Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni nak berkongsi makanan untuk kucing yang saya dapat dari join kelab kucing kat facebook. Banyak kelab sampai tak tahu yang mana satu sumber asalnya. Saya share kat sini lah sebab kalau nak buat lain kali ada rujukan dan rujukan buat korang yang ada pelihara kucing jugak. Tak semestinya baka British Short Hair tapi baka kucing lain jugak. Tapi resepi ni memang kena dengan selera dua baka British Short Hair yang saya pelihara ni. Sebelum tu meh berkenalan dulu dengan dua ekor kucing kitorang ni.
Wet Food Untuk Kucing British Short Hair
Yang ni jantan. Namanya Mr Chiko
Yang ni betina. Namanya Ms Chibi
Bahan-bahan yang diperlukan :-
1) 1 KG Ikan Sardin
2) 1 ikat bayam
3) 1 batang lobak merah
4) 1 paket agar-agar tali
Cara-cara : -
1) Rebus semua bahan-bahan kecuali agar- agar dengan 1 liter air
2) Kisar semua bahan-bahan yang direbus sehingga halus
3) Di dalam periuk masukkan bahan kisar dan lebihan air rebusan bersama dengan agar-agar sehingga agar-agar hancur
4) Sejukkan di dalam bekas
1) Rebus semua bahan-bahan kecuali agar- agar dengan 1 liter air
2) Kisar semua bahan-bahan yang direbus sehingga halus
3) Di dalam periuk masukkan bahan kisar dan lebihan air rebusan bersama dengan agar-agar sehingga agar-agar hancur
4) Sejukkan di dalam bekas
Bahan-bahan yang diperlukan
Ikan dibuang perut . Saya suka beli ikan kat Checker yang frozen. Lebih murah dan berbaloi.
Semua bahan-bahan yang direbus
Bahan-bahan setelah diblender. Nasib baik ada Blender Shake N Take. Kebetulan masa buat blender pulak rosak.
Setelah diblender sebelum dimasukkan agar-agar
Masukkan agar-agar dan renehkan sehingga agar-agar larut
Tadda..Sedang disejukkan . Dah keras boleh la makan. Bukan korang.Kucing korang. hahaha
Bila nak bagi makan ceduk je pakai sudu
Kemain selera hah..Tak tengok kiri kanan dah
Amboi.. Berebut pulak. Dah bagi sorang satu bekas dah
Korang pernah buat Wet Food untuk kucing korang ?
Abu Qatadah Radliyallaahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia adalah termasuk haiwan yang suka berkeliaran di rumah (haiwan pemeliharaan).” [HR At-Tirmidzi, An-Nasa’I, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah].