Thursday, January 04, 2018

Tips Dapatkan Balik Duit Tidak Keluar Dari ATM Bank Islam

Assalamualaikum dan Selamat Petang . 2 minggu lepas masa gaji tu terus saya keluarkan duit sebab nak settlekan urusan bayaran sebab nak balik kampung masa tu. Sekali mesin ATM macam hang gitu. Lama proses nak keluarkan duit tu. Jenuh menunggu saya tekan butang Cancel. Sekali bila semak balik kat ATM tu, duit dah ditolak dari Akaun Bank Islam.Amaun pulak agak banyak. Cuak jugak mak. Lepas tu terus call Call Centre Bank Islam 03 26900900. 

Memang agak lama jugak cuba untuk bercakap dengan Pegawai Perkhidmatan Pelanggan tu dan sampai sistem arahkan untuk masukkan nombor telefon untuk dihubungi balik. Saya dah tinggalkan nombor tu tapi sebab tak puas hati kan, saya cuba lagi telefon sampai berjaya. Pegawai Perkhidmatan Pelanggan Bank Islam call balik dalam pukul 3 lebih. Saya tinggalkan nombor pada pukul 11 pagi lagi.  

Perkara pertama korang kena tahu adalah berkenaan maklumat akaun korang la untuk diorang trace, ATM mana yang korang keluarkan tu, pukul berapa kena tu, berapa jumlah yang korang keluarkan , balance dah tinggal berapa dan bila last korang keluarkan duit . Nak senang kalau bank islam, terus check internet banking kan.Pegawai Perkhidmatan Pelanggan Bank Islam cakap duit akan masuk balik dalam 5 - 7 hari. Kebetulan masa tu cuti bersambung sambung kan 6 hari lepas baru saya dapat duitnya. Alhamdulillah dipermudahkan . 

 Akaun saya yang ditolak

6 hari lepas dah masuk balik duitnya


Pertama kali kena macam ni kat ATM Bank Islam. Nasib Ad pun pernah mengalami perkara yang sama. So kalau dah kena tu cuba bawa bertenang dan tarik nafas dalam dalam. Ok hembus. Lepas tu google nombor Call Centre bank yang telan duit korang tu. hahaha. Semoga tips ni membantu dapatkan balik duit tidak keluar Dari ATM tu. Tak kira mana-mana ATM, prosedurnya sama je . 


Korang pernah kena macam ni ? 

Daripada Shuhaib RA berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”
(Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2999)



Tuesday, January 02, 2018

Persiapan Persekolahan dan Hari Pertama Persekolahan 2018

Hari ni anak-anak dah mula hari pertama persekolahan. Alhamdulillah, walaupun minit minit terakhir, berjaya juga melengkapkan persiapan persekolahan untuk my Nuha dan my Nayla tahun ni. Tahun ni saya balik Terengganu dan membeli semua kelengkapan persekolahan di sana. Boleh la jimat sikit . Tahun ni belikan baju sekolah ajer untuk my Nuha sebab kain dia semua ok lagi. Macam tak tinggi pulak dari tahun lepas. Boleh repeat lagi sampai tahun depan sebab kain semua labuh dan saya lipat je. Tahun depan tinggal buka jahitan je .hahaha

My Nayla muka tak puas hati tu. Dia menangis pagi tadi sebab risau nak masuk kelas 5 tahun. Mungkin dia ingat sekolah lain. haha. Kakak first time pakai tudung macam tu. Harap elok la sampai balik. Sekolah kebangsaan sesi pagi tahun ni, tak ada lewat sangat sampai rumah hari ni sebab sekolah agama habis 5.30 petang. 

Hari tu balik Terengganu beli juga kat Hari Hari jugak macam tahun lepas sebab dapat voucher dari sekolah my Nuha 10%. Tapi kat situ tak ada baju sekolah kuning my Nuha. Bawah ni saya rekod pembelian baju sekolah. Senang nak rujuk balik dan boleh buat perbandingan harga. 

Baju putih sehelai RM 17.90 ( Hari Hari) 

Baju kuning sehelai RM 24.99 ( Ten Ten) 

Baju kuning sehelai RM 22.50 ( Kedai Jamal) 

Tudung putih RM 6.90 sehelai jenis satu layer ( Pasaraya Ku) 

Tudung kuning RM 14.90 sehelai jenis yang dua layer ( Ten Ten) 

Kasut putih RM 35.90 (Kedai Kasut Miguel) 

Kasut hitam RM 39.00 ( Kedai Kasut Metro)

Voucher Hari Hari ada sekeping lagi boleh pergi beli kalau ada yang tertinggal lagi.
 Valid sampai 31 Januari ni. 

Persiapan persekolahan sampai penuh seat belakang. Pandan tu amik kat rumah my Ma sebab kebun mini kami kat rumah tu dah dimakan serangga. huhuhu

Nampak lah baju kuning my Nuha tu ada dua warna berbeza sebab beli dari 2 kedai berbeza. 
Baju Nayla tu ada baju kakak dia dulu 3 helai. Boleh la buat bergilir sebab elok lagi. 


Untuk stationery saya beli kat kedai Eco. Semua RM 2.12 kan so kita borong yang mana ada. Sebab dah hujung-hujung kan, banyak stok dah habis. Untuk pensil warna pulak beli kat Ten Ten . RM 9 untuk 24 batang jenama Stabilo. Tengok kat Popular RM 17 jugak. So beli lah 2 untuk my Nuha. Ni pulak pencil colours case yang Ad buatkan untuk saya. Terima kasih Ad. 

Tahun ni yuran Van Sekolah my Nuha pun naik pulak jadi RM 130 ( Tambah RM10 dari tahun lepas) Yuran tadika my Nayla pun bertambah RM40 jadi RM320 sebulan. Yuran permulaan hari tu RM900, tu pun dah jimat RM110 sebab dapat baju tadika dari Wina sebab anak dia tak jadi tadika tempat my Nayla tahun lepas. Rasanya habis RM1500 untuk perbelanjaan anak-anak naik sekolah tahun ni. Alhamdulillah akhir tahun dapat pinjaman pendidikan dari ofiz my hubby dan kerajaan pun dapat bonus RM 1000. Nasib UiTM bayar awal dan boleh tampung yang mana kurang tu. hahaha

Selamat memulakan persekolahan anak-anak dan menempuh jam untuk ibu bapa. Alhamdulillah jimat RM 2 pergi balik untuk tol Sungai Rasau hari ni untuk masuk ke UiTM sebab dah dihapuskan tolnya . Tu pun ramai lagi tadi yang touch kat touch n go . Dah tulis dah kat situ tak beroperasi lagi mahu bayar. hahaha. #jangankecamsis



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)