Tuesday, June 19, 2012

Terserempak rakan blogger , korang pernah?

Jumaat lepas , terserempak kat kedai makan area Shah Alam ni dengan apak cikidong. Lenkali la nak suruh apak belanja yer jika terserempak lagi :) Kalau jumpa sekali dengan Aishah, mahu nak picit-picit pipi anak dara sunti dia tu. Lenkali jumpa,  mungkin boleh bawak Isabelle sekali, sebab dia nak sambung belajar oversea dah bulan depan. Tahniah yer, jangan lupakan aku dan belikan aku fridge magnet :)


Ni pulak kejadian berlaku tak silap bulan lepas, terserempak pulak dengan rakan blogger seofiz, cuma lain cawangan ajer, Eb Ezrin. Pernah dengar suara kat telefon ajer. Ni depan mata kan. Mula la nak konfius. Eb ni ada kursus kat ofiz saya ni, sebab ofiz saya ni ada makmal komputer gitu kekdahnya. Mula-mula saya senyum kat dia dengan konfiden cakap Eb kan, lepas tu dia boleh balas senyum balik dan buat blur-blur ayam kat situ.Hahaha. Mak tersalah orang ker ni :p

Lepas tu , dah malu , saya pun blah macam tu sebab masa tu memang nak pergi breakfast. Balik ofiz, tengok gambar dalam blog, terdetik dalam hati, saya rasa memang dia lah orangnya dan SMS tanya dia kat mana. Sekali dia reply dan cakap betul tu dia. Lepas tu jumpa la kat situ. Kawan blogger kita ni tengah sakit, tu pasal jadi macam tu.Kesian pulak, dengan tak dayanya macam tu. Esoknya yang best siap dia usung kamera godang sakit-sakit tu. Alahai, demi sebuah kenangan kan. Dan hasilnya mestilah cun yer dak, DSLR katakan :) [ abaikan tuan belog yang tidak cun dan bagai dipam-pam gitu ] Terima kasih jugak kepada adik ipar Eb yang sudi amik gambar kitorang :)






Dan terima kasih Eb untuk entry INI , jom terjah :)

Korang pernah ke terserempak rakan blogger ?

p/s: 




20 Comments:

  1. bila nak terserempak dengan shakiddo? heheehee

    ReplyDelete
  2. semestinya seronok kan.

    p/s pernah gi sharing session n event nuffnang. tu yg pernah jumpa ramai blogger.

    ReplyDelete
  3. setakat ni x pernah jumpa lg kak eliss..janji2 nk jumpa adalah..tp byk plak hal cekadak kalo berjanji ni..mmg kene jumpa tanpa janji2 br menjdaik..hehe

    ReplyDelete
  4. aku pernah gak teserempak tapi aku segan nak tegur takut dia tak kenal aku hehe

    ReplyDelete
  5. tak pernah lagi setakat ni..ke aku yg tak nampak orang? kih kih kih

    ReplyDelete
  6. pernah terserempak dgn azzamoro masa kat Jusco kat area Kl dulu, tp xsmpt nk ckp sbb tgh kelam kabut cari surau nak solat maghrib..masa tu dh nk habis waktu

    ReplyDelete
  7. nak jupe etek...pernah gak skali dua jupe blogger..tp dorang x berblog dah skg..huhuhu

    ReplyDelete
  8. teserempak n kenal plak tu....wahh bagus2....teserempak yg mmg satu office peanh le ~kikiki

    ReplyDelete
  9. Saya terserempak dgn ramai rakan blogger...masa gathering blogger! hehehe..
    Awak di shah alam kan? Kalau jumpa insya allah saya tegur :-)

    ReplyDelete
  10. kalo 'TER' rasanye belom pernah lagi.. tapi kalo memang nak jumpa.. ade lah.. pernah join potluck dengan eB dan Nureen.. :)

    ReplyDelete
  11. kalau terserempak dgn saya sila tegur ye :) hehehe masing masing tegurla ye

    ReplyDelete
  12. terserempak tak pernah lagi..hehe. Belle nak pegi oversea ke? uii,..

    ReplyDelete
  13. bila kita nak terserempak ye? hehehehhehee kot2 u dtg ikea ke...huhu

    ReplyDelete
  14. penah jugak
    tapi lupa la pulak nak bergambo bagai.. haha

    ReplyDelete
  15. Hurmm....nampaknya kena tunggu kat pintu masuk Uitm baru lah leh jumpa ngan tuan punya blog dan niza kan.... huhuhu

    ReplyDelete
  16. terserempak rakan blogger tak pernah tapi reader pernah, ditegur masa p pasar malam.

    ReplyDelete
  17. Bestnyer jumpa dengan eB... :)

    ReplyDelete
  18. tulah.. nak ushar punya ushar.. terushar elissmie plak ahhahaha kantui

    ReplyDelete
  19. pernah2... terserempak dgn kak ana suzana yg fofular tu..hik hik hik

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)