Wednesday, July 31, 2013

Jom Isi Borang Balik Kampung PDRM, Kad Raya Pertama dan Sampul Duit Raya Yakult

Terbaca di FB kawasan perumahan saya berkenaan dengan Borang Balik Kampung oleh PDRM. Ianya adalah sebagai langkah berjaga-jaga untuk orang ramai yang akan meninggalkan rumah sempena cuti Hari Raya Aidilfitri ini bagi memudahkan pihak polis membuat pemantauan dan rondaan ke kawasan perumahan korang. 



Korang boleh layari Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia (www.rmp.gov.my) dan klik pada banner Borang Maklumat Balik Kampung untuk muat turun borang. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada anggota di balai polis yang berhampiran. MUAT TURUN BORANG BALIK KAMPUNG DISINI. 


Bila korang balik beraya  ? 

p/s:

Saya mungkin isnin malam kot atau pun selasa pagi :p



Ini kad raya pertama untuk tahun ni tapi tahun ni just dapat versi digital ajer. Sama dengan sampul raya design nya. Design kad raya lama boleh tengok disini, disini , disini , mana ntah lagi :p Oh, dah 6 tahun terima kad raya dari VC UiTM  p/s; Kad ni special sket sebab saya yang hantarkan bagi pihak VC UiTM kepada seluruh staff beragama Islam di seluruh UiTM. 3 jam baru agent untuk run untuk hantar email ni stop ;P


 Ni pulak dari Auntie Yakult yang tiap-tiap minggu datang rumah bekalkan yakult untuk kami. Terima kasih Auntie.



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)