Thursday, January 03, 2013

Sup Ekor , Air Kelapa Muda dan Ayam Penyet , makan kat mana ?

Segmen jalan-jalan cari makan @ elissmie kali ni lebih kepada mengidam. Hari tu cakap kat my hubby, nak makan sup ekor. Kat mana nak makan tanya dia? Seingat saya, dua tempat ajer yang saya pernah cuba sup ekor iaitu di Restoren Sup Ani Utara dan Wong Solo. Terus my hubby ke Wong Solo layankan isterinya. Memang sup ekor di Wong Solo adalah yang terbaik yang pernah kami makan dan tidak pernah mengecewakan. 

 

 

Inilah rupa sup ekor atau lebih dikenali sebagai Sup Bontot oleh orang Indon kan. Memang lembut dan empuk ajer ekornya . Sedap pun sedap.

RM 12.90

 

Tapi, yang tukang mengidam dapat makan sipi-sipi ajer sebab budak ini tak mahu makan yang lain, nak makan sup ekor ajer. Dia ni memang hantu daging.Tapi dia tak tahu tu adalah bontot lembu. Rupanya segala bontot dia ni suka makan termasuk bontot ayam. Patutlah mulut tak reti diam !


Tengok , licin sungguh dia makan. Pandai betul. Lepas ni boleh la order sup tulang / gearbox untuk dia kan :p

 Sejak dua menjak, air kelapa menjadi teman baik. Petua memudahkan bersalin kata orang tua-tua. Bila la pakcik gerai "Klapa Muda" kat rumah tu nak buka balik gerai dia. Kat situ RM2.50 ajer. Wong Solo RM5.50

Kitorang macam biasa la, mesti order set Ayam Penyet ni , RM  10.90 termasuk air mineral.Rasanya tidak pernah mengecewakan setakat hari ni. Sambal dia jer kadang-kadang kurang pedas dan kadang-kadang extra pedas tapi sedap ajer dengan nasi dia yang panas-panas lembut :p
 Servisnya jugak semakin hari semakin baik.Laju jer dapat makan !

Grand total : RM 47.10

Restoren Ayam Bakar Wong Solo
No 8 & 10G Jalan Plumbum p7/p
Pusat Komersial Seksyen 7
40000 Shah Alam, Selangor
Tel : 03 5523 2894

 Korang suka tak makan sup ekor dan ayam penyet ni ?


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)