Semalam, punyalah susah nak handle si kecik ni..aku dah laa excited nak balik masak ikan bawal masak stim...huhuhu..sekali dier tak nak berenggang ngan aku...dekat2 kul 8 dier dah tertido,masa tu my hubby baru sampai umah, barulah aku bleh masak dengan aman..tu pun dier terjaga dua tiga kali...(tu laa jangan manja2 sangat masa mengandung, kan baby dah jadik manja :( akukah harus dipersalahkan? baby korang macam mana? ada tak ikut peel korang masa mengandung dulu...nyesal makcikkk...
so bagi yang sedang mengandung, bakal mengandung, sila laa jaga perangai korang masa mengandug tu..huhuhuhu...
malam tadi aku sudah masak kul 8 lebih cenggituh, tapi biasa kitorang makan lepas isyak kalo aku tak puasa, so aku tunggu laa makan sekali ngan my hubby..dah rasa kenyang minum susu strawberry tu :P dah tak bernafsu nak makan nasi..tetiba si kecik lak bangun,siap makan nasi sekali lak tuh..huhuhu...lupa nak tanya my hubby macam mana ikan stim aku.bagi aku tak sedap..hahaha..macam kekurangan sesuatu aku rasa.. lenkali bleh cuba lagi kater my hubby..seb baik my hubby sanggup menjadi tempat eksperimen aku...hihihi i love u sayang :* sampai bulan bintang :D (sila jangan muntah-batal kang pose :P)
Gmbar aku cilok kat sini (credit)
Cara-cara:-
Aku lumurkan ikan bawal putih dengan sos tiram , garam, bawang merah+bawang putih+serai+halia (yang diblender)
Masukkan dalam pengukus, taruk tomato, nanas kiub, daun bawang, daun sup, bunga kobis, bawang merah yang diracik, bawang putih yang diracik, halia yang diracik, serai ketuk tambah serbuk perasa dan serbuk lada putih.
My hubby cakap, tengok kuah, macam btol dah...hihihihi :P
Hari ni, nak ajak hubby tapau lauk..malas nak masak..hihihi..lagipun stok bahan basah dalam peti pun dah surut..(alasan :P) nak makan aper yer hr ni? la la la la
17 days to go lagik!!!jiayou!
Thursday, June 04, 2009
Buka Puasa @ 9.30 P.M???
Wednesday, June 03, 2009
Gempar!!Punca Stadium Runtuh!!
Malam tadi, aku dengar berita pasal Stadium runtuh kat trg tu..serius, aku belom penah sampai lagi kat situ..Dulu aku ada sekali gi stadium tapi aku rasa bukan yang itu, tahun 2000 tak silap aku..masa tu aku ngan mekna pegi tengok bola masa tu Terengganu Vs Kelantan..X sempat aku nak pegi melawat ko runtuh laa fulak yer stadium..siapakah yang harus dipersalahkan?
Aku rasa harus persalahkan orang-orang berikut :-
Jangan marah naa, gurau-gurau hari Rabu jer..maklom laa pose, kurang energetik sket :P hahaha
Semalam.Aku amik 2 jam balik awal sebab kepala pusing yang amat..balik mandi, solat dan tido...bangun kul 4 lebih siapkan bahan-bahan untuk memasak, zas, pegi amik Nuha...balik2 masak ktung ktang ktung ktang..malam tadi menu nyer ikan bawal goreng dan tomyam seafood (over cook sebab aku tertido :P) seb baik tak kering terus tomyam aku :P elakkan bf time baring petang2 yang damai ok :D Malam ni rasa macam nak buat ikan bawal putih masak stim..lalalala...nafsu puasa jer aku rasa..macam2 nak makan ni..hahaha...lambatnya Raya :D
Pagi tadi sahur makan roti coklat ngan air kosong sajork..x sempat nak bancuh air bagai...sebab tersedar kul 5.30..huh, seb baik sempat lagikkk..kalo dak sesia aku mandi tengah2 malam tadi..apakah ?? mandi tengah2 malam? :P hihihi...
Tuesday, June 02, 2009
Peserta Kursus!!! Kenegaraan!!!
Aku dah balik dari BTN..yeehooo..weehoo...tapi kerana semangat cintakan negara, hari ni aku datang keja demi membela dan menegakkan nusa bangsa..chewah..ayat tak bleh blah..aku rasa lepas dua hari semangat negara jadi kuncup :P
Nway, aku excuse banyak mender..alasan c-sec telah menyelamatkan aku dari buat abseiling dan kembara..hihihi..latihan kecerdasan pun aku pilih2..aku risau laa kan jadik apa2 sebab my hubby awal2 lagi dah warning,macam ni laa bunyi nyer(x per erkk sayang :) )"sayang jangan duk terlompat2 sana sini, panjat sana sini, kang kalo apa2 abang tak pegi jaga" hihihi..orang kata kalo derhaka kat suami, biasanya tu laa yang terjadi kan,so sebagai isteri yang meetali ni, aku x buat laa mender2 yang bleh buat aku terkinja2 dan terlompat sana sini kecuali poco-poco...hikss..
gambar tak der banyak sangat sebab electronic device is prohibited hokayyyy..tapi lepas kelas, kelas abes kul 11.30 malam, bleh laa guna...huhuhu..tapi aku curik2 guna gak masa break minum pagi call pengasuh tanya baby aku kan..
yang paling x tahan tu, siap ada artis..r*zit* Izlyn tu...dier staff Uitm..last sekali dier kena dera nyanyi ngan kitorang..seb baik pitching baik punya...hihihi...nak baca selanjutnya ada kat sini pasal artis ni (niza, sila bagi komisyen :P)
Rutin harian, bangun pukul 5 pagi then kena solat subuh jemaah-kuliah subuh-berbaris ala-ala tentera gitewh-bfast-LDK-minum lagi-LDK-lunch-LDK-minum ptg-solat maghrib/isyak jemaah-kuliah maghrib-LDK-minum malam-tido. Kul 12.00 laa baru leh tido..malam last kul 1 baru leh tido...seb baik exam nyer adalah kacang...contohnya
Apakah jenis bagi kucing ?
a)bunga
b)binatang
c)pekerjaan
d)pakain
so ko bleh laa main teka2 kan...hahaha..tu sekadar contoh laa kan..hihihi..
tapi tak syok, setelah dilayan bak raja di Induksi, korang dilayan sama rata di BTN..tido dalam dorm dan berkongsi bilik air ramai...dengan baju putih+ kasut hitamnya (yang aku tak pakai pun :P) , anda kena basuh tray besi sendirik lepas makan..hahahaha...dah laa kena tunggu dan baca doa sama2 baru makan :P
tapi x der laa teruk mana pun...
Layan gambaRIA plak..

p/s: ada lagi gambar tapi ngan kawan aku...upload later naa...
Wednesday, May 27, 2009
Alahai dah rabu...
Hari ni last day untuk bersuka ria sebelum ber'BTN'..soklan exam BTN susah dak eh bagi sapa2 yang penah pegi..gf adik aku ckp soklan objektif jer..tak sakit sket kepala kan..macam induksi hari tu ada 40 soklan objektif dan 4 soklan esei..segala kuasa toyol moyol laa orang bawak pegi dewan exam tapi aku tak bawak :D bagus kan?
Apa yang perlu utk aku bawak pi BTN:-
Baju Putih - Done
Kain Hitam - Done
Kasut sukan - Done
kasut Hitam - Done(amik ma aku punya :P)
Macam nak masuk sekolah asrama asmara kan?
Lepas ni nantikan kemunculan aku dengan semangat kenegaraan ...hihihi..rukun negara ada bape?cepat jawab!! hahahaha...
BTN ada aktiviti lasak2 ker? aku seriau sket pas kena c-sec hari tu...bleh ker aku nak join aktiviti lasak2?dalam jadual dier tulis jungle tracking jer aku nampak..yang x nampak tak tau laa ka...hihi..terkenang waktu muda2 dulu(skang pun masih muda ok) Masa tu aku join kelab kembara masa UiTM Dungun dulu masa 1st year...penah buat abseiling dan kayak..sonok sangat sampai hitam legam..hikss..
Tuesday, May 26, 2009
Konvo Vs No Parking
Hari ni dah sampai kat tempat parking pukul 730..mak ai...sampai aku turun ke level 3 parking bertingkat baru kosong, tu pun tinggal 3..next, sila turun ke level seterusnya ok..sheall jerkk...dah laa percubaan parking montot tak lepas...dengan gelapnya...last2 parking secara normal setelah berderet kereta nak rebut parking aku..hahhahaha...ni yang tak best kalo musim konvo.Nway, Happy Convocation buat kazen aku, Mimi yang akan berkonvo esok...Ingat, smile..pose :P baru gambar anda akan kelihatan girang diatas pentas..hahahaha..pastu bleh ar ditampal di dinding rumah seperti dibawah:P
Hari ni aku nak keja sungguh2..hahaha..poyo..banyak nak kena settle before aku ber'BTN' start khamis ni..dan yang paling settle adalah membayar semua hutang pada hari gaji..hihihi..oh, ptptn ku bulan ni x terbayar lagik..ish, lama nau diorang nak settle psl aku nyer ptptn ni..aku dah faks dah borang untuk buat potongan gaji tapi sampai laa ni pun x der feedback..ni aku tak suka ni kalo gomen.. opssssssssssss! :p dan aku dah cakap kat mak pengasuh Nuha nak tinggalkan Nuha sampai isnin..Alhamdulillah dier sanggup..hanya tuhan sajer yang dapat membalas jasanya yang jaga Nuha macam anak dier sendirikk...
Hari ni tak pose sebab tak mangun sahur..kalo bulan pose mcm mana laa yer :P
Monday, May 25, 2009
Memperkenalkan...
Murtabak Diraja???
Hari ni aku puasa, ni aku mulakan dengan murtabak diraja..enak dimakan untuk berbuka puasa..tapi semalam lagi dah abes..hikss...Biasa harga RM13 tapi mak mertua Ad bleh dapat RM10..memang sedap dimakan panas2..intinya kemain tebal...ni frozen punya tau..so, dimana jua boleh nikmati murtabak skang...owh, aku beli kat KB hari tu yer..baru beberapa jam puasa ni , dah fikir pasal berbuka..nak berbuka aper hari ni yer?lalalala..20 days to go!!!!
Ni murtabak aku...hikss..yang ini memang sedap di erm cium..hikss..i will miss my baby selama 5 hari bermula khamis ini...adus, siannya nak kena tinggal dier rumah pengasuh..harap2 dier leh jaga diri bebaik dan tak geget2 orang,tak pukul2 orang, tak tarik2 rambut orang...semua tu dier buat kat aku..sesekali timbul jugak geram...dan dier sudah ada gigi 4 batang!! OMG...banyaknya gigi ko nak...hahahaha...gambar gigi nanti aku publish kat blog dier jika aku dapat amik...susah btol nak tengok gigi dier ok!!4 batang hanya dibahagian depan atas :P owh baju ni aku beli di KB, rm10..lawa kan? syoknya kalo hari2 leh gi KB..hahahaha..maklumlah, hari ni gaji..mula laa tuh...seb baik hari ni Isnin bukan Jumaat yer dak?
Friday, May 22, 2009
Suami Boroi Tanda Perkahwinan Bahagia...
Hahaha..aku gelak sendiri bila baca email pagi ni dari my hubby...:P Tajuk email pun dah kelakar "Suami Boroi Tanda Perkahwinan Bahagia".Email ni ulasan dari artikel yang dier baca pasal tajuk ni..
Btol ker semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk “makan di rumah”?
Seterusnya aku paste laa yang mana kenapa jadi boroi sang suami ini (termasuk my hubby terchenta...hikss..yer laa yerla..sayang tak boroi, naik berat badan jer :P)
Ini aku amik isi penting laa dalam email tu..
Statistik penceraian melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang “slim” dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang.. namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga. Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza.
p/s: seb baik suami sudah tidak slim...tapi masih tampan yer..hahahahahahaha...
97% suami mula “jemu” atau mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si isteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda.
p/s: Alhamdulillah, hubby aku tergolong dalam 3% tu..hahahahahahaha..sila muntah darah skang :P
Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas,isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin “bulat” atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup.
p/s: aku tak tahan nak gelak ayat akhir tu...seolah-olah meletup ko!! amik..bini mengandung, suami pun join sekali mengandung baru adil..hihihi
Ayat seterusnya untuk tatapan yang sudah BERKAHWIN sahaja..sila pejam mata bagi yang belum (kalo seganlaa kan, kalo tak segan sila laa baca kan...hikss)
Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air “zat” isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit.
p/s: no komen..hahahahahaha...
Bagaimana pulak wanita yg boroi..Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab.
p/s: alaaa..tahun 2010 lepas bulan 8 laa baru kulit aku bertambah gebu,lembut dan lembab laa macam ni...(family planning ok :P)
Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai.Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang yang kelihatan boroi atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan adakalannya mempunyai perasaan cemburu dan sebagainya.
p/s: Opsssss!! Sila laa kawen cepat2 bagi kawan2 ku yang masih blom tuhh.. :D
Kesimpulannya, suami yang berperut buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berperut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga.
p/s: Selamat memasak dengan diet yang sihat ok kawan2!!!
Thursday, May 21, 2009
Bila si jakun naik kapal terbang....
Hari Pertama
Berlepas dari KLIA jam 6.25 p.m - Kota Bharu jam 7.20 dah selamat sampai..Alhamdulillah, tadak air pocket...
Driver UiTM KB amik dan antar ke Ridel Hotel..Hotel btol2 tepi sungai...
Belah malam, bakal tunang adik aku amik kat Hotel jam 9.00 , makan di Kubang Kerian..
Aku makan Nasi Goreng Special dan air Tal Nangka..Pelik air ni, ada Tal dan buah Nangka..
jap aku tanya encik google aper Tal tu..
Nama omputehnya Palmyra Palm Tree..selanjutnya baca di sini
Dan ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh -mencari tudung dan baju Nuha..beli kaset dikir barat buat hubby since dier ada lagik x faham bhs kelate kan..hahaha..nanti x der melopong sangat bila cakap ngan family aku..hihihi (tu laa motif sebenar kaset tu yer sayang :D)
Balik hotel- tido kul 12..
Hari Kedua
Kul 7 lebih, bfast kat Hotel then kul 8 driver UiTM KB amik pi UiTM KB..
Training sistem sampai kul 12..

Dapat kain pasang dari UiTM KB..terima kasih !!!
Menuju ke Pasar Siti Khadijah untuk sambung shopping..


Air Mata, S, Mata Lalat, KLCC, segitiga, macam2 ada...Aku rembat 2 helai sulam tangan dan 1 helai mata lalat dan air mata buat Mak Pengasuh Nuha..
Kul 7.50 patutnya dah berlepas ke KLIA tapi delayed, kul 8.20 baru berlepas sebab diorang nak masukkan penumpang yang flight delayed sebelumnya...
Kul 9 .15 sampai KLIA.Terima Kasih buat mertua Ad yang antar kami ke airport!Kul 10 lebih sampai umah..mandi2 dan makan..juadah yang lazat telah disediakan oleh hubby..tq sayang..pandai plak yer masak kalo eliss takder..hikss..kalo hari2 kan seronok :D hubby masak daging masak halia dan goreng telur dadar, dan beli lauk kerabu perut dan kailan ikan masin (tau, isterinya suka makan sayur :D)
Tuesday, May 19, 2009
Bila resah, ingat saat indah..bila rindu....
Huhuhu..pagi tadi Nuha nanges masa aku tinggalkan dier umah pengasuh..dier tahu agaknya malam ni dier tak leh nak nenen aku..bergenang air mata aku...ingatkan aku kuat laa sangat tapi rupanya tak..aduhai...28 hb ni nak kena pi BTN plak..dah beli 2 helai baju sekolah warna putih..hahaha...macam budak sekolah lak kena pakai baju putih..ciz..
Time2 aku nak outstation ni ar drebar UiTM tadak..tak pepasal laa kena pi sendirik kat KLIA tuh..dari KLIA balik shah alam berapa hengget erk tambang teksinya??kalo dari sini rm60..x mahal ker?? adakah aku kena naik dengan teksi ulat KLIA?ikuti pendedahan perspektif minggu ni..cizz,macam 360 plak dah aku merapu hari ni..nerbes ni, first time naik flight..hahaha..orang lain ntah kemana2 dah kan..aku baru takat nak pi KB..hahaha...doakan aku selamat2 sajor ok..jangan laa kena air pocket macam Long aku..hahaha...
Kat sana, ada drebar UiTM datang jemput..diorang book hotel Ridel kat kami...aku tak bawak laptop hr ni..so update lepas balik dari sana laa...
Monday, May 18, 2009
Kitorang Menang Silver You Kat ITEX 2009
Hari tu, sabtu, aku ngan Niza jaga booth kat ITEX 2009..Hari tu juga diumumkan pemenang dan kami menang Silver..hahaha..memang tak sangka...hebat jugak laa sistem yang kami mangunkan tu..chewah...dah laa hari Ahad kami mintak izin ngan boz supaya tak bukak booth..hikss..selamat laa ko Ad..
so layan gambaRIA dulu...


Esok ,aku ke Kota Bharu utk demo sistem..sila rindukan aku barang sehari dua..hiks..esok, first time nak naik flight..cizz..aku rasa mcm jakun..harap2 aku selamat pergi balik...hikss..nuha, sila duk dengan baik di rumah pengasuh yer nakk...jangan nanges2 macam tadi :P
Nway, boz, selamat melahirkan...selamat bercuti 2 bulan...bertambah lagi bilangan warga pengurusan aplikasi pejabat...hiks...Niza, sila menanggung tugas boz, so cepat laa balik dari sungai petani..
Friday, May 15, 2009
Last Minute - Mother's Day Giveaway....
Hari tu aku dapat second prize kan kat contest Mombloggerplanet....
Hari ni, aku nak masuk contest lagik..sebab aku baru perasan yang aku bleh pilih beg mana yang aku berkenan...So tanpa membuang masa saya telah berkunjung ker AliceWonders.com.... dan memilih beg dibawah.
Tadaaaaaaaaaaaa.............

Aku tengok dekat best seller..hikss..pandai kan? mesti yang cun punya kan ...tapi seyes, memang rambang mata , banyak pilihan warna yang menarik dan membuatku tertawan...so untuk match apa2 baju, aku pilih kaler selamat..hitam laa kan...
10 orang yang dapat SAGUHATI dapat 1 purse hook!

Me needs a new bag for Mother’s Day because ....
beg yang aku ada dah buruk gila,dah koyak -koyak sket, tercabut dah tag nama beg aku (Carlo Rino tu) dikerjakan oleh Nuha(my baby) hari tuh, ( psst: maka aku terpaksa laa masuk contest ni walau last minute) ..hahahahaha..pastu nama yang menyumbang hadiah plak AliceWonders, tak kan Eliss ni nak wonder jer kat sini kan...hahahaha...Bley laa kan founder???lagipun aku tak pernah lagi ganti beg aku sejak kawen laa kan..sebab tu beg aku atas hantaran..tak caya??percayalah..

Bagi laa aku bergaya dengan beg idaman hati lak lepas ni...hihihi...Ok laa..sekian untuk hari ni, selamat berhari minggu...
x tersalah blog...
Sila2..jemput2 masuk..
anda tak salah blog..masih blog elissmie..hikss...
aku sajer godek template kan...
lepas jumaat kang aku post blog..skang nak pi ronggeng..lalalaalalla
Thursday, May 14, 2009
I-TEX 2009 KLCC
Hari ni last day aku training....fuh..lega sket...weekend ni aku berkampung di KLCC..saper nak jumpa aku sila carik aku disana..(chewah, macam ada orang nak jumpa :P) Aku wakil ofiz aku untuk I-TEX 2009 KLCC.Gina, hubby ko tak join? Ni bleh kater kesinambungan pertandingan IID 2009 hari tu..yang mana menang gold automatik dier suh kitorang antar untuk I-TEX 2009 KLCC..tapi kalo tak nak x per...tu jer laa kekdahnya...


Kepada Ma'am Chelsea, aku dah bawak hadiah ko kat ofiz ni nak pos..harap esok laa paling lambat aku pos ok..sabar ok and aku mintak maaf banyak sangat sebab bz btol minggu ni...hikss...
Tuesday, May 12, 2009
Eh, aku demam???
Jumaat lepas, aku amik cuti sebab tiada orang nak jaga Nuha...Pengasuh dier ada kursus Ibu Tunggal kat Trg..aku kebetulan malam tu nak balik Trg..kira bleh laa aku packing..Nuha minggu lepas memang x berapa nak sihat..so malam Khamis tu pegi laa DE*MC sebab nak amik ubat untuk dier..since aku selsema tak brenti dari Selasa lepas, aku checkup sekali..sekali doc tu ckp aku demam??siap dua kali tu dier check temp badan aku sebab aku tak notice pun diri ini adalah DEMAM...hahahaha...39 C tu...dah Nuha 40 C...huhuhu..siap dapat MC laa...maka bertambahlah jumlah cuti aku...hikss..
Malam Jumaat dalam kul 9 malam, kitorang gerak ke Trg...singgah Sentul, amik Ma Abah aku kat Umah Long, then bertolak balik..dah laa lalu hiway perseketuan...punyalah jam..aku dah laa demam....seb baik bila dah jejak Trg, ok badan aku dan Nuha...Nuha sembuh dulu sebab doc bagi ubat demam kot montot :D
Kat Trg tak pegi mana2 sangat..tak cukup masa laa...hukss..pegi Dungun coz cari baju sekolah putih nak bawak pi BTN..hihihi..seb baik ada..pelik jer dah ada anak cari baju sekolah..seb baik budak salesgal tu tak tanya..hahahaha..tak pun dalam hati ckp aku geletis, x abes sekolah lagi dah beranak...hahahaha
Sempat laa lalu area tepi pantai tapi hubby lak tinggal kamera..xamik gambo sangat...dalam kamera hp pun x banyak...later ar update on gamboria tuh..
Semalam dari Trg kul 11 pagi..kul 5 dah sampai Shah Alam..Singgah RNR Temerloh tapau ikan patin masak tempoyak :D sukar untuk dilepaskan peberet food yang satu ni..then terjumpa kawan lama, Azhar dan Isteri..dah 2 anak kawan aku yang sorang ni..hiks...
Hari ni aku training lagikk...Ni aku update dari training lab..buhsannya asyik terperuk dalam lab....
Wednesday, May 06, 2009
Tak reply comments!
Salam semua,
sejak aku pi Kursus Induksi, banyak yang aku tak dapat reply komen dari yang sudi menjenguk dan bagi komen which i loike most...tq for those membina and tidak membina comments..hikss..seingat aku tadak lagik laa komen tidak membina itewhhh...
So aku akan cuba mereply lepas aku sudah betul2 free...so janganlah terasa hati erk...bukan sengaja, malah tak disengajakan...aku sebenarnya pantang sket kalo orang tak balas komen..hikss..tapi kalo beribu giler masuk komen, tu aku maafkan laa kan..blog fofular...tu psl aku suka drop komen kat blog yang rajin bg feedback balik..sebab aku akan bukak balik blog tu dan check samada dier reply tak..biasanya kawan2 lama ar...hikss..kalo dak, aku baca jer laa entry then kuar..dan aku check every single blog yang aku follow tau..nampak nau banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk masa yang aku LAPANGKAN...bleh die makkk kalo tak leh ngadap blog...hikss..tu masa induksi curi2 baca blog..SEMPAT SHEALLLL!!!
tapi sebelum ni, kalo lihat entry aku sebelum Induksi, memang aku sedaya upaya memreply semua komen...gigih kan aku??hikss...Blog Nuha pun update jarang2 sket coz memang aku btol2 bz ...sorry laa Tiara, harap gambar yang ku MMS semalam mengubat rindu kamu pada my Nuha...
ALASAN:-
Masuk kerja kena training sampai 15hb ni...
Kena pi demo Sistem 19hb dan 20hb ni kat Kota Bharu.. (mak mertua Ad, sila take note) hahahaha...
Kena pi BTN plak dah 28hb ni sampai 1 Jun..
what the hal? huhuhuhu
ok laa..nak belajar lagik...sila update Lotus Notes 8 akan menyerang semua user UiTM lepas ni...hikss..yang pasti lebih BARU dan COMEL interface nyer compare to earlier OLD version...sempat promo!
Tuesday, May 05, 2009
Duhai Anak, Menangis sepuasnya....
Wednesday, April 29, 2009
Malam Jalinan Kasih
Malam tadi aku ada majlis akhir laa kiranya...group aku buat tarian badut kot :P Dapatlah no 3..gambar lupa nak amik tapi kawan2 aku ada...nanti aku upload later..
Hari ni aku kena study hard...
Esok nak exam...
Toyol leh bawak ker mamazana???huhuhuhu...x berani maaaaakk :D

Thursday, April 23, 2009
Dalam Kenangan...
Assalamualaikum wbt
Dukacita dimaklumkan Tuan Haji Ahmad Nizar Abdul Karim (Timb Pengarah JIKICT) telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi semasa kursus di Microsft.. Alfatihah untuk beliau dan ucapan takziah untuk keluarga beliau. Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah SWT....aminn...
ni email aku dapat dari ofiz aku semalam...Alfatihah buat antara boz besar aku kat ofiz..semoga arwah tenang disana...
Tak berupdate blog sebab letih...hihihi...
aku exam 30hb ni..sila doakan aku pass dengan cemerlang!!kalo dak, aku kena datang lagi..nauzubillahiminzalik..
Wednesday, April 22, 2009
Wallpaper desktop
Aku memang laa tak sempat nak belek blog orang..tapi tag ni datangnya dari jauh..indon gitewhhh..siap drop komen so aku tau laa..hikss...
Esok pusat latihan bagi cuti sehari tapi banyakkkkkkkkkkkkkk kerja nak kena buat..uwwwwwwaaa..
Ok jawab tag dulu..
Anda perlu printscreen wallpaper/background desktop anda yang tengah guna sekarang. Jangan tipu2 tau....
Bgtau nape anda suke wallpaper anda itu...
Suka gambar ni sebab suka tengok dier duk dalam car seat tu dengan behave sekali...
Tag 10 people... (nama aku amik kat yang aku follow laa)
Haslina
Ma'am Chelsea
Farah
Elyn
Nurhayati
Queenin Murni
Sidratul Muntaha
Raa
Zuris
Mama Aqish
dll kalo nak buat :P
jom saksikan panorama kat pusat latihan aku kat belakang bilik aku...
Monday, April 20, 2009
Menara Impian
Salah satu aktiviti yang dibuat di sini adalah membina menara impian menggunakan straw dan bahan terpakai..tadddddaaa..

Kos Pembinaan:1.7 Billion
Lokasi:Bandaraya Ipoh
Tinggi: 436 m
90 Tingkat
Keistimewaan :
Menggunakan kepakaran teknologi German dan Jepun, Menara yang serap gegaran, Anti bencana alam seperti Tsunami , Menggunakan kawalan sistem yang menggunakan keselamatan yang tinggi, Bergerak tanpa disedari.
Antara tower lain yang ada..ni tak hebat..kumpulan aku jer hebat..hahahahahahahaha...layanz!!!sebenarnya group aku dapat markah tertinggi tapi lepas tu urusetia bagi semua full mark..maklumlah sehari nak buat preparation!!

Friday, April 17, 2009
Tahniah buat pemenang dan diri aku :D
Malam tadi aku study...
So tak sempat nak ngedate bebanyak..
Doakan aku berjaya kawan2...
kul 10.30 a.m aku exam...
Pemenang teka teki ketuk semalam adalah.....
Memandangkan tiada seorang pun yang btol semua, so aku bagi kat
Ma'am Chelsea...
satu jer salah...
Susah2 soklans ko nih eliss...
1. Ta & ya = Tayar... (btol)
2. Bintang tu ialah kekure (Kuar head...)(btol)
3. Pintu yg tulih TARIK(btol)
4. Meter minyak kot... meter bas tu laa (aku kira btol la)
5. Adeh, yg ni xtaw larrr.... Tapi dier bjalan ke ngesot??? (salah)
6. Siput bab* (siput btelur, bab* branak) (btol)
7. Pokok pisang ler, coz dier kuarkn jantung dier...(btol)
Dier duk fikir samada dier ni babi ker siput tu pasal laa dier jalan lambat :P
sila email aku the details ok(ko YM jer laa senang kan :D)
...nama & address & no hp...
lepas abes induksi (bulan depan) aku poskan hadiah ok...hikss..
p/s: aku menang second prize you kat mombloggersplanet :P tengok kat SINI
glemer maakkk! :D tenkiu yer founder...
Thursday, April 16, 2009
Teka Teki dan Tekuk :D
Hari ni hari ketiga aku kursus..hukss..Semalam,Alhamdulillah, semuanya ok2 sajork...Slot yang paling last dengan tajuk Gerak Kualiti UiTM paling aku sukerrr...sukernyaa...Puan Rosid* dari UiTM Perak..
Semalam kawan aku Nurul dari fasiliti menang hadiah sebab banyak dapat jawab teka teki dari fasilitator ni..
Ni antara soklannya, siapa dapat jawab soklan ni dengan tepat kesemua nya akan menang hadiah...hadiah nyer tadak laa mahal pun, tapi sesajer jerla..dah nama contest kan, kena ada hadiah..hihi..nanti aku fikirkan hadiah aper yang aku nak bagi :D mebi aku beli kat Tapah..hahahaha
Soalan-soalannya:-
1. Huruf jawi apa yang kuar angin?
2. Binatang apa yang kuar haid?
3. Pintu apa yang kalo tolak 10 orang pun tak leh bukak?
4.Ada 10 penumpang, tetiba ada seekor katak melintas dan pemandu brek mendadak.Apa yang turun dulu?
5. Kenapa siput babi jalan lambat?
6. Apa binatang yang boleh beranak dan bertelur?
7.Dalam banyak2 pokok, pokok apa yang baik hati???
Contest ini terbuka kepada semua laa tak kira silent readers atau pun yang selalu follow blog aku ni..Penyertaan adalah sebelum pukul 8 malam..lepas tu aku reject :D
Pemenang akan diumumkan sejurus selepas aku meneliti jawapan korang kalo aku FREE :P
Semalam, lepas maghrib aku call abah aku untuk tanya psal my baby..Ma aku cakap air mata dier bergenang bila dengar suara aku..Terus air mata aku meluncur laju dan senyap..ma aku dah agak dah aku nanges..gila sedihh :((
Semalam aku buang EBM sebanyak 2oz..huhuhu perah pakai tangan jer..:P
*Macam biasa laa, aku update blog memalam..auto publish paginya :D so entry agak ketinggalan sehari :D
Wednesday, April 15, 2009
Dating ketiga tanpa Nuha :D
Hari ni aku memulakan induksi di Kg gajah..
Ni aku buat entry pada malam tadi :D
Sajer nak cerita hari sebelum datang sini..aku dating ngan my hubby..yer la, mengambil peluang sementara ma abah aku ada kat umah..hr tu pegi tesco hari ahad pun x bawak Nuha..balik2 Nuha dah tido :P Kitorang pegi basuh keta dan minum2 kat kedai kat area Padang Jawa :D sambil menapau ikan siakap masak masam manis :D
bila duk jauh2 macam ni, rasa rindu yang menebal kat my hubby dan my baby..malam tadi,kul 10 lebey pun Nuha x tido lagik...dier nak nenen :( pastu hubby bagi susu botol, dier sebut 'me me ' panggilan yang dier biasa panggil aku :(( kul 11 baru dapat tido..tu pun kena ulit2 dulu..bertahanlah sayang...16 hr lagik :((
Kepada Long aku, semoga ko cepat sembuh dari denggi itewhh dengan soklan(syok ker duk spital tu?)...apa ker hal nyamuk Shah Alam geget orang KL ni..gila memilih daerah nyamuk ni...hahahahaha...Sila laa minum sup ketam ngan air 100 plus yer long..syedapnyer...slrrppp..
Tuesday, April 14, 2009
Kg Gajah....
Aku bersiaran dari Kg Gajah ni..Alhamdulillah, perjalanan yang mengambil masa hampir 4 jam...semuanya selamat sajork..Aku duk sebilik ngan Suraya..rakan sebelah meja ofiz aku...punyalah nak wireless best, kitorang duk tingkat atas..amik ko..hikss...
Makan malam kul 630...aku nak bersiap2 pi mandi dan solat..pastu zass turun makan...hahaha...gila kebuluq..tadi makan yong tau fu jer masa berenti kat R&R Tapah..Sila layan gambar plak..
ni suasana bilik aku...ada mcm hotel Seri Malaysia tak??hahahahha
Pesanan buat yang tersayang,my hubby, Jaga buah hati kiter baik2..eliss tak nakal2 kat sini..I love u so much..hahaha..lagk 2 minggu baru my hubby baca nih :P
Monday, April 13, 2009
Lapar garam
Semalam aku diserang penyakit 'lapar garam'.Orang selangor panggil gegata(sumber:Kak Ray) dan orang kedah panggil kelopak garam (Sumber:Niza) selalu adik aku yang kena penyakit ni..skang aku plak yang kena..memang hazab laa semalam dan malam tadi...abis berbintat2 seluruh badan..ingat kalo pagi ni naik balik nak MC dah..skang aku rasa macam nak gatal plak dah..aduhai...jangan laa gatal kat ofiz..mana nak cekau garam ngan roti...hahaha...itulah ubatnya..lain orang lain caranya yer dak..kalo pegi klinik, kena cucuk sedas aku rasa dah jalan...penyakit ni aku baca boleh jadi alahan makanan (susu, kacang dsb) dan persekitaran..memula aku ingatkan aku pakai baju yang ada pijat ker ape sebab aku dah 8 bulan tak pakai baju tu :P tapi lepas ma aku lumur air yang dicampur garam dengan menggunakan roti pukul 2 pagi tadi..aku dah bleh tido lena pastu...:P
sumber : sini
Kalo korang ada petua lain bleh laa disharekan ok..
Mungkin ni entry terakhir aku laa..kalo sempat blogging dari tempat induksi, aku update la..kalo dak, 2 minggu dari skang lagi la baru aku leh sambung update..sila rindu aku...chewah..ada ka orang rindu ni..hihihi.. :P
Hari ni aku RAYA
Friday, April 10, 2009
Elissmie
Kena tag oleh Rahayu ...
Since hari ni aku banyak kerja..nak siapkan kerja berbaki sebab nak bercuti panjang..hiks...so aku jawab tag sudaa...
1)Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
--->> Dear Diary
Masa aku create blog ni, aku teringat lagu Britney..dulu semua lagu Britney aku hafal..huhuhu..skang terpaksa google nak carik lirik..hahaha
credit sini
Dear Diary
Today I saw a boy
And I wondered if he noticed me
He took my breath away
Dear Diary
I can't get him off my mind
And it scares me 'cause I've never felt this way
And no one in this world
Knows me better than you do
So Diary, I confide in you
Dear Diary
Today I saw that boy
As he walked by I thought he smiled at me
And I wondered
Does he know what's in my heart?
I tried to smile but I could hardly breathe
Should I tell him how I feel?
Or would that scare him away?
Diary tell me what to do
Please tell me what to say
Dear Diary
One touch of his hand
Oh, I can't wait to see that boy again
He smiled...
And I thought my heart could fly
Diary, do you think that we'll be more than friends?
Yeah, yeah, Ooh
I've got a feelin' we'll be so much more than friends
Oh, yeah
2)Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
--->> elissmie (of coz laa gabungan nama aku dengan kekasih hati aku kan...)
3)Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
--->> Berkonsepkan diari aku tentang kehidupan aku dan sekeliling..so aku leh tulis apa yang aku rasa, tulis tanpa perlu berfikir sebelum menulis dan akhirnya dapat mengurangkan migrain aku..hahahaha
4)Pernah terasa nak hapuskan blog anda?
-->Pernah apabila entry aku penah mengguris hati encik suami :((
yerlah, konsep blog aku ni kan tulis tanpa perlu berfikir so sendiri mau ingat laa kan..hiks..blog ni hanyalah luahan hati aku semata2...so janganlah amik serius apa yang aku tulis..dan aku hanya perlu pandangan semua..yang baik aku terima yang tak baik,aku abaikan ajer kan..no heart feeling!
5)Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?
-->Teman blogger aku ni..baru kenal jugak laa..memula dier selalu drop komen, then dier follow aku, so aku pun follow plak citer dier.. :D
6)Next 10 person to tag.
hari ni sebab aku baekk, aku tanak tag sesaper...tapi kalo terlebey rajin,sila laa buat :D
hari ni tengah hari aku nak balik umah, nak hantar abah aku pi semayang jumaat..fuhh..assignment yang mendebarkan ni..petang ni, my hubby lak suh pi pasar..aduhai...double debar laa aku hari ni..semoga segalanya berjalan lancar..amin...opss..my hubby baru jer texted cakap nak balik awal nak pegi pasar..fuhh..lega..hahahaha...
Ni aku ada mender nak bagitau korang ni...sebab sulit sket so aku tanak tulis terang-terangan ..so scratch laa kat gambar bawah ni...