Monday, October 30, 2017

Lunch @ The Teapot Deli, SACC Mall, Shah Alam

Hari ni entry throwback macam biasa dalam segmen JJCM @ elissmie. Kali ni sempena birthday Datin Ema pada 4 Oktober lepas. Kali ni Kak Ema pilih di SACC Mall. Senang nak cuci mata lepas makan kekdahnya.Lagipun dekat sangat dengan ofiz kan. Memang betul, banyak masa kitorang cuci mata lepas makan tu. hahaha. Layan gambar je la yer. 

Haruslah muka ahli pakatan hari lahir macam biasa 

Sebelum ni Ida tak sampai lagi

Ini pandangan dari luar. Konsep restoren ni macam English style gitu. Kena sangat dengan citarasa Kak Ema. 

Awal-awal memang kosong tapi dah waktu lunch memang full house . So datang lah awal

Selfie empunya blog sebesar talam dulu 

Ida

Ad

Datin Ema

Hampir penuh.. 

Cantik lukisan dalam restoren ni

Mula-mula makan kek dulu 
 
Cheese Cake RM 8. Banyak gila cheese dia.Kalau crust dia lagi tebal sket lagi sedap.


Victoria Sandwich Cake RM5.50 . Sedap makan panas-panas.

Yang ni Ida punya. Country Beef Pie RM 12

Roast Chicken RM 17 . Yang ni Kak Ema dan Ad makan
Ayam panggang dengan sos blackpepper. Sedap jugak 

Saya makan ni. Chicken Kiev Rm 17
Gravy sket sangat dan ayam agak kering sket. So kalau letak sos black pepper baru sedap sket. 
Suka-suka hati adjust menu orang. hahaha

Overall : 

Food

4 ***

Ambience

5 *****

Service

3 ***

Korang pernah makan di The Teapot Deli, SACC Mall, Shah Alam ? 

Lot 2F.29,Second Floor, SACC Mall, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor 40000

Waktu Operasi : Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday
11:00AM—09:30PM

Friday, Saturday, Sunday
11:00AM—10:00PM

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu."

Thursday, October 26, 2017

Resepi Bubur Pulut Hitam RTPC

Assalamualaikum dan Selamat Tengah hari. Weekend hari tu saya buat Bubur Pulut Hitam dan memang kena dengan piawaian tekak saya. Saya suka cicah dengan roti putih. Kalau simpan sejuk pun sedap. Balance saya buat pulak aiskrim malaysia pulut hitam . Selamat mencuba !

Bagi sesiapa yang dah beli Pressure Cooker Russell Taylors , jemput join group fb ini untuk bertukar-tukar resepi, bertanyakan masalah dan cadangan yer  : Russell Taylors PC Users (Malaysia). 


Resepi Bubur Pulut Hitam @ Pressure Cooker Russell Taylors by Eliss Mie
Bahan-bahan :
2 cawan beras pulut hitam (rendam 30 minit dan toskan)
1 kotak santan
4 cawan air
1 cawan gula perang / biasa
2 cawan air masak
secubit garam
1 helai daun pandan
Cara-cara :
1. Masukkan beras pulut hitam, air & daun pandan ke dalam RTPC.Onkan PC dan tekan Beans Tendon , tekan pressure select dan tekan simbol + dan set kepada P40 .
2. Tutup penutup PC.Halakan valve ke seal.
3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , halakan valve ke exhaust . Buka penutup PC. Tekan Keep Warm/Off then tekan Bake, saya set kepada P5. Masukkan air masak, santan, gula perang dan sedikit garam kacau hingga sebati.


Korang suka ke makan bubur pulut hitam ni ? 
Macam mana? Masih tak ada rasa nak beli pressure cooker ? 
Jom beli ! Memasak itu mudah dan menyeronokkan bukan, tambah-tambah bila ada pressure cooker . hahaha. larikss..#jommasakelissmie

Daripada Abu Hurairah RA katanya, seorang arab badwi telah membuang air kecil di dalam masjid lalu orang ramai bangun hendak bertindak ke atasnya. Lalu Nabi SAW bersabda “Biarkan dia (hingga selesai membuang air kecil) dan siramkan sebaldi atau setimba air ke atas kencing itu. Sesungguhnya kamu diperintah untuk memberi kemudahan, bukan untuk mendatangkan kesusahan.”(Riwayat al-Bukhari)

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)