Tuesday, July 02, 2013

Ukuran Kain Untuk Cadar Saiz Katil King

Hari tu jalan-jalan cuci mata ngan Ad kat Jakel Seksyen 7 Shah Alam. Konon-konon nak survey baju raya.Tengok tak berkenan sangat pun maklumlah masa tu belum gaji. hahaha. Tengok tak der perasaan jer la jawabnya. Then masuk lak kat ruangan cadar ni. Saya ni memang suka cadar-cadar yang cantik-cantik ni. Biasa beli jenis Akemi dan beli time offer ajer. Rupanya kat Jakel boleh tempah cadar untuk dijahit.


Ini ukuran kain yang diperlukan untuk cadar saiz king ajer.
Sebenarnya, tak der ukuran untuk saiz queen kat situ, kalau tak mesti saya snap.

Kain-kain kat sini RM16.90 semeter. Kalau nak buat cadar king fitted 2 bantal 4.5 meter = RM 76.05 . Kalau upah jahit lagi tak tahu lah berapa yer . Biasa saya beli dalam RM 70-80 jugak cadar king ni. Time offer dapatlah dalam RM50 ++.

Geram-geram tengok kain cadar belah sini pulak.


Close up sket. Saya memang suka yang belang-belang atau bunga-bunga pastel gitu.

Mak aih. Terpitam kejap. RM22.90 semeter. 
Kalau nak buat cadar king fitted 2 bantal 4.5 meter = RM 103.05 tak termasuk upah .

Tak reti jahit, beli ajer yang dah siap ni ada sales. RM 69.00

Yang ni lagi murah RM 49.00 ajer

Macam-macam ada.

Close up sket cadar yang saya berkenan. Bila nak pergi balik ntah.


Korang pernah buat cadar sendiri ? 


 p/s:

Saya dah pandai jahit tepi cadar, kalau nak hampar bodoh-bodoh macam tu boleh dah :p


9 Comments:

  1. baru ni beli brand akemi ... sangat puas hati ... lembut & sejuk

    ReplyDelete
  2. beli toto 2nd je yg jual kat paso kat kg tu
    wangi2 n sedap..
    nak beli cadar mahey2 ni
    pening lah karang
    budak2 tu seme kat umah aki seni..

    ReplyDelete
  3. Raa beli cadar siap jer.. beli pon yang skali ngan toto tuh.. beli kat Ganu murah..:)

    ReplyDelete
  4. dulu suka beli cadar queen brand jusco collection. habis semua jenis patern saya da beli.
    ntah napa sekarang dah tak de lagi.

    ReplyDelete
  5. Untungnya Eliss boleh jahit cadar, seronok, beli kain & jahit ja sendiri. Lega sungguh. Akak ni asyik kena beli yg dah siap ja.

    ReplyDelete
  6. salam..bminat nak tempah cadar ..bole tempah dgn saya..cadar semua cotton dan sy jahit sendri d rumah..nak fullset dgn comforter dn quilt cover pun bole..smua tu sy jahit..nk cepat bole watapps sy 0192926288-nisa..nak tgk corak pilihan cadar add sy di fb mnisaa cadar..byk cadar terbaru ..bole tempah tuk raya kan..t.k

    ReplyDelete
  7. saya ambik upah wat cadar..kunjungilah fb saya...sulamanmesin...TQ

    ReplyDelete
  8. Terima kasih berkongsi gambar Dan harga kain.saya tengahari buat perbandingan harga kain untuk buat cadar di Sarawak.

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)