Friday, November 20, 2015

Pirate Coffee dan Kopi Ltd Buat Penggemar Kopi di Shah Alam

Salam Jumaat. Sejak dua menjak ni makin menjadi-jadi pulak gian nak minum kopi. Perasaan ni sama macam mengandungkan my Nayla dulu. Opsss. Jangan buat spekulasi yer.Saya masih berbadan satu. Hahaha. Ironinya my Nayla memang suka minum kopi dan masa dia umur satu tahun dia dah minum kopi. Huhuhu. Sabar jerlah.Selalu budak-budak kan dia rasa kopi tu pahit tapi ni siap tak cukup lagi. Memang betul la dia yang suka kopi. Terkejut mak lahir-lahir macam kopi warna kulitnya sampai my FIL gelarkan dia Mek Tam (Hitam). Nasib baik makin besar makin putih. Agaknya sebab lahir pada usia 36 minggu kot. Ingat sama macam Ummi hitam masa kecik bila besar baru putih sket.hahaha

Kat ofiz ni ada french press coffee , boz ireland belikan sebab diorang memang minum kopi pagi pagi dan kopi diorang memang pure kopi dan memang tak letak gula dan marjerin ok. Kopi pun angkut datang sini dari ireland.
Contoh kopi yang dorang minum. Yang ni dalam RM20 untuk 200gram. 




Antara kopi yang ada kat rumah saya adalah Kopi Kluang Rail Coffee dan Hang Tuah. Semalam tambah lagi satu iaitu kopi 434 yang famous amous kat Muar tuh , officemate belikan. Tq Nisa & Zam. Merasa la malam tadi kopinya. Tapi gula habis , buh madu pun sedap. HahahaSelalu bancuh jer sendiri kopinya.

Oh. Dah melalut jauh pulak. Ni nak bagitau kat warga Shah Alam dan sekitar tentang kewujudan stall untuk penggemar kopi yang ada kat Shah Alam dan terletak kat area pusat komersial seksyen 7. Satu stall terletak betul-betul depan Giant, Seksyen 7 iaitu Kopi Ltd.



Kopi Ltd. Seksyen 7
Buka setiap hari (12:30 - 7:30 mlm) Tutup Jumaat sahaja
Tel  +6013-522 3636
 Jln Plumbum T7/T, Seksyen 7, Shah Alam (Berhadapan Giant)
Instagramhttps://www.instagram.com/kopiltd/

Satu bekas ni berharga RM5 . Memang tak habis minum sorang.Mau kembung air jer. Ni kongsi dengan Zira.Yang saya cuba ni Iced Coffee. Sebelum ni pernah try Iced Black Coffee dan Iced Vanilla Latte. Dan yang Iced Coffee ni paling win. Yang lain belum cuba lagi. 


Tengok betapa besar bekasnya lagi besar dari bekas air tupperware 0.8 liter ni. Hahaha. Berapa ratus kalori lah satu bekas ni kalau teguk sorang-sorang. Awas untuk pengira kalori..hahaha 




Close up sket.

Satu lagi stall terletak betul-betul simpang untuk ke blok kedai paling belakang atau blok yang setentang dengan highway tol sungai rasau tu iaitu Pirate Coffee. 


PIRATE COFFEE SHAH ALAM SEK7
 Jalan Plumbum ac7/ac Seksyen 7 Shah Alam. 
Buka setiap hari (11:30 pagi  - 7:00 mlm) Tutup Jumaat sahaja
 Instagram:https://www.instagram.com/piratecoffee_shahalam/


Yang ni satu bekas RM4. Bekas kecil sket berbanding Kopi Ltd tadi. Yang ni saya beli kopi Mocha. Hari tu dah cuba Latte. Sedap Mocha lagi. Nasi Kak Wok entry lain :p 

Ikut pendapat dan persetujuan anak tekak saya, saya lebih suka kopi dari Kopi Ltd dari Pirate Coffee tapi dua dua pun sebenarnya sedap jugak bagi penggemar kopi dan boleh bersaing dengan Starbuck dan yang penting buatan anak muda Malaysia ok.

Korang dah pernah try kopi dari Kopi Ltd dan Pirate Coffee ni?? Ada stall kopi lain yang korang tahu? habaq mai sini...



Tuesday, November 17, 2015

Bawa anak kenali haiwan @ ENR Pets Shop, Bukit Raja , Klang

Ingat nak bawa anak-anak ke Zoo Negara nak kenal-kenal haiwan tapi malas lah pulak .Dulu , masa tinggal di Shah Alam, selalu jugak bawa my Nuha ke Aquatorium @ Akuarium , Shah Alam.Bersebelahan jer dengan Wet World tu .Skang ntah ada ke tidak tak pulak saya pasti. Lama gila kot tak pergi situ. Tapi kat situ dapat tengok ikan jer lah. 

Kat kawasan rumah saya ni ada satu petshop yang ala-ala mini zoo dah iaitu  ENR Pets Shop. Memang berbaloi nak bawa anak-anak mengenali haiwan walaupun tak banyak tapi pelbagai jugak la binatang yang ada. Lagipun sekangkang anak kera jer dari rumah saya. Biasa kami pergi beli makanan kucing kat situ. Dah la tak de bayaran yang dikenakan. Mak kan cheapskate. hahaha

Ada burung Ostrich atau burung unta yang otaknya lagi kecil dari matanya tu :p 
Kat padang belakang tu diorang ada bela kuda. Sebelah dengan taman permainan.

Ada rusa..Timorensis Deer katanya. Anak rusa nani baru tumbuh ekor, apa dosa kami lalu tidak tegur. Eh ternyanyi pulak. Tengok kemain dua-beradik ni posing. Kalau bawa ke zoo negara tak tahulah tahap posing dua beradik ni. Tu pasal mak tak bawak gi zoo tu.hahahaha

Yang ni pulak kucing hutan. Serval Cat dia tulis.Dah macam anak harimau bintang dah sekali tengok.Gambar seterusnya ni cilok dari Fb ENR Pets Shop. Tak kuasa nak bergambar dengan semua binatang.hahaha

Ni Bennett Wallaby. Tapi masa pergi hari tu rasa macam dah tak ada.

Yang ni Umbrella Cockatoo. Ada jugak jual makanan kucing dan sebagainya lah kat situ yang mana berkaitan dengan pet kan. Bekas makanan dan sebagainya.

Ni baby landak kot :p Kecik-kecik comel jer rasa macam nak lambung lambung ..hahaha

Yang ni Prairie Dog. Nampak macam tupai tanah kan tapi yang ni anjing yang halal disentuh :p hahaha


Spesis burung kakak tua gigi tinggal dua ni memang banyak lah kat kedai ni. Macam -macam warna macam-macam saiz ada. Korang pergi la sendiri tengok. 

Sangkar pun ada jual kat situ. 


No.7, Jln Inang 5, 
Off Jln Haji Sirat, 
Bandar Bukit Raja, 
Klang Selangor.
Sebelah balai polis Bandar Bukit Raja.
Buka setiap hari.
10am - 8pm. 
012-6655 285 / 013-262 6969
Menerima pembayaran melalui kredit kad & debit kad.
Penghantaran boleh di uruskan
Facebook :  https://www.facebook.com/ENR-Pets-Farm-1390828534499752/

Korang pernah bawa anak-anak ke zoo negara atau kedai haiwan peliharaan atau petshop ni ?

Friday, November 13, 2015

Birthday Treats @ Nyonya Kitchen, Plaza Shah Alam, Shah Alam

Bulan Oktober adalah bulan kelahiran Kak Ema. Kali ini Kak Ema belanja geng pakatan hari lahir di Nyonya Kitchen, Plaza Shah Alam, Shah Alam. Selamat Hari Lahir Kak Ema, Semoga sentiasa dibawah rahmat Allah dan kasih sayangNya. 


Terima kasih Kak Ema belanja kami yer

Ad dengan air kelapa..hehehe

Ad dengan Ida

Tuan tanah kedaung dengan Kak Ema yang diraikan


Website nyonya.com.my tapi dah tak available pulak

Kat bawah ni makanan yang Kak Ema order. Tak sempat nak tengok menu , rupanya Kak Ema dah order siap-siap sebelum kami sampai.

Kangkung goreng belacan

Kari ayam kapitan

Ikan goreng crispy kot :p Nama main hentam jer. Ikan dori kot. Sedap dan rangup.

Sotong celup tepung. Sedap sangat yang ni macam celup tepung terengganu style. 

Yang ni ikan masak merah kot tak silap. Tak baca buku menu macam ni. 

entrance Nyonya Kitchen


Overall, servis ok cepat jugak dan makanan pun best. Makanan ala-ala melayu la jugak sebenarnya kat sini. Ingat chinese style mula-mula tuh..hehehe. Teringin nak makan kat Adam Lai. 

Korang pernah cuba masakan nyonya ?


Nyonya Kitchen
Lot LF 1F, Level 3, Plaza Shah Alam,
No. 2, Jalan Tengku Ampuan Zabadah E9/E,
Seksyen 9, 40000 Shah Alam.
40000 Shah Alam, Malaysia
Tel:     03-5519 1151
Waktu urusniaga : 11.30 pagi - 10.30 malam

Wednesday, November 11, 2015

Semak Keputusan Peperiksaan Sekolah secara online dengan SAPS

Tahun lepas, tengok Wina check result online anak dia dah tahu ada sistem untuk semak keputusan peperiksaan anak secara online tapi bila anak dah masuk tahun 1 tak teringat dah sistem tu sehingga la minggu lepas, Kak Yati cakap kat fb dia duk refresh sistem nak tengok keputusan peperiksaan anak dia barulah teringat nak semak keputusan my Nuha. Hari ni bila buka dah keluar keputusan sekali dengan kedudukan di dalam kelas.



 Ni lah pautan sistemnya : https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/
Bagi Sekolah Rendah sistem ini hanya menyediakan semakan bagi Darjah 1 hingga Darjah 6 
manakala bagi Sekolah Menengah ia hanya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Cuma masukkan no kad pengenalan atau sijil lahir, terpapar keputusan peperiksaan yang dikehendaki. 

Alhamdulillah, result my Nuha pun dah keluar dan capai target yang kami harapkan. Dah janji dengan dia, kalau dapat nombor 1-10 akan belikan dia satu set robocar poli. Senyum la sampai telinga tu kalau tahu petang nanti. Tapi percutian yang Abah janjikan tak dapat la ditunaikan (nombor 1-5) tapi mak yang tagih janji nak bercuti tiap-tiap tahun kan so percutian tetap ada la kan tahun depan. hahaha. Cameron Highlands bila la dapat ditunaikan yer...


Keputusan dari peperiksaan pertengahan tahun pun boleh tengok balik.Alhamdulillah, kalau tengok  keputusan lebih baik dari sebelum ni. Semoga menjadi contoh yang baik untuk adik-adik dia nanti. Yang penting ada semangat untuk belajar, tak kisah la nombor berapa pun. 


Tahniah anakku, my Nur Nuha Humayra. Ummi dan Abah proud of you :*

Korang dah semak ke keputusan peperiksaan akhir tahun sekolah anak korang? 



Monday, November 09, 2015

Kolam Renang @ Kompleks Sukan Negara Shah Alam Panasonic

Hari ni ramai ker kerja? Saya terpaksa cuti sebab pengasuh Nayla bercuti. 2 minggu lepas, hari Sabtu berlangsung sukan anjuran ofiz saya antara rumah. Sebab kaki bangku tak masuk pun apa-apa sukan. Datang bagi semangat jerlah kat rumah sukan. Haruslah Delta Fly High katanya, rumah hijau. Dengan anak-anak sekali mak angkut dan pakaikan baju hijau. Acara yang dipertandingkan adalah bola tampar, bola jaring, ping pong dan badminton. Layan gambar yang saya amik dihari kejadian.

Pasukan Charlie dan Pasukan Delta sedang warm up untuk bola tampar

Pasukan Charlie memang sorak habis-habisan memang gamat satu kompleks sukan

Yang ni pertandingan bola tampar antara pasukan Bravo dan pasukan Alpha

Pheewwittt Kak Ila..hahaha


Yang ni bola tampar antara Alpha dan Delta

Uncle Naim Nuha cakap.. Haippp..tak leh sokong uncle Naim sebab dia pasukan Alpha..hahaha

Akhirnya keputusan mengikut rumah Charlie no.1, bravo  2, alpha 3 dan kami no 4. Tak kisah janji semua happy kan.

My Nuha dan Nayla yang kepanasan dah dan tak sabar nak main kolam. Sebenarnya tu jer tujuan asal dorang berdua ni. Bukan nak tengok sukan sangat pun. hahaha. Ni pun terpaksa tunggu sebab kolam dibuka jam 11 pagi untuk sesi kedua. Sessi pertama buka jam 8 pagi - 10.30 pagi

Dah dekat pukul 11 pagi, terus beratur kat kaunter beli tiket. 

 
Hanya pakaian renang yang dibenarkan untuk masuk kolam yer  

Mak pun kena beli tiket even nak meneman tepi kolam tengok whatsapp jer pun. Mak tak pakai swimming suit yer, jangan duk fikir bukan-bukan..hahahaha 
Ada 2 kolam yang ada, satu dewasa dan satu kanak-kanak. Masa sessi pertama ramai orang dalam kolam sebab ada kelas renang sekali kat situ. Tak sempat nak tanya, kelas dah habis masa kitorang masuk tu. Ingat nak daftar my Nuha kelas berenang. Lain kali la nak kita tanya.

My Nuha , Atia dan Adam. Seronok diorang dapat mandi kolam. Last mandi kolam , masa kat Sabah hari tu lah. 

 
Seronok sangat lah tu..Mana pulak budak bertuah sorang lagi yer??

Ni hah..Takut mandi kolam. Kalau mak tak terjun sekali, tak ada nyer dia nak masuk. Nasib baik bawah 2 tahun free nak ! Kalau tak mak perambat ko masuk kolam sekali. Tak nak mandi sebab adik dah mandi kat toilet kat rumah katanya..sabar jer lah
Bila kakak mandi kat shower nak pulak mandi sekali lagi. Dia ni memang pantang tengok orang mandi.hahaha 
Dulu masa kat Sabah paksa masuk laut baru ok , kalau tak nak duk darat jer..huhuhu

My Nuha dan Atia , posing lepas dah salin baju 

Sekejap jer dapat mandi sekali sebab Ad ada hal pulak petang tu. Lain kali kita repeat mandi kolam pulak yer.

Peta lokasi
Lot No 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21, Shah Alam ( berhadapan dengan KPJ Shah Alam)

Harga yang dikenakan untuk kolam renang

RenangHari BiasaRM3 / 2.5 Jam (Dewasa)
RM2 / 2.5 Jam (Kanak-Kanak bawah 2 tahun)
Hari CutiRM4 / 2.5 Jam (Dewasa)
RM3 / 2.5 Jam  (Kanak-Kanak bawah 2 tahun)

Korang pernah datang kompleks sukan ni??


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)