Thursday, April 04, 2019

Review Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Korang dah tengok ke Upin & Ipin :  Keris Siamang Tunggal ? Hari tu berkesempatan bawa anak-anak tengok wayang kat AEON Bukit Raja. Dengan jiwa kanak-kanak penuh di dada mak dan my hubby bawa la diorang tengok seawal 10 pagi lagi. Semua excited bukan main sebab lama dah tak tengok wayang.Last 2 tahun lepas kot citer Tombiruo. Semua dah booking kat tgv online even popcorn pun . Tak perlu bersesak-sesak sebab ada fast lane untuk redeem bagi beli makanan online. Saya suka tengok wayang awal pagi ni sebab senang nak parking. hahaha. Mall pun baru nak buka kan. 


Ada pulak poster Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal  kat depan AEON Bukit Raja ni

2 anak dara mak


3 anak dara mak. Adik pun nak bergambar


My Nawfa dalam wayang sebelum tayangan


Amboi khusyuk dik tengok hp Abah 


Baru pandang Ummi yer


2 budak happy 


My Nuha amikkan gambar  
Sinopsis : Semuanya bermula apabila Upin, Ipin dengan kawan-kawannya: Ehsan, Fizi, Mail, Jarjit, Mei Mei dan Susanti tersandung pada keris mistik di bilik stor Tok Dalang. Keris ini tiba-tiba membuka portal dan membawa mereka terus ke kerajaan Inderaloka. Ketika mencari jalan pulang ke Kampung Durian Runtuh, mereka berjumpa dengan watak-watak dari cerita dongeng Melayu dan Malaysia seperti Mat Jenin dan Belalang. Mereka sekarang perlu bekerjasama memulihkan kerajaan ini kembali ke keadaan sediakala dan melawan dengan Raja Bersiong yang ingin mengambil alih Inderaloka.
Jalan cerita semua dah tahu. Saya bagi 9 bintang. Animasi memang superb. Rugi tengok wayang biasa nya tapi tetap rasa macam masuk dalam animasi .1 bintang saya potong untuk action yang saya nampak macam meleret especially part awal yang Raja Bersiong tu dan part last  masa Mat Jenin bertukar jadi Siamang tu berlawan dengan Raja Bersiong tu. Lama sangat berlawannya. Macam tak in pulak part tu. Tapi my Nuha dan my Nayla diorang ok je. Sebab saya kan berbekalkan jiwa kanak-kanak, tak nak la ada action sangat. hahaha. Lagi satu 2 jam tu macam terlalu lama untuk budak bawah 6 tahun. My Nayla sampai asyik tanya bila nak habis sebab dia dah mengantuk sebab letih.Memang too loud la sebenarnya sound wayang ni kan. Saya tengok yang standard pawagam ajer.Dapat pulak murah tiketnya RM 9 je seorang dewasa dan kanak-kanak. Mungkin lepas ni boleh cuba yang family friendly tu. 

Nasib la my Nawfa dari start masuk sampai 10 minit terakhir tidur. Even bising-bising tak terjaga. Tidur berpeluh-peluh dan bising-bising pun steady lagi. Anak mak. hahaha. Lepas tu bangun, kemain ceria layan Upin dan Ipin. Wayang memang panas gila. Tak tahu la macam mana saya boleh bertahan sampai 2 jam. hahahaha. Full house kau. Masa booking ada separuh lagi tapi bila hari kejadian sampai kebawah duduknya. Row depan saya tu siap 2 baris anak-anak yang dibawaknya. Angkut satu kampung ke macam mana tu. hahaha

Tapi bagi saya yang terpaling best adalah lagu OST dalam cerita tu. Memang terngiang ngiang kat dalam kepala lagu tu esp Keris Sakti.Ada 2 lagu iaitu Keris Sakti by Fakhrul Razi dan Buai Laju-laju by Ernie Zakri, anak jiran Ad. 


Penyanyi Jazz Brunei rupanya aka Nakhoda Ragam 


Lirik Lagu Keris Sakti OST : Upin & Ipin Siamang Tunggal by Fakhrul Razi
Keris sahabat pada yang setia
Seteru pada yang derhaka
Siapa dia pahlawan perkasa
Yang akan menegak keadilan

Tujuh petala langit seru namanya
Tujuh petala bumi gerun akannya
Keris sakti kekuasaan raja
Keris sakti kebesaran negara

Jangan berkelana entah kemana
Hilang takhta hancur negara
Pulanglah segera menghalau durjana
Airmata merungkai segalanya

Tujuh petala langit seru namanya
Tujuh petala bumi gerun akannya
Keris sakti kekuasaan raja
Keris sakti kebesaran negara

Jangan berkelana entah kemana
Hilang takhta hancur negara
Pulanglah segera menghalau durjana
Airmata merungkai segalanya

Lalala lalala lalala lalala lalala
Jangan kelana entah kemana
Pulang segera menghalau durjana
Jangan kelana entah kemana

Pulang segera menghalau durjana
Jangan kelana entah kemana
Pulang segera menghalau durjana
Jangan kelana entah kemana
Pulang segera menghalau durjana


Daripada Abu Hurairah RA mengatakan Rasulullah SAW bersabda: “Jika sifat amanah telah disia-siakan, maka tunggulah kedatangan hari kiamat (tanda kiamat semakin dekat).” Lalu seorang sahabat bertanya: “Bagaimanakah yang dimaksudkan sifat amanah disia-siakan ya Rasulullah?.” Baginda menjawab; “Jika diserahkan sesuatu urusan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kedatangan hari kiamat.”    (Hadith riwayat al-Bukhari, No. 6496).

0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)