Friday, January 17, 2014

DIY photobooth props dan goodies bag

Selamat bercuti semua ! Tak habis lagi kisah birthday my Nayla ni. Hari ini nak berkongsi macam mana nak DIY photo booth props dan goodies bag. Mula-mula DIY photo booth props dulu . Bahan asas yang diperlukan : Kertas berwarna, Chopstik , Gunting , Pita Pelekat dan Pisau. 



Korang boleh buat carian gambar photo booth props yang macam mana korang nak buat. Gambar-gambar yang saya punya hari tu korang boleh download kat sini : 

https://docs.google.com/file/d/0B8bFKYmEWcFTX3ctZFBQbTN0Z1U/edit  ( berwarna) 
https://docs.google.com/file/d/0B8bFKYmEWcFTYVZjUGduMDR1Vnc/edit ( outline)
https://docs.google.com/file/d/0B8bFKYmEWcFTTExubWpHV2ZCNnM/edit (hitam )

 Lepas dah print tak reti-reti nak potong? hehehe. Kalau pakai kertas tebal sket lagi bagus. Boleh recycle untuk next event kalau ada .Yang saya dah selamat dikerjakan anak-anak. 


Testing kat diri sendiri dulu :p 

Kalau perasan, ada flag yang berwarna warni kat belakang meja makan tu kan. Yang tu pun saya buat sendiri. Beli wrapping paper 3-4 warna dan potong bentuk segitiga. Lekatkan pada tali dengan pita pelekat.Tapi tulisan happy birthday tu beli ajer.Tali pun beli kt situ gak.Tulisan tu RM9.90 kat Clover Craft , Seksyen 9 Shah Alam. Berhadapan dengan Restoren Zam Zam tu. FB : Clover Craft

Ini photo booth yg simple saya  siapkan.
Bolehlah amik gambar kan...

   
My Nuha dengan salah satu props yg saya buat

My Nayla pulak beraksi


Seterusnya pasal goodies bag ni. Yang ni memang jimat kos .Yang diperlukan paper bag ,pita pelekat dan tulisan untuk tampal.

Paper bag tu kalu perasan yang letak makanan tu kan. Tak silap cuma RM3 untuk 100 paperbag.Lagipun anak-anak suka jajan kan bukan paperbag.hehehe

Macam mana idea DIY photo booth props dan goodies bag ni? Boleh jimatkan kos kan?

12 Comments:

  1. kalau tengok org buat cute je...kalau akk buat sendiri tatau la rupa apa...hheee

    ReplyDelete
  2. rajin Eliss buat sendiri semua props & goody bags.

    ReplyDelete
  3. amboihhh... rajin yea kalau buat props2 tu... hehehe

    ReplyDelete
  4. rajinnya eliss buat semua ni..saya kdng dah semangt nak buat tetiba byk lak keje lain..huhu

    ReplyDelete
  5. assalam..blh emailkan tak softcopy props tu..thanks =)
    azie@tpm.com.my

    ReplyDelete
  6. assalam..boleh tak emailkan saya softcopy props2 lawa tu..thanks =)

    azie@tpm.com.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry tak ada soft copy. download jer dari link kat atas yg saya berikan tu. terima kasih. yang saya donload tu pun saya dah delete.

      Delete
  7. comei...tgh usha nk buat diy bnda ni

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)