk ni, ikan rebus letak lada jarum (masam-masam pedas-pedas rasa dia) , udang bakar tawar dan timun cicah budu !Kampung sangat kan :p Dulu masa mengandungkan my Nuha  nak makan manis-manis ajer dan western food :p


Lepas tu MMS pic ni kat my Long, dia cakap nanti anak keluar muka kampung ! hahaha. Keji gila ok !

Tapi kalau muka kampung macam Remy Ishak, mak rela you :p

Doa untuk mendapatkan anak lelaki :-

 Maksudnya : "Ya Allah, sesungguhnya kami akan memberi nama anak yg berada di dalam perut isteri kami dengan nama Muhammad maka jadikanlah dia untuk kami seoang anak lelaki dengan hak orang yg mempunyai nama yg mulia ini yakni Nabi Muhammad"

 ~ Doa ni dibaca sebanyak 3x dengan meletakkan tangan di perut isteri yg sudah hamil 2 atau 3 bulan ~

Doa untuk elak keguguran :-


Surah Hijr 97-99 Cara-cara Bacaan. Wanita yang mengandung, amalkan ayat-ayat ini selepas setiap kali solat. Baca sekurang-kurang 3 x doa ini dan dihembuskan pada perut anda. InsyaAllah usaha anda diberkatiNya.

Surah-surah yang bagus diamalkan ketika sedang mengandung :

1) Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
2) Surah Luqman - untuk anak yang cerdik
3) Surah Yaasin - untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
4) Surah Maryam - untuk memudahkan bersalin
5) Surah al-Hujurat - untuk membanyakkan susu ibu



Apapun, yang penting anak kita sihat dan sempurna, boleh amalkan ayat ni. 


Korang ada tips lain untuk mendapatkan anak lelaki yang pernah korang amalkan ?



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)