Tuesday, June 29, 2010

Kerana Crocs Gift Voucher

Hari tu baca belog Kak Ros, dia cerita pasal lecehnya nak redeem hadiah guna voucher yang dia menang contest Sloggi hari tu. Boleh baca kat [SINI]. Akhirnya, kelecehan itu telah terjadi pada diri aku pulak.
Ingat tak aku dapat voucher Crocs hari tu ? Excited gila sebab nak belikan kasut Crocs untuk my Nuha. Hari sabtu, last 2 week, akhirnya aku ke Cro*cs di Su*bang Pa*rade.Sekali tengok store concept dia, pilihannya tak banyak sangat dan Crocs yang aku nak dalam entry [INI] memang tak der lah.Yang ada cuma yang macam Crocs tak original yang bersepah kat pasar malam tu.Baik aku beli pasar malam! 

Tiara kata kat mid*valley ada Crocs. So, last week, akhirnya kami pergi la kesana.Alhamdulillah, design yang aku nak tu ada kat situ tapi , ada lagi TAPI nya tuh, size Crocs untuk kaki mungil my Nuha pulak dah tak der. Tapi, still ada kaler lain yang sama pattern ngan aku nak tu. Bila nak pergi bayar, hulur duit dan voucher dengan confidentnya.Sekali, amik ko ! Cashier tu cakap, tak boleh kak beli kat sini guna voucher tu. Dalam hati aku dah pu*ki*mak ko dah ! Terus aku bawak keluar anak aku yang menangis tak nak tanggal Crocs yang dia try tu.huhuhu. Bila dah order pizza untuk dinner, my hubby cakap nak kuar beli Crocs tu jugak tanpa guna voucher tu.

Akhirnya, Crocs tu menjadi milik my Nuha jugak...

Original tau : Siap ada tag :p

Malam tadi, my hubby nak beli barang dia kat Sub*ang Pa*rade, lagi sekali singgah kat Crocs tu untuk beli Jibbitz since kasut Crocs dah beli kan.Lagi sekali, terjadi, bila dah pilih Jibbitz yang berkenan dihati, total amount 33.70 , so lagi sekali dengan confidentnya hulur duit dan voucher ! 
 
Sekali dia cakap, kak, voucher ni kena beli kasut ajer.Hampeh tak ? Bila baca balik kat situ - One person is entitled to redeem one voucher with purchase of shoes in a single receipt. My hubby suh aku beli kasut Crocs lagi satu untuk aku tapi satu pun tak berkenan kat hati aku ni.Dia pun sama.Last-last, aku hulur voucher tu kat mamat cashier tu, 
 
Dik, kalo sesiapa nak beli Crocs, bagi lah voucher ni kat diorang ! So, kalo korang nak beli Crocs, pegi concept store kat Suba*ng Pa*rade, kot- kot tak der orang beli lagi Crocs tu !
Kami terus blah dari situ tanpa beli Jibbitz tu padahal cashier dah siap kira tu! Baik beli pasar malam, RM 2 ajer sebijik! Bukan RM 8.90 ! hahahahaha.

p/s:
 
Kalo ikutkan my hubby, dia nak koyak voucher tu kat muka cashier crocs tu..hahahaha.larikssss..

So, sesiapa yang nak buat contest tu, aku nasihatkan, tak payahlah bagi voucher Crocs Gift Voucher sebab :-

1) Pilihan Terhad dan design kat concept store macam kat pasar malam ajer

2) Kena beli kasut ajer tak boleh beli Jibbitz ! hahahaha.

Peringatan untuk diri sendiri : Silalah baca T & C Voucher sebelum beli apa-apa yer duhai Eliss..huhuhuhu

Terms & Conditions Crocs Gift Voucher

1. Photocopies of this voucher are not acceptable
2. One person is entitled to redeem one voucher with purchase of shoes in a single receipt
3. This voucher is not redeemable for cash and cannot be used concurrently with any other promotion or discount
4. Shoes redeemed from this voucher cannot be exchanged at a later date for another pair of shoes
5. No redemption can be made after the stiputed validity period
6. CROCS reserve the right to change any of the above without prior notice
7. CROCS reserve the right of final decision on the use of offer
8) Redeemable at crocs concept stores :

Crocs 1-utama
Crocs Bukit Tinggi
Crocs Subang Parade
Crocs Tropicana City Mall
Crocs Bangsar Village
Crocs ioi mall
Crocs Queensbay mall
Crocs Gurney Plaza
Crocs Jusco Kinta City
Crocs Bukit Indah

Korang ada masalah ker nak redeem hadiah dengan voucher? Sila lah kongsi disini :)

 
AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free
 
1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)