Friday, July 20, 2012

Nasi Lemak Kukus Halba dan Jamuan Menyambut Ramadhan

Akhirnya, Tertunailah Hasrat Di Hati :) Chewah, macam tagline belog Kak Ina KL pulak :)Nasi lemak yang saya idamkan nak buat sendiri sudah menjadi nyata, bukan bohong tapi pasti. Saya masak nasi lemak tak silap hari Selasa lepas.Sebenarnya dah tak sabar-sabar dah buat sendiri, biasalah orang mengidam ni kan.Padahal hari-hari ada jer jual kat kafe ofiz ni.Tapi nak makan jugak nasi lemak buatan sendiri.


Saya tanya pada hubby, boleh jual ke nasi lemak saya ni bang ? Dia cakap sedap dari nasi lemak dia makan kat kedai (kembang semangkuk mak nak! ) Bukan nak puji tapi katanya dia tahu tahap 'kebengongan' saya macam mana kan.hehehehe 6/10 bintang lagi you ! mati mak kena keji :p


 
Sebenarnya hubby tak tahu yang nasi saya sebelum tu tak berapa masak sebab terkurang air.hahaha.Saya kukus pulak lepas tu, tu yang jadi sedap tu.[jangan cakap dengan hubby saya yer ;p]
Nasi lemak kukus halba ni, resepi Cik Mat Gebu 

 
 Mau tak sedap[ angkat bakul] , pelengkap nasi lemak saya, saya tumis ikan tongkol, kangkung celur, telur mata telur itik, goreng bilis , kacang dan timun.

Ok dah habis cerita nasi lemak. Hari rabu lepas pulak, ofiz saya ada buat bacaan yassin sempena menyambut kehadiran Ramadhan. Malam tadi tak sempat nak dengar pengumuman puasa secara live sebab tengah mandi . Jom la kita layan mata dengan juadah yang kami telah nikmati hari tu. Lepas ni, kena kurangkan gambar makanan la kot kan , nanti korang terliur.Jangan ada yang baca entry ni pagi esok dah la.hahahaha. Esok puasa tau !


Ayam goreng berempah

 Daging salai masak lemak cili padi, terangkat btol tapi kurang masin :p

Sayur dan tauhu jepun sos tiram

 Nasi baik pelengkap rasa ada, ikan masin dan ulam-ulaman

Sudah semestinya, pencuci mulut, buah tembikai susu dan biar betik !


 
Kek yang menjadi rebutan ;p

Selamat Berpuasa yer semua ! 

p/s:

Alhamdulillah, kalau tiada aral dapat berpuasa penuh lagi tahun ni macam tahun lepas, amin..amin.. 


p/s:

Tq encik Iman untuk backlinknya :) Eyriqazz vs The Bloggers  




p/s:
Saham Akhirat - Derma untuk pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
Bank Muamalat Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710

Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]

Thursday, July 19, 2012

Ayam Penyet AP, KL Festival City dan Review Eyriqazz

Ok, kali ni jauh sket jalan jalan cari makan di elissmie. Kat KL lah pulak kan.Sebenarnya kami semua lunch di Restoren Ayam Penyet AP sebelum cuci mata di Kiason [entry semalam].Tapi malam sebelum tu, my SIL, Kak Long belanja dinner kat Rosdet Tomyam Kampung Baru [tak der gambar sebab semua kebulur, teringat betul Kerabu Kaki Ayam dia ] .



Lukisan di dinding ni mencuri tumpuan . Sumolah? Versi perempuan gamaknya :p Atau kes berebut suami ? keh keh keh

Antara minuman yang ada disini.

 Wajah pemakan sekalian.


 My Nuha mula-mula nak bihun sup, sekali bila sampai nasi, nak nasi pulak.
 Bakso yang kami order tu kongsi makan sket-sket sorang . RM5.90


My Long makan Nasi Putih + Ikan Kembong Bakar (macam rentung jer ;p ) RM8
Pandan Special Layer Tea RM 4.50. Air sebelah tu hubby punya Cappucinno Ice Blended RM6.00

Kak Long makan Nasi Putih + Ikan Lele Penyet RM 7. 
Hazelnut Coffee RM3.90
Kongsi Sup Ekor RM9.50 tapi sup ekor dia kurang kick macam kat Wong Solo ;p


 Saya pulak Nasi Putih + AP Ayam Penyet RM8.50
Lychee Shake RM 4.50
Bagi saya ayamnya lembut dan sambal jugak pedas tak seperti saya cuba di Seksyen 9 dulu yang tak berapa nak pedas sangat .Tapi kalau tak de sambal dia, tawar pulak ayamnya.
Tapi sayur la kurang puas hati sebab bagi kobis mentah (kalu celur tak per jugak)  instead of salad kan :p

 Hubby makan Nasi putih + Bebek Bengil. Bebek = Itik ;p RM11.90
Sedap katanya.


Total : RM87.65


Review dari Eyriqazz ni hubby yang snap :)

Korang dah pernah try ker Ayam Penyet AP ni ?

Alamat :
AYAM PENYET AP
LOT G37 KL FESTIVAL CITY
67 JALAN TAMAN IBU KOTA
TAMAN DANAU KOTA, SETAPAK
KL
Tel : 03-4131 3585


Wednesday, July 18, 2012

Kedai Hiasan Dalaman Rumah Murah @Kaison, KL Festival City

Ahad lepas, kitorang jalan-jalan cuci mata di KL Festival City, selepas makan tengah hari.  Long saya rekomenkan satu kedai hiasan dalaman yang menjual barangan murah macam bunga dan tumbuhan tiruan, bakul, kaca dan pasu porselin, pemegang lilin, jam, bingkai gambar, lukisan minyak, hiasan rumah, bantal dan kusyen,cadar, tirai , permaidani, kertas dinding, mainan, souvenier pun ada. Boleh kata macam-macam ada !Kat situ my Long beli bidai RM19 sahaja. Saya pun nak rembat satu lepas ni nak letak kat grill pintu dapur.Hari tu tak beli sebab tak ingat ukuran.


 
Inilah kedainya.Alamat :
S20 & S21, 2nd Floor, KL Festival City,
Danau Kota, Jalan Genting Klang, 53300, Kuala Lumpur

 Cuba tengok lukisan kat dinding tu. Dah siap frame macam tu RM30 sahaja.


 Sebenarnya saya pun rembat satu, tak menahan tengok buah oren dan limau tu.RM30.
Hubby tak sempat lagi gantungkan kat sebelah meja makan tu :) My Nuha beli puzzle cuma 90¢


Bunga-bunga plastik dia memang menarik tapi huby tak gemar pulak bunga-bunga plastik ni.Lain kali nak beli pasu bunga pulak, boleh letak fresh roses ;p berangan ! hehehe


Korang dah pernah ke masuk kedai ni ? Beli apa?

p/s:

Sandal untuk hari raya boleh dapat kat sini.


Tuesday, July 17, 2012

Koleksi Fridge Magnet Terbaru dan Cek Kedua dari Exabytes

Hari ni hari menunjuk-nunjuk .Nak tunjuk koleksi Fridge Magnet terbaru. Saja nak bikin marah pengumpul FM tegar , Nafiraa :p hahaha. Gelak jahat !


 Ni kawan my hubby yang bagi masa dia bercuti kesini .Pulau Redang, bila lah nak sampai ni. 
Orang tu janji nak pergi, rasanya dalam mimpi jer la :p

Yang dua ni beli masa pergi  Empire Shopping Gallery Subang hari tu.
Tefal pan & motosikal berkuasa besar.


Yang ni kazen my hubby yang kerja kat sana bagi. Hari tu dia balik cuti 2 minggu. 


 Ni beli sendiri :p Bila ntah nak sampai sini . Padahal orang terengganu. Satu pulau kat terengganu tak pernah jejak , kecuali Pulau Kambing. hahaha. Ok, tu bukan pulau :p


Korang ada koleksi Fridge Magnet terbaru ?Cuba tayang, nak terjah :)

p/s:

Cek kedua. 
Terima kasih exabytes sebab sudi panjangkan tempoh pengiklanan di elissmie. com :)


Monday, July 16, 2012

Akhirnya merasa sudah pavlova, pandangan peribadi?

Pandangan peribadi, saya sudah jatuh chenta ! Tapi sayang, tak sempat berjumpa dengan pembuat pavlova ni sebab my hubby dan my Long pergi amik Pavlova yang saya tempah tu tanpa saya.Dah la saya dah janji dah nak peluk-peluk dan cium-cium dengan Irma. Mungkin lain kali kalau ada rezeki :) Satu lagi pavlova percuma kan ada :) 

 Rasa dia tak lah semanis seperti yang saya sangka. Masih boleh diterima oleh tekak saya yang dalam mode tidak berapa suka manis sekarang. Mungkin ada buah-buahan masam jadi pelengkap kepada pavlova ni . Memang balance sungguh rasanya !


 Dah la dapat pavlova, dapat purse coin berisi fridge magnet lagi :)
 

 
 FM dari Isketambola, eh Istanbul Turki  :)


 Bukan tu sahaja, siap poskad lagi :) 


Korang terliur tak dengan pavlova ni ? lalalarikss 

Kalau korang terliur sama ,Tempahlah sekarang :)

Untuk Tempahan :

Hubungi beliau di talian 013-2588230 - Irma.

Pick Up Point : Blok A PV12 Platinum Lake Condo. ( Bangunan My Mydin)
 

*Tunggu di tepi jalan berdekatan dengan Nice Coffee Station atau Klinik Alam Medik* Dari Jalan Genting Klang, jumpa trafik light menuju Jalan Taman Ibu Kota. Depan ada KL FESTIVAL CITY. Ambil kanan. Terus sampai jumpa OLD TOWN WHITE COFFEE belah kiri. Ambil laluan kiri menuju Jalan Langkawi. 100 meter ke hadapan akan jumpa signboard PV12 Platinum Lake Condo. Tadaaaa... ANDA BERJAYA. TUNGGU SAYA DI TEPI JALAN. NANTI SAYA HANTAR KEK TERUS KE KERETA ANDA. :)




Friday, July 13, 2012

Terima kasih Mak Aji bekalkan kami Nasi Lemak hari ni :)

Siapa Mak Aji ? Mestilah bonda kesayangan Niza a.k.a KancilBiru. Hari ni kafetaria ofiz kami tutup sebab pekerja mereka pergi motivasi kat Gambang Resort. Lepas ni harap-harap bermotivasi lah untuk masak yang sedap-sedap buat kami yer.Macam lah diorang baca belog saya .hehehe 


 Tapi maaflah, sebab lapar sangat tadi, bekas ajer yang tinggal untuk tatapan korang ! lalalarikss

Internet tanpa buffer ? Mesti teruja kan? Klik sini laju-laju

Sepanjang hidup saya ni, tak pernah lagi masak Nasi Lemak.Teringin jugak nak buat, mungkin hari Sabtu ni ker? Boleh ker sayang? hehehe :) Terpaksa lah cilok resepi Nasi Lemak dari Cik Mat Gebu ;p




Korang pernah ke masak nasi lemak ? Makan tak kira :p

p/s:



Hari ni saya dapat lagi satu berita gembira ! Menang Pavlova free dari Irma. Rasa macam nak lompat bintang pun ada ! hehehe :)



p/s:
Saham Akhirat - Derma untuk pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
Bank Muamalat Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710
Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]




Thursday, July 12, 2012

Jom dapatkan baju kurung untuk hari raya kat sini

Mari rapat adik-adik, kakak -kakak , abang-abang. Hari ni nak tunjuk barang baik punya ! Korang dah ada ke baju kurung untuk hari raya nanti ?Kalau belum, teruskan membaca sebab korang mesti teruja punya.

Baju kurung pelbagai corak dan warna serta sulaman ada dijual kat Butik Faida ni.   Jom laa kita window shopping online , tak kena bayar pun kan.Cantik-cantik kain dan coraknya. Ikut trend terkini lah senang cerita. Tak perlu bersesak-sesak ditempat awam dan bayar parking segala :)
Promosi Harga Pengenalan sehingga Jumaat 13 Julai 2012 sahaja. Selepas itu, Harga Normal akan dikenakan RM220 FREE POSTAGE. Stok AMAT limited. Kualiti dijamin AMAT memuaskan. Rebutlah peluang keemasan ni ! Kalau nak tengok secara live, korang boleh kunjungi mereka di bazaar sepanjang Ramadhan ini di area Wangsa Maju bermula 22 Julai 2012. 

Baju Kurung Pahang with High Quality Manik
Cotton
Kain Susun Tepi
BKV001
Size S, L

Harga PROMOSI : RM160 FREE POSTAGE
Harga NORMAL : RM220 FREE POSTAGE













Apa lagi ? Kita terjah sekarang !

Menarik tak ? Teruja ? Nak memilikinya ? Apa lagi, klik disini laju-laju untuk membuat pembelian !


Kot-kot lain kali korang nak beli baju kurung ni , dan nak lebih mudah, korang boleh klik pada banner disidebar seperti kat atas ni jugak :)
 
p/s:

Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan diri, blog peribadi  atau blog bisnes serendah  
RM 3/Sebulan disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . 
Kalau beriklan lebih 6 bulan, korang akan dapat satu review yang bernilai RM20 secara PERCUMA.
Tiada Banner? Boleh saya designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sini atau sidebar.


Setelah 5 tahun, pandai lagi ke nak pegang baby?

Setelah 5 tahun, pandai lagi ke nak pegang baby? Itu pertanyaan saya pada my hubby beberapa hari lepas. Perasaan yang sama semasa mengandungkan my Nuha dulu. Maklumlah, saya dari kecil lagi tak pernah pegang budak kecik untuk jaga, tukar lampin dan bagi susu segala itu, apatah lagi mandikan seorang manusia bernama bayi :) Susah betul kalau dilahirkan dengan adik yang lebih kurang sebaya ni yer. Up sekeping gambar nostalgia :p


 Saya dan adik saya.Teman bergaduh, teman ketawa dan teman menangis.

Selama 30 hari berpantang di kampung halaman di Terengganu, my Ma yang mandikan my Nuha. See, dia pun tak yakin dengan saya ok ! hahaha. Masa menginjak usia my Nuha 30 hari, lepas tu baru dia pass baton untuk saya mandikan my Nuha. Masih saya ingat lagi kali pertama saya dirumah ibu mertua selepas sampai dari Shah Alam, seminggu selepas lahirkan my Nuha. Masa tu my Ma dan Abah balik rumah dulu sementara saya tinggal dulu sekejap dirumah mertua,diorang nak bersihkan rumah dulu sebab dah hampir sebulan tinggalkan rumah, jaga saya di Shah Alam sebelum beranak ! Masa tu saya panik gila , yer la. Saya takut my Nuha terberak ke apa. Saya ni dah la nak alih anak dari tangan kanan ke kiri pun suruh mak saya. Dalam hati doa banyak-banyak agar dia tak berak. Tapi budak ni, makin di doa , makin dia berak. hahaha.

 Nasib baik penyelamat saya a.k.a my darling hubby ni ada pengalaman jaga anak-anak buah, so for the first time,my hubby yang basuhkan berak dia. Rasanya tu pertama kali dan terakhir dia basuhkan berak my Nuha kot ! hahahaha. Ok, tipu, ada la 2-3 kali lepas tu bila dah besar ni sebab terpaksa bila isteri tinggalkan diorang pergi outstation ;p Kalau tidak, haraammmmm :p Dia buat dek lagi ada..Ampun bang ! Ampun bang! hahaha

 Seronok jugak ber "baby wearing" yer ! Nostalgia betul. Ni eksyen jer. Saya jarang baby wearing dia, sebab saya mempunyai hubby yang gagah perkasa :) Lagipun berat my Nuha masa tu cecah 8 kilogram tak silap masa dia 6 bulan macam tu. Herot pinggang saya :p Cukuplah 40 minggu 2 hari dalam perut :p


 Sayang , sila la praktis membawa beban dari sekarang yer :) 210 hari lagi untuk bersedia ! hahahaha


 Korang rasa agak-agak saya ni reti tak nak pegang baby lagi ni ? Berdebar mak noks ! hehehe



Bagi yang belum register Milkadeal agar tidak terlepas tawaran yang hebat klik sini laju-laju.


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)