Friday, January 04, 2013

Rempah Gulai Cap Bunga Ros Terengganu ada di Shah Alam dan Kalendar 2013

Biasa orang terengganu atau kelantan ajer tahu menggulai ni. Pantai timur la senang cerita. Kalau selain pantai timur , korang mesti biasa makan kari ayam ajer kan. Gulai ni rupa macam kari jugak tapi tak guna serbuk kari. Kitorang ada rempah khas untuk gulai ni, iaitu kalau belah terengganu ni, kena campur rempah gulai dan rempah masak. 



 

Sinonim sangat lah dengan Rempah Gulai dan Rempah Masak Cap Bunga Ros ni. Dulu tak silap harga dia 20 sen , tapi sekarang still la murah lagi iaitu 50 sen satu pek.Biasa nak guna , 1/3 sukatan rempah masak untuk 1 sukatan rempah gulai ni. Belakang pek ni siap ada resepi macam mana nak gulai (samada ayam, daging atau ikan)  Biasa saya follow resepi kat situ ajer. hahaha. Rempah ni kalau kat shah alam, boleh didapati kat kedai jual bawang dalam pasar moden Seksyen 6,  Shah Alam. Kat kedai tu pun ada banyak jugak produk-produk rempah lain dari Terengganu sebab dia orang terengganu. 

p/s: 

Rempah ni adalah untuk kawan saya kat Johor nuh..Akan dipos jap lagi . Semoga selamat sampai destinasi.

Korang pernah ke try makan gulai ala terengganu / kelantan ?



Masa beli rempah tu, siap abang tu bagi percuma kalendar cina yang comel ni 2 keping siap ada resepi nak buat kuih muih dalam gambar tu lagi kat belakang kalendar . Lupa pulak. Auntie Yakult pun ada bagi kalendar FM lagi. Lenkali tayang ;p

Yang ni setiap tahun mesti dapat, dari Jabatan Pembangunan Sumber Manusia. Tq :p
Yang lama dah selamat campak tong sampah. kejam....

Dah dapat kalendar 2013?

Derma melalui SMS. SMS PALESTIN  <jarak > 10 (RM10 / RM 5 / RM 3)  Hantar ke 39111[klik]
Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Pelbagai pilihan kain cotton untuk baju kurung , klik sini. [ klik laju-laju]

My Nuha | Aku Bukan Chef

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)