Monday, April 18, 2011

Korang pernah hantar anak korang join playgroup ??

As salam semua. Hari ni diriku sudah kembali normal :p Masih ingat entry ,Dalam diri aku sudah ada 2 Penolong Pegawai Teknologi Maklumat.  Oh Ad sudah masuk kerja..Selamat kembali bertugas yer Ad.

Hari Sabtu lepas, bawak my Nuha join playgroup kat TTDI Jaya iaitu Tateh Playgorup yang bertempat di Sarakids.Aku amik trial kelas, kebetulan ada tawaran RM10 masa tu.Terus grab lah !

Kelas dimulakan agak lambat, sebab kelas sebelum sessi my Nuha ni abes lambat, mungkin sebab hujan lebat pagi tu.Semua pakat mangun lambat kot.Maklumlah anak-anak dibawah 4 tahun, mungkin tak puas tidur lagi.hehehe. Seb baik ada playground penyelamat keadaan. So , tak bosan lah my Nuha menunggu kelas dimulakan. Delayed dekat sejam jugak lah.

Banyak aktiviti yang dijalankan. Yang penting my Nuha seronok dan dapat jumpa kawan-kawan baru. Nak bagi pendedahan kat dia, nanti tak ler terkejut bila dah nak hantar nursery next year, Insya Allah.


Jom tengok apa aktiviti my Nuha kat sana hari tu..



Kelas dimulakan dengan main buih...
My Nuha seronok lah, sebab selalu main..

 Ada aktiviti art craft.
Memula, geli lagi..guna jari ajer warna tu :p Anak sapa laa celewet ni :p


Lepas tu, siap bersila lagi ko, abes dah semua jari dia warna kat lukisan tu...

Ni lah hasil lukisan pertama my Nuha guna water color.
 My hubby cakap nak framekan :) 

Masa ni nyanyi-nyanyi lagi tapi guna botol yang ada kacang hijau .
Seronok sakan dia.Ikut ajer cikgu buat apa :p 

Memperkenalkan, Nuha the Chicken Little !! hehehe.
Yang ni masa aktiviti menyanyi jugak sambil pakai costume.

Ada lagi aktiviti yang tak sempat nak snap gambar..Sebab duk layan karenah my Nuha :p
Akan update later, sebab nak mintak dengan Isabelle :) Dia dan hubby dia banyak amik gambar hari tu :)

 Last sekali, bergambar dengan Teacher Munira :)


Ni on the way balik rumah, siap tertidur sebab penat sangat..hehehe


Ni insan yang bertanggungjawab mengajak aku join playgroup hari tu, Isabelle.  Sebelum hari tu, kami dating kat KFC Seksyen 7. Dia belanja..Moga murah rezeki ko erk Is :)


Siap dapat hadiah lagi..Thanks dear :)
Hadiah untuk ko menyusul kendian yer..Insya Allah..
Kalo korang nak join sama, boleh dapat maklumat lanjut disini :

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)