Wednesday, October 23, 2013

Warung Aziz Satar @ Kuala Kemaman, Terengganu

Hari ni JJCM @ elissmie kita makan lite-lite ajer yer. Kali ni makan kat Warung Aziz Satar yang terletak di Kuala Kemaman, Terengganu. Masuk simpang sebelum Masjid Geliga dan perhentian bas kemaman tu lepas tu jumpa simpang , amik kiri. Kedai ni terletak disebelah kanan. Kedai ni bukan kedai pelakon veteran tu yer. Tak tahu la Aziz ni bin Satar atau sempena dia jual satar kat kedai dia.


 Harus tayang muka mak yang kembang setaman ni. Ok salahkan ubat darah tinggi sebab effect dia boleh buat kaki dan muka kembang macam ni.hahaha. My Nayla pun dah tak sabar nak merasa laksa tu.
Saya pekena laksa kuah putih tapi tak berapa umphh. Saya buat sendiri lagi best . Berlagak.hahaha

 Sotong celup tepung bukan cekodok sotong yang biasa kelihatan di restoren sekitar KL dan selangor .
Yang ni lazat sungguh. Nanges tengok.Terliur lagi :(
RM 10

Hubby makan mee calong . Mee ni kuah dia sup tapi mee tadi di celur sebentar dalam air panas.RM4

 Hubby duk pekena sotong celup tepung. Kat warung ni pun ada jual nasi putih dan lauk kampung. 
Ikan bakar pun ada.

 Yang ni kami tapau makan kat rumah mentua. Satar, otak-otak dan pulut lepa (pulut panggang).


Korang suka makan satar dan otak- otak terengganu ?



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)