Thursday, February 23, 2012

Pulut Mangga @ Mango Sticky Rice Dessert , korang pernah makan tak?

Sebenarnya dah lama dah me mengidam nak makan . Tapi sampai sudah tak jumpa-jumpa :p Selalu terliur entry pulut mangga dalam blog Eyriqazz kerana ianya dessert kegemaran isterinya dan Alisya. Menjejes air liur me menengoknya :p

 Last week, masa ke Giant Seksyen 7, Shah Alam, me ternampak Thai Manggo. Terus teringat baki beras pulut yang satu cawan lebihan buat pulut durian hari tu ada lagi dalam almari. Rugi jugak kalau dibiarkan berbubuk macam  tu kan. 

Akhirnya, me buat Pulut Mangga @ Mango Sticky Rice Dessert untuk breakfast hari sabtu . My Nuha memang hantu pulut.Hari Sabtu hubby kerja so me makan berdua ajer lah dengan my Nuha. Percubaan pertama kiranya ni .Tanpa mengetahui resepi tapi me buat macam nak buat ketupat tu jer la.

Bahan-bahan yang mudah dan murah betul bagi menyediakan Pulut Mangga @ Mango Sticky Rice Dessert ni. Jom kita kira kosnya..

1KG - RM 5.80 Harga yang disyorkan untuk Cap Floral.


 Sedap beras pulut ni dan perlu cuci sekali sahaja.

Santan kotak ajer me guna. Me campur dalam pulut dan buat kuah sebabnya my Nuha dia suka makan pulut tu, so nak bagi lemak me kukus dengan santan.

Yang ni satu kotak RM2.70


Pulut mangga ni sedap, tapi masa beli tu masih muda sket so dia rasa masam-masam manis gitu. Sesuai dengan tekak me.

 Ni beli kat Giant, RM 2.89 untuk dua 2 biji.

Pulut yang sudah siap dimasak. Kalau rasa pulut tu nak terkeras , tambah santan lagi.
 Me guna 1 cawan santan untuk 1 cawan beras pulut.  


Hasilnya...Tadaaa... Ala-ala masterchef gitu. Sebenarnya tak der la dua ketul ajer pulut tu me sebat ;p Tu untuk tujuan penggambaran ajer..hehehehe

 Homemade Pulut Mangga @ Mango Sticky Rice Dessert, resepi disini..Versi me punya lah :)

Kosnya lebih kurang RM6 untuk dua orang makan gitu . Jimat kan.


Korang pernah ke makan Pulut Mangga @ Mango Sticky Rice Dessert ??




Wednesday, February 22, 2012

Che Det di UiTM dan lukisan orang yang pertama

Hari ni bersiaran lambat sket sebabnya baru ajer abes program Syarahan Perdana, Tranformasi Minda Penyelidik Muda oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad.Amik gambar guna handphone cap Nokla biasalahkan. So kualiti gambar memang tidak memuaskan even Tun datang sebelah bahu ajer :p Hampir sejam jugak baru habis syarahannya.



"Kita tidak boleh berpuashati dengan sesuatu alatan/produk setakat itu sahaja tapi perlu memikir macam mana untuk menambahbaiknya"- YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad"


Nampak halus ajer :p Zoom pulak jadi pecah..hahaha


Amik gambar kat skrin lagi nampak :p

p/s:

 Pengakuan Tun, dia tidak tahu menggunakan komputer :)

Teringat pulak lukisan yang aku hasilkan dengan melakar wajah Tun Mahathir semasa mengikuti kursus motivasi sekolah aku setelah kaunselor suruh melukiskan wajah idola masing-masing 17 tahun lalu. Sebab aku melakar wajah Tun adalah kerana semua orang lukis gambar dia. hahahaha :p Masa tu form 1, tak der idola lagi kot ;p


Ni lukisan orang yang pertama my Nuha. Yang diconteng ditepi buku mewarna yang me beli. Mata, hidung, mulut semua ada. Bila tanya , apa kat atas kepala ni. Rambut ker? Oh, itu kaki. Jawabnya dengan selamba tanpa rasa bersalah ;p 


Korang masih ingat tak lagi lukisan orang pertama korang ?

Tuesday, February 21, 2012

Hadiah apa yang sesuai untuk biker?

Sejak dua menjak my hubby menjadi biker ni,tema hadiah hari jadi memang lah ala-ala biker gitu. My hubby request jaket untuk hadiah hari lahirnya. Dulu dah pernah beli satu jaket untuk dia. Kiranya beli satu lagi ni nak buat bergilir lah kot kot kena hujan. Tapi me tengok, kalau hujan dia rela naik EX5 dia..hahahaha..lariksss

Makanya misi pencarian pun bermula. Dari satu kedai motor ke satu kedai motor kami jelajahi. Dari Klang ke Shah Alam sehingga Kota Kemuning kami jelajahi. Akhirnya sangkut kat Welly Kota Kemuning.Ingat dah berakhir misi dia, ada lagi nak dibelinya iaitu kasut pulak. Yang ni sampai ke Jalan Sentul, Kuala Lumpur.Yang ni dia pergi dengan my Long. Tak kuasa dah nak mengikutnya.hahaha

Jom la layan gambar sepanjang misi pencarian dan hasil belian hadiah hari lahir untuk my hubby. Tapi semestinya dia tambah duit dia sendiri kan sebab nak beli jaket idaman tu :p








Gambar try jer beriya tapi belinya yang lain :p Inilah jaket yang dibelinya. 
Harga RM300++ tak silap.


Monday, February 20, 2012

Sengkuang calit, makanan nostalgia kanak-kanak korang ker?

Last week, masa kitorang pergi Uptown Danau Kota ternampak gerai orang Sengkuang Calit.Teringat pulak entry CikLilyPutih pasal makanan ni. Sebenarnya, hari tu dah nampak kat Uptown Shah Alam tapi tak terasa nak mencubanya sebab masih kenyang lagi. My Long yang sebenarnya belikan. Lepas tu me cubalah merasanya.Memang sedap jugak dan pedas-pedas sket kuah kacangnya tu. Siap beli lagi satu lepas tuh.
Sengkuang dikatakan baik untuk mengatasi demam panas, meredakan demam mampu mengubati selesema dan batuk. Ia juga melawaskan buang air kecil, penawar demam kuning dan juga gout. Elok juga untuk berdiet dan kulit jadi halus.

Model Sengkuang Calit ;p


Old Time Sengkuang

Sedang dipotong

Sedia untuk dimakan


RM 1.50 biasa, RM 2.00 special


p/s:


Sengkuang calit bukan makanan nostalgia kanak-kanak me lah.Tak pernah jumpa pun. Makanan nostalgia zaman kanak-kanak me dulu yang me suka adalah aiskrim Malaysia, sagun, dan satay ikan. [Siap mengidam lagi dulu nak makan masa pregnantkan Nuha ;p] 



Friday, February 17, 2012

Kerabu Kaki Ayam Terbaik Punya @ Rosdet Tomyam Kampung Baru

Ok.Hari ni kita JJCM bersama elissmie ok. Yang ni jauh jugak sket menapak iaitu sampai ke Kuala Lumpur.Saja up entry ni hari jumaat sebabnya nanti weekend bagi yang tak tahu mana nak makan boleh la try makan kat sini. 


Rosdet Tomyam Kampung Baru ni memang menyajikan masakan ala Thai lah senang cerita tapi sepanjang me makan di restoren ala Thai ni, tak pernah lagi jumpa kerabu kaki ayam yang terbaik macam dia punya lah.Jom la jamu mata semua yer. Harap-harap korang semua dah breakfast yer :)




 Kerabu kaki ayam.Dulu portion dia lagi banyak.
Apsal kaki ayam dia putih sangat erk? Rendam klorox ker? :p



 Siakap Stim Asam Boi
 Siakap sinohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri


 Lala masak pedas, dan memang pedas berdesit (bhs trg - pedas sangat ) ;p




Udang celup tepung.. 


Sayur campur

Telur Dadar yang wajib ada :p

Sambal belacan ni for my hubby :p

Slim kan gelas dia ;p


Konsep restoren yang simple ajer tapi selesa.


Berada di jalan chow kit road...chow kit road... 
Berhampiran dengan ofiz arwah Datuk Susilawati, Novelle Visages.






  Camwhoring harus ada :p Abaikan mata kero my hubby :p

 My Nuha yang tak berenggang dengan Mak Long

 
Ni model buku menu :p



 Jemput makan semua !


Mengagumkan betul servis kat sini. Semua lauk pauk yang kitorang order, 10 minit ajer dah sampai kecuali Siakap Stim Asam Boi dan satu lagi sotong celup tepung (tiada dalam gambar) sebabnya tertinggal kot tapi sampai jugak la akhirnya.Rasanya ni dah kali ke empat kitorang makan kat sini . Kerabu kaki ayam tu yang buat kitorang terindu-rindu dibuatnya :p

Total = RM 96 


p/s: 

 My Long belanja sempena birthdaynya yang ke 37 (tua dah ko erk long :p )
.Happy Belated Birthday &  Terima Kasih Long :) 



 

Venue :Rosdet Tomyam Restaurant
No 160, Jalan Abdul Rahman Idris 5, 50300 Kampung Baru, Kuala Lumpur
Foursquare : https://foursquare.com/v/rosdet-tomyam-restaurant/4be181992b27ef3bf0e6746a



p/s:
Saham Akhirat - Derma untuk pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
Bank Muamalat Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710

Jam Dinding untuk wall deco ini boleh didapati di sini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]


Thursday, February 16, 2012

Idea Dekorasi dengan frame gambar

Bertemu lagi dalam segmen deko bersama elissmie. Deko kali ni me rasa yang paling biasa kita nampak lah dan bukannya satu idea baru. Frame gambar atau bingkai gambar .Korang boleh olah idea nih agar nampak moden tapi menggunakan bahan-bahan yang murah, frame gambar tu la kan.

Kalau tak kena gaya memang nampak serabut lah. Jom kita tengok idea dekorasi dengan frame gambar ni. Me rasa bukan setakat pemilihan gambar yang sempurna memainkan peranan tapi design bingkai frame gambar pun menaikkan lagi seri dalam mendekorasi ruang rumah dengan frame gambar ni.

Contoh idea menarik menggunakan frame :

1) Bentuk Jam




Menarik jugak idea frame gambar yang berbentuk jam ni dan sesuai kalau diletakkan diruang tamu
 credit  : here



2) Frame T-Shirt

Bukan setakat gambar peribadi, t-shirt pun boleh diframe kan dan menjadi dekorasi ruang. 
 credit here

3) Frame Pensil
Pensil diframekan pun nampak menarik ! 
credit  here

4) Frame daun


Kalau kreatif, daun yang diframekan ni pun nampak menarik kan.


Jom tengok frame untuk dekorasi di sesuatu ruang pulak :-



Kalau ada rumah teres dua tingkat, idea ni mungkin boleh dipertimbangkan. Walaupun hanya menyusun frame tu kat dinding. So tak der la kosong ajer ruang nak naik ke atas tu kan.Sambil lalu sambil cuci mata gitu.
 credit here



Susun bingkai gambar macam ni pun nampak menarik dah kan.Sesuai kat ruang tamu gitu.
  credit  here



Ruang nampak ringkas tapi sarat dengan frame gambar. Menarik jugak kan ?

credit to : here





Ruang yang ni memang nampak minimalis habis tapi berseni gitu...frame letak macam tu tak yah nak drill bagai  ( sayang dinding kekdahnya ;p)


credit : here 


Memang tidak mengecewakan sentuhan frame gambar ni kalau kena susun aturnya kan ?



Kat bilik tidur pun boleh dideko dengan frame gambar jugak dan nampak menarik kan.



Korang suka tak idea dekorasi dengan frame gambar ni ?


 My Nuha | Aku Bukan Chef

Wednesday, February 15, 2012

Kalendar dari Emila Yusof , cek Nuffnang ke 8 dan Tupperware Percuma

Barang percuma ? Siapa tak seronok kalau dapat kan sebab tak perlu keluar duit pun untuk mendapatkannya cuma sedikit usaha :) Hari ni kira edisi tayang menayang yer :) Bukan menunjuk-nunjuk tapi tanda terima kasih yang tidak berbelah bahagi kepada penyumbang hadiah lah :)



Ni kalendar dari kak Emila Yusof , dapat sebab jadi voter untuk Social Media Awards, keputusan disini  :) Teruja habis...Sayangnya nak guna..Habis tahun pun me simpan lagi ni :) Rasa nak framekan pun ada :) Kalau korang nak jugak kalendar yang sama, tapi kena beli la, boleh dapatkan disini :)



Cek Nuffnang ke 8 sudah tiba semalam. Alhamdulillah. Terima kasih Nuffnang. I Love You More ;p 
Siapa yang belum register, rugi la :p 



Ni tupperware yang me dapat sebab jadi top refferer hari tu :) Terima kasih Tupperware Kiosk Online ! Yeay ! Alhamdulillah..



Siapa tak suka barang FREE ? Kalau tak suka , sila pos kepada me lah ?

Dah register Milkadeal? Promosi barangan sehingga potongan 90% Klik sini untuk Register PERCUMA !!!


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)