Monday, October 01, 2012

Ulek Beach Resort, Dungun , indah khabar dari rupa?

Hari ni baru berkesempatan nak update pasal tempat tidur saya dan kawan-kawan yang menyertai IID Terengganu 2012 tu. Kami bermalam satu malam sahaja kat resort ni tapi pada awalnya diorang bercadang nak balik keesokan pagi tapi driver kata larat ajer nak balik petang tu jugak, so diorang decide balik terus.


 Ada banyak jugak tempat yang boleh nak stay kalau ke Dungun ni. Sebelum ni ada kawan pernah stay kat Mayangsari Resort Dungun tapi kat situ tempat semacam tidak terjaga kata mereka dan macam haunted sket.hahaha.So, mereka decide cuba resort lain. Akhirnya mereka memilih Ulek Beach Resort, Dungun untuk tempat beradu kami kat situ. 1 KM ajer dari UiTM Dungun dan sebelah ajer dengan Dungun Golf and Country Club.


Masa check in adalah dari pukul 3.00 petang  dan check out pukul 12.00 tengah hari tapi kitorang awal-awal pagi lagi dah check out. Check in pulak dalam pukul 5 sebab pergi setup dan register booth dulu kat UiTM Dungun.

Deko yang menarik di area menunggu sementara nak uruskan check in

Kat sini tempat breakfast keesokan harinya. 
Dah lupa nak snap esoknya, sebab teruja dapat makan nasi dagang even tak sehebat my MIL punya masakan :p

Kat sini ada banyak barangan yang klasik, ada gong , tembikar , tampi,
 apa ntah lagi kat belakang tu :p

Nak makan mengadap laut boleh duduk kat sini :) 

Jom masuk bilik pulak !

 Bilik kami


Ni bilik Puan Azima, depan bilik kami.


Saya dan Niz, berkongsi bilik , so kami amik bilik Standard Twin Room. Semalam dalam RM200++
 ( termasuk breakfast. Kalau bawak anak bawah 12 tahun, free of charge kalau guna tilam sedia ada ). 
Kat dalam website kata ada wifi tapi tak der pun bila masuk dalam bilik ;p

Teman sebilik, Niz :)

 
 Unik jugak tingkap dia sebab guna kayu berfungsi macam blind tu.

 Toilet satu jer tak puas hati sebab tak der hos . Style mancut macam toilet KLCC ;p

Fasiliti yang disediakan :  TV ada channel Astro tapi terhad , telephone tak nampak pulak kat mana :p Barangan berharga boleh simpan dengan selamat sebab ada Safety Deposit Box. Ada aircond tapi kalau tak der pun tak per sebab malam memang sejuk sampai kena tutup aircodn.Ada Hot Tub, Iron, Desk, Wooden / Parquet floor, Wardrobe/Closet, Shower, Hairdryer, Free toiletries, Toilet, Bathroom, Tea/Coffee Maker,  Electric Kettle, Alarm Clock, Towels.

Jom kita jenguk-jenguk kawasan kat luar bilik pulak.



Memang bersih dan terjaga kawasannya. 


Kalau tak der air, boleh mandi kat Perigi Mak Ngah :)


Tak pun boleh terjun ajer kat sini. Tak berkesempatan pun nak main air. 
Sebab petang keluar cari keropok lekor kononnya.

Titi Kak Long.


Kalau tak pernah duduk rumah kampung, gini la gayanya :)

Ni berhadapan dengan swimming pool tadi, boleh request berbeku tu kat sini kot.

Overall, servis kat sini memuaskan hati. Bukan indah khabar dari rupa. Biasalah kalau nak booking, kita biasa baca review dan tengok website mereka dulu. Makanan breakfast pun sedap tapi makan malam kena makan kat luar sebab kat sini tak disediakan makan malam. Kalau ada transport tak der hal sebab banyak kedai makan kat area sini. Yang susahnya kami la sebab datang dengan bas.hahahaha. Nak makan kat tepi-tepi pantai ( konon cari celup tepung dan keropok lekor) jauh nak kena menapak. Ada satu gerai dalam 5 minit berjalan, tapi western food pulak :p

Korang pernah stay di mana kalau bercuti kat Terengganu ?

Friday, September 28, 2012

Tak Sah ke Terengganu kalau tak pekena Celup Tepung !

Alhamdulillah, akhirnya boleh jugak merasa ikan dan sotong celup tepung masa balik Terengganu minggu lalu. Masa raya tak merasa sebab kebanyakan gerai tutup sampai seminggu. Sakan beraya yer kak kiah :)Kami ke pantai kat area paka tu jer sebab dekat ajer dengan rumah my MIL. My SIL pulak rumah berdepan dengan pantai tu.  [ Hai kak chik :) ! ]  Kami ke warung biasa kalau ke Pantai Paka ni , pernah review dulu kat [ entry ni - klik ] dan [sini - klik ]

Anak buah my hubby dah cakap jom ke pantai sebab air tengah surut. Tapi hubby tak perasan pulak. Bila sampai baru tahu air skang tengah surut. My Nuha tengok ajer pantai dah tak menyempat dah nak ajak pi pekena celup tepung kat gerai. Dan dan cakap kenyang. So, kami lepaskan dia pergi main pasir dengan sepupu-sepupu dia.


So, marilah kita menjamu selera berdua secara romantik :p Siapa lagi, dengan my hubby jer la. Sedang asyik dan masyuk kami nak makan, tiba-tiba hujan pulak tapi rintik-rintik. Anak-anak berlari ke gerai yang kami tengah makan tu :p Potong stim nak beromantika amour :p Layan gambar makanan jer la yer :)


Ini menu celup tepung yang kami makan. Ikan Celup Tepung dan Sotong Celup Tepung.
 Ikan tak silap RM3-RM4 seekor. Keropok lekor RM2.

 My all time fav to the max. Sotong Celup Tepung. Syok habis , siap ada telur sotong lagi. RM8 seekor.
Kat sini memang menangis nak cari tak jumpa kecuali ke Jeram ;p


 Jemput makan semua ! hehehe. Tak lupa  pekena air our all time favourite to the max, 
Air Jagung ( Air Jagung + jagung manis + aiskrim + susu)

 

 Bestkan tempat kami makan. Betul-betul mengadap pantai ok !

 My Nuha dibawa ketengah laut. Tapi nak sampai ke tempat surut tu boleh tenggelam dia :p
 So kena dukung.Nasib baik sepupu dia nak dukung dia yang 17 kilo tu :p
Kemain seronok lagi dia kat tengah tu :p

Operasi menenggelamkan nuha.
 Balik semua duduk atas plastik sebab takut seat kereta basah ! hahaha

Korang suka tak celup tepung ni ? Menu wajib ke Terengganu tak selain keropok lekor ??


Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]



Thursday, September 27, 2012

Mood ke laut, atau betul ada kat laut ? Ole-ole dari Kashmir pulak

Hari ni tak sedap badan. Rasa loya dari semalam. Entah mana silap makannya. Dah dua hari, asal malam jer tak lalu makan. Nasib baik pagi dan tengah hari ok. Tapi pagi ni, langsung tak boleh nak telan apa-apa. Tadi jamah laksam yang beli pagi tadi. Memang tekak tak lalu nak telan tapi si kecik duk tendang-tendang ni, terus paksa diri makan. 





Hari ni dah masuk 20 minggu. Sekejap ajer masa berlalu kan. Perut pun dah nampak kedepan sket :) Harap-harap berat badan bertambah agar tak kena marah lagi dengan doktor checkup 7 Oktober nanti !



 Mood ke laut, atau betul ada kat laut ? Ni capture kat Pantai Paka terengganu last week :) 
Air surut best ! Tapi saya tak jamah pun air. Bagi anak jer main air dengan sepupu dia.

Ni ole-ole dari Kashmir. Beg tu selamat dah dengan my Nuha. Drama sangat dia tu, siap cakap dia suka warna beg tu dan Auntie Nenek baik sangat ;p Baik punya bodek :) Nak makan pun pakai lagi !

 

Yang best, bertambah lagi FM antarabangsa mak ! Suka sangat :) Taj Mahal ok !

Setelah sekian lama , akhirnya sampai jugak Sealer yang ditunggu . Esok-esok saya tunjuk macam mana nak guna yer. Tapi tak berapa puas hati dengan produk ni  sebab semacam indah khabar dari rupa ;p Tapi ok la sebab saya tak guna duit tapi pakai voucher ajer RM28 ;)
Beli kat milkadel , klik sini utk register.
Tapi beli kat milkadeal memang tak pernah barang tak sampai !


Wednesday, September 26, 2012

Pai Tee The Chicken Rice Shop, teringin lah pulak

Pulang dari Terengganu dengan kekecewaan .Majoriti sistem online tak menang apa-apa. Apa lah nasib ! Semua bengang.  Ni mungkin the worst IID yang pernah saya attend. Dah la juri ntah apa-apa :p Ok, sorry to say. Medal cuma 30 ++ sahaja dan penyertaan adalah 100++. Ada orang cakap, IID kat situ macam funfair . Dah la tengah-tengah juri datang judge, boleh pulak buat cabutan bertuah bagai. Patutnya bagi la masa juri datang judge dulu.Kalau dapat cabutan bertuah tak per jugak . Cerita pasal ni lain kali la. Nasib baik tempat tidur terbaik ;p
 

 Hari ni nak up entry  JJCM . Gambar masih tak transfer dari kamera. Ni cerita agak basi la. Kejadian berlaku, sehari selepas balik beraya hari tu. Hari Jumaat, my hubby kerja, so saya dan my Nuha berfoya-foya lah diluar dan tiba-tiba tekak teringinnya nak makan Pai Tee kat The Chicken Rice Shop tu.
 
 

  Deko masa tu masih dalam mood hari raya :) Maklumlah masa tu baru seminggu raya :)

My nuha , saya orderkan Kid Rice Combo.


Dalam set tu ada, Fried Wanton, BBQ Chicken, Chicken Rice, Soup of the Day dan Soya Bean.
RM 9.90


Ni saya punya portion.Saya order Chicken Roasted Chicken Rice. RM 8.90
 Gambar dekat lupa pulak nak snap ;p Pai Tee ada kat hujung tu. ( Regular - RM6.60)
Memang bikin terliur sekali lagi taip entry ni :)

Abaikan memek muka my Nuha yang tak semenggah tu :p

Sebenarnya nak suruh dia tunjuk Menu terbaru TCRS  "Ayam Percik Kelantan"

 Peace !



Korang suka tak makan Pai Tee The Chicken Rice Shop ni ? 
 
The Chicken Rice Shop, 
Lot No 1, Tesco Shah Alam
No 3, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13,
40100 Shah Alam
Tel : 03-5511 1828



Wednesday, September 19, 2012

UiTM Dungun, bagai sireh pulang ke gagang :)






Ketika entry ini ditulis, mungkin saya berada di tengah-tengah highway :) Tak sabar nak sampai, nak berendam dalam kolam ;p My Nuha saya angkut sekali. Hubby akan menyusul jumaat ini :)


p/s: 
 
 

Ok, tipu. Sampai-sampai jer nanti nak kena siapkan booth untuk IID Dungun 2012.

Doakan kejayaan sistem yang saya bangunkan kawan-kawan !



Tuesday, September 18, 2012

Jamuan Raya sempena Hari Malaysia dan Ole-ole Bandung

Ni episod last kot pasal makan-makan sempena Hari Raya ;p Tu pun dah skip jamuan raya satu UiTM ( memang tak snap pic yang bertema Arabia tu dan terlepas hadiah cabutan bertuah sebab balik awal). Padan muka. 


Ni adalah Jamuan Raya sekali dengan Hari Malaysia kat kawasan perumahan kitorang. Semua bangsa datang kiranya. Memang sangat happening , siap ada cabutan bertuah lagi. Boleh la diteruskan pada masa-masa akan datang. Tahniah dan syabas kepada AJK perumahan kami yang bertungkus-lumus menjayakan event ini. Jom layan gambar la.Makanan dah habis :p

Khemah didirikan bersebelahan taman permainan .

Dari pukul  3.00 petang - 7.00 malam. Tapi kitorang 2.30 dah sampai :p



Antara juadah yang ada. 

 Sate ayam yang paling laku sebab panas-panas gitu.

 Ni jiran sebelah rumah.

 My Nuha dan Nabila, anak jiran sebelah rumah. Tak berenggang kalau jumpa dua orang ni.

 
Bangsa cina yang hadir.

Melayu tentulah ada. India pun ada jugak.

 Mee soto . Yang ni saya tak merasa pulak.

Duk sebelah jiran baru :p Dia pun baru pindah sini last year. Tapi rumah dia 300K++ corner lot.


 Gambar baby yang bam bam :) Nenek dia cina tu pasal muka macam cina tapi
mak dia melayu. Hubby dah geram tengok baby dan tak sabar dah tunggu baby dalam perut keluar :)hehehe



Ni ole-ole dari Bandung dari mantan boz, Sharina. 
Terima kasih :) FM yang belah kiri tu saya punya, 
kanan tu Ad punya :)



Untuk my Nuha, telekung solat. Terima kasih sekali lagi :)


 Taman perumahan korang pulak ada jamuan raya tak ? Hari Malaysia ada pergi mana-mana ker? Legoland Malaysia kah ? :)





 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)