Thursday, January 24, 2019

Review dan Spesifikasi Oppo A3s

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni cerita pasal handphone baru mak sudah. Buat kenangan kat blog yang suam-suam kuku ni. Akhirnya setelah hampir 6 tahun menggunakan Galaxy Mega, ianya sudah sampai ke penghujungnya. Sebelum ni dah pernah rosak disebabkan OS. Kali ni masalah lain pulak. Tak hidup terus. Memang dah kena minta tukar baru dah. Dah beli zaman my Nayla. Dah tadika pun tahun ni Galaxy Mega tu. hahaha

Kenapa pilih oppo A3s ? Sebab budget. hahahaha. So setelah mak telek-telek flyer yang mak kutip kat AEON Big Klang , yang Oppo A3s ni sahaja menepati budget. RM599 gitu. Kurang RM1 je dari budget. Sebenarnya Oppo A3S ni ada 2 variant. Satu yang harga RM 599 ( 16GB) dan satu RM 799 ( 32 GB). Warna pun ada dua. Merah dan Purple. Sebab nak matching dengan kereta merah kena la beli warna merah. hahahaha.Padahal favourite colour purple. Sebenarnya tak tahu pun yang other colour tu purple. Ni google baru tahu. Dalam flyer macam warna biru. Mula la nak menyesal tu. hahahaha

 Seminggu jugak pakai phone my Nuha. Hari minggu dia minta telefon dia balik sebab hari minggu je boleh guna phone. Tu syarat nak pakai phone untuk anak-anak. Kecuali minggu exam. Meh kita unboxing Oppo A3s ni. Ok bohong. Salesgirl kat kedai yang dah unboxing siap-siap. Tinggal mak guna je. Mak siap suh install whatsapp dengan Facebook. Dasar pemalas tu kan. Yang mak tahu mak dah boleh guna lepas bayar.




Tadda.. Kotak Oppo A3s. Konon-konon unboxing la kan

Didatangkan dengan charger la kan



2 Casing dia bagi free . Yang putih suci dan satu lagi dia suh pilih. Tadak pilihan. Yang tu je ada.Tempered Glass pun free


Headset pun free


Simcard tool yang macam paper clip tu. Waranty card setahun 

Try selfie sekali. Flawless gitu. Siap dagu runcing tu tak menahan. Kecantikan palsu semata-mata. hahahaha


Nampak menyelerakan tak ? 


Penuh gambar budak kecik ni. Yang kakak-kakak tak sempat nak bergambar lagi. hahaha

Overall semua puas hati. Yang penting cantik amik gambar. Cuma sempat dengan tidak je nak upload dalam instagram. hahaha

Spesifikasi ni amik dekat website Oppo Malaysia. 

Dimensions/Weight

Height 156.2mm
Width 75.6mm
Thickness 8.2mm
Weight 168g

Basic Parameters

Color Dark Purple, Red
Operating System ColorOS 5.1, based on Android 8.1
Processor Qualcomm Snapdragon 450
GPU adreno506
Battery 4 230mAh
RAM 2GB
Storage 16 GB

Display

Size 6 .2 inches
Type In-Cell IPS
Resolution HD+ (1520 by 720 pixels)
Colors 16 million colors
Touchscreen Multi-touch, Capacitive Screen, Gorilla Glass 3
Support for Gloved and Wet Touch Input

Camera
Rear Sensor 1 3-megapixel + 2-megapixel
Front Sensor 8-megapixel
Aperture Front:f/2.2
Rear: f/2.2 + f/2.4

Connectivity

Frequencies GSM, WCDMA, TD-LTE, LTE FDD
SIM Card Type Dual Nano SIM Cards & Micro SD Card (Total 3 slots)
GPS GPS/aGPS/Glonass
Bluetooth 4 .2
OTG Supported
NFCNo

Daripada Abdullah (Abdullah bin Mas'ud) RA daripada Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya kebenaran akan membawa kepada kebaikan yang akan menuju ke syurga. Sesungguhnya jika seseorang itu sentiasa berlaku benar sehingga dia akan dikenali sebagai orang yang benar. Sesungguhnya kedustaan itu akan mendorong kepada kejahatan yang akan menuju ke neraka. Sesungguhnya jika seseorang yang selalu berdusta sehingga dia akan dicatat di sisi Allah SWT sebagai seorang pendusta.” (Hadith riwayat al-Bukhari, No: 6094, Muslim, No: 2607, Abu Dawud, No: 4989, al-Tirmizi, No: 1971, Ibn Majah, No: 46, Ahmad, No: 3456, al-Darimi, No: 2757)

0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)