Wednesday, June 24, 2020

Raya PKPB @ Jabatan Operasi ICT


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dah habis raya baru boleh update pasal raya @ ofiz. Tak sempat nak post awal-awal. Kita letak la sini sebagai kenangan. Harap tak ada dah la Raya PKPB ni.  Tahun ni ingat tak ada dah raya kat ofiz tapi sebab semua pun tak beraya sakan, so kita gembirakanlah hati sendiri. hahahaha

Menu tahun ni tak semeriah tahun lepas . Tahun lepas 20 menu kan. hahaha

Menu tahun ni : -

Kak Mai-  Asam Pedas Tetel & Keli Cekur
Kak Ina - Daging Dendeng
kak sal -Mee Kari 
Team saya  - nasi putih, air panas, air sejuk, telur dadar, lontong + sambal sotong, rendang ayam + rendang daging + Lemang + dessert 
Tetamu VVIP: Kak Mazni ( Puding Oreo) dengan ucapan bila nak bawa Laksa Johor pulak. Jumaat depan eh? hahaha


Kek dari Secret Recipe - Chocolate Odyssey



Puding Oreo Puan Mazni


Puding Milo Oreo 



Mee kari meletops. Resepi dah ada ni. Nanti boleh try . Letak sini la nanti boleh refer. Terima kasih Kak Sal. 

Resepi Mee Kari Meletops Puan Sal 

Bahan-bahan : 

Serai 2@3 batang ketuk
Halia seinci*
Bawang besar 2  ulas*
Ikan Bilis *
Bwg putih 5ulas *
Blender bahan bertanda *
Sebungkus rempah daging
Setengah bungkus rempah ikan 

Condiments: 
Syur tauge 
Sawi celur
Kacang panjang
Bwg grg 
Telur rebus

Cara-cara:  

Tumis bahan blender shingga naik bau. Bila dah garing masukkan rempah. Masakkan sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan ayam. Bila mendidih masukkan sedikit santan dan fishcake, fishball dan tauhu kering. Masukkan perasa.  Sedia dihidangkan. 

 ✌️😋


Yang ni order dari @rozabakes . Boleh follow kat instagram yer. 


Brownies Walnuts with Chocolate Chips. Terima kasih kak Roza siap percuma Chocolate Chips lagi tu. 


Nasi putih dengan sambal ikan keli cekur dan asam pedas daging 


Mee kari pun makan jugak. Sedapnya. 


Ketupat nasi daun kelapa lagi hah. Memang terbaik la. 


Tak lengkap tanpa rendang kan. So ada Rendang daging 


Rendang ayam  pun tak ketinggalan. Terima kasih Isteri Abang Harmazi preparekan . 



Last but not least  Lemang Meru yang dibawakan khas oleh Anakperak.com . TQ zul tolong belikan. 



Ikut SOP yer. Sila jaga jarak 1M 



Tunjuk yang penjarakan sosial 


Yang tak penjarakan pun ada ni 



Maaf lah siap ada sticker kucing pulak kat sini. hahaha

Sampai bertemu lagi pada makan-makan akan datang. Hahaha. Maklumlah dah boleh berhimpun tak lebih 250 orang lepas 1 Julai kan. hehehe


Siapa orang yang bertakwa?  Surah Ali'Imran ayat 134: " iaitu orang yang menafkahkan (mendermakan) hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan

0 Comments:

Post a comment

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)