Friday, April 30, 2010

Wasiat Buat Suamiku

Korang pernah buat wasiat?Mentang-mentang tengok cerita Asmaradana, si Mimi tu buat wasiat, aku gediks sama nak tunjuk wasiat aku jugak..hahahaha In case kalo aku dah tiada dalam dunia fana ni, ada la sedikit peninggalan buat my hubby.Bukan harta tapi hutang.Ops.Larikss.

Semua aku tulis dalam hp cikai aku nih. 

Menu-->Organiser-->To-do list.

> Duit Nuha - RMXXX setakat 04/2010 - nampak sangat terguna duit anak. Sila sambung bayar yer sayang.hahahaha.Aku bayar duit nuha buat potongan gaji, tu jadi macam tu.

> Puasa Ganti - X hari Nazar- X hari - kalo tak sempat ganti puasa, mintak sayang tolong gantikan yer.Korang dah ganti puasa ker?


 Eh, ada jugak duit 24K++ kalo aku dah takder dari khairat UiTM :P UiTM sila bayar ok!

Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban yang bermaksud :
Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan


 Hak-hak yang berkaitan dengan peninggalan 
 
Menyelesaikan hutang adalah antara perkara yang berkaitan dengan pengurusan harta pusaka si mati, selain daripada :
a] Biaya pengurusan jenazahnya. Pengurusan jenazah itu maksudnya mengerjakan segala yang diperlukannya mulai saat kematiannya sampai penguburannya. Bahkan apa-apa yang diperlukannya sampai dia dimasukkan ke liang lahad. Biaya yang diperlukan untuk pengurusan jenazah tidak sama kerana ada yang kaya dan yang miskin, ada lelaki dan ada wanita. 

b] Menunaikan wasiatnya. Bererti hartanya diambil untuk menunaikan wasiatnya.

c] Membahagi harta yang tinggal. Setelah dikeluarkan setelah pengurusan jenazah, membayar hutang dan menunaikan wasiatnya, baki dari harta si mati dibahagikan kepada ahli waris yang berhak dengan ketentuan al-Quran, sunnah dan ijmak ulama.

Membayar hutang simati bermaksud : hutang kepada sesama hamba dan hutang kepada Allah. Hutang sesama manusia, ertinya ada pihak yang akan menuntut. Harta yang masih diperlukan si mati (termasuk hutang), tidak dibagi-bagi kepada ahli waris.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Diri seseorang mukmin itu masih bergantung kepada hutangnya sampai hutang itu dibayar”.

Hutang kepada Allah s.w.t, mesti dibayar dengan harta peninggalan si mati. Hutang kepada Allah yang mungkin belum dibayar misalnya zakat, kaffarah dan nazar. Menurut jumhur ulama, wajib dibayar dengan harta peninggalannya sebelum ia dibahagi-bahagi kepada ahli waris.

sumber : SINI

 p/s:

Gelang dan cincin hantaran ni, sila bagi My Nuha yer.Jangan isteri muda pulak.hahahaha.

p/s:

 Hari-hari jumaat ni, kalo baca tazkirah sket, tak jadi hal kan? Daripada asyik banyak menda merepek selalu kat belog aku ni.


WAIT ! WAIT ! WAIT!


Kalau nak tengok koleksi-koleksi hangat dan sensasi di dalam toilet a.k.a jamban boleh tengok kat SINI. 
Kalo nak resepi masakan dan info semasa boleh tengok kat SINI
Kalo nak jadi menantu aku,pastikan cukup umur dulu yer,  tengok kat SINI.


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)