Tuesday, July 28, 2015

10 Kalori Makanan Yang Perlu Korang Tahu Sebelum Ke Rumah Terbuka

Korang ada banyak dapat undangan ke rumah terbuka ke? Kalau nak ajak saya dialu-alukan. Suka betul makan hari raya ni sampai 2KG naiknya. Sekarang telah kembali ke jalan yang benar dan lurus. Turun balik 1KG setelah seminggu diet balik. Maklumlah,sel-sel lemak tu memang dah banyak dalam badan kan. Bila terleka dan makan lebih dari sepatutnya mula la dia pun nak mengembang sama.Pasal sel lemak ni boleh baca kat blog susu sejat kat sini. 


Berikut adalah senarai makanan yang biasanya dihidangkan di Rumah Terbuka yang korang kena berpada-pada makan yer :)

1 . Sate ayam - 1 cucuk (16 g) - 40 kcal   - Kuah Kacang 1 sudu makan (10 g )  - 30 kcal



2. Lemang - 1 potong (30 g)  - 100 kcal 



3. Rendang Ayam - 1 senduk (50 g) - 100 kcal 



4. Ketupat nasi 5 potong 200 g  215


5. Soto 1 mangkuk 490 g - 510 kcal


6. Lontong dengan sayur lodeh 1 mangkuk 270 g - 280 kcal



7. Nasi dagang (2 genggam) - 508 kcal



8 .Mi kari 1 mangkuk 410g  - 530 kcal



9.Nasi briyani berayam (sepinggan)-  880 kcal



10.Mee bandung 1 mangkuk 450g  - 550 kcal



Makanan apa yang korang paling suka kat atas ni?
Selamat menjamu selera di rumah terbuka sambil mengira kalori makanan !!


Monday, July 27, 2015

Suasana Hari Raya Aidilfitri 2015

Korang semua dah masuk kerja ke? Saya Rabu last week dah masuk kerja.Tahun ni turn pagi raya di rumah keluarga saya. Pukul 2 pagi baru siap masak untuk hari raya. Menu juadah hari pertama, nasi putih, gulai ayam, acar jelatah , sambal belacan, rendang ayam,nasi himpit dan lontong. Tahun ni menantu johor balik beraya, haruslah ada lontong kan. Hari kedua pulak, Mee Kari dan Sate .Mee Kari tu last minute plan, sebab adik bertuah saya tu lupa nak bawa balik pes Mee Bandung dari Johor. Sabar jer la yer. Tak der gambar makanan sebab semua kebuluran agaknya. Makanan tak sempat nak posing. hahaha


So, layan gambar raya jer lah dari kami yer. Satu family jer tak ada di hari raya pertama , beraya di Kelantan tapi photoshop kan ada. hahaha. K bai ! Setiap tahun asyik bergambar kat tangga jer trademark family kitorang ni. Tahun ni bergambar kat tangga baru pulak yer :) Asyik tangga dapur jer selalunya..hahaha

Setup kamera dulu.. pakai handphone jer la

Selfie dengan Mak Long dan Mak Su diorang

Dengan Maksu dan sepupunya. Tahun depan bertambah sorang lagi yer..In sya Allah

Ni masa awal pagi pakai tudung dua beradik . My Nuha , Mak Su dia makeupkan. Seronok la tuh

Mak dan anak-anak dara kesayangan

Baru pandai buat peace dengan betul tu my Nayla

Dengan my hubby terchenta pulak. 

Kemain sorang-sorang yer posing

Dah penat duduk, berdiri lah pulak

Dah keluar gaya lain pulak..

Yang adik selalu la nak spoilkan gambar 

Yang ni ok sket

Kemain lagi sorang-sorang posing..

Ok anak-anak duk tepi. Mak pak nak fefeling gambar honeymoon pulak 
Tahun ni tak der poket kurta nyer..hahaha

Jeling kau menjeling..hehehe

Mak Long dan Ayah Long with my princess
Hijau dan Koko bertembung

Wefie :)

Guna kamera depan blur pulak handphone mak ni..

Boleh la dari tak der yer..

Ternganga pulak mulut mak :p

Dah tu kenapa qael...

my Nayla pulak pandang kelain..Dah Ayah long dia pulak pedajal Mak Long dia..
Susah nau nak amik gambar proper sket kalau ramai-ramai ni..hahaha

My ma dan Abah dengan cucu-cucunya 

Gelak sakan si kakak tu...

Lelaki sahaja :)

Perempuan sahaja :) 

My princess..Sedondon jugak untuk esoknya..Skirt adik tak sama macam kakak sebab tak der saiz. Nasib baik T-Shirt Muslimah ni ada saiz dua beradik :)

Setelah diphotoshop.. baru cukup korum.. boleh la dari tak der..
boleh update profile group family kat whatsapp..hahaha


Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga :) 

Tuesday, July 14, 2015

E-Kad Raya buat pembaca elissmie.com dan Doa Memulakan Perjalanan

Setelah bermesyuarat di meja tak berapa nak bulat, kami suami isteri bersepakat untuk memulakan perjalanan balik kampung pada hari esok. Chewah..Macam pengumuman raja-raja kekdahnya gitu. Harap esok tak ramai yang memulakan perjalanan balik kampung. Ok, mustahil. hahaha. Baju pun tak packing lagi sebenarnya ni. Jiwa dah ada kat kampung tapi jiwa nak mempacking tu belum datang lagi. Harap-harap malam ni settle la urusan packing tuh. Jangan terlupa baju raya korang sudah ! hahaha


Tahun ni tak sempat nak cari kad raya untuk pembaca setia elissmie.com. Tahun ni tak dapat sekeping pun kad raya bukan elektronik. huhuhu. So, saya buat e-kad lah macam biasa untuk semua pembaca elissmie.com. Maafkan salah dan silap saya sepanjang berblogging dan kalau ada tulisan saya yang buat korang kurang senang, saya mohon ribuan kemaafan dan saya maafkan semua yang pernah membenci tulisan saya selama ini. 



E- Kad raya buat pembaca elissmie.com



Sebelum memulakan perjalanan baca doa dulu ok. Boleh share, semoga bermanfaat. 

Boleh simpan no talian kecemasan lebuh raya bertol 

sumber : https://twitter.com/llminfotrafik


Jangan lupa isi borang balik kampung ni dan serahkan kepada balai polis berdekatan yer :)

Monday, July 13, 2015

Baju Raya Rizman Ruzaini @ Tesco Setia Alam

Hari Sabtu lepas, keluar cari jubah dan kurta untuk my ma dan my abah. My hubby tolong jagakan anak-anak kat rumah. Tq dear jagakan anak-anak. Budget me time lah tu. hahaha. Habis satu Tesco Setia Alam saya pusing. Sekali sekala keluar sorang ni senang nak gerak. Dah tak tahu nak ronda, masuk kat Tesco tengok baju raya designer sekali. Beberapa tahun lepas baju raya Rizalman kat Tesco kan. Tahun ni Rizman Ruzaini pulak.


Jom tengok baju Rizman Ruzaini yang ada kat Tesco. Sempat lagi nak beli kalau korang berkenan lah kan. Tema baju raya ni blooming.Kain baju raya ni menggunakan satin matte, krep lumut, chiffon, renda dengan pastel warna polos meriah seperti biru, pudina hijau, ungu, kuning, hitam dan putih dan yang pasti ada bunga gitu dah konsepnya blooming kan. 

Yang ni hijau-hijau sket . Kena dah tu dengan tema asal hijau ni. hahaha

Yang ni macam peplum tak peplum gitu

 
Yang ni labuh sket fesyen bajunya

Yang ni bagi yang suka lace 

Ini pun ada lace , sarat ngan tak sarat lace nya

Tengok harga pitam terus. RM299. Semua harga pun sama yang saya tengok ni. 

Kat Lazada pun ada jual jugak, dan harga pun dah kurang sket iaitu RM222.  

http://www.lazada.com.my/catalog/?q=rizman+ruzaini


Korang pernah pakai baju raya designer brand?


Friday, July 10, 2015

Misi Kurus 3 bulan dah hampir tamat dan minum air gula

Hari ni hampir 3 bulan saya berdiet. Lebih kurang seminggu lagi cukup sebulan dan hari ni jugak ada rutin bulanan dengan doktor . Sepatutnya semalam saya kena minum air gula tapi hari Isnin saya dah pergi buat sebab masa tu boleh minum air gula.  ehemm cough #Allahbagicuti cough . hahaha


Dah lama tak minum manis yang ekstrem ni, sekali minum air gula pukul 8 pagi bukanlah sesuatu yang membahagiakan malah hampir termuntah walaupun perasa oren. huhuhu.Amik darah dan air kencing sebelum minum air gula. Pukul 9 pagi kena pergi lagi sekali amik darah dan air kencing dan last sekali pukul 10 pagi . Lebam lagi lengan ni sampai hari ni bekas kena cucuk amik darah ni. Kebetulan tadi nurse tanya dah minum air gula dan amik darah, hamik kau bila selak lengan nak amik tekanan darah, kesan biru tu ada lagi kat situ. hahaha

Alhamdulillah. Hasil minum air gula Isnin lepas menunjukkan keputusan yang membahagiakan hatiku. Terus bagi tahu my hubby nak buat Sekaya hari ini . Hahahaha. Ngeng punya bini.Sabar jer la kan. Maklumlah dah lama tak layan anak tekak makan manis. Tapi bulan puasa memang ada jugak la jamah kuih manis seketul dua masa berbuka . Sebelum puasa memang tahan jer. Gitu jugak air manis. Ada jugak minum air tebu dan jus durian belanda.


Inilah keputusan hari ini. Alhamdulillah, bacaan adalah negatif. Saya bebas dari kencing manis atau diabetes :) Sebelum minum 5.39 dan selepas minum 5.63.


Ni 4 hari lepas. Berat terkini iaitu hari ini 67. 2KG hari ni. Penurunan sebanyak 9.8 KG dalam masa hampir 3 bulan . 

Doktor pun cakap bacaan darah tinggi saya pun terkawal dan akan stopkan ubat untuk saya tapi takut hari raya naik pulak. So dia suruh saya catat bacaan tekanan darah setiap hari bermula hari ni sehingga temujanji akan datang. Hari tu doktor dah tukarkan ubat lain dan kena makan separuh jer. Semoga darah tinggi saya pergi jauh-jauh. Aaminn..Doakan sekali yer kawan-kawan . Kolestrol saya pun katanya ada penurunan. Kat sistem doktor tu, memang ada tanda merah(bacaan tinggi) masa temujanji sebelum ni tapi hari ni yang merah-merah kat sistem tu dah tak ada. Alhamdulillah.

Saya seterusnya menyambung lagi misi kurus 3 bulan ini 3 bulan lagi sehingga mencapai berat yang saya idamkan. Cabaran untuk diri saya adalah menurunkan berat sehingga berat berada diangka 5 :) Ada yang ingin join saya untuk kekal sihat cantik?Semoga Allah bagi kesihatan yang baik agar dapat melipat gandakan ibadat kepadaNya . Aaaminn... 


#throwback semasa berat diangka 5. hahaha
Yang sebelah masa tu diangka 7. Mampukah kami kembali kepada angka ini..hahaha

Korang dah kurus ke sepanjang berpuasa ni ?



Thursday, July 09, 2015

Masak Lemak Cili Padi Telur Itik dan Sekaya Juadah Berbuka

Hari ni nak kongsi resepi untuk berbuka. Awal pagi lagi dah fikir pasal berbuka. Dah hujung-hujung ramadhan ni kadang-kadang dah tak tahu nak makan apa. Pergi pasar ramadhan pun dah tak lalu dah. Kebetulan kat ofiz ni, ofiz mate ada jual telur itik, RM7 untuk 10 biji. Terus beli sebab dah lama tak makan Masak Lemak Cili Padi Telur Itik ni. Saya biasa panggil gulai kuning. Rupa-rupanya my Nayla suka betul gulai kuning telur itik ni. My Nuha memang dah tahu dah sebab dulu pengasuh dia suka masak gulai kuning ni. Bawah ni resepi yang saya selalu guna dan sesuai dengan tekak saya.


Masak Lemak Cili Padi Telur Itik

Bahan-bahan :-

Bawang merah 5 biji *
Bawah putih 3 biji *
Halia 1 inchi *
Kunyit hidup 1 inchi *
Cili padi 20 biji *
Serai diketuk 2 batang
2 keping asam gelugor
1 kotak santan 200ml
1 helai daun kunyit dihiris
1 batang timun dihiris (optional) ,kalau ada belimbing buluh lagi sedap kan

Cara-cara :- 

1. Kisar semua bahan-bahan bertanda * dengan secawan air.
2. Masukkan ke dalam periuk bahan-bahan yang dikisar tadi bersama santan, sedikit gula, garam , serai, daun kunyit dan asam gelugor, Nak lebih kuah tambahkan segelas air lagi. Masak sampai menggelegak dan boleh la masukkan telur itik. Tutup tudung periuk seketika dan sedia untuk dihidangkan. 

** Pastikan telur itik pecahkan kat dalam mangkuk dulu, takut terkena telur yang rosak. Naya jer kan. 

Nampak menyelerakan bukan? Bukan..hahaha


Close up sket. Terliur tak? Terliur pergi masak hari ni untuk berbuka yer.

Ada balance lagi telur 5 biji. Ingat nak buat sekaya tapi tunggu result diabetes (MGTT) esok. Kalau negatif dan diabetes free saya nak buat sekaya ni. Bawah ni resepi untuk yang ingin mencuba . Kalau kat pasar ramadhan saya tengok , 3 ketul kecil RM2 kalau tak silap. 


Sekaya / Rodok telur

Bahan-bahan:-

Santan pekat dari satu biji kelapa / 1 kotak santan 200ml
Gula pasir (secukup rasa)
Gula Melaka / Nisan Terengganu 2 ketul
5 biji telur itik
1 sudu teh garam
Air daun pandan

Cara-cara :-

1. Masukkan semua bahan dalam blender dan tapiskan.
2. Jerang dahulu kukusan sampai menggelegak, kemudian baru masukkan loyang.
3. Kukuskan sehingga masak.
4. Sejukkan dahulu baru potong



Gambar sekaya tak ada pulak yang saya pernah buat. Tapi ni Tok Aji Serban. Sekaya tu sebenarnya, bahagian atas Tok Aji Serban tu jer . Kalau  korang nak makan Tok Aji Serban, kena la masak pulut dulu. Resepi Tok Aji Serban kat sini 

Korang selalu ke masak untuk berbuka ? Menu apa yang selalu korang masak ? Memasak itu mudah nak menyeronokkan bukan ? Selamat mencuba !! #jommasakelissmie

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)