Thursday, December 16, 2010

Batu lesung patah dua, tandanya apa??

Weekend hari tu, aku terhempas batu lesung kelantai. Terus patah dua. Dah la ni batu lesung turun temurun :p Mak aku bagi selepas aku kahwin.Sebab rumah aku tadak batu lesung, maklumlah baru nak hidup berumahtangga kan. Semua barang umah mak aku , aku angkut buat balik sini.Terima kasih yer Ma :)Mak mertua pulak siap bagi kuali besar tau :p


Berbalik kepada batu lesung aku yang patah dua tadi seperti pada rajah diatas, apakah tandanya ??

1)Pemilik batu lesung tersebut seorang yang rajin memasak

2)Pemilik batu lesung tersebut tidak perlu lagi buat sambal belacan

3)Pemilik batu lesung kena beli batu lesung baru :p

Jawapan No 1 tu macam tak betul sangat kan..Tapi Jawapan No 3 tu confirm lah kan kalo dak No 2 tu sampai bila-bila lah sebab buat sambal belacan pakai blender tak sedap wooo :p alasan :p

Korang rasa ada tak orang jual penumbuk sahaja? Macam pelik kan, kalo ada jual berasingan.Pincanglah ia macam irama dan lagu kan?? :p

Kalo ada, korang rasa korang pernah nampak kat mana? Aku buntu :p Sila bantu..


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)